Followers

Biasiswa

tabung simpanan masa depan

Sunday, May 19, 2013

engkau pitam kat taman??

hi...again???hahaha.break jap from reading.ngantuk kot membaca petang-petang.well pagi tadi tiba-tiba ibu ajak pergi joging.disebabkan semalam dah tidur awal jadi bila bangun takdelah rasa macam nak tidur lagi.agak-agak rasa nak tidur lagi,syaitanlah tu.aku pun bergegas jugak tukar baju dan sempat berwhatsapp jap dengan 'kakak'di uk sementara tunggu ibu dan amir bersiap.jadi kitorang pun pergi ke titiwangsa since ibu kata kat taman layang-layang kepong tu bau busuk,tak tahan.aku takdelah nak berlari sangat sebab lutut pun tak recover lagi dari pergi larian kuala kangsar minggu lepas.jadi jog slow-slow sampai dekat dataran tengah-tengah tempat orang suka nak buat majlis kahwin,tempat orang main skate.tengah-tengah tu ada orang buat aerobik jadi pergi join.semangat sangat ni,since steps nya pun memang yang biasa aku buat untuk ajar cardio dance jadi memang naik hantu sikitla buat.berpeluh jangan kata,sampai basah baju tambah dengan panas lagi.jadi lepas dah habis beraerobik tu aku sambungla balik joging.tapi bila aku mula nampak ibu ngan amir kat bawah pokok,aku pun mula pecut ala-ala excited jumpa mak kan.sampai-sampai kat ibu lepas stop tu aku tanya ibu 'kenapa kita rasa macam mata kita kabur ya?'.ibu kata 'muka kamu dah pucat dah'. aku dah tau dah,kompem aku nak pitam ni.aku pun cepat-cepat bukak spek mata dan duduk tapi aku rasa bila duduk lagi aku nampak hitam je.ibu terus tarik scarf kepala.tapi dalam aku pitam tu,mulut aku tak berhenti bercakap sebab aku takut tiba-tiba aku terus tak sedar,jadi aku keep bercakap dengan ibu dan breathe slow-slow.dah mula rasa sejuk-sejuk tangan kaki.takleh jadi ni,aku cepat-cepat suruh ibu beli air dengan apa-apa yang manis.aku rasa ni mesti sebab perut aku kosong sebelum lari.lepas tu teroverexcited exercise.memang pitamlah resultnya.nasib baik dalam time ibu pergi ada kakak ke adik ke aku pun tak sure sebab masa dia bagi botol air tu aku nampak gelap je.sebab aku rasa duduk lagi aku rasa macam gelap semacam jadi aku terus baring atas tanah tu.lantakla apa pun,yang penting aku takut.aku cuba tak panik sebab aku ni memang easily get panic attack.especially bila tengok accident,dengar siren ambulan,terang jadi gelap.tah pe hape kan tapi itulah hakikatnya,ewah.dalam 30 minit lepas tu aku rasa macam ok sikit tapi memang kena baring lama sikit.jadi aku rasa if korang nak berexercise,sila pastikan alas perut sikit-sikit jangan kosong sangat.tapi jangan makan macam korang tak makan seminggu lak.berenang-renang makanan tu dalam perut,muntah pulak.

and maybe sikit tips lah if rasa macam nak pitam.aku takdelah pandai sangat tapi just nak share sikit apa yang aku buat.kalau salah tolong tunjukkan k.

- if mula rasa pening,gelap mata,berhenti exercise.cuba duduk dan baring.
- longgarkan baju,kasut,stokin apa yang adala.sometimes,for women,bra yang terlalu ketat juga boleh mempengaruhi.so,longgarkan semua.
- bernafas dengan perlahan, cuba jangan panik (nasihat untuk diri sendiri juga)
- rehat,tenangkan diri dan minta tolong dengan orang terdekat.buka mata,tengok sekeliling (dari awal aku pitam aku memang cuba tak tutup mata sebab aku risau aku terus tak sedar,aku memang penakut lebih)

it is best kalau pergi jog ada kawan bersama.orang kata pisang pun bagus sebab ada potassium.agak-agak ada pisang manalah tau tiba-tiba orang picnic bawak pisang,mintak sikit dan beri pada orang pitam.aku rasa memang perlu untuk belajar basic medical aid,at least ada knowledge sikit untuk quick action.

cukup dulu,banyak-banyak kang,salah informasi pulak,haha.bye

No comments: