Followers

Biasiswa

tabung simpanan masa depan

Friday, February 10, 2012

pekak sebelah

telinga dan hidung bengkak.allergy doktor kata.ini mesti disebabkan sinusitis.walaupun aku bukan doktor,tapi hati cakap macam tu.bengang.tak ada mood jadinya.bengang sebab tak dengar sebelah,macam duduk tempat tinggi dan telinga tersumbat.rasa macam nak korek-korek je.karang luka berdarah pulak.hidung pun sama je,dan-dan nak sumbat jugak.sekarang,dah tambah satu lagi.tekak pulak tak dan-dan tunggu hidung dan telinga ok,dia pun sama nak sakit jugak.mengada macam tuan dia. tulah,makan tak jaga lagi.segala daging,seafood,ayam makan pakai bantai je.dahlah tak sama macam orang lain yang bersin pagi-pagi,selsema teruk,hidung berair je.lansung tak ada tanda,sakit kepala jelah yang ada pun,tapi tu biasa,semua orang pun kadang-kadang sakit kepala.agaknya ini ujian dari tuhan supaya bersabar,baiki diri,jangan selalu dengar perkara-perkara negatif,jangan dengar orang mengumpat.lojik kan?

taknak lagi terjadi macam dulu.tak mahu lagi menempuh operation room.tak sempat mengucap,terus tak sedar disebabkan bius.dah sedar,kena jaga hidung supaya tak berdarah.beberapa minggu nak recover.tak mahu lagi macam ni --->
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

si gumuk.eh..



nak sambung tulis tesis.bye.
















Wednesday, February 8, 2012

#cakapbanyaktakguna

harap tidak lupa.sakrok.

Monday, February 6, 2012

sunshine

an email from someone special really made my day. 

woke up with big smile.

i wish that someone is here...but sabar is most important i think.walau apa pun,harus sabar dan yakin.

thank you sunshine.


#abah

dalam dua tiga hari ini,ibu tak ada dengan amir sebab mereka pergi terengganu,lawatan sekolah amir.jadi tinggal abah dan aku di rumah.tapi,amar ada balik rumah juga,jadi kami tinggal bertiga.bila tinggal tiga orang macam ni,memang malas nak masak.tapi abah malas nak beli lauk orang masak di kedai.jadi,kena lah juga masak di rumah.disebabkan abah tak yakin dan percaya yang aku boleh masak walaupun tak pandai dan takdelah sedap macam kat kedai,dia kata nak bakar ikan sendiri.kemudian dia tanya 'aimi pandai buat sambal belacan tak?' well,nampak macam sedikit penghinaan di situ tapi redhakan saja sebab mesti dia jarang tengok aku duduk kat dapur.bila aku cakap pandai,dia still macam tak percaya,dan abah terus ambil lesung batu dan mula menumbuk cili nak buat sambal.kelakar pulak.lepas tu,abah juga basuh pinggan.ini satu kemajuan!kalau ibu ada di rumah,memang tak akan lansung basuh pinggan.lama tak tengok abah basuh pinggan dan buat kerja rumah.

pagi tadi,bila aku bangun tidur dan terus turun bawah sebab dengar bunyi tv.jadi,terus turun dan tengok abah tengah tengok cerita korea.apa?cerita korea?siap gelak-gelak tengok cerita tu.amboi,biar betul ni.bila aku tukar channel nak tengok channel korea selama ni,abah siap cakap 'channel apa ni.tukarlah...'see,sekarang siapa yang tengok cerita korea?

abah tukar handphone dengan adi.yang kelakarnya bila silentkan phone,dah tak reti nak tuka balik jadi mode normal boleh dengar ring tone.patutlah bila call,lansung tak berjawab.dan bila balik rumah,lansung tak dengar bunyi handphone abah berbunyi.kalau tak,confirm ada bunyi call atau mesej.makcik pakcik yang nak datang tidur kat rumah pun boleh tidur kat masjid sebab bila diorang call,abah lansung tak angkat.kesian diorang.sekarang abah dah pandai dah.habis dia explore handphone tu siap nak download macam-macam.*geleng kepala

dalam beberapa hari ni juga sebab abah di rumah,jadi remote control dicontrol oleh abah.selalu aku jadi controller jugak.tapi bila abah ambil alih,haruslah mengadap golf 24 jam.aku tak paham lansung bila tengok golf .apa yang best tengok orang main golf pun aku tak tahu.nak tukar cerita lain,kena tunggulah.taknak tengok golf,naik je atas,tidur :).

