Followers

Biasiswa

tabung simpanan masa depan

Tuesday, August 31, 2010

APPRECIATION TO THE NATURE (part 4)

dah lama tak update 'appreciation to the nature'..sebab internet kadang-kadang lembap terus buat mood hilang untuk upload gambar..tak aktif sangat menangkap gambar dalam dua bulan ini sebab fokus lebih pada burung kajian aku..jadi wajib gambar burung itu yang banyak..tapi kali ni,ada beberapa spesies burung yang aku sempat snap gambar untuk tatapan korang.dan mungkin ada satu dua gambar yang akan lari tajuk sikit..tema kali ini adalah..................

"BIRDS ON WIRE"

black-shouldered kite on wire

yeah..this is blue-throated bee-eater

see....sekawan merpati boleh berkawan dengan seekor myna

a couple of rock pigeon 

white-throated kingfisher in selebet version

ini burung merbuk or peaceful dove

pacific swallow if i'm not mistaken

sesat..not on wire anymore..

eh..tibe-tibe ada anjing..nak jugak masuk gambar ye

wait for another theme=)

Monday, August 30, 2010

kemaluan pun boleh jadi bahan masakan dan makanan.

tak faham dengan dunia sekarang.dah tak tahu nak makan apa kot.padahal banyak lagi sumber makanan yang ada di muka bumi ini kenapa mesti kemaluan jugak yang menjadi pilihan sebagai bahan masakan dan makanan.takde malu kot nak potong-potong kemaluan sekarang.tak faham kenapa dalam banyak-banyak bahagian pada binatang tu,kenapa kena masak bahagian kemaluan jugak sampai ada pertandingan masak benda alah tuh.kasihanilah binatang-binatang tu.benda jijik jugak yang kau nak makan, agaknya orang sekarang dah tak ada kemalu-maluan kot..yeyek~

untuk memahami penerangan dengan lebih lanjut tentang kemalu-maluan ini,sila baca artikel yang telah diambil dari kosmo online di bawah.terima kasih.


Pertandingan memasak kemaluan haiwan


DUA wanita menikmati makanan yang dimasak pada Kejohanan Memasak Kemaluan Haiwan Dunia Kali Ketujuh di Ozrem, Serbia kelmarin.


OZREM, Serbia - Kejohanan Memasak Kemaluan Haiwan Dunia Kali Ketujuh diadakan di sebuah kawasan perkampungan di sini kelmarin.
Pada pertandingan itu, para peserta yang terdiri daripada tukang masak akan memasak kemaluan pelbagai jenis haiwan seperti lembu jantan, unta, burung unta dan kanggaru.
"Tujuan festival ini ialah untuk kegembiraan, makanan dan keberanian," kata pakar tukang masak kemaluan haiwan yang merupakan penganjur festival itu, Ljubomir Erovic.
Di Serbia, makanan yang dimasak daripada kemaluan haiwan itu digelar buah pinggang putih. Kemaluan haiwan itu dianggap kaya dengan hormon tertosterone dan berkhasiat untuk lelaki.
"Kemaluan lembu jantan adalah yang terbaik," kata pemenang pertama pada tahun lalu, Zoltan Levai yang memasak kemaluan haiwan dengan dicampur sayur-sayuran.
Pengunjung-pengunjung festival itu akan memakan kemaluan haiwan tersebut dan meminum wain dan bir selain menyejukkan tubuh mereka dengan mandi di sebuah kawasan air terjun berdekatan. - AP

entah apa-apa lah makanan sekarang.nampak apa yang aku cuba highlightkan dalam artikel tu??PAKAR TUKANG MASAK KEMALUAN ok.........erk,ada ya jawatan tu?kalau pasal nak tambah tenaga batin je,apa-apa pun orang sanggup makan..lepas tu,betul-betul hebatkah?erk...

psstt:yeyek~agaknya ada kot kemaluan masak kicap.tu yang menang pertandingan tu.amaran:ini bukan entri lucah,ini untuk mendedahkan dunia sekarang.jangan makan benda-benda macam ini.biol kepala.

