kadang-kadang sedang duduk-duduk,teringat juga pada sekolah yang aku dah tinggalkan.sedih sebenarnya nak lepaskan jawatan guru tu.walaupun kadang-kadang tension dan stress dengan macam-macam hal kat sekolah tapi bila fikir balik,mana ada kerja yang tak stress.rindu sebenarnya nak mengajar semula.rindu pada anak-anak murid.yang paling kelakar bila masa jadi cikgu ada juga student yg admire.muka ni budak admire?haha,rasa kelakar sangat ni.takut juga kena ikut je tiap masa.jangan sampai kau obses sampai ke besar ikut cikgu sudahla.
nak jadi cerita,ada seorang budak ni nama iman.since budak melayu kira macam minoriti juga kat sekolah,kira iman ni dalam kategori budak melayu yang terer cakap melayulah.kadang-kadang tak larat gak satu hari nak speaking memanjang,jadi bila ada budak boleh cakap melayu,seronok gak.masa awal-awal masuk sekolah tu,aku ajar si iman ni darjah lima.awal-awal tu biasa je.lepas aku dah tak jadi cikgu darjah lima dah,aku cuma masuk kelas si iman ni kalau kena ganti lah.masa tu,kalau aku ada kat meja guru,masa tula datang cerita macam-macam.iman ni kelakar okeh,macam orang tua pun ada jugak.dengan radio nak Sinar fm ngn Klasik nasional je.tergelak aku dengar.pastu tanya aku pasal lagu-lagu lama.disuruhnya aku nyanyi lagu rock-rock kapak.tak habis cerita radio klasik dia,masuk cerita pasal belalang apa entah dia tangkap.aku layan je,semangat kot dia citer.tiap kali kalau aku jadi guru ganti kelas dia,confirmla dia je yang ada kat meja guru ajak aku bersembang.siap gosip pasal pakcik dia.
masuk darjah 6,lagi menjadi pulak dia membuntuti aku.awal-awal dibuntuti,rasa macam comel je,macam lawak je budak ni.masuk dah beberapa bulan,rasa macam dah tak lawak je,macam dah tak comel je.awal-awal,selalu dia akan cerita pasal pakcik dia.siap cakap pakcik dia pernah nampak aku,pastu kirim salam.hahaha,lawak tau.pastu kadang-kadang masa rehat,dia datang dan cerita pasal masa weekend dia main dengan adik-adik saudara dia.pastu cakap aku pun ada sekali. 'cikgu,aritu iman main dengan adik-adik iman (actually sepupu dia), cikgu pun ada jugak'. eh, bila masa aku pergi main dekat umah dia.ok,teruskan mendengar lagi. 'iman jadi kapten, cikgu dalam group iman.iman siap prepare baju untuk cikgu'. sampai sini aku tanya baju apa.jadi,semangatla dia lukis.ada mafla bagai u oll.gagah betul baju untuk aku.main lawan-lawan,harus baju macam samurai sikit.siap ada pedang untuk aku tapi tak best sangat macam pedang dia.ewah,mentang kau kapten.
paling best bila rehat, nanti dia datang dekat dan tanya, 'cikgu,cikgu nak manisan?iman boleh ambilkan'. eh,siapa taknak orang volunteer ambilkan makanan.harus tambah pakej ambilkan air sekali.maaf iman,cikgu bukan sengaja tapi dah alang-alang kan.
first time dapat surat yang panjang masa birthday aku.sweet sangat ni.boyfren pun tak bagi surat.mana ada surat dah sekarang ni,orang pakai whatsapp,fb,instagram,twitter kot.email pun untuk benda formal je.tapi,ikut cara klasik,haruslah surat.setiap hari pun dia akan tunggu dekat tangga dan cakap 'cikgu cantik hari ni'. homai,memang rasa macam bestla tapi kalau dah tiap hari dan waktu kau pakai paling selebet sekalipun sebab dah lambat,dia tetap cakap 'cikgu cantik hari ni'. tetiba rasa macam, tipuuuuuuuuuuuuuuuuu.....tapi takpe,cikgu terima dengan hati yang terbuka sebab awak buat cikgu rasa paling cantik dalam sekolah tu.fineeeeeeeeee *lempangdirisendiri.
epikkan? BUKA KERTAS KALAU NAK BACA.kau hado?alang,alang tulis date tu,sila ingat birthday aku.harap setiap tahun hidup aku akan meriah.amiiiiinnnnn.
actually,aku tak tahu betul ke mak dia yang bagi kek ni.sebenarnya ceritanya macam ni.ada satu pagi tu,dia bawa tat ni dalam tangan dia tapi pecah-pecah dah,pastu cakap untuk aku.aku pun tanya macam mana nak makan kalau dah pecah-pecah dalam tangan dia.terus dia down dan cakap esok dia akan bawa yang lain.terus pagi esoknya atas meja ada tat ni dengan nota ni.hoho,serius rasa macam zaman sekolah dulu.kalau suka orang,letak makanan dalam meja.haha.
tiap tahun pun memang ada educational trip untuk students.jadi,masa tu aku ikut pergi pusat kraf negara.kena pulak masa tu kena bawa kelas si iman ni.buku nota ni pusat kraf bagi as souvenir pada kitorang.tapi esok harinya,ada pulak atas meja aku dengan nota pendek lagi.ejaan 'kasih'tu sebenarnya 'kasi' tapi sampai ke akhir tahun tak berubah.memang sangat kasih.
