Followers

Biasiswa

tabung simpanan masa depan

Monday, March 28, 2011

keterasaan

yes,i'll be hurt when..

-people rejected my call
-i really want to speak to someone,and try to call that person,call is waiting at other party
-i call people many times but no answer,and never explain for that

tq.

a sweet escape to aki nabalu!

hi guys!!

i'm back!!

well,i just came back from kota kinabalu and guess what???aku berjaya menawan gunung kinabalu!!!!!!!!i did it people!!!by the way,gambar-gambar banyak pada kamera kak cik dan ika,jadi tiada gambar yang boleh di publish sekarang.dan rasa sangat bangga sebab dapat dua sijil!yeay!!satu sijil sebab berjaya menakluk puncak kinabalu,dan satu sijil lagi sebab kami melalui jalan jauh mesilau untuk ke puncak.well done!

dan sekarang aku berjalan macam robot.

terbaik penangan gunung kinabalu.

pengalaman yang tak dapat digambarkan.

tunggu sahaja karangan dari aku.

to be continued...........................

Saturday, March 19, 2011

hi kinabalu!

i will temporarily out for gunung kinabalu.

from 21st-25th March.

wait for next update on kinabalu!

tak sabar but in the same time,sangat takut dan risau.

sebab fitness kurang,stamina juga kurang.

hehehe..doakan aku berjaya menawan puncak kinabalu ye.

chayok!aja aja!

bagaimana mengelak pacat

well..pacat sangat common dijumpai di hutan dan sangat pasti tiap kali nak masuk hutan,pacat adalah antara benda yang dirisaukan.since dulu selalu keluar masuk hutan but now,dah sangat jarang.so,baru-baru ni,adik aku telefon dan tanya macam mana nak elak pacat.then,i've came out with a few suggestions and i think,let's share here too.mana tahu,ada yang nak masuk hutan jugakkan.

well,selalunya,before nak masuk hutan,our team masing-masing ada stokin pacat.we call this stocking as stokin pacat sebab memang function nya untuk mengelak pacat.ada two types of kain,jenis macam kain cotton tebal or macam kain jenis plastik sikit.jadi rasanya if sesiapa yang selalu masuk hutan,memang harus ada stokin ini.for prevention right.tapi tidak dijamin 100% pacat memang takkan masuk dan gigit kaki tangan korang sebab pacat pun ada banyak jenis,tak semestinya atas tanah je,ada yang atas daun juga.selalu je dulu kena gigit di perut,pinggang,leher,tangan.bukan hanya di kaki je.
stokin pacat
(this pic was taken from lusuh.com.my)

ada juga orang cakap sebelum masuk hutan tu,dalam seminggu atau dua minggu makanlah makanan yang pahit-pahit supaya darah jadi pahit dan pacat tak suka nak gigit orang yang darahnya pahit.ini juga tidaklah diketahui kebenaranyya but then my friends ada beberapa orang cuba dan jadi.boleh cuba,apa salahnya kan.

kalau aku pulak,before masuk hutan tuh,sapu banyak-banyak minyak cap kapak kat kaki,kat tangan kat mana-mana yang aku naklah.kira menjadi jugaklah pacat taknak naik kat kaki aku.mungkin sebab panas dah pahit kot minyak cap kapak tu.

kadang-kadang aku bawak mosi-guard.mosi-guard nih korang boleh beli kat guardian ke watson ke farmasi mana-mana ke.ada jenis spray ada jenis macam deodorant tuh.itu macam insect repellent but then we also used it for leech.dan ini sudah dikaji tau.

mengikut sorang kawan aku pulak,guna tembakau cap ayam.ala,tembakau yang selalu orang guna untuk hisap rokok daun tuh.rendam tembakau dalam air dan tepek kat kaki.

sebenarnya mungkin ada banyak cara lagi terpulang pada cara masing-masing kan.tapi ini adalah antara cara yang aku pernah buatlah.selamat mencuba!

