this week tiba-tiba rasa macam busy gila.atau adakah itu perasaan sahaja??untuk hari ini bersamaan hari isnin,tak ada lagi terasa apa-apa kecuali pening pikir duit tiada.desperate gila nak duit.sebab purse memang dah kosong.masa nilah baru nak check semua no fon kawan-kawan dalam handphone mana tau boleh belanja kan.masa ni jugaklah mana ada kenduri kawen sanggup je harung walaupun tersesat jalan pusing-pusing sampai sakit kepala.tapi sebab determination yang tinggi untuk makan free,harung jugak.masa ni jugaklah,bila jalan-jalan atau tengok apa-apa yang memikat hati untuk dibeli,terus say NO.even makan kat luar pon,carik paling murah dalam menu.takpun ko order je air kosong.sempoi bukan.masa ni jugaklah kol ibu abah dengan suara paling sedih rasanya cakap tak ada duit,dengan harapan bila diorang dengar terus kesian dan kata 'nak berapa??nanti abah masukkan duit'.ok,berangan.lansung tak ada feedback.cakap je tak ada duit,feedback yang diberi adalah 'oh...yeke...'.terus rasa macam eh,cam tak simpati pun...
seriously mencari orang yang nak belanja makan.ahaha.
minggu ni jugak start bekerja sebagai volunteer untuk standard chartered kl marathon.start dari 22 sampai 26 hb ni.hopefully takdelah penat sangat dan boleh jumpa ramai orang..macam best.buat permulaan jadi volunteer dulu,tahun depan aku dah ada mission nak join marathon pulak.walaupun lari tak laju,at least dapat baju.kan?
minggu ni jugak akan start mengajar sendiri sebab minggu lepas dah ikut senior pergi mengajar dan observe macam mana ajar budak-budak tu.bising gila.tapi kononnya fun,jadi akan buat ala-ala fun jugak nanti.macam mana nak buat fun tuh,pepandailah nanti.dibuatnya budak-budak tu tanya macam-macam yang aku tak boleh jawab,aku suruh diorang find out sendiri je.boleh kan buat macam tuh?
so,taulah aku ke mana kalau aku tak update blog kan??
sesiapa yang mencari aku juga,sila baca blog ni jugak ok.jangan ada yang sentap-sentap kalau aku tak dapat teman makan atau teman gi jalan-jalan minggu ini..aish..susah nak jaga hati orang ni.dan susah nak cakap NO.jadi baik beritahu awal-awal.
sekian.terima kasih.
bersambung...........
No comments:
Post a Comment