ada satu hari,aku marah gila yang amat dekat kelas iman.satu kelas kena berdiri atas kerusi.tak lama pun cuma nak bagi pengajaran je.dah beberapa pendekatan dah buat,tapi tak makan saman juga,terpaksa jugala bagi berdiri atas kerusi. habis kelas, pergi toilet.balik je,tengok dah ada nota.memang pantas.maafla iman,jehan dan students dalam kelas tu,bukanla cikgu nak hukum sangat pun tapi makin lama makin melampau pulak korang ni.tapi,lepas dapat note ni,terus gelak dan habis cool down semua marah tadi.terus esok harinya,minta maaf balik dekat kelas tu dan explain kenapa buat macam tu and they all understand.see,how a short note affect your emotion.macam best je,macam sweet je kalau boyfren buat camni kalau tengah merajuk. *HINT untuk berkenaan.ehem
ini masa hari guru rasanya.biasala,cikgu-cikgu akan dapat hadiah atau kad masa ni.as for me,aku seperti pengumpul kertas.banyak gila kertas a4 yang dibuat macam kad atas meja aku tapi semuanya kertasla.yang koyak dari buku pun ada.iman tu wajib.yang second paper tu dari girisha,budak kelas iman tu.nampak tak,macam sama je.macam sama je.kan?ni kompem kes meniru.hahaha.lawakla diorang ni.
theme untuk hari guru is BACK TO SCHOOL.beriala aku pakai baju pengawas adik aku sekali dengan tie dia aku pakai.macam comel je,macam cute je.lah sangat.nampak sangat aku pendek dan nampak macam budak sekolah.kalau dah namanya pendek kan,beratur dengan budak kat kantin nak beli makanan,makcik kantin tak layan pun.harus nak marah,dahla kena beratur dengan budak,dia boleh buat dek je.bila aku keraskan sikit suara,baru perasan cikgu,barula nak bagi apa aku nak.parent pun suka tanya umur berapa.pernyataan di sini bukanla untuk pujian diri sendiri tapi adalah sikit.k bai.
bila aku cakap aku lapar,nanti ada nugget atas meja.best tak?best kaaannn..well,dengan note.
masa bulan puasa, iman bagi aku sekotak kurma ni siap kurma disalut minyak habbatus sauda lagi.tapi bukan aku je dia bagi,ada beberapa cikgu lain jugak yang dia bagi.tapi,dia bagi kat aku kat tangga tempat dia tunggu tiap hari.tu jela kot yang lain dari cikgu lain.nak jugak lain kan.kata cikgu kesayangan,harus special sikit.walaupun kat tangga,kira special je la kan.
masuk bulan 7,memang budak darjah 6 ada kelas intensif je.so,memang setiap hari buat latih tubi.dan untuk upsr,80 markah dah kira A,jadi 84 tu kira A dah dan tak berapa ramai pun yang dapat A.nota ni iman letak kat heels yang aku pakai,dekat atas sole kasut tu.situ pun boleh kan.aku nak sembahyang,sekali kawan aku bukak pintu surau dan suruh aku datang kat pintu tu jap dan tengok ada apa dalam kasut aku.hai,memang kena bahanla aku dengan kawan tu.dalam heels pun ada nota.mana-mana je dapat nota okeh.see,cikgu cantik tu memang di bibir tiap hari.tak larat dah nak ucap terima kasih tiap hari,tapi terima je dengan hati yang terbuka. :)
aku rasa iman paling sedih aku nak quit dari sekolah tu.tapi aku lagi sedih tinggal kawan-kawan aku kat sekolah tu.sweet kan bila dia tulis, 'untuk hari guru dan hari lahir cikgu aimi,itulah hari yang iman takkan lupa'. waaahhhhhhhhhhh *amazed.tiap-tiap hari lalu bilik guru.bila aku masuk kelas,pandangan dia lain macam.lama-lama,aku pulak yang risau.setiap hari pun,dialah yang bawa kotak berat penuh buku tu.tiap harilah tunggu aku kat tangga dan kat kantin.kalau tunggu kat tangga tu, memang dari jauh aku dah nampak dia tunggu.pastu bila aku makin hampir,dia akan macam pandang tempat lain dan bila aku lalu depan dia terus dia pusing dan cakap 'eh cikgu.assalamualaikum.kebetulan pulak. cikgu cantik hari ni'. ewah,berlakon sangat ni.padahal dari jauh dah nampak kan.lawakla dia ni.tergelak-gelak aku pagi-pagi.
hambek,gambar iman sebijik.dengar cerita,baru-baru ni,iman dapat 5A untuk UPSR.congratulation iman,tak dapat nak belanja sebab cikgu dah tak mengajar kat sekolah tu.hopefully,jadi insan cemerlang,anak yang soleh dan belajar pandai-pandai okeh.walaupun kadang-kadang pujian awak melambung sangat sampai rasa terlambung dan annoying bila cikgu rasa tak cantik sangat hari tu,tapi cikgu ucapkan terima kasih sebab awak jela yang selalu bagi cikgu feel cikgula paling cantik walaupun cikgu lain ada je yang fashionista lagi.sekarang ni,cikgu pakai selebet je sebab cikgu kan student sekarang,pakai cun sangat kang,nampak cam nak gi midvalley pulak.iman ni klasik,handphone dengan facebook pun takde padahal students lain semua ada.bagus jugakkan takde,kang asyik main facebook susah pulak nak belajar. (sebenarnya takut kena stalk).
okla iman.mana tau bila awak besar awak baca ni,dan masa tu awak dah kaya,belanja cikgu makan mahal-mahal okeh.cikgu suka makan sushi tau.bagi LV sebijik pun cikgu akan terima dengan hati terbuka.ok bai.