Followers

Biasiswa

tabung simpanan masa depan

Tuesday, March 26, 2013

segan

hi peeps..

hai hai hai.segan rasanya nak menulis semula.dah lama sangat tak update.tapi bila fikir,seronok sebenarnya bila tulis momen-momen yang boleh diingati.mana tahu,satu hari nanti,boleh baca semula,teringat semula apa yang jadi dalam hidup ni.jadi hari ini, aku menulis blog ni semula.entri pertama dalam 2013.banyak benda jadi selama tak menulis blog ni,banyak benda patut share,tapi tak apa.kita teruskan sahaja.harapnya tahun 2013 ni akan jadi tahun yang lebih baik dengan sikap yang lebih baik,usaha yang lebih baik,kesihatan yang lebih baik dan kehidupan yang lebih baik.

aku baru nak mula menulis tesis semula.semula ya.setelah lama dah meninggalkan segala hal tentang burung tu.dah lupa segalanya.jadi bila nak menulis semula,rasa tak yakin,rasa bodoh,lupa.dan dalam tak sedar dah setahun jadi cikgu.macam-macam perasaan bila jadi cikgu.terlalu sibuk kehidupan.masa pula semakin hari semakin cepat.umur pun makin lama dah meningkat.setiap hari bangun tidur tak pernah tak ada rancangan untuk hari tu.penuh setiap hari.kadang-kadang rasa diri pun tak terurus.belum kahwin lagi.tak tahula sedia atau tidak untuk berkahwin.kalau kata nak tu memangla nak,tapi macam-macam halangannya.jadi biarla bersabar dulu.ada rezeki,ada jodoh,adalah.tesis pun tak siap-siap lagi,macam mana nak kahwin kan? :)

sekarang pun rasa macam gelandangan kadang-kadang.tak tahu nak menetap kat mana.kejap nak duduk rumah sewa sebab dekat dengan tempat kerja tapi macam tak berbaloi jugak.duduk di rumah dengan family pun susah juga,tak boleh lansung buat kerja.tv terbuka 24 jam,ada je kerja lain nak buat kat rumah ni.jadi rasanya baik kalau aku menyewa di kolej semula.semula ya.ulang semula apa yang aku buat dahulu.duduk di kolej,mulakan diet semula (dah gemuk balik,adoila),joging,menari dan swimming,dan buat tesis yang berhabuk dah.cuma bezanya sekarang aku bekerja.waktu akan jadi sangat padat dengan macam-macam kerja.harap semuanya akan berjalan lancar.betul2 kena buat apa yang telah aku rancang.harap ramai yang yang akan doakan aku cepat habis master ni.dan kahwin.eh.

dulu aku memang dah nekad nak jadi agronomist.sekarang dah hancur dah nekad tu.sejak dalam profesion guru,rasa macam nak jadi guru.tapi aku sendiri tak pasti betul ke jalan yang aku pilih ni.atau ada jalan yang lebih baik untuk aku.sebab dari kecil,aku memang tak suka nak jadi guru,aku pun tak tahu macam mana aku boleh pulak bertahan jadi guru ni.bidang yang aku belajar pun tak sama.sepatutnya aku jadi saintis burung tapi jadi cikgu pulak.patut kena buat istikharah banyak-banyak ni.masa depan bukan main-main.kena betul2 target.aku ni kadang-kadang target benda lain tapi nanti jadi benda lain.tu yang susah tu.doakan aku berjaya okeh.

nak sambung buat tesis semula.doakan kejayaan aku.bye.