Followers

Biasiswa

tabung simpanan masa depan

Saturday, April 30, 2011

bertukar wajah

tadaa....yeah bebeh...putih suci mulus konon-kononnya..tapi saja je nih..biasalah bagi orang yang selalu tak puas hati dan cepat bosan memang macam ini gamaknya.sebenarnya tak adalah bosan sangat tapi macam saja nak bagi clear sikit bagi readers yang nak baca blog nih.itu pun if ada yang nak baca coz i just write for fun,just wanna share apa-apa yang terlintas aku nak cerita pada engkorang.

life's good so far but then,biasalah kalau ada masalah.trouble is always be a good friend.sebab kalau tak ada masalah,kita tak belajar macam mana nak berdikari,macam mana nak tolerate dengan orang,macam mana nak handle problem mentally and physically,macam mana nak share stories,macam-macam.dan from trouble,we know siapa yang ada selalu dengan kita,siapa yang boleh faham kita,siapa yang boleh bantu kita.

and now i think it's time to think maturely,try to control myself,try to be more confident,try to ignore people's says,try to be strong.but then,i know it's hard to do it all tapi kalau tak cuba,tak usaha memang tak nampaklah  resultnya.fragile sangat.manja sangat.i'll do it slowly.sebab kalau tak buat macam nih,penyakit lama akan datang balik.psiko lebih.btw,help me people:)

motif gambar?

psstt::i miss the good old days..*sigh

Friday, April 29, 2011

promote lebey nampak

kengkorang...

kalau kengkorang ada twitter,bolehlah kengkorang main follow-follow aku orang ni.

just search eyemeria


bye!

Thursday, April 28, 2011

EASY vs DIFFICULT

Easy is to judge the mistakes of others, Difficult is to recognize our own mistakes

Easy is to talk without thinking, Difficult is to refrain the tongue

Easy is to hurt someone who loves us, Difficult is to heal the wound

Easy is to forgive others, Difficult is to ask for forgiveness

Easy is to set rules, Difficult is to follow them...

Easy is to dream every night, Difficult is to fight for a dream...

Easy is to show victory, Difficult is to assume defeat with dignity...

Easy is to admire a full moon, Difficult to see the other side...

Easy is to stumble with a stone, Difficult is to get up...

Easy is to enjoy life every day, Difficult to give its real value...

Easy is to promise something to someone, Difficult is to fulfill that promise...

Easy is to say we love, Difficult is to show it every day...

Easy is to criticize others, Difficult is to improve oneself...

Easy is to make mistakes, Difficult is to learn from them...

Easy is to weep for a lost love, Difficult is to take care of it so not to lose it.

Easy is to think about improving, Difficult is to stop thinking it and put it into action...

Easy is to think bad of others, Difficult is to give them the benefit of the doubt...

Easy to read this, Difficult to follow

am i right?

Tuesday, April 26, 2011

A woman's mind explained in one easy diagram



can you see the blue balls in the diagram??it represents a thoughts of something that needs to be done,decision or problems faced that needs to be solved.
see,for woman, there's a lot to think of..but then a man only got two balls and they take up all his thoughts!!

Asal usul SOLAT

Asal-usul Sembahyang

SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama:- 
Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:- 
Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
Rakaat pertama:- 
Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua:- 
Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga:- 
Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat:- 
Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama:- 
Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua:- 
Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga:- 
Kelam dengan malam.
Rakaat keempat:- 
Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:
Rakaat pertama:- 
Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua:- 
Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga:- 
Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama:- 
Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua:- 
Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga:- 
Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat:- 
Dukacita terhadap anak Firaun.

Sunday, April 24, 2011

doodl-ing


bila bosan saya akan lukis benda-benda mengarut menggunakan aplikasi paint.

sila nantikan lukisan seterusnya nanti.

tidur sepanjang hari rupa-rupanya boleh buat kulit muka rasa licin.

jadi,kesimpulannya bila bosan,tidurlah.

Thursday, April 21, 2011

hey ladies!URGENT!

for all ladies,

i just wanna invite you guys to this awesome dance class!i've been attend the dance class with novem since bila entah,i forgot already but i really enjoy it!u guys don't wanna miss it too!so,since ramai yang kerja isnin sampai jumaat kan,jadi what if u guys do burn your calories on saturday??at least,do some exercise right.

i attend the monday class but still rasa macam nak join the saturday class jugak..especially sesiapa yang tinggal around pj,um,bangsar,and tak kisahlah mana-mana around kl :),jom join kelas ni.

below is the forwarded email sent by novem yesterday.check the details out ya'll!


Dear All,

New weekend class, Aero-Dance is now launching at Menara TM.
 
Following is the class details:
Class Day : Every Saturday
Class Time : 9:00 - 10:00AM
Venue: Aerobics Room at Menara TM Kuala Lumpur
Fees : RM120 - May & June (8 sessions)
 
For those who are interested to join us to BURN FAT & STAY FIT, kindly please
register with payment to Novem Chan 017-417 1119 or email novem.chan@gmail.com NOW!!! 
Visit our website for more details: www.novemchan.com

P/S: Due to the limited space of the aerobics room, we can take in 20 people the most
at a time. Class registration is first come first serve basis. Hurry Up, Register Now!

Best Regards
Novem Chan Dance & Fitness


just give it a try and enjoy it yourself :)


love!

blue thursday


wordless.i just love blue.

Wednesday, April 20, 2011

hi,friend

life is not easy.

i've been friend with trouble for a long time before i met happiness.

but then,when happiness gone and left me,the trouble come back and say hi.

i can't resist trouble as it always be my bestfriend too.

and i cannot expect which friend will come to me after this.

is it tears?is it laugh?is it smile?is it mad?

whoever they are,i'll say 'hi,friend'.

Monday, April 18, 2011

lagu terbaik untuk jogging



omg...he's so cute doing the tap tap dance..melt melt..

kalau tengah jogging,confirm rasa nak lari lagi laju...

Saturday, April 16, 2011

tips for making your eyes look bigger

i got small eyes,yeah,rasa sangat sepet bila senyum dan gelak..and everybody will make joke with my eyes.i remember dina, kawan masa kerja di Borders.suka sangat tiru mata aku lepas aku dah beria gelak-gelak dan senyum.ingat nak sedekah,sekali bila asyik kena joke balik,mulalah dah hilang pahala sedekah sebab dah merajuk-rajuk terus masam muka.

jadi,to get bigger eyes,aku pun sukalah beli lens yang konon-kononnya boleh membesarkan mata.i know sometimes it works,but then bila senyum sama je.tapi at least bila tangkap gambar,nak senyum lebih-lebih,tak adala sepet sangat.besarkan je biji mata.

tapi,tiba-tiba mata automatically jadi besar..i wonder how..

oh.....dah tau kenapa.

nak tau kenapa?

senang je...ikut langkah ini.


  •  jangan tidur,berjaga sampai lewat malam.tiap-tiap hari buat insyaallah menjadi.


dan inilah hasilnya!
.
.
.
.
.
.
.

nampak besar kan mata with that dark large circles?

Friday, April 15, 2011

i wish someone read this and .......................

birthday saya dah lepas.

tak ada pencapaian apa pun yang dicapai setakat ni.

*sigh............

tapi kan.....

tapi kan..................

kalau tak ada hari special atau tak payah tunggu birthday pun,ada tak manusia yang baik hati nak bagi saya hadiah?

saya berharap abah baca entri ini.

saya berharap amar adik saya yang susah gila nak jumpa baca ni jugak.(tapi dia kaya dari saya)

saya berharap kalau ada kawan-kawan yang gila best baca ni jugak.

sebab saya macam tak cukup sedikit duit tapi saya tak kira saya nak jugak.

nak tau apa dia?

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
ini versi hello kitty.tak dapat ni,dapat bawah ni pun ok.
yang ni murah sikit,jadi siapa-siapa yang kaya mesti boleh belikan untuk saya.kan kan kan?kalau tak boleh jugak,dapat bawah ni pun ok.

ini sama je macam yang first tuh,cuma cam lagi best je yang version hello kitty tu.

boleh tak?boleh tak?



sambungan dari tajuk.

......................................buy me this camera!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

i did it!

let see what i've been through for four days and see..i come out with this :)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


yeay..did it..empat hari belajar GIS..pening-pening kepala nak buat benda alah ni since aku tak ada basic lansung.i have no idea what is the datum,UTM and so on yang lansung tak pernah dengar.yang aku tahu latitude longitude je.but whatever..i'm making my own map!

but then,lepas semua ni setel and nak try balik to do the same,impossible..sebab aku dah lupa.i think i have short term loss memory!



Thursday, April 14, 2011

lost in thursday afternoon

it's been four month and i'm still counting on it..

google

sakrok.


Tuesday, April 12, 2011

me.a jumper

if pernah tengok cerita 'jumper' then u get what i mean by i'm a jumper.kadang-kadang bila determination kau kuat,buat apa je pun tak kisah kan.

but then if dapat jadi jumper,lagi best.boleh breakfast di kelantan makan nasi kerabu.agak-agak bosan tengahari asyik makan di cafe fakulti,boleh jump pergi penang makan nasi kandar.minum petang pulak boleh jump pergi terengganu,membaham satar yang sedap dan keropok lekor.makan malam pula di sarawak,sebab teringin sangat makan sup gamat.esok pulak boleh bertukar ke negeri lain.itu baru dalam Malaysia.belum jump pergi oversea lagi.

hari tu,pagi aku masih di KL.kemudian,tiba-tiba dah sampai tanjung malim.jalan-jalan,makan pau,makan mihun hailam,tengok budak lari.petang dah sampai kl semula.esoknya,tiba-tiba dah di raub.bertukar-tukar pengangkutan awam.petang dah sampai kl semula.

betulla,kalau kita sangat determine,boleh je buat apa-apa.tapi apa kes bila sampai pada study bertangguh ni.determine macam mana pun,hangat-hangat tahi ayam je.huuh....

this is what i do when i get bored



uurgh....nak muntah tengok.buruk betul.macam mana nak masuk 'the fashion show' ni..

Saturday, April 9, 2011

repekan

"The worst feeling in the world is giving all the love you have and knowing it will never be returned"


and it such a fool to love someone with all your heart but then they easily broke your heart.


thank you love.

you are so kind.

kadang-kadang

kadang-kadang apa yang kita mahu,bukan semua kita akan dapat..

kadang-kadang kau cuba buat yang terbaik,tapi kalau kebaikan itu tidak terbalas,redha sahaja.mungkin ada hikmahnya..
tapi buat baik itu berpada-pada sebab mungkin buat lebih baik pada orang lain tanpa menjaga hati sendiri akan memakan diri.
makan hati kan bila apa yang kita buat tidak di appreciate lansung?
sayang lebih pada orang pun akan buat diri sendiri merana jugak.
kau sayang lebih pada orang tapi orang tu sayang lebih ke pada kau.
kadang-kadang memang kena fikir diri sendiri tapi kalau dah namanya hati lembut macam jeli sumi geli-geli tu memang susahlah.
orang suruh hati kering pun tak boleh kering dah.
orang buat taik ngan kau pun kau boleh senyum lagik.
orang buat bodoh dengan kau pun kau boleh senyum lagik.
orang salahkan kau pun kau boleh terima lagi.
orang lain buat salah tapi kau juga yang minta maaf.
orang marah kau pun kau boleh terima lagi.

cukuplah,tanya air mata.
mesti tak sanggup nak dirembeskan lagi.
tanya hati.
sanggup tak merana lagi.
tanya diri.
mahukah sakit lagi.

hai pemilik hati,sedarkan diri.
mahukah menangis lagi?

Friday, April 8, 2011

Harap baca.Penting ni.

Gambaran Hari Kiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
sumber: Amar Sufi

macam-macam perasaan

selalu ada macam-macam perasaan sampai rasa macam 'kau apahal'..itu belum tengok muka acul,my coursemate kalau aku macam-macam perasaan..asyik nak mengangkat tangan di bahu je kerjanya..belum lagi tambah dia jeling,buat muka smirking..

hari ini pun ada macam-macam perasaan..

patah hati sekejap tengok azizul hasni dah kahwin...aaaaaaaaaaaaaaa......sob sob.

rasa nak macam jalan-jalan soping soping..aaaaaaaaaaa....duit takde..

rasa macam nak makan mahal-mahal...aaaaaaaaaaaa....siapa nak belanja?

rasa macam taknak buat kerja ni.....aaaaaaaaaaaa..bila nak siap master?

rasa macam nak pergi tanjung malim!!!!!!!!aaaaaaaaaaaaa....apakah?

lastly.saya rindu.bye.

Thursday, April 7, 2011

addition to my wishlist

walaupun nampak macam berangan je lebih,but i'll make sure it will happen...bila tu jangan tanya..but i wish!

wishlist untuk tahun 2011 rupanya masih ada yang belum cukup.dengan ini aku mahu menambah...

