Followers

Biasiswa

tabung simpanan masa depan

Wednesday, February 22, 2012

tambah satu

24 + 1 = 

a)17
b)21
c)23
          d)confuse?

semoga apa yang didoakan dimakbulkan tuhan :)

psstt: semoga nenek dia sentiasa dalam keadaan baik.semoga selsema teruk meleleh-leleh ini juga cepat sembuh.

Saturday, February 18, 2012

L word

huruf L dapat membina perkataan yang memberi kesan dan impak dalam hidup saya. tidak termasuk brooch berbentuk L dan sebentuk loket bentuk L dan juga sepasang anting-anting huruf L. perkataan yang terdiri dari huruf ini juga boleh membahagiakan saya,menggembirakan hari saya,menyedihkan saya,memujuk saya,dan bermacam-macam lagi.

sebagai contoh:
bila ada orang tunjuk tangan bentuk L,saya tahu dia nak cakap saya Loser.ini akan menyedihkan saya bukan?
tapi bila ada orang buat simbol hati dengan tangan,saya tahu dia nak cakap Love dengan saya.jadi,itu menggembirakan bukan?

termasuk juga Lembu.dia bagi daging.jadi dia menggembirakan kawan aku,ika sebab dia suka makan daging. (ok,ini sudah lari subjek utama).

tapi ada satu L boleh buat rasa macam-macam.kbye.

*rolling eyes.
:)


Tuesday, February 14, 2012

Lifelong friends

Dia masih sama.masih manis seperti dahulu.kisah di sekolah dulu memang tak dapat lupa sampai bila-bila.walau dah terpisah selama mana pun,walau terpisah dengan negara berlainan pun, tapi kawan tetap kawan.sampai bila-bila takkan putus ikatan kawan itu kalau dijaga dengan baik.baru-baru ini,berjumpa kembali.tak tahu nak cakap apa.sangat gembira tengok kawan baik depan mata.rupanya dia dekat sahaja setelah pulang dari rusia,cuma di hospital selayang tapi kerja yang sibuk dan masa yang tiada selalu membataskan untuk berjumpa.tapi akhirnya dapat juga jumpa.terima kasih untuk hari tersebut.


sangat rindu kawan ini.thank you farah for your time.kesian tengok awak yang penat sangat.be a good doctor aite :)


cik mizah ini tak payah cerita.boleh kata setiap gambar di blog ini,ada mukanya.pantang tak jumpa,awak mula rindu saya kan kboyd? ;p (lain orang,lain style tudung?eh....)

psstt:: cik mizah masih single.(motif?)

kbye.









Monday, February 13, 2012

senyum selalu


Kadang-kadang apa yang kita rasa sangsi mungkin benar.kata hati adakala nya benar jika kita betul-betul yakin.setiap yang berlaku mungkin ada hikmahnya.setiap apa yang kita lakukan jika niatnya betul,akan diberkati tuhan.tetapi jika niatnya salah,mungkin tuhan akan balas perbuatannya itu sama ada di dunia atau akhirat.aku bukanlah seorang yang pandai amat dalam agama tapi sekarang aku cuba untuk mendalaminya.dan tuhan maha kuasa.setiap kebaikan yang dilakukan akan dibalas dengan kebaikan.dan setiap kejahatan juga akan dibalas tidak kira lambat atau cepat,tidak kira di dunia atau akhirat.dan kadangkala apa yang orang lain lakukan pada kita,tuhan tunjuk terang-terang.kuasa tuhan :) tapi tuhan maha pengampun,sentiasa memberi peluang kedua,ketiga,keempat dan seterusnya.begitu juga manusia,memaafkan lebih baik dan beri peluang.

mungkin orang lihat aku mudah untuk dipermainkan,mudah untuk dibohongi,mudah untuk memaafkan.aku akui tapi tuhan maha adil,selalu tunjuk kebenaran.'lembut sangat,cengeng,manja,macam budak-budak' tapi itu semua hanya dengan orang tertentu.orang yang kita yakin dalam hidup kita,orang yang kita percaya dalam hidup kita.tapi jika kepercayaan itu disalahgunakan,haruslah hancur luluh hati.tapi aku percaya dengan orang yang selalu ada dengan aku.aku akan buat apa yang aku rasa patut tapi aku cuba fikir dahulu.dan aku sekarang belajar erti jujur.jujur dengan diri aku sendiri.aku mahu berubah ke arah yang lebih baik.berdoa semoga tuhan mengampunkan dosa-dosa aku.aku harap tuhan bantu aku.dan tuhan bantu semua orang yang inginkan perubahan.aku akui aku masih tidak matang sepenuhnya.usia mungkin meningkat tetapi aku harap tahun ini akan makin mematangkan aku.dan setiap yang berlaku juga makin mematangkan aku.dan aku mahu perbuatan dan sikap aku juga makin matang.dan aku mahu jadi diri sendiri,itu yang lebih bagus sebenarnya.

manusia kadang-kadang tak pernah cukup dengan apa yang ada dan kadang-kadang tak tahu nak apa sebenarnya.mendengar cerita dan pengajaran dari seorang makcik,benar-benar buat aku sedar.aku sangat menghargai orang-orang tersayang yang selalu ada dengan aku dan aku berdoa pada tuhan,balaslah segala kebaikan,jasa dan kasih sayang mereka pada aku.murahkan rezeki mereka dan jauhi mereka dari segala musibah.apa pun yang mereka lakukan,semoga tuhan sentiasa melindungi mereka dan ampunkan segala dosa mereka.

aku sayang kamu.kamu dan kamu semua.

senyum-senyum selalu;)

Friday, February 10, 2012

pekak sebelah

telinga dan hidung bengkak.allergy doktor kata.ini mesti disebabkan sinusitis.walaupun aku bukan doktor,tapi hati cakap macam tu.bengang.tak ada mood jadinya.bengang sebab tak dengar sebelah,macam duduk tempat tinggi dan telinga tersumbat.rasa macam nak korek-korek je.karang luka berdarah pulak.hidung pun sama je,dan-dan nak sumbat jugak.sekarang,dah tambah satu lagi.tekak pulak tak dan-dan tunggu hidung dan telinga ok,dia pun sama nak sakit jugak.mengada macam tuan dia. tulah,makan tak jaga lagi.segala daging,seafood,ayam makan pakai bantai je.dahlah tak sama macam orang lain yang bersin pagi-pagi,selsema teruk,hidung berair je.lansung tak ada tanda,sakit kepala jelah yang ada pun,tapi tu biasa,semua orang pun kadang-kadang sakit kepala.agaknya ini ujian dari tuhan supaya bersabar,baiki diri,jangan selalu dengar perkara-perkara negatif,jangan dengar orang mengumpat.lojik kan?

taknak lagi terjadi macam dulu.tak mahu lagi menempuh operation room.tak sempat mengucap,terus tak sedar disebabkan bius.dah sedar,kena jaga hidung supaya tak berdarah.beberapa minggu nak recover.tak mahu lagi macam ni --->
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

si gumuk.eh..



nak sambung tulis tesis.bye.
















Wednesday, February 8, 2012

Monday, February 6, 2012

sunshine

an email from someone special really made my day. 

woke up with big smile.

i wish that someone is here...but sabar is most important i think.walau apa pun,harus sabar dan yakin.

thank you sunshine.


#abah

dalam dua tiga hari ini,ibu tak ada dengan amir sebab mereka pergi terengganu,lawatan sekolah amir.jadi tinggal abah dan aku di rumah.tapi,amar ada balik rumah juga,jadi kami tinggal bertiga.bila tinggal tiga orang macam ni,memang malas nak masak.tapi abah malas nak beli lauk orang masak di kedai.jadi,kena lah juga masak di rumah.disebabkan abah tak yakin dan percaya yang aku boleh masak walaupun tak pandai dan takdelah sedap macam kat kedai,dia kata nak bakar ikan sendiri.kemudian dia tanya 'aimi pandai buat sambal belacan tak?' well,nampak macam sedikit penghinaan di situ tapi redhakan saja sebab mesti dia jarang tengok aku duduk kat dapur.bila aku cakap pandai,dia still macam tak percaya,dan abah terus ambil lesung batu dan mula menumbuk cili nak buat sambal.kelakar pulak.lepas tu,abah juga basuh pinggan.ini satu kemajuan!kalau ibu ada di rumah,memang tak akan lansung basuh pinggan.lama tak tengok abah basuh pinggan dan buat kerja rumah.

pagi tadi,bila aku bangun tidur dan terus turun bawah sebab dengar bunyi tv.jadi,terus turun dan tengok abah tengah tengok cerita korea.apa?cerita korea?siap gelak-gelak tengok cerita tu.amboi,biar betul ni.bila aku tukar channel nak tengok channel korea selama ni,abah siap cakap 'channel apa ni.tukarlah...'see,sekarang siapa yang tengok cerita korea?

abah tukar handphone dengan adi.yang kelakarnya bila silentkan phone,dah tak reti nak tuka balik jadi mode normal boleh dengar ring tone.patutlah bila call,lansung tak berjawab.dan bila balik rumah,lansung tak dengar bunyi handphone abah berbunyi.kalau tak,confirm ada bunyi call atau mesej.makcik pakcik yang nak datang tidur kat rumah pun boleh tidur kat masjid sebab bila diorang call,abah lansung tak angkat.kesian diorang.sekarang abah dah pandai dah.habis dia explore handphone tu siap nak download macam-macam.*geleng kepala

dalam beberapa hari ni juga sebab abah di rumah,jadi remote control dicontrol oleh abah.selalu aku jadi controller jugak.tapi bila abah ambil alih,haruslah mengadap golf 24 jam.aku tak paham lansung bila tengok golf .apa yang best tengok orang main golf pun aku tak tahu.nak tukar cerita lain,kena tunggulah.taknak tengok golf,naik je atas,tidur :).

macam mana agaknya kalau abah pencen?mesti dia bosan.tapi tak apa,sebab aku ada kawan nak berjoging.

hari ini,aku di kolej.harap abah goreng nasi yang ada tu dan kunci pintu rumah.

kbye.

Thursday, February 2, 2012

hari-hari pun cuti

start dari hari semalam iaitu hari wilayah,abah cuti sampai seminggu.katanya nak habiskan cuti tahun kalau tak,membazir.dan sekarang banyak habiskan masa dengan abah.bila abah ada di rumah,rasa macam hari-hari cuti.bangun tidur pun rasa macam hari cuti.terus tidur balik.*solat subuh dulu


bila bangun tidur,termenung dan fikir dulu 'hari ini hari apa?' sebab pelik kenapa ada dengar suara abah pagi-pagi.bukan kerja ke.terus rasa hari cuti sebab masa cuti je abah selalu di rumah.jadi bila abah cuti,tiap hari pun bangun lewat.tapi seronok bila abah ada sebab ada kawan untuk pergi jogging pagi-pagi.dan esok mahu berjoging lagi.sebab hari ini tak pergi jogging,konon-kononnya macam nak hujan sekali rupa-rupanya tak hujan.

kbye.

Selera pelik-pelik

Aku baru habiskan seplastik kerepek ubi kayu.makan tanpa sedar memang macam itu.bila baru nak buat kerja je,lapar.bila dah buat kerja,lapar.makanan habis,kerja tak siap-siap lagi.sebab?tengah buat kerja,kalau lapar,kerjanya mula nak bukak website atau blog-blog pasal makanan.tapi tengah-tengah tengok makanan atau mengunyah makanan,ada hasrat lagi nak kurus.otak kata,'eh,bukan nak kurus ke?stop,stop,jangan makan dah' tapi lepas tu perut lagi jahat goda 'baik makan,nanti masuk angin mula nak kembung perut.makan jela'.tengok,mana satu nak ikut?harusla ikut perut.bahaya weh bila masuk angin.sengkak perut,nak muntah segala.

aku ni ada juga problem dengan makan kadang-kadang.sebabnya tekak aku selera memang tak boleh di agak.aku bukan mcam orang lain yang harus ada nasi dalam meal setiap hari.tak ada nasi sebulan,aku ok je lagi.tapi bila time tekak ni mengada, nasi putih tolak tepi,nak nasi yang ada kaler-kaler macam nasi beriyani,nasi minyak ke,nasi kandar (nasi putih tapi dah cover dengan kari-kari segala macam).kalau datang selera nak makan tosai je,satu minggu tu aku tiap-tiap hari nak makan tosai.tu belum tekak nak sushi,nak tidur teringat sushi,baru duduk nak buat kerja,tekak telan air liur bila terbayang sushi.bukannya nak bayang,dia datang sendiri.bila dah dapat,terus hilang bayangan tu.memang jahat godaan makanan ni.kebanyakan selera aku selalunya macam kenangan dulu-dulu masa kecil.nak makan lempeng susulah,ubi kayu cicah gula lah,roti kura-kuralah,pulut putih dengan ayam masak merahlah,banyak lagi tapi dahlah.(kira berapa kali lah kat situ)