Friday, August 27, 2010

i love MALAYSIA

saya sayang malaysia.......tu aku translate dari 'i love malaysia'..ewah..bukan kat baju je ada i love malaysia,kat belog pon ada ye..pada sesiapa yang perasan,ada tambahan bendera kat belah kanan belog aku nih..tak percaya???tengok,tengok....ada kan??cantik je berkibar kan????itu bendera malaysia,bukan indonesia ok..

pada sape-sape yang nak letak bendera malaysia kat belog sebagai menyokong cintakan malaysia,silalah tengok cara nya di belog abang mel romeo ni ye.banyak info berguna kat situ..bendera pon boleh hambek kat situ..memang kelas lah abg mel romeo nih...

31 OGOS nih kan hari kemerdekaan negara kita..memang rasa macam kurang bahang dan menyengat sikit tahun ni mungkin disebabkan puasa dan tak ada celebration..tapi,macam mana pun,tarikh ni memang akan diingati sampai bila-bilalah..tarikh keramat di mana negara kita bebas dari tangan penjajah..tapi,bila tengok zaman sekarang ni,betul-betul ke kita bebas dari penjajah???lu fikirlah sendiri...

seronok tengok iklan petronas untuk hari merdeka 2010 nih...bagus betul...

nak bagi feel mood merdeka sikit,cekidaut klip nih eh...MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!

betul ke anak-anak yatim zaman sekarang makin demand???

abah berhajat nak bagi sedikit sumbangan pada anak-anak yatim..well,that's good aite..rasa excited jugak nak share apa yang kita ada dengan anak-anak lain yang kurang mampu..aku pun rasa excited jugak bila dengar sebab rasa macam nak beramah mesra,boleh cari adik-adik comel, di samping menyumbangkan sedikit sebanyak walaupun bukan kita yang bawak keluar duit sebab semuanya pakai duit ayah,tapi menumpang apa salahnya kan...

then,nak dijadikan cerita..abah pun tanya pada kawan dia kat mana ada rumah anak-anak yatim nih..yelah,abah kan jenis tak berapa mengoogle,jadi tanya kawan lebih senang..kebetulan kawan abah nih kawan baik pada ustaz-ustaz..jadi,maybe dia tahu kan...then,apa pakcik tuh cakap?pakcik tuh cakap..simpanlah hasrat tuh dulu..lepas raya nanti bagilah..aikkkkkkk....apahal pulak kan...

pakcik tuh cakap,bulan-bulan ramadan nih permintaan mereka demand sedikit..tak mahu dah sumbangan beras,gula dan tepung..mahu duit cash sahaja sebab bekalan lain semua dah cukup..duit cash jugak kena tengok berapa ringgit yang diisi dalam sampul...then,jika diajak berbuka puasa,pasti ditanya di mana..jika di hotel berbintang-bintang,itu yang mereka mahu..jika berbuka di rumah-rumah atau di surau-surau,maaf sahaja..tak dapat pergi,mahu hotel sahaja..wahhhh...biar betul..demand gila nih..ye ke eh???

tapi,kalau dah berhajat tuh,tunaikan jelah kan...tak kisahlah bulan apa pun..kalau demand pun,tak kisahlah..kita bagi kat rumah orang-orang kurang mampu yang lain pulakkan..bulan mulia,marilah sama-sama melakukan kerja mulia..ecewah...ajakan tak boleh blah..

Thursday, August 26, 2010

kau pikir aku ini apa

kau pikir aku ini apa..
seenaknya saja
kau anggap boneka...

cukup sudah..
akhiri saja..tentang kita..
katakan saja maumu apa..inginmu apa..

sudahlah...usah berpura.
tamak haloba..akhiri sahaja

Wednesday, August 25, 2010

drive jarak sekangkang kera tapi perasaan macam dapat award oscar

hari ni,pagi-pagi sempat pergi ke pulau carey sampai tengahari untuk pergi buat observation sarang burung helang..baru je aku excited nak tunggu telur burung helang tu menetas..tup tup boleh pulak telur-telur tuh pecah sebab jatuh dari sarang atau ada binatang lain yang kacau sarang helang itu..ok,terus down..rasa macam patah semangat..eh,dah menyimpang..nak cerita pasal pemanduan berhemah..

petangnya pulak...iku abah pergi outstation di jerantut dan sekarang,aku bersiaran secara lansung dari jerantut,pahang.ho ho ho horlicks!abah bagi bawak jentera berat dia okeh..oh,lupa nak buat pendahuluan..sebenarnya aku nih lama gilos dah tak bawak kereta,memang stok gayat gilos bila duduk dekat tempat pemandu..lesen dari umur 17 tahun dah ada.tak boleh blah nak awal je lesen tapi haprak.adalah beberapa kali aku bawak lepas dapat lesen..dah terer,kereta pulak takde.kalau tak,memang merayap jelah keja aku.nasib baik juga tak ada kereta tapi rugilah renew lesen je,dan terus jadi gayat.tapi,tadi,rasa seronok pulak walaupun gilos takut sebab abah macam percaya je.bantai saja,oh sampai jerantut aku bawa.tak ke itu satu pencapaian yang bagus????hahhaha...mesti korang rasa macam 'apa kejadah minah ni,giler kecoh bawak kereta sampai jerantut pon sebuk nak heboh sekampung'..abaikan saja,sebab aku memang rasa bangga gila bawak jentera berat ayah aku sampai jerantut.sebab jentera berat kot..lupa beritahu,pagi tadi jugak aku telah membaiki tayar pancit pada kereta jabatan.haha,satu pencapaian lagi.rasa macam mahu kerja bengkel..fun ok deal with cars,kotor,alat-alat..

tiba-tiba rasa macam nak delete pulak entri ini.gilos malu kecoh...

Monday, August 23, 2010

pemakaian pakaian yang sesuai untuk shopping baju

bila nak shopping memang seronok...agak-agak nak gi midvalley yang sekangkang kera tu pun beria nak berpesen lebih-lebih..tak payah pergi midvalley,pergi maple jalan 223 pun sibuk nak pakai cun-cun..padahal sampai maple,kena asap rokok,panas segala,selekeh jugak.bukan orang pandang kau pun..kalau aku rasa macam tak sihat dan cakap pada adik aku,kompem dia akan cakap 'nak aku bawakkan ko gi mid ke?'..tengok..bukannya nak cakap 'nak aku bawakkan gi klinik ke?'nampak tak di situ kat mana sebenarnya tempat yang paling sesuai untuk aku kalau agak-agak macam pening atau kurang sihat sedikit?????

bila dah sampai kat shopping mall,tak kisahlah kat mana pun,kompem akan beli something dan benda yang aku paling tak tahan kalau ada yang menarik hati adalah baju.aku tak kisah sangat handbag atau kasut tapi baju boleh buat aku miskin sekejap.kalau bawak duit rm20 pun boleh beli sehelai baju lagi lepas cucuk duit tambah sedikit.inilah masalahnya.dan masalahnya satu lagi adalah bila dah berkenan malas nak try.sebab malas nak bukak baju ngan tudung ngan seluar yang dipakai.

tapi............................................try baju akan jadi lebih senang bila korang pakai macam ini..well,masing-masing punya pendapat sendiri,jadi ini mungkin sebagai cadangan sahaja.takdelah best mana pun,cume bagi aku,rasa sedikit akan menyenangkan.

  • pakai cardigan atau jaket.senang nak bukak.
FULL TILT Long Sleeve Womens Essential Cardigan ELEMENT Des Womens Hooded Jacket
  • pakai singlet,tube,tshirt yang sedikit fit sebagai inner.kiranya nanti if nak try baju lain takyah tanggalkan inner nih sebab kira dah fit dengan 
ASICS Women's Core Running Singlet,White,Medium
  • pakai seluar atau skirt yang selesalah ikut korang
Dickies Women's Wrinkle Resistant Flat Front Twill Pant With Stain Release Finish,Khaki,18 TallprAna Women's Staci Skirt, Black, Large

  • pakai tudung yang senang nak pakai,jadi senang tak payah nak lilit lilit,pakai brooch,hilang brooch dalam fitting room..banyak pulak masaelahnya.



ni memang jenis pesen yang aku suka pakai di mana-mana sebab senang nak match.cuma tukar kaler singlet atau cardigan je.pesen macam nih mungkin boleh menyenangkan dan orang lain yang tengah tunggu fitting room lepas kita takdelah nak mengomel panjang sebab kita lama sangat duk dalam tuh  sebab sibuk nak lilit balik selendanglah,nak pakai baju yang ala-ala complicated lah.nak nak masa bulan puasa nih semua pun sibuk nak beli baju raya.kompem fitting room memang penuh gilos dengan orang beratur panjang.oh,renung-renungkan dan selamat mencuba!

psstt::senang senang pakai jubah yang ada zip kat belakang atau butang je..lagi senang dan menutup aurat..alim alim kucing gitu~

Sunday, August 22, 2010

beautiful eyes contest by nj lens

hoho...tertengok satu contest ini..ai like!!!!!!!!!!!!!!!ai suka mata goda-goda nih...suka tengok orang walaupun malu bila orang tenung ai..auww..eeuuuuw..apa auww auww nih.....ok,sila teruskan..sila lihat gambaran di bawah..alahai,terus terpikat bila tengok mata dia..nih mesti dia beli NJ lens nih...tak boleh jadi betul..kebetulan NJ lens buat contest pulak..jadi meh ramai2 kita cantikkan mata..


ai nak bagi gambar inilah..bolehkan..ai letak satu je gambar..tu syarat dia..


konon-konon bila jeling-jeling nampak menggodalah..tapi rasanya macam tak lansung..maluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.........*tutup muka*
tapi kalo pakai NJ lens punya mesti mata jadi cantikkan??bila jeling pun rasa sangat menggoda..ok perasan.*buka muka*

ok,nak mata cantik mari sertai contest...hadiah masyuuuukkkkkkkkkkkkkkkkkkk............kalau nak jenguk-jenguk tengok lens pon boleh..pergi je kat sini

                                                                    

mengapakah engkau wahai sang gengblogger

tak paham kenapa bila wa nak bukak je gengblogger tak boleh..apehal der...lu dah ban wa ke?ini tak boleh jadik..apa wa buat sampai lu tamau bukak bukak nih...lu marah wa ke sebab wa dah lama tak menghapdet entri??lu bukaklah,wa nak ping entri dan baca blog orang lain nih...wa tak sukelah camnih der...wa baru semangat nak hapdet entri sebab wa dah tukar kaler blog wa jadi pink kaler..manyak masyuukkk woo...lu tak suka ke der...nanti wa tukarlah kaler lain..lu nak kaler apa?wa tukarkan..tapi lu bukaklah diri lu eh...sian wa yang tengah hati pink kaler ni...sweet gitu...tupun lu tak suka..isk isk isk....wa nangis kang..........

tengok..dah nanges..lu pujuk wa balik...............................

Saturday, August 21, 2010

hambek!!!

HAMBEK KALER PINK!!!

