Followers

Biasiswa

tabung simpanan masa depan

Tuesday, March 16, 2010

itik-itik yang lazat..don't say yucks!


hari sabtu dan ahad baru nih,aku balik rumah mak dan bapak angkat merangkap rumah kawan baik aku sebenarnya,nono sayang..kami bertiga (aku,nono ngan rai) balik kampung nono dengan rasa riang gembira sebab atuk dah janji nak sembelih itik untuk kitorang..aku memang jakun dan perak sebab aku tak pernah makan itik dan aku memang teringin nak makan itik..abis aku canang kat semua orang yang aku nak makan itik.rai tak boleh blah sampai mimpi itik dengan mandi sungai..siap boleh mengigau pulak tu.yang aku nih,asyik mimpi burung helang je sampai kali ketiga apa kejadah pun aku tak tau.taknak cite lebar2..meh tengok jalan cerita berdasarkan gambar ye..

nih aku,bergambar dengan kete baru nono..baru je sampai kampung,terus je aku pose..owh,tengok kelakuan kami bertiga bila sudah sampai kampung dan ternampak itik,terus pose macam ini
tu aku dengan rai dalam kandang itik..semua itik lari bila tengok kitorang datang..beria aku jerit2 takut kena sudu.tgk2,diorang yang lari jerit2 bila nampak aku.watdehek punye itik


   
awalnya,kitorang nak tangkap itik pakai kain batik..tapi,atuk dah siap sembelih pulak.pasnih kene balik kampung lagi kejar itik.ok,mula2,kena bersihkan bulu..gila susah nak cabut bulu.pastu kita salai..nampak tu,kecek je kan,sebab tuh kena dua ekor.kitorang dahlah pelahap.bile dah potong2 itik tu,sikit je kan?isi itik nih lagi sikit dari ayam.ayam gemuk,itik kurus je.tu telur itik,putih dari telur ayam.selalu makan telur itik yang dah jadi telur masin kan?nih yang ori punya.



 pastu,kena siapkan santan..tengok,kitorang buat cara tradisional punya..bukan kata sorang nak perah,sampai tiga orang perah 4 biji kelapa..cayalah,bercampur2 air tangan.nasib baik atuk tak tengok,kalau tak,kompem tak lalulah..tapi tuh yang bagi sedap rendang tuh..air tangan kitorang.sebesen santan dapat bila 3 orang perah.kalau harap sorang,ntah2 setengah besen pon berjam.
 tengok,aku terus skip je.sebab masa tuh,tengah bizi,tak sempat nak tangkap gambor cara seterusnya.ala,sonang ajo aih,tumbuk serai,kunyit hidup,cili api.masak rendang ni takyah guna minyak pun tau.tengok,lazatkan..pergh,bau masa tengah masak tuh memang menggamit perasaan aku lah..dahlah lapo,save perut nak makan itik punya pasal.sedap gila.tak tau nak cakaplah sedapnya tuh..fuuh..tak sah kalau tak pedas.memang aku menangis sedu2 masa makan sebab sedap sangat.atuk sampai gelak2 tengok.
tengok,tak senonoh punya perangai ko aimi.ni aku nak tunjukkan betapa sedapnya aku meratah itik.tulang dia mak aih bapak keras.takleh aku nak lenturkan jadi smile.tapi tetap nampak happy sebab dapat makan itik!ada uumph!cayalah wan..len kali kitorang datang masak lagi eh!!!!!!!!

psstt:meleleh air liur aku masa cerita nih....nak lagik...

Saturday, March 13, 2010

minyak zaitun dara melampau



okeh..this time mau cerita pasal minyak zaitun dara melampau a.k.a EXTRA VIRGIN olive oil..banyak khasiatnya..mesti ada yang memang guna minyak ni kan??atau pun ada juga yang tak pernah lansung..before ni,aku tau biasa2 je minyak nih.tetiba,balik rumah,adik aku yang belajar medic tu sibuk nak minum minyak zaitun ni.dia cakap,ni minyak terbaik dunia tau.aku ni memanglah jenis jakun sikit,teruja nak pakai benda2 yang terbaik ni.jadi,aku rembat je minyak zaitun yang ada kat rumah tu,terpaksa ibu beralah bagi kat aku bila abah backing anak pompuan tersayang dia nih.hehe..cerita bermula dengan sejarah dulu..
SEJARAH MINYAK ZAITUN
-orang Homer panggil nih 'liquid gold'..olive tree nih dianggap sebagai simbol glory and peace..sejarah cakap pokok ni dijumpai di Livorno kat Itali.ia pertama kali ditanam di bahagian timur Mediterranian di tempat yang dikenali sebagai 'fertile crescent',suburlah kiranya tempat tuh.
-bermula dr 5000 thn S.M. sampailah 1400 tahun S.M.,pokok nih dah disebarkan ke merata tempat dah..sekarang nih,kat Itali,dah ada 30 jenis (variety) pokok zaitun yang ditanam..

