Followers

Biasiswa

tabung simpanan masa depan

Monday, March 22, 2010

rasa nak mencarut

@#$%^&**&^%$#@#$%^&*&^%$#@#$%^&*&^%$#@@#$%^&*&^%$#@#$%%!

ok.seriously aku pun tak paham apa yang aku carutkan kat atas tuh...tapi memang rasa nak mencarut gaklah..cuma hati ini lebih sabar bila ibu abah ada and comfortkan aku..

bodoh betullah pencuri handphone aku nih...bape kali aku sebut b*b* pun aku tak tau,tanpa sedar,bila sedar baru rasa macam aku lak yang bodoh..bukannya dapat balik pun handphone kena curik tu kalau mencarut..ciss,bedebah betulla...dahlah dua2 handphone kena rembat..bulan nih pulak memang pokai..hadoilah..sampai rasa macam biar takde handphone..tapi susah lah pulak..takdelah nak rasa orang silap2 miskol ke,nak main berkenalan ke..susah lak kalau ibu abah adikberadik nak kol..hadoi hadoi..mentang-mentang aku pakai baju kebaya aritu,pastu takde poket kat baju tuh,terpaksa masuk handphone kat poket beg supaya senang nak amik,sedap2 je pencurik tu seluk poket beg aku..mesti dah biasa buat..tape2,nanti tuhan balas baru tau..kan dah kata berdosa curik barang orang.

tiba-tiba,rasa benci kat orang negro..nape aku rasa macam diorang yang amik..sebab ada 2 orang negro tu asyik pandang aku dan gelak2 je masa aku tengah kalut cari handphone..memanglah nak nangis,nasib baik abah kata jom pegi makan dulu,terus tak jadi nangis..(apa kena mengena aku pun tak tau)..kalau yepun nak curi,kenapa tak curik je kat kedah handphone?lagi berlambak.macam2 handphone ada..nape nak handphone aku jugak?tak dapat nak upload semua gambar yang baru amek dengan handphone..cis cis cis.....

nak nombor semua orang balik.....pada kawan2,boleh drop korangnya no hp kat sini...huhu.....redha~

psstt:ada tak sesiapa yang nak bagi aku happy?bolehlah belikan satu handphone baru untuk aku...kalaulah ada orang itu,mesti aku akan tersenyum sentiasa..tengok:)

Friday, March 19, 2010

SAVE ME!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



okay,the little bird said 'Save Me'..so save them,don't shoot them or lastik or watever..love them..

okay,korang boleh tengok how obsessed am i with them..pantang tengok something ada gambar,or apa-apa berkaitan bird,memang tak dapat nak larikan anak mata dan juga nafsu nak beli.hoho..shh...dun tell my ibu and abah..aite..thank god ada orang sudi sponsor sikit walaupun bukan datuk paduka..haha..

dari tak happy pun boleh jadi happy!simple but cute..


"I'm going to the Gatsby Deodorant Street Fair"

17th APRIL 2010
-
-
-
-
-
-
-
-
-
ok,pe kejadahnya tarikh ini..sampai aku nak bold,siap kaler merah..kiranya memang sangat important tuh..ok,let me story to you what 's going on that date..there will be Gatsby Deodorant Street Fair!!!!!!!!!!and if i translate it into malay,it will be Pesta Jalanan Pewangi Ketiak Gatsby!!!!!!!!pesta tuh,tak boleh blah..

So,nak ajak ramai-ramai pergi street fair ni dan kat bawah ni aku sertakan sekali detail-detail yang korang perlukan bila korang nak pergi.kang korang sesat pulak,dah siap pakai deodorant gatsby,excited nak pegi,tersesat pulak pegi pesta buih mana-mana.


Date: 17th April 2010
Time: 10am till 5pm
Venue: Front Foyer, Ground Floor, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.


tengok,aku siap bagi map takut korang sesat.baik kan aku?kalau korang rasa nak save minyak dan rasa nak ada driver,naik monorel je.dari kl sentral or mana2 stesen monorel,korang berenti lah kat imbi.keluar tren,jalan nak pegi times square.kat bawah tu confirm mesti ramai orang,siap ada banner gatsby banyak2,jadi korang terus pegi situ ok.