:)

upacara pembersihan bukan pemujaan

sekarang nih lembap betul aku menghapdet segala entri.banyak gilos yang tertunggak.cuma membaca blog-blog orang lain sahaja sedangkan blog sendiri terabai.ini mungkin disebabkan pengaruh setan aka MALAS atau kekangan line internet yang sangat lembap di um mahupun kingkongband yang kureng berfungsi atau kebizian mengintai burung helang di dalam kamarnya atau tiada isi dan bahan yang menarik untuk diceritakan kepada korang-korang semua atau sudah kehabisan idea makanya hanya bersiar-siar sahaja di bulan puasa ini.banyak gilos atau,suka sahaja mencari alasan bukan.

terasa seperti ingin melakukan upacara pembersihan blog ini..membuang segala sawang-sawang dan najis-najis kotoran yang merata di blog ini.mungkin mengambil masa yang lama sdikit kerana perlu mencuci, memberus,mengemop,mengvacuum,mengclorox,mendowny dan apa-apa sahaja sehingga bersih.

sedikit info terbaru tuan belog:
- tak paham kenapa makin tembam walaupun sekarang bulan puasa makanya tidak makan dan minum seperti biasa
-sudah semakin tanned atau dengan bahasa yang lebih kasar,sudah semakin hitam disebabkan berjemur di bawah pancaran matahari
-muka juga seperti memakai topeng dan kemerah-merahan
-sedang rancak melakukan aktiviti mengintai burung helang di ladang
-bila penat,makanya akan tidur dan tunggu waktu berbuka sahaja.
-baju raya tak beli lagi,adoi.sila belanja saya.

dah macam pihak gerila taliban komunis pun ada.ini fesyen di dalam ladang ok.kalau macam ni,harus sudah pakai purdah sahaja.

Tuesday, August 17, 2010

kenangan cinta yang bila tengok rasa kelakar tapi best pulak

tiba-tiba rasa nak dengar lagu lama..search benda lain tapi keluar benda lain..la..rupa-rupanya dah lama gila lagu nih bermain-main dalam pala otak aku..lagu ni rupanya....hahhaha..klakor gila tengok muka ac mizal penuh perasaan nyanyi..serius takleh blah sopan gila menari...aduh,gelak guling-guling dah aku tengok...masalahnya,bukan tengok sekalik,tengok banyak kali..cakap je kelakar,bila dah banyak kali,jadi bestlah pulak..hahaha...memang mengimbau kenangan lama..adoi



psstt::kenangan dowh.........satu lagi aku suka lagu hadirlah kasih from group KGB..ahaks..korang nak muntah,silakan

Monday, August 16, 2010

rindu moment baru-baru ini..cukup indah sampai rasa nak nyanyi lagu alif satar

sebagai pendahuluan,nampak tak gambar ape nih?cantik tak??cantik kan???siap burung enggang beberapa hekor leh singgah2 lagi..bapak jinak ok..dah tade jinak2 merpati,sekarang jinak2 enggang..2 minggu lepas kot,unplan activity..tiba-tiba pergi pangkor..memang apa kejadah jugaklah.nasib baik mak bapak bagi pergi tengah-tengah pagi pukul 3..duit pun cukup tak cukup je nak pergi.nasib baik ada kawan toke restoran kat sana.kan dah untung sikit kat situ.

semua macam adik beradik kat sini..serius,seronok sebab adik beradik saling menjaga..apa-apa masalah,semua sama-sama.aku yang nak demam kat sana memang appreciate gila bila kawan-kawan semua sangat menjaga.aku sayang korang sampai bila-bila.kawan sampai mati ok.dapat duduk tepi pantai menikmati keindahan pantai pun dah buat aku tenang,tak pikir masalah-masalah.tapi,spoil bila snorkelling kaki asyik luka je..batu bapak tajam.ada sorang akak tuh siap koyak tapak kaki,darah tak berhenti mengalir..yeyek..uhuhu..

