Followers

Biasiswa

tabung simpanan masa depan

Friday, July 29, 2011

wordless friday-date with abe derogba




:)

Thursday, July 28, 2011

#post BUSUK-jalan sambil makan biskut JACOB untuk sihat

ahad bila eh,aku dengan my partner,kboyd join walkaton di taman pertanian shah alam.well,dah namanya tak kuat sangat berlari,jalan pun jadilah.dapat baju free kot.registration pun free.dapat biskut free.siapa tak nak.rembat jelah.jalan sejauh 6km,berpeluh jugaklah walaupun nampak macam dekat je kan.tapi sebab bukit yang macam gunung tu,gagah jugaklah.but,enjoy that  moment with kboyd :)

malas nak citer,tengok gambar jelah pulak.













 lantak komeler nak tgk gambor ni cemane pon...kepala teleng-teleng pandai-pandai ekjas okeh.penat aku rotate,gambor jadi leper pulak..sudahnya,bior jeler..:)

selamat meneleng

Tuesday, July 19, 2011

fragile side of me

yeah..i can't remember..maybe last 3 days or 4 days before,my brother call me many times but i don't pick it up because i'm sleeping dead.lansung tak dengar hape-hape.bangun pagi tengok adik miscall banyak kali.menyesal tak angkat and i just message him saying that i already slept,but then no reply from him.i don't expect anything,thinking of maybe he wanted to borrow car.but today,when i came home,ibu cakap dia call ibu tengah malam dan lepas tu kol abah pulak pukul 2,3 pagi.tak pernah kot dia macam tu.ibu cakap maybe dia tension sangat.dan dia baru accident.selama ni aku cuma tengok dia sebagai seorang yang sangat selamba,positif,dan happy sentiasa even dia ada problem.tapi sekarang,bila macam ni,memang aku risau sangat.maybe dia ingat aku bukan kakak yang faham dia,yang selalu ada bila dia ada prob,sebab kitorang asyik nak gaduh je kan.tapi deep inside of my heart,tuhan je tahu.selalu harap kalau dia ada problem,he has me to listen to him instead of his girlfriend.

it hurts me when ibu cakap dia macam tengah tension dengan study dia.just make wanna meet him and tanya problem dia.yelah,as kakak,memang tanggungjawab tahu masalah adik-adik dan tolong.hari ini memang hari sebak je.dahlah cite kat tv pun memang sedih.damn,saje lah tu nak buat aku nangis-nangis emosi.menyampah betul.

i hope he's ok and not doing something stupid.dahlah suka bawak motor laju-laju.kalau dah tensen tuh,lagilah laju.baru-baru ni pun dah accident.yeah,i just hope he's ok.

Saturday, July 16, 2011

saturday blues

today is saturday.tomorrow is sunday.

huuh..sangat tidak tahu mahu buat apa walaupun banyak kerja tapi tak reti-reti dan tak sedar diri.jadi,tanpa berfikir,aku dah sampai rumah gombak.tu nasib baik sampai rumah.kalau tak tanpa fikir apa-apa,dan sampai dah hutan gombak tuh.boleh menenangkan fikiran jap tengok pokok-pokok hijau kat situ.tapi,dah sampai rumah jadi terus tengok cerita korea.

kerja?tulis tesis??

hmm..no no.tak boleh buat sekarang sebab otak tengah tingtong.jika memaksa diri sekarang,mungkin medula oblongata boleh membengkak.jadi aku dengar lagu nih banyak kali.hambek.ok,cukup-cukup.dah pening.



ini semua sebab blog cik intan nilah...dah addicted dah.

oklah,nak sambung tengok cerita.bye.

Tuesday, July 12, 2011

berhati-hati dengan muka buku

baru-baru ni,pergi rumah makcik..heboh lah diorang mengutuk pong pang pong pang kat dapur kat meja makan.termasuklah tu mak aku.haishhhhh...nilah perjumpaan makcik-makcik.borak kat telefon pun boleh sampai 2-3 jam.siap kalau dah putus tu boleh telefon balik nak sambung cerita.apatah lagi kalau jumpa depan mata.lagilah berjam-jam.malas nak layan,jadi aku duduk kat ruang tamu.sekali,aku dengar facebook itu,facebook ini.amboi makcik-makcik nih,siap berfacebook semua.aku rasa,mak aku je yang tak ada facebook.makcik-makcik aku lain semuanya ada facebook.makin canggih orang-orang tua sekarang ni.

jadi,disebabkan aku pun lebih kurang macam nak menyibuk,sajalah pergi kat meja makan buat-buat lapar padahal aku nak dengar apa benda diorang ni cerita pasal facebook.rupa-rupanya sorang makcik aku ni tukang spy rupanya.habis semua sepupu-sepupu aku punya facebook diceknya.of course aku punya sekali.sorang sepupu aku ni meman suka post status jiwang-jiwang sikit,yelah orang ada boyfriend kan.siap ada gambar bersama.status tu memang takleh cakapla,siap makcik aku ajuk lagi.adoilah..aku kononnya adalah sepupu yang baik,cubalah nak membaking sepupu aku tuh,tapi lepas tu aku pulaklah yang kena.haii,macam-macam.aku ni tengok facebook pun kadang-kadang je.nasib baik tak ada apa-apa yang menjelikkan.

jadi,sesiapa yang nak post status jiwang-jiwang ngan boyfriend atau girlfriend tuh,berpada-padalah ye.kalau nak post macam tu,jangan accept makcik pakcik kau jadi friend kau.tak pasal dapat kutuk free je.kau bukan tau apa orang-orang tua cakap.mungkin kau ingat diorang tak cek facebook kau,tapi kalau jenis yang ala-ala cita-cita nak jadi spy dulu tapi tak kesampaian,masa nilah dia leh jadi spy mengecek.jadi,pandai-pandailah.

oh,apa aku cakap ni pun untuk diri aku jugak supaya beringat.

sekian,ambillah iktibar.terima kasih.