Wednesday, March 16, 2011

boleh call tiap-tiap hari tak?

tadi call celcom customer service to ask about my celcom broadband.well,the service is quite good.operator yang angkat pun cepat,takdelah nak tunggu sampai berjam-jam,tak payah nak dengar lagu bajek comel-comel kononnya sambil menunggu,sambil dengar lagu.tak sempat keluar lagu,operator dah jawab pun.perlu dihighlightkan di sini,sangat MESRA ok.mentang-mentang lelaki yang jawab,cepat je kau mesra kan

rasa macam nak je tanya 'awak sape nama','apa no fon awak'..tengah sakit perut pun boleh gatal ni,tak boleh jadik.nasib baik sebelum tu,dah diingatkan yang setiap conversation akan dirakam.terus niat tak jadi.tapi suara orang itu sangat sedap.

dengan ini,saya berpuas hati dengan customer service celcom walaupun pakai prepaid celcom menghabiskan duit dengan cepat dan broadband juga memang macam berukbeng speednya.sejuk hati dengar,terus tak pangkah celcom.

boleh call tiap-tiap hari tak?

Monday, March 14, 2011

Tuhan itu adil kan

buat baik dibalas baik.buat jahat di balas jahat..

betul kan?

sebab tuhan tu maha adil.kalau kita buat jahat kat orang,dengan tak semena-mena,tanpa sedar ada balasannya.dan balasan tu mungkin dalam cara yang kita sendiri tak sedar atau bila-bila sahaja.

kalau buat baik,jangan mengungkit sebab apa yang kita buat tu kena ikhlas.sebab walau apa pun,lambat laun akan dibalas juga.tapi kalau asyik mengungkit dan mengomen,memang payahlah nak dapat balasan baik tuh.
tak dapat di dunia,dapat di akhirat,dapat pahala banyak.

sabar jelah kalau orang buat jahat kat kita.sabar itukan separuh daripada iman.i'm not that good to talk about this however,just wanna share this with ya'll.

Friday, March 11, 2011

BONGOK

hi...(arini terajin pulak post entri terlebih)

we'll learn a word for today,

BONGOK...

selalu,kalau korang nak mengeji kawan-kawan atau marah kat kawan-kawan ke,cepat je mulut tu nak sebut perkataan ini kan?ke,korang marah kawan-kawan,korang cakap 'sweetnya awak ni','awak ni cantiklah'...(tangan di bahu)..kalau dah tengah marah,geram ke,on the spot je mulut tu nak keluarkan kata-kata kesat.paling keji kalau sebut g****** ke,p*k**** ke..ala,paling koman pun confirm sebut babi ke,bodoh ke,kepala hotak ke,dan juga bongok..biasalah manusia..kalau time aku gaduh ngan adik aku,si amar tuh..banyak beberapa kali juga aku sebut 'bongoklah kau ni'..

and know what??

menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, BONGOK bermaksud besar,gemuk tetapi pendek atau rendah.
menurut Kamus pelajar Edisi Keempat pulak,BONGOK itu bermaksud terlalu gemuk sehingga tidak seimbang dengan tinggi, besar tapi pendek.walau bagaimanapun (pakai penanda wacana okeh),bongok juga bermaksud bodoh atau dongok.

jadi kalau orang cakap aku bongok,aku pahamlah sebenarnya orang nak cakap aku gemuk tapi pendek..kan kan kan?mencik

good spender

i think i'm good at spending money...i don't think i can have much money in my purse since it will disappear very soon and i have to redraw it again until all my money spent and zero left.i hate myself for doing that.i wish there is someone that can avoid me from spending my money.

see..i've bought one blouse and one book today.hate hate hate.and later,i'll regret for doing that.

sekarang dahlah baru nak masuk tengah bulan.nanti dah nak dekat hujung-hujung bulan nak makan apa?say no to maggi.dapat roti kat baker's cottage pun ok kot.demand tak boleh blah.

ada tak job yang senang nak buat dan senang nak dapat duit????heeeeeeeeeee.......

Thursday, March 10, 2011

jawapan untuk soalan yang perlu anda tahu

SOALAN DARI BUKAN ISLAM UNTUK ORANG ISLAM, TENTANG AGAMA ISLAM

Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah disempurnakan agamamu (Islam). Semua persoalan akan ada jawapannya, hanya ilmu di dada penentu jawapan apa yang perlu diberi.

1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran?

Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memapaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.

2) Nama Nabi Isa disebut lagi banyak dari nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran, tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?

Soalan sebaliknya, dalam Bible, nama syaitan lebih banyak dari nama Nabi Isa, jadi siapa lagi hebat? Syaitan @ Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan nabi dan rasulNya. Walaubagaimanapun, Allah Maha Mengetahuinya.

3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja nabi Isa itu Tuhan kan ?

Dalam banyak² kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga yang ade menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata "Siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka”

4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?

Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Perumpamaan : Jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulong masih hidup, hakikat yang tidak akan berubah ialah anak sulong tetap sulong.

5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.

Kita jawab seperti ini, antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan ? Jadi, kenapa orang Kristian tidak sembah Mariam je? Kan Mariam ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga merupakan manusia pertama, kenapa tidak disembah Adam sahaja? Jawapan lengkap ada dalam Surah Ali-Imran, ayat 59.

6) Jika baca tafsir, Allah berfirman sekejap guna 'Aku', sekejap guna 'Kami' Kenapa? 'Kami' kan lambang 'Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)' ?

Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, 'Aku' kata jamaknya 'Kami' yang menggambarkan tentang 'Allah dan keagunganNya' . Tengok sahaja Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna 'We' bukan 'I'.

7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?

Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?

8) Sami Buddha vegetarian bertanya, kenapa Islam suruh bunuh binatang untuk dimakan? Kan zalim kerana bunuh hidupan bernyawa?

Sains telah buktikan, sayur dan pokok turut ade nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ade banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Bila kita bunuh (sembelih sebenarnya) 1 ekor lembu, sebenarnya kita telah selamatkan bayak nyawa manusia.

9) Sami Buddha menjawab " Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria, bunuh binatang dosa besar"

Kita jawab seperti ini, habis tu, kita Cuma berdosa kecil je la jika bunuh orang yang pekak, buta, bisu hanya kerana dia tidak ade deria?

10) Sami Buddha menjawab lagi "Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik"

Kita jawab lagi "habis tu, awak makan lah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus"

11) Sami Buddha berkata lagi "makan binatang akan dapat banyak penyakit"

Kita jawab "Penyakit datang kerana kita makan banyak. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran.. Alah, tembakau dan dadah pun dari tumbuhan juga kan ? Lagi besar penyakitnya kan ? Lembu yang ragut rumput hari² pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan untuk kita.

12) Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?

Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan.

13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari² sembah Kaabah.

Islam bukan sembah Kaabah, tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam Sembah Allah, kaabah Cuma kiblat. Perlu tahu bezakan. Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindi tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari² pijak gambar Kaabah (sejadah). Jika ada gambar Kaabah diletak di KLCC, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah... Bukan sembah Kaabah!

14) Kenapa perlu ikut nabi Muhammad saw kerana nabi dan rasul sebelum baginda kan betul² juga?

Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.

Soalan² yang nyatakan di atas, sebenarnya memang benar² ditanya oleh orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam... Mereka bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yang ilmu hanya ala kadar berasa was² dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was² dengan agama yang dianutinya. Jadi jawapan yang disampaikanpun tak perlu panjang² cukup sekadar ringkas dan padat.

current obsession

berehat sebentar bersama blog..*pening masuk data*

currently,my obsession makin melampau kat unagi.rasa macam nak tampar mulut asyik gatal nak makan unagi.tak dapat unagi,dapat sushi pun jadi.*tampar mulut lagi*

berapa banyak sushi aku dah telan minggu ni.tak campur minggu lepas.nasi tak lalu masuk,sushi yang pakai nasi pulut tu lalu pulak.lagi raw,lagi nak masuk perut.obsession nih sejak bulan feb lagi..macam tiap hari pun craving benda yang sama.dapat belut nyum nyum tu lagi nak meleleh air liur.*pengsan*

ok,dah bangun balik dari pengsan..nah,tengok gambar obsesi aku ini.

tengok tu,tengok tu.....*meleleh-leleh air liur*
sumber: google

craving lagi.............

takut kahwin

pernah rasa takut kahwin?atau terhegeh-hegeh nak kahwin?

kalau cakap taknak kahwin karang bahaya lah pulak.dibuatnya memang tak kahwin karang...*pengsan*.tapi hal jodoh tu memang tak boleh yakin sangat sebab semua pun ketentuan Tuhan.

satu hari,adik aku mesej abah cakap nak bawak girlfriend dia datang rumah atau makan sama-sama dengan family aku.abah rilek je dengan cakap ok..tiba-tiba ibu sentap mak nak.tak paham di situ.selalu,ibu macam cool je,sekali pasal ni,emo lebih pulak..sentap bukan main sampai macam nak gaduh dengan abah,sampai dengan aku sekali pun kena bebel.rilek je keluar dari mulut aku 'dengar ibu bebel ni,rasa macam taknak kahwin je'..rasa macam nak lempang mulut sendiri pergi cakap macam tu..sebab tu lah kot,masa kecik ada jugak beberapa das kena tampar dengan abah.hambek.nasib baik mulut sekarang sangat baik,dengar kata cuma masa hari tu je,tetiba mulut buat perangai.