1.wanna join capoiera class..i really love this since dari sekolah dulu..unique and rare,it is a combination of dance and martial arts..start cari sekarang!

2.rasa macam nak join muay thai punya class jugak..ada aku kisah orang nak cakap apa.boleh tumbuk-tumbuk,yeay.

3.nak buat sky diving!!!!!!

Wednesday, April 6, 2011

Bye CIK,Hi PUAN

tak tau nak cakap apa..but then,to my dear Ain,u're so gorgeous,lovely and really,i can't take my eyes off of u..well,right now,we have to call u puan instead of cik..we're so happy for u,ain...may God bless u and Is..be a good wife,wish u happy and always together until end..we love u,Ain...


the bridesmaid of the day
from left:nadia aka didot,fana,ME,yan and shima


yeah,again..but with Salihah (in red)

with the lovely couple and Ain's parent..aren't they cute together?

and lastly
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

pantang betul...*sigh*

Tuesday, April 5, 2011

it is...........

it is hard to satisfy everybody....

it is hard to understand people,what they want and what they need...

it is hard to make everyone happy...

it is hard for others to listen to me...

it is hard for others to appreciate me...

and why it is hard to tell the truth..

but,

it is easy to make me feel guilty and blame myself..

it is easy to make me hurt and sad...

it is easy to make me think of others instead of myself...

it is easy to play with my feelings..

and why it is so easy to make me cry.....


thank you.

Monday, April 4, 2011

Karangan bertajuk 'Pengalaman yang tidak dapat saya lupakan'

Pada 21 Mac yang lepas, saya bersama dua orang rakan iaitu Ika dan Kak Cik telah terbang ke Kota Kinabalu, Sabah.Walau bagaimanapun,kami tiba dengan penerbangan yang berlainan kerana saya dan Ika menaiki penerbangan bersama Firefly manakala Kak Cik menaiki penerbangan Air Asia. Kami tiba lebih awal dan disambut dengan jelingan dan pertanyaan seperti kami berdua budak sekolah yang ponteng sekolah dan bercuti membawa beg-beg yang besar serta menginap di hotel mahal.Oleh kerana kami tiba pada masa berlainan,saya dan Ika telah mengambil keputusan untuk bersiar-siar sekitar kawasan hotel.Setibanya Kak Cik di hotel,kami terus menyiapkan diri,makan dan mengambil gambar di sekitar kawasan berdekatan hotel.


oh,lupa ada letak gambar.di belakang saya dan kak cik adalah hotel promenade,tempat kami menginap.


Pada malamnya,kami telah dijamu dengan makanan-makanan yang lazat oleh Nuzul,rakan kami yang bekerja di Kota Kinabalu.Terima kasih kerana telah membelanja kami makan.Anda sangat hensem,Nuzul.

Keesokan harinya, setelah check out dari hotel,kami terus mengambil teksi untuk ke Mesilau Nature resort. Di situlah kami akan menginap dan memulakan perjalanan menuju Gunung Kinabalu.Makanan yang dijamu di sini juga sangat menyelerakan dan membuka selera.Tambahan pula,keadaan dan suhu di sana yang amat sejuk sangat meransang selera makan.*Sejuk gila nak mampus sampai tak nak mandi*


Hari ketiga.Bermulalah perjalanan untuk menuju puncak.Gambar di atas menunjukkan kami bertiga yang kelihatannya sangat gembira dan sangat bersemangat untuk mendaki walaupun persediaan yang dilakukan sebelum mendaki hanyalah picisan sahaja dan semangat semata-mata.Senyuman diukir dengan bahagia tanpa mengetahui apakah halangan dan rintangan yang bakal dilalui.*jeng jeng jeng*


Ini adalah antara jalan yang kami naiki.Buat pengetahuan semua,terdapat dua jalan untuk memulakan perjalanan mendaki iaitu Timpohon dan Mesilau.Oleh kerana ingin melihat pemandangan yang cantik walaupun jalan yang bakal dilalui lebih sukar dan jauh,kami sanggup mengikut jalan Mesilau.