macam mana agaknya kalau abah pencen?mesti dia bosan.tapi tak apa,sebab aku ada kawan nak berjoging.

hari ini,aku di kolej.harap abah goreng nasi yang ada tu dan kunci pintu rumah.

kbye.

Thursday, February 2, 2012

hari-hari pun cuti

start dari hari semalam iaitu hari wilayah,abah cuti sampai seminggu.katanya nak habiskan cuti tahun kalau tak,membazir.dan sekarang banyak habiskan masa dengan abah.bila abah ada di rumah,rasa macam hari-hari cuti.bangun tidur pun rasa macam hari cuti.terus tidur balik.*solat subuh dulu


bila bangun tidur,termenung dan fikir dulu 'hari ini hari apa?' sebab pelik kenapa ada dengar suara abah pagi-pagi.bukan kerja ke.terus rasa hari cuti sebab masa cuti je abah selalu di rumah.jadi bila abah cuti,tiap hari pun bangun lewat.tapi seronok bila abah ada sebab ada kawan untuk pergi jogging pagi-pagi.dan esok mahu berjoging lagi.sebab hari ini tak pergi jogging,konon-kononnya macam nak hujan sekali rupa-rupanya tak hujan.

kbye.

Selera pelik-pelik

Aku baru habiskan seplastik kerepek ubi kayu.makan tanpa sedar memang macam itu.bila baru nak buat kerja je,lapar.bila dah buat kerja,lapar.makanan habis,kerja tak siap-siap lagi.sebab?tengah buat kerja,kalau lapar,kerjanya mula nak bukak website atau blog-blog pasal makanan.tapi tengah-tengah tengok makanan atau mengunyah makanan,ada hasrat lagi nak kurus.otak kata,'eh,bukan nak kurus ke?stop,stop,jangan makan dah' tapi lepas tu perut lagi jahat goda 'baik makan,nanti masuk angin mula nak kembung perut.makan jela'.tengok,mana satu nak ikut?harusla ikut perut.bahaya weh bila masuk angin.sengkak perut,nak muntah segala.

aku ni ada juga problem dengan makan kadang-kadang.sebabnya tekak aku selera memang tak boleh di agak.aku bukan mcam orang lain yang harus ada nasi dalam meal setiap hari.tak ada nasi sebulan,aku ok je lagi.tapi bila time tekak ni mengada, nasi putih tolak tepi,nak nasi yang ada kaler-kaler macam nasi beriyani,nasi minyak ke,nasi kandar (nasi putih tapi dah cover dengan kari-kari segala macam).kalau datang selera nak makan tosai je,satu minggu tu aku tiap-tiap hari nak makan tosai.tu belum tekak nak sushi,nak tidur teringat sushi,baru duduk nak buat kerja,tekak telan air liur bila terbayang sushi.bukannya nak bayang,dia datang sendiri.bila dah dapat,terus hilang bayangan tu.memang jahat godaan makanan ni.kebanyakan selera aku selalunya macam kenangan dulu-dulu masa kecil.nak makan lempeng susulah,ubi kayu cicah gula lah,roti kura-kuralah,pulut putih dengan ayam masak merahlah,banyak lagi tapi dahlah.(kira berapa kali lah kat situ)

dari kecil umur sekolah rendah,aku duduk kawasan macam kekampungan,ulu daerah sikit.jadi,ada segelintir ibu bapa kawan-kawan aku yang selalu masuk hutan cari sumber -sumber hutan,memburu la.jadi,diorang akan bawa balik buah-buah hutan yang pelik-pelik dan anak diorang pulak akan bawak pergi sekolah dan offer kat aku.aku dengan tangan yang terbuka memang akan ambil saja dan makan sebab aku memang suka benda pelik-pelik ni.tak tahu nama buah-buah tu apa.lepas tu,bila tengok TV pasal ulat sagu atau ulat mulong di sarawak tu,teringin jugak aku nak cuba.cuba je pun bukan nak jadikan makanan harian.dalam hidup,kena ada cabaran yang kita perlu buat.lagipun,ikut hukum,tak haram makan ulat tu kan.