BENEFIT MINYAK ZAITUN
  • banyak kandungan nutrien- ada vitamin E,K,A.then,ada polyphenols,squalene, oleocanthol,triterpenes, dan macam2 lagi micronutrients dalam minyak zaitun.semua nya bagus untuk badan kita.tambahan lagi, minyak zaitun ni bukan minyak hydrogenated.lagi satu,kandungan oleic acid (omega 9) yang ada dalam minyak zaitun bagus untuk kulit.
  • natural- minyak zaitun ini hanyalah jus buah zaitun yang diestrak secara mekanikal dan tidak menggunakan haba atau bahan kimia dalam pemprosesannya. baguskan?
  • kurangkan kolestrol-minyak zaitun mengandungi polyphenols yang juga dikenali sebagai anti oxidant dan juga ada monounsaturated fat yang boleh mengurangkan kadar kolestrol.jadi,secara tak lansung, boleh prevent sakit jantung.
  • kanser- penyelidik2 kat universiti oxford cakap minyak zaitun ni efektif untuk prevent kanser kolon, payudara dan kulit.
  • tekanan darah-minyak zaitun ni juga dipercayai boleh kurangkan tekanan darah.
  • batu karang- mengurangkan peratus untuk dapat batu karang sebab minyak ni memudahkan rembesan hormon pancreatic secara natural.
  • alzheimer-mengurangkan risiko sebab penyakit nih berkaitan dengan arteri tersumbat sebab kolestrol dan lemak.
  • kurangkan dengkur-ha,kajian ada cakap kalau ambik one sip of olive oil nih boleh kurangkan dengkur masa tidur..korang jangan letak sebotol minyak zaitun dalam mulut kawan korang yang berdengkur lak..
  • penawar sakit telinga-masa korek telinga,boleh letak minyak zaitun ni pada cotton bud dan korek telinga tu..mana tau,taik telinga korang yang keras tuh boleh jadi lembut,senang nak keluor..;)
  • untuk polish perabot-tengok,minyak zaitun nih pon boleh lap perabot ngan barang-barang lain tau...guna minyak zaitun,tambah sikit dengan lemon juice pastu lap lah barang2 besi,silver,metal pape yang ada kat rumah..lap meja pon boleh.
  • cantikkan kucing-kepada peminat dan pemilik kucing (ye,bukan aku)..boleh letak satu sudu minyak zaitun dalma makanan kucing..jadi,bila makan,bulu2 kucing akan lebih cantik dan sihat..aku tade kucing,takleh nak try..huhu
  • minyak masak-untuk sihat,kononnya nak diet,boleh pakai minyak nih jadi minyak masak..jadi,korang takkan risau makanan berminyak,nanti gemuklah,apelah kan..
  • makanan jadi sedap- aku suka makanan italian,patutlah sedap dorang bubuh minyak zaitun..ecewah..ntah ye ntah tidak letak minyak zaitun..tapi,memang masakan orang itali dari dulu selalu guna minyak zaitun nih..
  • kulit cantik-minum minyak zaitun nih boleh cantikkan kulit tau...wow..boleh apply terus jugak sebagai moisturizer..atau,sape yang ada tab mandi kat umah tuh,boleh letak beberapa drop..takpun,gi gym,sapulah minyak nih..nampak sexy je nak gi gym..auuw...lagi satu,boleh rawat luka2 dan gatal jugak..(Ibnu Qayyim)
okeh..ini pulak kegunaan minyak zaitun yang aku buat:
  • minyak rambut-aku selalu mengendeng2 kat ibu suro letakkan minyak kat rambut..tapi memang kajian kata minyak zaitun nih bagus untuk letak kat rambut terutamanya rambut degil dan rosak..nampak sangat rambut aku rosak. caranya senang je,letakkan minyak zaitun ni kat semua helaian rambut dan kulit kepala,pastu biarkan je.kalau nak pakai shower cap pon boleh.pastuh,basuhlah pakai syampu.sebelum tido pon ok,so,esok pagi mandi boleh basuh..lama sikit minyak tuh meresap masuk dalam rambut.jadi,rambut akan makin lawa dan lebat..woot woot,jangan jeles..
  • minum-aku minum gak minyak ni hari2,tapi sekali sehari jelah..memang rasa bende nih macam nak muntah bila first time minum,tapi nanti korang dah biasa,ok je..mesti korang rasa macam 'aku nih minum minyak petrol ke?'hahhaha....
  • lip balm-kadang-kadang,letak je kat bibir sebagai fungsi macam lip balm jugak..letak masa nak tidur,so,bila bangun pagi nanti,rasa bibir moist je..ecewah..
nilah minyak zaitun yang aku pakai..wink wink..