Di saat-saat awal memulakan perjalanan. Lupa nak memperkenalkan guide merangkap porter barang-barang yang kami yang berat gedabak,Jamil.Jamil yang berbaju biru itu.Ternyata stamina yang kuat dan mentaliti yang positif sangat diperlukan ketika mendaki.Oh,jangan lupa makanan dan air.Energy bar nampaknya sangat membantu,mudah dibawa dan dimakan bila-bila masa sahaja.

Oleh kerana hujan yang kadang-kadang lebat dan kadang-kadang renyai,maka kami harus memakai baju hujan semasa mendaki.Walaupun mental makin negatif,tetapi bila ternampak kamera,posing itu wajib.Penat macam mana pun wajib ada kamera untuk memberi semangat.

Kecomelan harus ditunjukkan walaupun sangat selekeh.Tetapi kerana pemandangan sangat cantik,kecomelan itu nampaknya tenggelam sedikit.Pemandangan yang sangat cantik tidak dapat digambarkan dengan kata-kata di sini.Nak tahu,pergi sendiri.Seperti berada di taman larangan Dinasti Han.Dengan awan berkepul-kepul di sekeliling,rasa macam nak duduk kat situ je.Rasa macam dalam komik Dragon Ball pun ada.

Sempat makan tengahari di salah satu pondok.Senyum itu wajib walaupun penat dan bagai nak pengsan di tengah jalan.Kalau pengsan,nampak kamera pun sempat tersenyum dan posing lagi.Baju juga sudah basah kuyup walaupun pakai baju hujan.Sampai koyak-koyak baju hujan dipakai.Pisang goreng juga dijadikan objek untuk memberi semangat supaya kami berjalan dengan lebih cepat dengan harapan boleh makan pisang goreng semasa di Laban Rata walaupun kami tahu takkanlah ada pisang goreng di sini kan.

Setelah 9 jam berjalan dari Mesilau,sampai juga kami di Laban Rata iaitu rumah penginapan untuk berehat sementara menunggu masa untuk mendaki puncak pada awal pagi nanti.Kami tiba di Laban Rata pada pukul 6 petang dan terus makan dan bersiap-siap untuk tidur kerana perlu bangun awal untuk makan dan mendaki puncak.(Hey,kat sini ada pisang goreng ok!!!!!!!)

Lebih kurang pukul 245 pagi,kami bersama pendaki-pendaki lain memulakan pendakian kami.Ketika ini,headlamp sangat diperlukan untuk menerangi jalan.Jangan lupa memakai baju tebal kerana sangat sejuk.Berjalanlah dengan mentaliti yang kuat sebab sesiapa yang down ketika ini,memang sukar untuk tiba ke puncak.

Alamak,salah turutan gambarlah.Gambar di atas ni selepas sampai ke puncak dan mahu turun.Tapi,sebab dah ada,tengok sajalah ya.

Kami berjaya menawan puncak!!!Tapak kaki juga sudah ditinggalkan.Kepada sesiapa yang akan mendaki puncak selepas ini,sila cari tapak kaki saya.Rasa macam nak menangis pun ada bukan sebab terharu tetapi sebab fikir 'kenapa aku buat benda ni?bukan patut aku pergi fakulti ke hari ni??'..tengok,setanlah tu yang sibuk nak pancing saya.Saya terus berfikir secara positif balik.Ye,mission accomplish.Ini adalah salah satu pencapaian terbaik dalam hidup saya.Saya bangga dengan diri saya sendiri.

Gambar menunjukkan saya berada di 'Danger Zone'.Kalau jatuh di sini,rasanya sampai bila-bila tak jumpa dah.Ngeri bukan?Ketika ini,dah rasa sangat semangat nak turun sebab dah berjaya menawan puncak.


Selepas turun dari puncak dan makan pagi di laban rata,kami memulakan perjalanan turun melalui jalan Timpohon.Sila lihat gambar di atas.Dan kami tiba di Kinabalu Park hampir pukul 4 ptg.selepas makan,kami terus menaiki teksi dan pulang semula ke bandar KK.

Kaki dan badan sangat penat sehingga mahu demam.Saya berjalan seperti badut,terkengkang-kengkang,terhencut-hencut.Fobia pada tangga tidak dapat dibendung lagi.Tidak sabar rasanya untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Ketika dalam penerbangan balik ke Kuala Lumpur.

Rasanya sampai di sini dahulu karangan saya.Sekiranya ada maklumat atau input yang tidak diberi,akan saya tulis pada entri yang lain.Sekian dahulu dari saya.

Terima kasih.