Followers

Biasiswa

tabung simpanan masa depan

Thursday, May 30, 2013

bagi bakar sikit

menyirap ke tak?jgn jeles u oll.bye

Monday, May 20, 2013

warning for distance

Distance,

No matter how far you are, you can't change the love in my heart.No matter how you envy us, the warmth in  our heart connect us each other. 

dear mr 320km away,
 I miss you.


Sunday, May 19, 2013

engkau pitam kat taman??

hi...again???hahaha.break jap from reading.ngantuk kot membaca petang-petang.well pagi tadi tiba-tiba ibu ajak pergi joging.disebabkan semalam dah tidur awal jadi bila bangun takdelah rasa macam nak tidur lagi.agak-agak rasa nak tidur lagi,syaitanlah tu.aku pun bergegas jugak tukar baju dan sempat berwhatsapp jap dengan 'kakak'di uk sementara tunggu ibu dan amir bersiap.jadi kitorang pun pergi ke titiwangsa since ibu kata kat taman layang-layang kepong tu bau busuk,tak tahan.aku takdelah nak berlari sangat sebab lutut pun tak recover lagi dari pergi larian kuala kangsar minggu lepas.jadi jog slow-slow sampai dekat dataran tengah-tengah tempat orang suka nak buat majlis kahwin,tempat orang main skate.tengah-tengah tu ada orang buat aerobik jadi pergi join.semangat sangat ni,since steps nya pun memang yang biasa aku buat untuk ajar cardio dance jadi memang naik hantu sikitla buat.berpeluh jangan kata,sampai basah baju tambah dengan panas lagi.jadi lepas dah habis beraerobik tu aku sambungla balik joging.tapi bila aku mula nampak ibu ngan amir kat bawah pokok,aku pun mula pecut ala-ala excited jumpa mak kan.sampai-sampai kat ibu lepas stop tu aku tanya ibu 'kenapa kita rasa macam mata kita kabur ya?'.ibu kata 'muka kamu dah pucat dah'. aku dah tau dah,kompem aku nak pitam ni.aku pun cepat-cepat bukak spek mata dan duduk tapi aku rasa bila duduk lagi aku nampak hitam je.ibu terus tarik scarf kepala.tapi dalam aku pitam tu,mulut aku tak berhenti bercakap sebab aku takut tiba-tiba aku terus tak sedar,jadi aku keep bercakap dengan ibu dan breathe slow-slow.dah mula rasa sejuk-sejuk tangan kaki.takleh jadi ni,aku cepat-cepat suruh ibu beli air dengan apa-apa yang manis.aku rasa ni mesti sebab perut aku kosong sebelum lari.lepas tu teroverexcited exercise.memang pitamlah resultnya.nasib baik dalam time ibu pergi ada kakak ke adik ke aku pun tak sure sebab masa dia bagi botol air tu aku nampak gelap je.sebab aku rasa duduk lagi aku rasa macam gelap semacam jadi aku terus baring atas tanah tu.lantakla apa pun,yang penting aku takut.aku cuba tak panik sebab aku ni memang easily get panic attack.especially bila tengok accident,dengar siren ambulan,terang jadi gelap.tah pe hape kan tapi itulah hakikatnya,ewah.dalam 30 minit lepas tu aku rasa macam ok sikit tapi memang kena baring lama sikit.jadi aku rasa if korang nak berexercise,sila pastikan alas perut sikit-sikit jangan kosong sangat.tapi jangan makan macam korang tak makan seminggu lak.berenang-renang makanan tu dalam perut,muntah pulak.

and maybe sikit tips lah if rasa macam nak pitam.aku takdelah pandai sangat tapi just nak share sikit apa yang aku buat.kalau salah tolong tunjukkan k.

- if mula rasa pening,gelap mata,berhenti exercise.cuba duduk dan baring.
- longgarkan baju,kasut,stokin apa yang adala.sometimes,for women,bra yang terlalu ketat juga boleh mempengaruhi.so,longgarkan semua.
- bernafas dengan perlahan, cuba jangan panik (nasihat untuk diri sendiri juga)
- rehat,tenangkan diri dan minta tolong dengan orang terdekat.buka mata,tengok sekeliling (dari awal aku pitam aku memang cuba tak tutup mata sebab aku risau aku terus tak sedar,aku memang penakut lebih)

it is best kalau pergi jog ada kawan bersama.orang kata pisang pun bagus sebab ada potassium.agak-agak ada pisang manalah tau tiba-tiba orang picnic bawak pisang,mintak sikit dan beri pada orang pitam.aku rasa memang perlu untuk belajar basic medical aid,at least ada knowledge sikit untuk quick action.

cukup dulu,banyak-banyak kang,salah informasi pulak,haha.bye

rindu ke tu?

happy weekend everyone.