banyaklah khasiat minyak zaitun nih..kalau sambung tulis ni,mesti korang tak lalu nak baca.
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Makanlah minyak zaitun dan lumurlah minyaknya, kerana ia berasal daripada pohon yang penuh berkat.
(Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah)
psst: cuba-cuba lah...kalau jadik,tak rugi aku promote..hehehhehe

penjahanaman pokok


rasa berkobar-kobar pergi fieldwork untuk melihat kesinambungan pergerakan burung helang di pulau carey..tapi hati jadi hancur bila sampai depan surau tempat nak sekodeng tu nampak pokok-pokok pine besor-besor banyak dah kena tebang..pokok tu banyak berjasa kepada burung helang terutamanya kepada black-shouldered kite dengan japanese sparrowhawk tu sebab selalu jadi tempat diorang nak nesting dan breeding.kesian kat diorang bila kena pindah dan cari tempat lain nak bersarang sedangkan baru je buat sarang kat pokok pine tuh..

tengok,apa dah jadi??dah tak ada ranting dan dahan untuk jadi tempat nesting burung2 helang tu..

sampai2 je kat situ,tengok orang tengah tebang2,terus pergi jumpa pakcik baju putih yang macam tengah mengarah mat2 indon buat kerja.selamba je cakap,

'pakcik,jangan tebang pokok yang belah kiri tuh,situ ada sarang burung.'

pakcik tuh pulak macam serba salah, 'ada datuk nak datang,jadi kami kena tebang.tak apa,kami tebang pokok yang tu lambat sikit'

'terima kasih pakcik'

sopankan aku cakap?2 minggu lagi aku pegi kompem dah tak ada pokok tu semua...sob sob...abislah sarang helang tikus tuh..:(

psstt:pakcik,jangan tebang pokok tu..saya sedih..saya nak tengok anak2 burung helang..

Thursday, March 11, 2010

robek bajuku bukan hatiku

serius..bajuku robek...

ala-ala lagu dangdut lakkan...

'robek hatiku..robek hatiku'..

eh silap...robek bajuku la..huuh..abis baju aku..terobek sebegitu sekali...

tengok,tak tipu kan??besor pulak tuh koyaknye..haish...besor benor ke aku nih sampai terkoyak baju?

ala-ala nak jadik incredible hulk pulak nak robek2 baju nih...kalau jadi incredible hulk,abislah tukar muka hijau..mau kaler turqoise pulak,tamo hijau dah,sama macam pokok dah..ini semua gara2 terpijak hujung baju kaftan ni masa jalan..tulah,pendek tapi pakai baju meleret-leret..tengok,apa dah jadi?lain kali,pakai baju yang mengikut ketinggian ye.badan tu pun dah berat gamaknye,sampai terpijak sikit pun dah tertarik dan terobek besor...ate,kalo ringan,idakle nak terkoyak...dak gitu?

psst:huhu....rasa macam nak makan herbalife je..bajek nak kuruslah..tapi duit tadak..hoho..ade yang free tak??bagi trial sebulan ke..ehehhe

Monday, March 8, 2010

my baby dooodolls

lucky sebenarnya bila birthday dekat2..senang nak celebrate ramai2..tayah banyak kali.my birthday,then birthday amar,birthday abah,then birthday amer in february and march..semua dekat2.ibu dan adi punya birthday yang hujung sikit,nak akhir2 tahun..tu celebrate lainlah kan..actually,tak tau nak belikan hadiap apa untuk amar dan amir since duit untuk bulan ni memang dah tanda merah siap ada tulis 'awas,jangan guna lagi'.sampai macam tu sekali duit nak abis.mana nak cekau duit pun aku tak tau..banker besor macam dah tanak bagi je..muka lain macam jer..jadi aku fikir mungkin aku perlu buat sikit pelaburan.yelah,risiko sikit lah kan.awal2,memang teruk tapi hasilnya kita tengok nanti.hehhe...jadi inilah pelaburannya-->

cuba korang teka,apakah ini???siapa betul,aku bagi kotak benda ni..kotak jelah ye..siapa dah menjawab,sila semak jawapan anda di muka surat bawah sekali ye.