kalau hari-hari biasa,ada juga tekak ni nak buat perangai.bila orang makan lunch,tekak ni rasa macam nak makan makanan dinner.bila nak makan dinner,mula rasa macam nak makan breakfast.tak tentu semua tu.aku juga bukan peminat kopi,nescafe dan seantero dengannya tapi kalau satu ketika tekak kata nak,memang aku telan jugak.kalau maggi pulak,aku tak suka maggi yang 2minit boleh letak je dalam air panas tu.aku tak suka maggi yang berkuah letak perencah maggi tu.kureng sedikit.tapi,kalau maggi yang digoreng dalam kuali,lengkap dengan ada sayur sikit,apa-apa rencah,bawang,cili semua itu aku makan dan suka sebab maggi ni macam mi dalam edisi kurus.jadi aku rasa macam makanan yang ringan.ringan ke?kalau udang pulak,aku makan kalau yang dah dikupas kulitnya.kalau tak kupas lagi tu,lambat sikitlah nak makan.lagipun,kena kawal juga makan seafood ni since ada sinus.nanti makin melarat.aku tak makan cikedi-cikedi,keropok-keropok jajan ni.kalau orang pelawa,ambil sikitlah.menghormati orang yang mempelawa.aku tak suka coklat sangat selain kinder bueno.walaupun nampak memilih tapi itulah hakikatnya.sebab aku lebih suka aiskrim daripada coklat.kalau orang bagi coklat cantik-cantik,aku simpanlah jadi kenangan manis.dulu-dulu konon ada boyfriend *dah ex kot,sukalah dia nak bagi coklat.walaupun aku cakap aku tak suka,still bagi jugak.tak taulah dia tak faham kot aku cakap.atau bila aku cakap dia tak tumpukan perhatian.dan bila dia bagi coklat,aku ambil jelah.kang tak ambil,terasa hati.dan simpan sampai berkulat sebab aku takde keinginan sangat untuk makan.bila sudah berpisah,terus dia bagi aiskrim.eh,faham pulak.siapa yang pelik sekarang ni.

lagi pelik bila aku order makanan,aku rasa orang lain punya order lagi sedap.jadi,kalau keluar makan dengan family,bila masing-masing order dan sampai makanan,adik-adik aku semua tutup makanan cepat-cepat sebab diorang kata 'nanti kakyong pau' dan macam kurang ajar sedikit di situ bila diorang bagi nama 'pengepau'.sangat tidak manis nama tu,nampak gemuk.cis bedebah.ibu aku je yang baik,sanggup kongsi makanan atau tukar je.'aimi ambil ibu punya,ibu ambik aimi punya ye'.dan kalau keluar dengan sesiapa,lagi senang kalau ada orang orderkan je terus untuk aku.ataupun makan share je.jimat jugak kan.aku suka makan dengan devilito sebab boleh share-share.selera juga lebih kurang sama.bila tekak aku mengada,devilito layankan aje walaupun kadang-kadang mesti dia geram rasa nak pulas-pulas telinga aku.fine.

minggu ni,tekak mengada nak makan biskut kering cicah air kopi.aku makan ni untuk breakfast,minum petang,dinner supper boleh kata setiap hari dalam minggu ini.minggu depan tak tahu lagi.sekian,k bye.




Dalam laut boleh diduga,dalam hati siapa yang tahu

*terganggu betul.

selela-lelanya berbuat begitu,sibuk sahaja.