Kenapa excited nak pegi street fair ni?
- ada cabutan bertuah..hoho,mana tau boleh dapat macam-macam barang gatsby,boleh bagi kat sedara mara,bapak,abang,sepupu sepapat,kawan-kawan,boyfren-boyfren,takpon pakai jelah sendiri.
- ada macam-macam gadget yang best worth up to rm15000!tak cool ke?
- banyak gila permainan-permainan ala-ala kat fun fair tuh.tak kisahlah korang gemuk ke,kurus ke,besor ke,tinggi ke,pendek ke,semua boleh main.sape nak sumo wrestling ngan aku??haha

best kan?jom lah..untung-untung korang boleh jumpa aku..eh,apa kena mengena pulak eh??

kalau korang nak explore lagi,nah,amik nih..
tekan je kat link tuh..korang akan nampak nih..sangat ceria sampai korang rasa nak main semua benda..:)

have fun!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

psstt:jom share dengan orang lain jugak pasal street fair nih..boleh pegi ramai2 naik monorel sama-sama..cool kan?

Wednesday, March 17, 2010

dari seremban ke kuala pilah ke kuala lumpur


hoho..ini part dua sambungan dari entri makan itik tuh..huh,terbayang lagi itik-itik yang dah jadi rendang tuh..sampai gi kenduri kawen lepas tu pon sanggup tak makan nasi kat kenduri sebab nak makan itik kat umah atuk n wan.
ok..muka sangat hepi dan kekenyangan..nak pergi kenduri kawen orang pulak

balik dari kenduri kawen,singgah rumah wan nono dekat batu kikir pulak..rumah wan dia sangat best..besar gila dan ada kereta comel warna kuning pon pon..

sangat excited ok..sangat suka volkswagen bee..sangat comel!

lepas tu,kami balik rumah atuk n wan semula dan bermula lah sesi mengambil gambar gadis-gadis sunti kampung yang sangat sopan dan kalau ada makcik pakcik tengook rasa macam nak ambik jadi menantu..watdehek..oh,sebelum tuh,kami makan lagi..asyik makan je manalah aku tak naik 4 kg. 
roti cicah dengan kuah durian + teh halia..terbaik!
dari kiri tiga pupu nono yang aku panggil pudin roti,nono dan rai
ok..saja buat gambar sebek..konon2 sapelah yang nak datang minang aku nih..haruslah duk atas tangga tunggu orang datang pinang,kang makcik pakcik tak nampak pulak..weng

on the way balik ke kl,jam lah pulak..bukit putus yang jalannya dah tak putus2 tuh pon nak jam jugak..padahal jalan baru tuh.yang jalan putus2 tade orang lak lalu..hakhak..jadi,memang haruslah aktiviti ini kan..
sempat lagi..sib baik tak langgar buntut kereta depan
dia kekenyangan..shhh..jangan ganggu dia tidur..siot je..rai,jangan marah:),u comel masa tido (amek ati)

okeh,planning after this mau balik kampung dan mau mengejar itik sambil memakai kain batik dan tshirt..so traditional..i like!

Tuesday, March 16, 2010

itik-itik yang lazat..don't say yucks!


hari sabtu dan ahad baru nih,aku balik rumah mak dan bapak angkat merangkap rumah kawan baik aku sebenarnya,nono sayang..kami bertiga (aku,nono ngan rai) balik kampung nono dengan rasa riang gembira sebab atuk dah janji nak sembelih itik untuk kitorang..aku memang jakun dan perak sebab aku tak pernah makan itik dan aku memang teringin nak makan itik..abis aku canang kat semua orang yang aku nak makan itik.rai tak boleh blah sampai mimpi itik dengan mandi sungai..siap boleh mengigau pulak tu.yang aku nih,asyik mimpi burung helang je sampai kali ketiga apa kejadah pun aku tak tau.taknak cite lebar2..meh tengok jalan cerita berdasarkan gambar ye..

nih aku,bergambar dengan kete baru nono..baru je sampai kampung,terus je aku pose..owh,tengok kelakuan kami bertiga bila sudah sampai kampung dan ternampak itik,terus pose macam ini
tu aku dengan rai dalam kandang itik..semua itik lari bila tengok kitorang datang..beria aku jerit2 takut kena sudu.tgk2,diorang yang lari jerit2 bila nampak aku.watdehek punye itik


   
awalnya,kitorang nak tangkap itik pakai kain batik..tapi,atuk dah siap sembelih pulak.pasnih kene balik kampung lagi kejar itik.ok,mula2,kena bersihkan bulu..gila susah nak cabut bulu.pastu kita salai..nampak tu,kecek je kan,sebab tuh kena dua ekor.kitorang dahlah pelahap.bile dah potong2 itik tu,sikit je kan?isi itik nih lagi sikit dari ayam.ayam gemuk,itik kurus je.tu telur itik,putih dari telur ayam.selalu makan telur itik yang dah jadi telur masin kan?nih yang ori punya.



 pastu,kena siapkan santan..tengok,kitorang buat cara tradisional punya..bukan kata sorang nak perah,sampai tiga orang perah 4 biji kelapa..cayalah,bercampur2 air tangan.nasib baik atuk tak tengok,kalau tak,kompem tak lalulah..tapi tuh yang bagi sedap rendang tuh..air tangan kitorang.sebesen santan dapat bila 3 orang perah.kalau harap sorang,ntah2 setengah besen pon berjam.
 tengok,aku terus skip je.sebab masa tuh,tengah bizi,tak sempat nak tangkap gambor cara seterusnya.ala,sonang ajo aih,tumbuk serai,kunyit hidup,cili api.masak rendang ni takyah guna minyak pun tau.tengok,lazatkan..pergh,bau masa tengah masak tuh memang menggamit perasaan aku lah..dahlah lapo,save perut nak makan itik punya pasal.sedap gila.tak tau nak cakaplah sedapnya tuh..fuuh..tak sah kalau tak pedas.memang aku menangis sedu2 masa makan sebab sedap sangat.atuk sampai gelak2 tengok.
tengok,tak senonoh punya perangai ko aimi.ni aku nak tunjukkan betapa sedapnya aku meratah itik.tulang dia mak aih bapak keras.takleh aku nak lenturkan jadi smile.tapi tetap nampak happy sebab dapat makan itik!ada uumph!cayalah wan..len kali kitorang datang masak lagi eh!!!!!!!!

psstt:meleleh air liur aku masa cerita nih....nak lagik...

Saturday, March 13, 2010

minyak zaitun dara melampau



okeh..this time mau cerita pasal minyak zaitun dara melampau a.k.a EXTRA VIRGIN olive oil..banyak khasiatnya..mesti ada yang memang guna minyak ni kan??atau pun ada juga yang tak pernah lansung..before ni,aku tau biasa2 je minyak nih.tetiba,balik rumah,adik aku yang belajar medic tu sibuk nak minum minyak zaitun ni.dia cakap,ni minyak terbaik dunia tau.aku ni memanglah jenis jakun sikit,teruja nak pakai benda2 yang terbaik ni.jadi,aku rembat je minyak zaitun yang ada kat rumah tu,terpaksa ibu beralah bagi kat aku bila abah backing anak pompuan tersayang dia nih.hehe..cerita bermula dengan sejarah dulu..
SEJARAH MINYAK ZAITUN
-orang Homer panggil nih 'liquid gold'..olive tree nih dianggap sebagai simbol glory and peace..sejarah cakap pokok ni dijumpai di Livorno kat Itali.ia pertama kali ditanam di bahagian timur Mediterranian di tempat yang dikenali sebagai 'fertile crescent',suburlah kiranya tempat tuh.
-bermula dr 5000 thn S.M. sampailah 1400 tahun S.M.,pokok nih dah disebarkan ke merata tempat dah..sekarang nih,kat Itali,dah ada 30 jenis (variety) pokok zaitun yang ditanam..