entri kali ni tak banyak gambar sebab semua diprivatekan..yelah,percutian pun tak dijangka,jadi banyak gambar yang juga tak dijangka..haha

manyakkkkkkkkkk syiokkkkkkkkkk

malas aku nakbersidai tepi diorang.jadi,bersidai di bawah pohon saja,lebih teduh..diorang nak kulit coklat,ai nak kulit putih..haha

tempat snorkelling..batu tuh nampak je jinak jinak tapi rupanya sangat tajam dan menghiris kulit dan perasaan ini

dah sampai jeti..mahu pulang ke kuala lumpur sudah...that's my hat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!chumil kan?


psstt::naxt trip..unplanned..sape mahu ikut??mabul?tioman?sipadan?perhentian?huhuhuhuhu

Saturday, August 14, 2010

mengapa mesti aku

tak faham lah kenapa..mesti aku jugak yang tersepit jadi mangsa..orang lain yang berkapel,aku yang jadi mangsa..tak paham..salah ke berkawan...bukannya aku sorang je yang berkawan,ramai lagi..tapi kenapa aku yang hitam,gemuk nih jugak kau pilih untuk dijadikan sandaran kononnya pasangan kau menaruh hati pada aku..apakah?kenapakah aku?takkan aku harus cari pasangan tipu-tipu pulak untuk bagi kau gembira dan puas hati?adoilah..tak paham,tapi layan jelah..nak mencarut,bulan puasa nih..tak pasal pahala kurang..bersabar~

Thursday, August 12, 2010

fesyen ramadhan

woohooo.......ramadhan sudah tiber...masyaallah,awat penuh sawang,habuk,sarang labah-labah nih????nampak sangat lama tak kemas singgah-singgah kat sini..hadoilah,bizi kemain kalah perdana menteri..padahal,kerjanya asyik berjalan-jalan bersiar-siar je..nih barulah nak menyinggah,sapu-sapu sikit debu-debu,sawang-sawang nih..pejam celik dah masuk ramadhan dah..tak lama puasa,raya pulak..semalam first day dah pergi terawih tau..anak siapalah ni yang solehah sangat nih..dah masuk bulan ramadhan nih..masa nak kumpul balik semua baju-baju kurung yang lama tak hengat nak pakai..baju-baju labuh semua carik balik..ish-ish..ai suke fesyen ramadhan..sebab masa nilah nak tunjuk alim lebih sikit,alhamdulillah...ai malu pulak nak tunjuk alim nih walaupun tadelah alim..ish,malu,seganlah...*blush*nak tengok jugak ke???ish....*blush* lagi.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

ok...dulu power ranger biru.sekarang bertukar jadi ustazah jap sebab raksasa semua pon duduk senyap belajar mengaji..tapi bila siang,bertukar jadi petani moden sebab kena pergi ladang..

dua orang ustazah to be..konon-konon bila pakai jubah,sembahyang terawih cukup 21 rakaat..tapi 8 juger yang dibuatnye sebab mata dah tak tahan ngantuk...makcik sebelah pandang-pandang jeling jeling je dan mungkin dalam hati cakap budak due orang nih nampak dah alim solehah dah,tapi masa doa solat terawih leh sengguk-sengguk pulak.bila balik jumpa cermin,mata terus jadi segar sebab rasa sangat cun pakai jubah.

psstt::mahu usha-usha selendang lycra di jalan tar lah

Tuesday, August 3, 2010

still in bali mood (day three until day six)

sebagai pengenalan, aku tunjukkan nama ini jadi mudah jika tercicir orang ini di indonesia..sebab name tag ini pernah sekali tercicir di dalam toilet dan sangat mudah dikenali sebab aku orang malaysia.ada berapa kerat je orang malaysia masa ke bali baru-baru ini..nama glamer ai,hambek..lupa daratan sekejap ada nama vintage di belakang nama aimi..terus je letak nama bapak untuk mengcover..bapak ai suka ok sebab ada nama dia on the paper.

well,yeah..orang lain sibuk mendengar presentation,kami bergambar..sebab dewan tu panas yang amat dan sangat mengantuk.jadi aktiviti bergambar adalah sangat disarankan ketika mata sudah sepet dan boring tahap gaban hitam.