dengan banyak kes-kes boxing-boxing gaduh-gaduh,main cerai-cerai siap boleh cerai rujuk cerai rujuk cerai dah tak boleh rujuk,dengan kes laki jumpa balik gf lama tinggal isteri kahwin gf,dengan kes macam-macam lagi buat aku pun jadi macam fikir banyak kali.kau nak cari laki pun susah,apatah lagi nak kahwin.beberapa kali couple dan clash buat aku cepat rasa ragu-ragu sedikit dengan lelaki tapi bukan aku tak suka lelaki,aku suka cuma untuk jadi teman hidup kau yang kau harap sampai tua akan bersama,itu susah sedikit.siapa nak kahwin banyak kali?ceciter ceciter..being in a relationship kadang-kadang buat banyak keluar air mata dari dengar gelak tawa.being in a relationship jugak buat aku banyak berfikir lebih dari einstein,baik aku fikir pasal research aku tapi kalau dah asyik fikir orang lain,macam mana nak fikir hal sendiri.memang rasa bodoh tapi tak boleh lari dari berfikir.

tapi sampai bila pun nak takut.nabi pun galakkan umatnya berpasangan.tapi for this time being,i don't think i'm ready even though bila tengok kawan-kawan lain nak kahwin dah,mulalah gatal-gatal nak kahwin jugak sibuk nak cari laki,tapi bertahan sejam je.belajar pun tak habis.abaikan sahaja soalan makcik-makcik bila sibuk diorang tanya 'bila lagi,sepupu lain semua dah kawin'..fine,tunggu..........................nanti bila aku ready aku akan cakap camni je kat orang tu 'I THINK I WANNA MARRY YOU'..pastu lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.......................

bye.

Tuesday, March 8, 2011

12 hari

i'm counting the days...

12 more days....

to make a record for myself....

hi kinabalu..


Monday, March 7, 2011

bila hujan

bila hujan..mulalah macam-macam...

masa nilah boleh ternampak,terbayang,mengidam macam-macam...

masa hujan macam nilah,

sedap bila ada teh o panas siap cicah dengan biskut kering.....
sedap bila ada ibu kayu rebus panas-panas cicah dengan gula merah dan kelapa......
sedap bila ada kopi o panas dengan pisang goreng...
sedap bila ada cucur udang dengan kuah sambal pedas...
sedap bila ada pengat pisang atau serawa durian makan dengan roti...

teringat dulu bila hujan,akan buka tingkap,pandang hujan lama-lama sambil menghirup nescafe..masyuk.

cukup.tolak nescafe,dah tak minum nescafe.

dah,sampai sini je tulis.dah telan air liur 38 kali.lagi 2 kali,korang carikan untuk aku semua tuh.

Friday, March 4, 2011

failed

congratulation aimi for not accessing facebook for today.hahaha.

task one- PASS

task two- FAIL

task three-FAIL

task four-PASS

see,dua fail,dua pass...hate myself for not putting more effort to make it happen.mencik.boleh pulak kau pergi sogo membeli-beli dan belah dalam masa tak sampai dua jam ye.dah waste time di situ.tapi,takpe.semua untuk barang-barang persiapan untuk memanjat gunung kinabalu akhir bulan ini.

gloves dah ada.
winter stocking dah ada.
thermal wear dah ada.

more equipments kena cari dan pinjam.tak mampu kot kalau masa ni nak beli semua.and yeah,have to prepare myself mentally and physically.nak muntah rasanya kalau menghitung hari.larat ke aku nak panjat gunung yang tertinggi kat asia tenggara tu?orang lain semua prepare setengah tahun nak pergi,aku prepare untuk dua minggu je.gila.

psstt::if only he knows how i feel.i'm praying.god,help me.

i got mission!

now,10.08 am..and right now,i'm sitting at my desk in postgraduate room.

i'll start my work at 10.15.promise!

here is my mission for today,wish me luck people.

1.am not going accessing facebook.never for today.ini paling susah since dah jadi rutin but i'm trying.say no to facebook.


2.finish up my research questions to be checked by my supervisor.berapa tahun nak siap daa...


3.writing general introduction for my thesis at least one paragraph.