BENEFIT MINYAK ZAITUN
  • banyak kandungan nutrien- ada vitamin E,K,A.then,ada polyphenols,squalene, oleocanthol,triterpenes, dan macam2 lagi micronutrients dalam minyak zaitun.semua nya bagus untuk badan kita.tambahan lagi, minyak zaitun ni bukan minyak hydrogenated.lagi satu,kandungan oleic acid (omega 9) yang ada dalam minyak zaitun bagus untuk kulit.
  • natural- minyak zaitun ini hanyalah jus buah zaitun yang diestrak secara mekanikal dan tidak menggunakan haba atau bahan kimia dalam pemprosesannya. baguskan?
  • kurangkan kolestrol-minyak zaitun mengandungi polyphenols yang juga dikenali sebagai anti oxidant dan juga ada monounsaturated fat yang boleh mengurangkan kadar kolestrol.jadi,secara tak lansung, boleh prevent sakit jantung.
  • kanser- penyelidik2 kat universiti oxford cakap minyak zaitun ni efektif untuk prevent kanser kolon, payudara dan kulit.
  • tekanan darah-minyak zaitun ni juga dipercayai boleh kurangkan tekanan darah.
  • batu karang- mengurangkan peratus untuk dapat batu karang sebab minyak ni memudahkan rembesan hormon pancreatic secara natural.
  • alzheimer-mengurangkan risiko sebab penyakit nih berkaitan dengan arteri tersumbat sebab kolestrol dan lemak.
  • kurangkan dengkur-ha,kajian ada cakap kalau ambik one sip of olive oil nih boleh kurangkan dengkur masa tidur..korang jangan letak sebotol minyak zaitun dalam mulut kawan korang yang berdengkur lak..
  • penawar sakit telinga-masa korek telinga,boleh letak minyak zaitun ni pada cotton bud dan korek telinga tu..mana tau,taik telinga korang yang keras tuh boleh jadi lembut,senang nak keluor..;)
  • untuk polish perabot-tengok,minyak zaitun nih pon boleh lap perabot ngan barang-barang lain tau...guna minyak zaitun,tambah sikit dengan lemon juice pastu lap lah barang2 besi,silver,metal pape yang ada kat rumah..lap meja pon boleh.
  • cantikkan kucing-kepada peminat dan pemilik kucing (ye,bukan aku)..boleh letak satu sudu minyak zaitun dalma makanan kucing..jadi,bila makan,bulu2 kucing akan lebih cantik dan sihat..aku tade kucing,takleh nak try..huhu
  • minyak masak-untuk sihat,kononnya nak diet,boleh pakai minyak nih jadi minyak masak..jadi,korang takkan risau makanan berminyak,nanti gemuklah,apelah kan..
  • makanan jadi sedap- aku suka makanan italian,patutlah sedap dorang bubuh minyak zaitun..ecewah..ntah ye ntah tidak letak minyak zaitun..tapi,memang masakan orang itali dari dulu selalu guna minyak zaitun nih..
  • kulit cantik-minum minyak zaitun nih boleh cantikkan kulit tau...wow..boleh apply terus jugak sebagai moisturizer..atau,sape yang ada tab mandi kat umah tuh,boleh letak beberapa drop..takpun,gi gym,sapulah minyak nih..nampak sexy je nak gi gym..auuw...lagi satu,boleh rawat luka2 dan gatal jugak..(Ibnu Qayyim)
okeh..ini pulak kegunaan minyak zaitun yang aku buat:
  • minyak rambut-aku selalu mengendeng2 kat ibu suro letakkan minyak kat rambut..tapi memang kajian kata minyak zaitun nih bagus untuk letak kat rambut terutamanya rambut degil dan rosak..nampak sangat rambut aku rosak. caranya senang je,letakkan minyak zaitun ni kat semua helaian rambut dan kulit kepala,pastu biarkan je.kalau nak pakai shower cap pon boleh.pastuh,basuhlah pakai syampu.sebelum tido pon ok,so,esok pagi mandi boleh basuh..lama sikit minyak tuh meresap masuk dalam rambut.jadi,rambut akan makin lawa dan lebat..woot woot,jangan jeles..
  • minum-aku minum gak minyak ni hari2,tapi sekali sehari jelah..memang rasa bende nih macam nak muntah bila first time minum,tapi nanti korang dah biasa,ok je..mesti korang rasa macam 'aku nih minum minyak petrol ke?'hahhaha....
  • lip balm-kadang-kadang,letak je kat bibir sebagai fungsi macam lip balm jugak..letak masa nak tidur,so,bila bangun pagi nanti,rasa bibir moist je..ecewah..
nilah minyak zaitun yang aku pakai..wink wink..

banyaklah khasiat minyak zaitun nih..kalau sambung tulis ni,mesti korang tak lalu nak baca.
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Makanlah minyak zaitun dan lumurlah minyaknya, kerana ia berasal daripada pohon yang penuh berkat.
(Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah)
psst: cuba-cuba lah...kalau jadik,tak rugi aku promote..hehehhehe

penjahanaman pokok


rasa berkobar-kobar pergi fieldwork untuk melihat kesinambungan pergerakan burung helang di pulau carey..tapi hati jadi hancur bila sampai depan surau tempat nak sekodeng tu nampak pokok-pokok pine besor-besor banyak dah kena tebang..pokok tu banyak berjasa kepada burung helang terutamanya kepada black-shouldered kite dengan japanese sparrowhawk tu sebab selalu jadi tempat diorang nak nesting dan breeding.kesian kat diorang bila kena pindah dan cari tempat lain nak bersarang sedangkan baru je buat sarang kat pokok pine tuh..

tengok,apa dah jadi??dah tak ada ranting dan dahan untuk jadi tempat nesting burung2 helang tu..

sampai2 je kat situ,tengok orang tengah tebang2,terus pergi jumpa pakcik baju putih yang macam tengah mengarah mat2 indon buat kerja.selamba je cakap,

'pakcik,jangan tebang pokok yang belah kiri tuh,situ ada sarang burung.'

pakcik tuh pulak macam serba salah, 'ada datuk nak datang,jadi kami kena tebang.tak apa,kami tebang pokok yang tu lambat sikit'

'terima kasih pakcik'

sopankan aku cakap?2 minggu lagi aku pegi kompem dah tak ada pokok tu semua...sob sob...abislah sarang helang tikus tuh..:(

psstt:pakcik,jangan tebang pokok tu..saya sedih..saya nak tengok anak2 burung helang..