hye peeps.
semua orang mesti ada beberapa sikap atau perangai yang pelik ataupun jelik yang buat orang akan cakap 'mengada gila budak nih'.tapi tak tahu lah kalau ada yang sangat perfect dan lansung tiada sikap-sikap takpehape ni.tapi macam aku,ada beberapa jugak sikap atau pun behavior tahpe hape yang kadang-kadang rasa pelik dan buat orang jelik.
ataupun aku je yang rasa benda ni pelik.mungkin ada juga yang akan mengata ini sebagai mengada.biar aku senaraikan beberapa dulu.beberapa je ok.
1.aku tak makan dan tak pandai sangat masak maggi yang dalam peket yang ada perencah kari,asam laksa,tomyam tu.ala...yang 2 minit je masak tu.takpun bubuh air panas je.aku tak makan ni sebab aku tak sanggup tengok maggi tu kembang sampai tekak aku pun naik kembang.TAPI aku akan makan maggi GORENG (yang digoreng bukan bubuh perencah mi goreng saja ye).then,nanti ada orang akan tanya 'bukan kau tak makan maggi ke?'...bila explain,mesti orang itu akan buat macam-macam bunyi mulut.'hmmm,owhhhhh,fuuhhhhhhh,erk....).tu belum yang tarik muka lagi.
2.aku kurang makan udang yang ada dalam nasi goreng ke,tomyam ke,mi ke,kat mana-mana jelah.bila orang tanya aku cuma jawab 'malas nak kopek kulit' (ini bukan ayat lucah).kalau ada orang sanggup nak bukakan,aku makan jugaklah sebab dah berhempas pulas kopekkan kulit udang tu.tapi aku makan dengan ikhlas.selalunya jumpa udang,aku bagi kat roomate aku sebab dia memang suka udang.TAPI kalau udang goreng tepung,aku sangat makan.tak kisahlah ada kulit ke takde kulit ke,aku makan jugak.mengada bukan?padahal sama je.tapi entahlah.aku sendiri tak faham dengan tekak aku.
3.tak suka makan seaweed yang peket-peket tuh.kalau keropok atau cikedis yang ada seaweed pun aku tak suka.TAPI kalau sushi yang ada seaweed aku makan.siap boleh mengidam 7 hari 7 malam.sekali lagi,jelik.
4.tak suka coklat walaupun ramai berpendapat ia menenangkan dan sebagai soothing food kalau sedih,kecewa,marah,geram dan sebagainya.tetapi bukan untuk aku.bila minum minuman coklat atau susu coklat,kepala mula sakit dan dizzy.sama juga kalau makan bar coklat.coklat yang disukai hanya kinder bueno konon-kononnya sebab dulu-dulu suka guna nick name 'bueno' dan dulu first coklat yang dihadiahkan orang adalah kinder bueno.cheh,tak masuk akal.TAPI aku sangat suka warna coklat tak kisahlah baju,tudung,seluar,kasut kerana rasa sangat sesuai dengan warna kulit aku.contact lens pun aku suka pakai warna coklat.
cukuplah beberapa dahulu.nanti aku find out lagi apa yang pelik dan jelik pasal diri aku.at least,takdelah orang akan bertanya dan membuat bunyi macam-macam bila tahu.
till then,selamat petom.
2 comments:
akak suka makan coklat dan warna coklat..
orang kata.. mereka yang suka warna coklat ni mata duitan..
sapa tak suka duit kan?
:D
ahahhaha...betul2..sape lah yg tak suke duit:)
Post a Comment