aku harap banker besor akan tertarik dan terpikat dengan pelaburan yang aku buat nih..heheh,ye,tak sia2 dia sangat suka.hehe..tapi apakah hasilnya??itu belum pasti lagi..tiada jawapan lagi..yang penting,dia happy:)sebab bila happy,hati pun senang,kerja pun mudah..betul tak??apa-apa pun, i lap u very much much!!nanti if ada gaji dan sudah menjadi orang berada,akan ku belikan satu set besor untuk incik pozi:)

got something from my younger brother,amar..baby doodolls..lovely and cute..perkataan yang ditulis lagi tak tahan dan tak boleh blah...rasa macam diri ini sangat comel dan cutey..nak tengok?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
.
.
.
.

comelkan??nak tau apa benda ini?name nya CUPIDO,for piscesian..it can make 2 people fall in love with a single beat of its red heart..comelkan?fluffy dan red heart tuh,i like!dat's why die jadi cupid:)mesti adik aku rasa aku nih macam baby kan?kau jgn perasan aimi,dah besor

dear amar,
walaupun kakyong kadang2 selalu gaduh dengan kau,kakyong selalu tumpang motor kau,kakyong selalu paw makanan kau,kak yong selalu paw duit kau jugak,kakyong selalu merengek2 kat kau,kakyong selalu ejek2 kau gemuk (padahal aku pon gemuk),kak yong rasa sakit hati dengar suara kau kat telefon sebab kau suka cakap tahpehape,kakyong rasa geram bila kau gelak macam setan kat kakyong,kak yong selalu lawan mulut dengan kau,kakyong selalu kata tak suka kau...

tapi...

kakyong tetap sayang kau!!thank you adek..birthday present kau nanti kakyong beli yer..ongkos tiada..hehehe

psstt:jawapannya=bola golf..hehhe...jadilah kan,nak beli set,memang botaklah aku jual rambut..sedang tunggu kasut nike,harap banker besor boleh belikan..:)

*banker besor=bapak saye,incik pozi tersayang:)


Friday, March 5, 2010

terluka sangat dalam

sebagai sahabat,kita selalu akan buat apa sahaja..
tapi kenapa selalu disalah ertikan?
kenapa mesti orang lain yang jadi mangsa?
adakah saya bersalah?
sangat terasa dan sakit hati serta rasa kenyataan yang tidak berasas itu sangat teruk dan seperti satu tuduhan dan fitnah..
apa yang sudah dilakukan?
kenapa buat baik selalu dibalas buruk?
kenapa buat baik selalu tidak dihargai?
walau apa terjadi,persahabatan tidak akan putus..
saya terlalu menghargai persahabatan sehingga saya rasa semua kawan2 saya adalah adik beradik saya sendiri
saya sangat sayang sahabat2 saya cuma saya minta jangan diperlakukan begini..
ia sakit..sebab saya terlalu menghargai nilai2 persahabatan..

luvly birder and birdies-1

hoho...i just came back from fieldwork yesterday..since malas nak bawak laptop and no internet there,jadi tak dapat update blog..tak ada pape sangat pun..bersengkang mata tengahari buta tahan panas terik dekat pulau carey yang panasnya tak taulah bape darjah kepanasannya.panas gila,rasa berkicap badan..sakit hati aku tengok helang tu,boleh rilek2 dalam sarang,jeling bodo je kat aku yang sebuk2 pegang binokular ngan kamera ngan lens gedabak tu nak tengok dia.dahlah panas..tape2,itu semua dugaan..hhehe..saja bikin panas hati,padahal dat's my passion.dan aku sangat suka.

dekat 3 tahun jugak dah bergelumang dengan burung2 ni.bagi orang yang tanya aku wat major apa sekarang,dengan senang hati nak beri tahu..ORNITHOLOGY..macam poyo nak cerita semua ni tapi suka hati lah kan..just wanna share some knowledge and experience with u guys..kalau tamau baca,tak apa..

here,i share few photos dari zaman buat bende2 ni..layan je..banyak je lagik,tapi tengoklah ni dulu..kalau nak lagi,mintak lah k..
this is the biggest bird yang pernah aku pegang dan tangkap..tersesat masuk jaring..this is oriental pied hornbill.aku pun dah selebet,tudung senget2 bergelut ngan hornbill ni..











nanti kita sambung lagi ok...mahu minum milo dan makan twiggies:)luv ya!!!!