Followers

Biasiswa

tabung simpanan masa depan

Saturday, July 5, 2014

senyum untuk suatu ketika

suatu ketika,
kau hampir,datang dekatku
lantas,
kau curi hati,kau curi jiwa,kau curi segala
sampai satu masa,
ku dibiar sahaja,biar mati,biar lenyap terus
bagai tiada erti

dan aku seorang penunggu setia,
bodoh.
biar ditinggal di tepi jalan,masih tersenyum menanti dalam hujan
mengharap kau tiba menahan petir melawan halilintar
tapi yang ada hanya bayang,hilang dengan dia
sakitnya apa kau tahu,
tertonggeng terbalik apa kau tahu,
seperti pisau menghiris dada
seperti garfu mencucuk mata
seperti taring menggigit lidah

takkan ku biar hati berkecai,
takkan ku biar diri merana,
takkan ku biar jiwa meronta,
takkan ku biar minda berkocak,
takkan ku biar emosi menggelegak
mengapa dibiar hati pada yang tak sudi
pergi mampus tak ku hirau lagi

terima kasih untuk ajarmu,
ajaran kejahatan,ajaran kebaikan,
terima kasih untuk senyummu,
menjadi penenang,menjadi pelumpuh,
terima kasih untuk kata-kata manis,
menjadi penguat,menjadi pelembut,
tika ini,
air mata takkan jatuh lagi,
dan hati tak perlu dikasari lagi

dan kini ku sedar,
kau cuma bayang
yang datang suatu ketika.
senyum.


:) eyemeria






Friday, June 20, 2014

late night random post

dear eyemeria,

kisah itu macam madu.
madu yang bila kau telan,rasanya manis sangat,
walaupun ada kelatnya,tapi bila telan masih terasa manis.
tapi bila lebah pergi,
semuanya hilang.
madu tak lagi rasa manis.
bila ditelan,pahit je yang kau rasa.

kisah itu macam mimpi.
yang kau sendiri pun tak tahu kebenarannya.
kau rasa macam di awangan,
pantas sangat berlaku,
dan berlalu macam tu je.
bila kau sedar,kosong.
kosong hati,kosong jiwa,kosong semua.

mana pergi kisah yang kononnya sempurna,
mana pergi kisah yang kau cipta,
mana pergi kisah yang kau rancang,
mana pergi kisah itu aku pun tak tahu.
tertinggal mungkin.
semua kisah kau cipta kau tak rasa dengan hati,tapi nafsu.
semua kisah kau rancang kau tak fikir dengan akal,terbengkalai.
semua kisah yang konon sempurna,tipu belaka.
semua kisah kau ada kau tak hargai,mudah kau lupa.
semua kisah kau korbankan,aku pun terkorban.
kau tak rasa mungkin.

ku pejam, ku celik,
rasanya masih ada.
andai kisah itu mimpi,lebih baik hilang saja.
biar kisah baru lebih indah,hidup lebih sempurna,tawa lebih bermakna.

:)