dari kecil umur sekolah rendah,aku duduk kawasan macam kekampungan,ulu daerah sikit.jadi,ada segelintir ibu bapa kawan-kawan aku yang selalu masuk hutan cari sumber -sumber hutan,memburu la.jadi,diorang akan bawa balik buah-buah hutan yang pelik-pelik dan anak diorang pulak akan bawak pergi sekolah dan offer kat aku.aku dengan tangan yang terbuka memang akan ambil saja dan makan sebab aku memang suka benda pelik-pelik ni.tak tahu nama buah-buah tu apa.lepas tu,bila tengok TV pasal ulat sagu atau ulat mulong di sarawak tu,teringin jugak aku nak cuba.cuba je pun bukan nak jadikan makanan harian.dalam hidup,kena ada cabaran yang kita perlu buat.lagipun,ikut hukum,tak haram makan ulat tu kan.

kalau hari-hari biasa,ada juga tekak ni nak buat perangai.bila orang makan lunch,tekak ni rasa macam nak makan makanan dinner.bila nak makan dinner,mula rasa macam nak makan breakfast.tak tentu semua tu.aku juga bukan peminat kopi,nescafe dan seantero dengannya tapi kalau satu ketika tekak kata nak,memang aku telan jugak.kalau maggi pulak,aku tak suka maggi yang 2minit boleh letak je dalam air panas tu.aku tak suka maggi yang berkuah letak perencah maggi tu.kureng sedikit.tapi,kalau maggi yang digoreng dalam kuali,lengkap dengan ada sayur sikit,apa-apa rencah,bawang,cili semua itu aku makan dan suka sebab maggi ni macam mi dalam edisi kurus.jadi aku rasa macam makanan yang ringan.ringan ke?kalau udang pulak,aku makan kalau yang dah dikupas kulitnya.kalau tak kupas lagi tu,lambat sikitlah nak makan.lagipun,kena kawal juga makan seafood ni since ada sinus.nanti makin melarat.aku tak makan cikedi-cikedi,keropok-keropok jajan ni.kalau orang pelawa,ambil sikitlah.menghormati orang yang mempelawa.aku tak suka coklat sangat selain kinder bueno.walaupun nampak memilih tapi itulah hakikatnya.sebab aku lebih suka aiskrim daripada coklat.kalau orang bagi coklat cantik-cantik,aku simpanlah jadi kenangan manis.dulu-dulu konon ada boyfriend *dah ex kot,sukalah dia nak bagi coklat.walaupun aku cakap aku tak suka,still bagi jugak.tak taulah dia tak faham kot aku cakap.atau bila aku cakap dia tak tumpukan perhatian.dan bila dia bagi coklat,aku ambil jelah.kang tak ambil,terasa hati.dan simpan sampai berkulat sebab aku takde keinginan sangat untuk makan.bila sudah berpisah,terus dia bagi aiskrim.eh,faham pulak.siapa yang pelik sekarang ni.

lagi pelik bila aku order makanan,aku rasa orang lain punya order lagi sedap.jadi,kalau keluar makan dengan family,bila masing-masing order dan sampai makanan,adik-adik aku semua tutup makanan cepat-cepat sebab diorang kata 'nanti kakyong pau' dan macam kurang ajar sedikit di situ bila diorang bagi nama 'pengepau'.sangat tidak manis nama tu,nampak gemuk.cis bedebah.ibu aku je yang baik,sanggup kongsi makanan atau tukar je.'aimi ambil ibu punya,ibu ambik aimi punya ye'.dan kalau keluar dengan sesiapa,lagi senang kalau ada orang orderkan je terus untuk aku.ataupun makan share je.jimat jugak kan.aku suka makan dengan devilito sebab boleh share-share.selera juga lebih kurang sama.bila tekak aku mengada,devilito layankan aje walaupun kadang-kadang mesti dia geram rasa nak pulas-pulas telinga aku.fine.

minggu ni,tekak mengada nak makan biskut kering cicah air kopi.aku makan ni untuk breakfast,minum petang,dinner supper boleh kata setiap hari dalam minggu ini.minggu depan tak tahu lagi.sekian,k bye.




Dalam laut boleh diduga,dalam hati siapa yang tahu

*terganggu betul.

selela-lelanya berbuat begitu,sibuk sahaja.