bergambar bersama poster yang kononnya bila ramai-ramai dekat poster,nampak macam hot gila poster itu,maka ramai yang akan mendekati..tapi hampa je,orang semua pergi minum petang,maka kami juga minum petang bersama.abaikan saja poster itu sebentar

ape ke namanya orang ini..adoilah..cepat betullah memori hilang kalau pasal benda macam ni..kalau gosip tuh,cepat betul mengingatnya...

kegembiraan terpancar apabila name tag masing-masing dibuai angin..menunjukkan angin sangatlah kuat di tepian pantai..like!

si cantik manis wajah kesayangan hamba..tudung dibuai-buai angin..oh,bila tengok gamba cantik harus puji photographer atau modelnya?hahahha

ai pun mahu bergambar manja di tepian kolam ye..abaikan apa yang terpancut di belakang

bersama wajah kesayangan hamba di hari seterusnya.masa untuk mencabut tampalan poster,boleh bersuka ria dah

hoho,mereka berempat..di manakah dr ku?

ai masuk gambar!!!

sesi umpat mengumpat di dalam dewan sementara orang di depan memberi talk..ya,ini juga satu aktiviti yang sihat apabila mata sangat-sangat stim menahan sejuk, dan tak mampu mendengar apa yang dibentang.makanya,bergosip boleh membuka mata dan minda

pemandangan suasana pantai di sanur

masuk hari kelima,pipi sudah dipam-pam..mahu menunjukkan nama lagi supaya orang tak tersilap kerana pipi sudah kembung penuh dengan makanan berbanding ketika hari pertama.apa aku makan pun tak tahu sampai perut dan pipi naik bersama.

alahai..masih bersama wajah kesayangan hamba..kalau dia hilang,rindu hati ini

niat di hati mahu berposing begini,tapi disebabkan tak bawa skirt pendek,cuma memakai seluar waka-waka sahaja,makanya jangan berangan mahu se seksi begini ketika membaca buku.

ooooopppppppssssss....bila masa pulak gambar diambil.sebenarnya sengaja tersnap gambar ini masa sedang berjalan-jalan di tepian pantai untuk balik hotel..bukan selalu tengok buaya putih..selalunya kaler hijau gelap je aku tengok..rare ni,maka harus jadi simpanan bukti ye

terasa ala-ala model kalau buat aksi macam tu walaupun orang lain tengok nak muntah.tapi sebab konon-kononnya pakai seluar waka-waka dan ada pintu cantik,jadi terus beraksi begini tanpa disuruh.itulah gunanya tengok America's next top model

pemandangan ketika dinner farewell.tepi pantai..manyak syookkkk

our table..a bug among the roses.hero kan lecturer aku??siap ada mat saleh tegur macam mana dia boleh pikat kami semua yang cun ini

dengan kak izzu yang chumil,siap pakai shawl lagi sebab deruan angin rasa macam dalam aircond
satay lilit tu aku yang masak..tengok sanggup berwaka-waka menahan panas sampai berasap-asap.

here we are!!!!!!!!!!!!!!!!lain kali harus pergi lagi,tapi lepas ini dengan suami...ok,berangan sebentar berhoneymoon walaupun tiada lelaki yang mau
sunrise in bali!!!!!!!!!!!so lucky to see this..tak rugi bangun awal pagi,tak mandi,terus pergi pantai
harus beryoga selepas melihat sunrise...nyaman rasanya melihat keindahan ciptaan tuhan..subhanallah....
ikan duyung yang dah disumpah menjadi batu gara-gara degil nak jadi manusia.

tengok apa ada dalam tangan lecturer aku..lapor sangat ye sampai makan habis biskut

tengok pipi aku yang menaik-naik macam mauripan dalam donat.sampai malaysia,harus kempis kembali..
ok,kempis sedikit dah..ahaks...sampai di malaysia adalah sangat menggembirakan:)