Wednesday, July 6, 2011

#wordless wednesday

don't know how it happens.i just realized i got this bruise while showering.and it hurts and swollen a bit.

Tuesday, July 5, 2011

teratai layu di tasik madu


a picture tell many stories.

mengejar 10000

tengok stats setakat ini..baru 9279 pengunjung.ini bukan belog cik epal mahupun hanis zalikha,memang confirm tiada yang berminat mahu baca.

but then,kalau selalu update mesti selalu orang baca kan??mesti lebih 10000 viewer dtg baca kan??ini yang mahu membuat misi ingin mengupdate blog selalu setara dengan menulis tesis.kan bagus kalau macam tu.sambil tulis tesis,sambil tulis blog.dua-dua pon jalan.tapi sekarang,tengok?dua-dua pon tak jalan.

kalau nak kejar sesuatu,kena bersungguh-sungguh.barulah dapat benda yang dikejar tuh.

tapi,kalau nak rayban aviator GUESS camane nak kejar tuh?

hampir 11 tahun bercinta,akhirnya....

macam tak percaya kan??bercinta punya lama..i wonder,macam mana diorang boleh kekal bercinta dari sekolah sampailah dah masuk matrik,apa semua,kerja lagi tapi still bersama.aku paling lama pun 2 tahun lebih je.itu paling lama.boleh bertahan sampai nak masuk 11 tahun adalah pencapaian yang sangat menakjubkan.bagi akulah.mungkin kawan2 korang ada yang lagi hebat ke,who knows right?bila sampai je kad kawen diorang nih terus aku buat keputusan kena pergi.woo..lama tunggu okeh,akhirnya kawin jugak.rasa macam nak salute spring toink toink pada diorang dua ni sebab still kekal.sampai ke pahang jugak aku pergi untuk majlis kawin diorang.aku rasa memang aku patut tubuhkan satu geng 'hadir kenduri' sebab muka yang sama jugak aku akan tengok di kenduri kawan-kawan sekolah menengah.yang pasti,aku dan kawan baik aku,kboyd memang harus ada di setiap kenduri kawin kawan-kawan sebab kitorang memang suka pergi kenduri.sebab selain dapat makan free,dapat benda-benda bawa balik,dapat juga bergaya.kalau tak,baju kurung dalam almari memang tak berusik.

jom kita tengok gambar.since aku malas nak bawak kamera sebab tau gambar aku pasti tak banyak kalau aku asyik tangkap gambar orang,tapi nasib baik kboyd memang selalu bawak kamera dia.ada lah jugak gambar.

 cuba teka yang mana dah kawin,yang mana belum?
 mak orang yang baju biru tu pun dah nampak cam anak dara bila bergambar dengan gadis-gadis
 kboyd yang pakai baju hitam tuh.she still single,jadi,akan tunggu dia kawin dulu,baru kawin.kata kawan sejati.
 aku paling suka gambar ini sebab semua pun nampak comel.cuba tengok pengantin belakang tuh,sweet aje.sayang betul gambar ni gegar sedikit.
ini jumlah semua yang datang dari batch kitorang.pengantin laki tuh sebenarnya our senior,setahun je atas.yang dua orang berbaju biru adalah laki bini,sama batch kami juga.nampaknya ramai lagi yang akan kawin sesama batch nih.who's next???

buat hairina dengan rashidi,aku doakan agar korang sentiasa kekal sama-sama sampai anak cucu,sampai akhir hayat.semoga bahagia selalu:)
selamat pengantin baru

Friday, July 1, 2011

lelaki jambu

i had lelaki jambu in my life and he hated whenever i call him that.but i love to tease him with pink colour..coz i think he looks cute in that colour.haha.cepat sangat masa berlalu,tak sedar pun dia dah tingkatan empat.and to see his achievement in PMR recently really make me proud.i'm sure my parents proud too.rasa macam dia masih lagi kanak-kanak kecil yang dulu aku selalu main sama-sama,dan paling dimanja sebab dia paling bongsu.tapi sekarang dia dah besar.dah pandai tarik muka bila tak suka,pandai tegur aku bila pakai tudung entah apa-apa,pandai nasihat kalau pakai baju ketat-ketat.dan apa yang paling aku suka adalah memakai baju dia dan menggunakan barang dia.sebab saiz baju sama but pity him sebab dia tak boleh pakai baju aku.

dulu selalu marah dia kalau dia terlalu lurus dan aku akan cakap macam ni 'jangan lurus sangat,taula kamu lahir tahun babi'.ada kaitan jugak kot.orang yang lahir tahun 'baby' nih jenis lurus orangnya.ini hanya teori.taknak percaya sudah.

my lelaki jambu dulu chubby tembam dan comel.sekarang lelaki jambu dah jadi innocent,kurus dan takde pipi macam dulu.see below.

ini masa raya 2007

ini masa raya 2010.

lainkan?i miss the time dia gemuk dulu.macam doraemon cuma tak ada poket di depan dan tak berwarna biru.sangat comel.sangat sayang budak lelaki jambu ini.hope dia belajar rajin-rajin,kerja bagus-bagus,dan ada kehidupan yang bagus pada masa depan nanti.

congratulation again adik.love u so much.