4.jogging-round um bukan setakat round tasik

target:start pukul 10.15 am until 7.00 pm.

wish me luck.thank you.

Thursday, March 3, 2011

kerja GILA

yeah..i really mean it..me,hardly to say No and then i'll regret for what i've done or said..coz i know,i'm doing something crazy.kok ye pun excited sangat dengar KK,tak payahlah terus say yes kan...ceciter..a friend ask whether boleh temankan dia pergi panjat gunung coz dua orang kawan dia cancel,so dia cari orang untuk replace.dengar je ika jadi pergi nak teman,terus je aku cakap nak pergi jugak.dan sekarang menyesal.kalau nak setakat berjalan-jalan membeli-beli pastu blah aku tak kisah sangat.tapi pergi untuk memanjat gunung kinabalu tu,kau ingat nak panjat busut semut?kau ingat kau pernah naik bukit broga,kau rasa hebatlah nak panjat gunung kinabalu ye aimi?

relax jap..tarik nafas..

and what???lagi 17 hari je nak pergi??????pakai tangkap muat je nak pergi daki gunung nih kan?buat decision dalam masa 5 minit,memang terbaek.dan beli tiket menggunakan perkhidmatan kad kredit abah dalam masa lebih kurang 30 minit sebab kejap-kejap call abah memang juga terbaek.sangat mudah laluan nak pergi ke sana tapi bila sampai sana,adakah mudah laluan nak ke atas tuh?cakap confirm pergi macam nak pergi midvalley je.gila ok.agak-agak ada midvalley ke,ikea ke kat atas gunung tuh,aku akan cuba jugak panjat (tangan di dada,mata ke atas)

aimi,
kau panjat broga pun semput.siap berhenti banyak kali.kalau kau nak naik gunung kinabalu tuh,tak ke lebih dari semput?tak payah cakap broga.panjat tangga nak naik bilik postgrad pun dah mengah peluh-peluh basah ketiak,ada hati nak panjat gunung kinabalu.kalau preparation kau nak dekat setahun takpe jugak.at least,adalah juga stamina tu.tapi dalam masa 17 hari dengan makan banyak tak hengat,dengan joging setakat satu round tasik rasa macam dah hebat,baik tak payah.*macam hasutan setan je ni*


terpaksa buat jeritan announcement di sini.

was captured during family holiday to kota kinabalu masa still tinggal di lahad datu.


GUNUNG KINABALU!!!!!!!I'M COMING THIS 21ST MARCH!!!!!!!!!!!!*pengsan*

psstt::serius,tidak bersedia.sila doakan aku.

Tuesday, March 1, 2011

a day for painting

was taken from google

hari yang penuh warna.setiap masa akan diisi dengan mewarna peta,melukis on sketch book dan mewarna dengan crayon..yes,i love colors!i'll paint my life with colors!!!!!let's see what i have today

a colorful map
red watermelon lollipop
a box of 24 color pencils
a sketch book
a box of crayon
new bag in red and green color
and i'm going to paint white color for love.aci kan?sebab love itu suci.

psstt::mad mode.


birthday for 2011

hi march..

baru je beberapa hari lepas sambut birthday.and this year,celebrating it without any tears.yeay,berjaya.and this year,birthday rasa macam tak cukup masa nak celebrate.thank you for all the wishes,the present and yeah,i got two bags for this birthday!thank you for the treat too..and thank you to u (i know u didn't read this blog) for spending most of your time with me,had a great time!thank you again,really appreciate that.thank you to my family too!!!!!!!!

time flies faster and rasa macam tak percaya i'm 24 already and banyak lagi benda nak buat,banyak lagi wish yang perlu achieve.dengan tak kerja lagi,sangat merisaukan.i'm tired of studying but i have to finish this since i've started it all.tak boleh nak mengeluh sebab ini jalan yang aku pilih.

banyak perkara yang aku sesali sebenarnya dalam hidup ini tapi inilah kehidupan.banyak kesilapan yang boleh dijadikan pengalaman.banyak pengajaran dari kehidupan ini.jika itu jalan yang kita pilih,just go for it.cuba untuk capai walaupun tahu susah.tapi,kalau kita betul-betul nak,it's not impossible to get it..

aku berharap aku kuat,makin tabah,makin bersemangat,makin tahu fikir baik dan buruk bila umur semakin meningkat ni..doakan aku.

sweet 24 aimi.be strong.

happy birthday again.