macam biasa,banyak benda dalam kepala tapi tak mampu nak taip.dalam seminggu ni,memang terasa betul perkataan tu. r.i.n.d.u.gila beremosi lah kalau nak cerita pasal perkataan tu.macam kalau kita dengar kawan-kawan kita cakap 'aku rindula kat *****'atau masa ibu abah aku pergi haji dulu pun,bila aku nak sebut 'saya rindula kat mak ayah saya kak', dengan serta merta je air mata terus bergenang.nampak kan kat situ betapa powernya perkataan tu mempengaruhi emosi.

lately memang aku rindu kat seseorang ni.ewahhh,cover-cover je cakap kan.jadi disebabkan perkataan tu mempengaruhi emosi,jadi aku pun jadi cepat sentap dan hujan air mata.dulu ye ye je suka usik orang bila mandi tak basahla,makan tak kenyangla,tidur tak lenala.sekarang aku ada juga rasa sikit-sikit tapi kalau mandi tak basah tu cam melampau sikitlah.makan tak kenyang tu memangla,dah asyik mengketedarah je.setiap 2 jam asyik nak makan memang tak kenyangla.makan bukan nak roti canai je,nak kfc.tidur ada gak tak lena sebab kejap-kejap jaga tengok hp.kejap-kejap jaga tengok tab.

tapi aku perasan satu benda ni.bila kau rindu kat orang kan (mungkin ni aku punya teori je kot) kau akan rasa macam sedih semacam, kau memang akan makan 2 jam sekali tu tapi macam tawar je rasa, kejap kejap kau tengok hp takut orang tu mesej ke call ke kau tak sempat angkat.hari tu kan,aku makan ikan patin masak tempoyak.punyala sedap rasanya kan,nama pun tempoyak tapi bila aku makan rasa cam sup kosong.eh..lidah aku je ke.tapi tengok adik aku makan,sampai kuah pun habis.bila bawa kereta je,rasanya radio dah pasang kuat dah sampai volume 16 tapi kenapa rasa macam kosong je.tapi bila aku dapat detect radio tu,yang keluar asyik-asyik lagu sedih.eh kauuuu,memang nak hujan dalam kereta lah kan.pastu kalau kau simpan hp jauh-jauh pun kan,konon-konon dengan ego taknak tengok confirm lepas tu,slow-slow je tangan pergi amik semula hp letak kat depan mata.egolah sangat.

tapi lagi sentap bila kau dah rasa tak tahan nak sebut perkataan r.i.n.d.u tu, kau pun cakapla kat orang tu dan orang tu kata 'oh,ok'. *dalamhati'bolehtakkausebutperkataantubalikkataku?'

ok bye.hahaha.malulah saya.




Sunday, May 5, 2013

PRU 13

masih ada kesan dakwat di jari?

aku ada lagi kesan ni ha.memangla tak kekal.kalau kekal kang,semua pun komplen jari tak cantikla,ragu2 nak solatla.masalahnya,tak kekal pun nak komplen jugak.adoila.next pru siapa2 yang komplen pasal dakwat tu kerat jari je senang.memang kompem takde tipu tipu.pagi tadi,pada pukul 815pagi,aku dah mula beratur ngan ibu abah kat sekolah agama kat gombak ni ha.area mana rahsia hehe.memang sangat ramai orang dah aku beratur hampir 2 jam jugak.lama kan?tapi demi negara yang tercinta sanggup okeh walaupun baju dari kering sampai basah,dari lapar jadi makin lapar,dari sejuk jadi panas,dari tenang jadi meradang.eh,oops.tula siapa suruh kakak tu cut line.

well,ni first time mengundi.good experience.macam dah hari raya tengok suasana pilihanraya ni.seronok jugak tengok lampu banyak-banyak,tengok bendera banyak-banyak.tapi kadang-kadang annoying jugak ngan lagu-lagu mengundi dalam radio.hmm,sorry to say,ramai yang mengutuk sesama sendiri masa kempen pilihanraya ni.bukan kata calon je,yang bukan calon pun bercakap kalah calon tu sendiri.aku faham jugak semua ada pendirian masing-masing tapi takdelah sampai bergaduh buka pekung masing-masing.takkanlah sebab nak pilih parti sampai bergaduh adik beradik,keluarga,sedara mara dan kawan-kawan kan.negara kita negara demokrasi,siapa yang menang kita terima jela dan berdoa semoga yang menang tu akan memajukan lagi negara kita,tak kisahla parti mana pun.lagipun kita ni kan rakyat Malaysia,kena bersatu untuk negara.kalau hubungan sesama sendiri pun porak peranda,macam mana nak pertahankan negara.

malam ni akan dengar keputusan PRU 13.apa pun keputusan jangan gaduh-gaduh okeh.sayang sesama insan.gitewwww.dan berharap juga,lepas setel semua pilihanraya ni,bendera-bendera yang atas pagar,atas pokok,atas kabel letrik,di mana-mana pun tu setelkanlah jugak.sebelum pilihanraya bukan main sanggup gadai diri gadai masa letak bendera.dah habis kutipla semula kan.agak-agak taknak simpan hantar gi jahit selimut kereta.bagi bersih sikit,clear sikit mata dari tengok bendera merata-rata.cam temasya sukan pulak.

just my 2cents.

love Malaysia.