Ini cerita banyak basi.bak tanak nasi biar berhari-hari.sabtu minggu lepas aku ada event.kena buat dance perfomance ala-ala flash mob walaupun tadela flash mob sangat.sebab yang menari tu sebenarnya orang yang join kelas tarian dan sangat baru.jadi, boss aku ajak aku dan sorang lagi instructor,zulfi untuk join.so that orang yang menari belakang ke depan ke boleh tengok step kalau lupa..aku bukan nak raikan christmas tapi pergi untuk dance perfomance.dan ada juga muslim yang lain.event ni actually untuk dinner member-member clark-hatch gym ni,jadi sekalila untuk christmas celebration.alang-alang katanya.lagipun,boss bayar tiket,jadi pergi untuk makanla.siapa taknak makan sedap kat hotel kan.
aku pun tak sure berapa harga tiket ni tapi thank to novem sebab belikan.hihi.
sebab event ni ada theme,jadi apa salahnya bertema juga.aku pakai konon-konon bollywood sebab ni je paling senang aku nak fikir dan aku pakai apa yang aku ada je.walaupun tak menang best costume,ada jugak yang tanya apa nama baju aku pakai dan nak beli serupa macam aku pakai.erk,ni aku mix n match je.baju tu sebenarnya dari kedai 'firstlady' kat jalan TAR tu.aku beli dah lama dah.kalau tak silap tahun 2006.nasib baik muat lagi.dan seluar aku pakai palazzo kaler mustard yang aku beli kat ecurve dua tahun lepas.selendang tu selendang raya dua tahun lepas gak tapi benang dah keluar-keluar dah.habis aku potong.
Makanan memang sedap dan puas hati.dessert sedapppppppppppppp.tu paling aku suka.
dan dengan tak disangka jugak dapat second best prize for lucky draw.lama wehh tak dapat lucky draw.seingat aku masa zaman sekolah je aku pernah dapat.tak sangka aku.buffet dinner untuk dua orang,available sampai march tahun 2014.yeay,boleh pergi masa birthday.masa untuk menggemukkan diri.nak pergi dengan siapa itu surprise.main o som dulu.
tu je.bai.
oh,alang-alang promotela sekalik.siapa-siapa yang rasa nak feel berpeluh jantan sambil mereleasekan tension sambil exercise, mai lah join kelas kitorang.boss kitorang novem dan dua lagi dance instructor, aku dan zulfi.kelas ni dibuka untuk semua lapisan masyarakat tak mengira umur,bangsa,agama,parti politik,dan sebagainya.laki pompuan tak kisah sebab ada je kelas yang lelaki boleh join sebab kitorang ada instructor lelaki jugak,zulfi.kalau laki bini lagi bagus,masuk je kelas menari sama-sama.malu???tada hallah.yang penting berpeluh,rasa best,rasa sihat dan release macam-macam perasaan yang bawa dari ofis,kolej,universiti,rumah.
ni kelas apa???tetiba pulak ada yang tanya kan.ni kelas cardio mix-dance atau nama glamer nya zumba.yelah,kan top sekarang dengan menari zumba.kalau cakap mix-dance kang tak paham.dance ni bukan slow macam aerobic.lagu a bit fast tapi best sebab memang merangsang cardio.lagu memang kebaboom punya,jangan risau.tarian campur-campur,ada hiphop,ada salsa,ada cha cha,ada bellydance sket,macam-macam combine.
selain tu,kitorang ada juga kelas stretching and toning.kelas ni khas untuk siapa yang nak firmkan segala bahagian badan yang berlemak tu.termasuk aku,ada je perut menggeleber kat perut.bertingkek-tingkek gitu.jadi,nila fungsi kelas ni.lepas zumba untuk keluarkan peluh,dalam masa yang sama buat toning juga supaya badan cun je.memang siapa yang betul-betul disiplin,memang nampak perubahan.ada beberapa orang yang join memang boleh tengok ke'firm'an body diorang.
so,apa lagi.siapa yang rasa nak join,boleh pergi kat http://www.novemchan.com/
takpun boleh cari facebook https://www.facebook.com/NovemChanDanceFitness
nak tanya kat belog ai pun boleh.takpun pm kat facebook ai oll.takpun whatsapp ai oll kat 013-7672602.
ok,bai lagi.