Followers

Biasiswa

tabung simpanan masa depan

Monday, May 20, 2013

warning for distance

Distance,

No matter how far you are, you can't change the love in my heart.No matter how you envy us, the warmth in  our heart connect us each other. 

dear mr 320km away,
 I miss you.


Sunday, May 19, 2013

engkau pitam kat taman??

hi...again???hahaha.break jap from reading.ngantuk kot membaca petang-petang.well pagi tadi tiba-tiba ibu ajak pergi joging.disebabkan semalam dah tidur awal jadi bila bangun takdelah rasa macam nak tidur lagi.agak-agak rasa nak tidur lagi,syaitanlah tu.aku pun bergegas jugak tukar baju dan sempat berwhatsapp jap dengan 'kakak'di uk sementara tunggu ibu dan amir bersiap.jadi kitorang pun pergi ke titiwangsa since ibu kata kat taman layang-layang kepong tu bau busuk,tak tahan.aku takdelah nak berlari sangat sebab lutut pun tak recover lagi dari pergi larian kuala kangsar minggu lepas.jadi jog slow-slow sampai dekat dataran tengah-tengah tempat orang suka nak buat majlis kahwin,tempat orang main skate.tengah-tengah tu ada orang buat aerobik jadi pergi join.semangat sangat ni,since steps nya pun memang yang biasa aku buat untuk ajar cardio dance jadi memang naik hantu sikitla buat.berpeluh jangan kata,sampai basah baju tambah dengan panas lagi.jadi lepas dah habis beraerobik tu aku sambungla balik joging.tapi bila aku mula nampak ibu ngan amir kat bawah pokok,aku pun mula pecut ala-ala excited jumpa mak kan.sampai-sampai kat ibu lepas stop tu aku tanya ibu 'kenapa kita rasa macam mata kita kabur ya?'.ibu kata 'muka kamu dah pucat dah'. aku dah tau dah,kompem aku nak pitam ni.aku pun cepat-cepat bukak spek mata dan duduk tapi aku rasa bila duduk lagi aku nampak hitam je.ibu terus tarik scarf kepala.tapi dalam aku pitam tu,mulut aku tak berhenti bercakap sebab aku takut tiba-tiba aku terus tak sedar,jadi aku keep bercakap dengan ibu dan breathe slow-slow.dah mula rasa sejuk-sejuk tangan kaki.takleh jadi ni,aku cepat-cepat suruh ibu beli air dengan apa-apa yang manis.aku rasa ni mesti sebab perut aku kosong sebelum lari.lepas tu teroverexcited exercise.memang pitamlah resultnya.nasib baik dalam time ibu pergi ada kakak ke adik ke aku pun tak sure sebab masa dia bagi botol air tu aku nampak gelap je.sebab aku rasa duduk lagi aku rasa macam gelap semacam jadi aku terus baring atas tanah tu.lantakla apa pun,yang penting aku takut.aku cuba tak panik sebab aku ni memang easily get panic attack.especially bila tengok accident,dengar siren ambulan,terang jadi gelap.tah pe hape kan tapi itulah hakikatnya,ewah.dalam 30 minit lepas tu aku rasa macam ok sikit tapi memang kena baring lama sikit.jadi aku rasa if korang nak berexercise,sila pastikan alas perut sikit-sikit jangan kosong sangat.tapi jangan makan macam korang tak makan seminggu lak.berenang-renang makanan tu dalam perut,muntah pulak.

and maybe sikit tips lah if rasa macam nak pitam.aku takdelah pandai sangat tapi just nak share sikit apa yang aku buat.kalau salah tolong tunjukkan k.

- if mula rasa pening,gelap mata,berhenti exercise.cuba duduk dan baring.
- longgarkan baju,kasut,stokin apa yang adala.sometimes,for women,bra yang terlalu ketat juga boleh mempengaruhi.so,longgarkan semua.
- bernafas dengan perlahan, cuba jangan panik (nasihat untuk diri sendiri juga)
- rehat,tenangkan diri dan minta tolong dengan orang terdekat.buka mata,tengok sekeliling (dari awal aku pitam aku memang cuba tak tutup mata sebab aku risau aku terus tak sedar,aku memang penakut lebih)

it is best kalau pergi jog ada kawan bersama.orang kata pisang pun bagus sebab ada potassium.agak-agak ada pisang manalah tau tiba-tiba orang picnic bawak pisang,mintak sikit dan beri pada orang pitam.aku rasa memang perlu untuk belajar basic medical aid,at least ada knowledge sikit untuk quick action.

cukup dulu,banyak-banyak kang,salah informasi pulak,haha.bye

rindu ke tu?

happy weekend everyone.

macam biasa,banyak benda dalam kepala tapi tak mampu nak taip.dalam seminggu ni,memang terasa betul perkataan tu. r.i.n.d.u.gila beremosi lah kalau nak cerita pasal perkataan tu.macam kalau kita dengar kawan-kawan kita cakap 'aku rindula kat *****'atau masa ibu abah aku pergi haji dulu pun,bila aku nak sebut 'saya rindula kat mak ayah saya kak', dengan serta merta je air mata terus bergenang.nampak kan kat situ betapa powernya perkataan tu mempengaruhi emosi.

lately memang aku rindu kat seseorang ni.ewahhh,cover-cover je cakap kan.jadi disebabkan perkataan tu mempengaruhi emosi,jadi aku pun jadi cepat sentap dan hujan air mata.dulu ye ye je suka usik orang bila mandi tak basahla,makan tak kenyangla,tidur tak lenala.sekarang aku ada juga rasa sikit-sikit tapi kalau mandi tak basah tu cam melampau sikitlah.makan tak kenyang tu memangla,dah asyik mengketedarah je.setiap 2 jam asyik nak makan memang tak kenyangla.makan bukan nak roti canai je,nak kfc.tidur ada gak tak lena sebab kejap-kejap jaga tengok hp.kejap-kejap jaga tengok tab.

tapi aku perasan satu benda ni.bila kau rindu kat orang kan (mungkin ni aku punya teori je kot) kau akan rasa macam sedih semacam, kau memang akan makan 2 jam sekali tu tapi macam tawar je rasa, kejap kejap kau tengok hp takut orang tu mesej ke call ke kau tak sempat angkat.hari tu kan,aku makan ikan patin masak tempoyak.punyala sedap rasanya kan,nama pun tempoyak tapi bila aku makan rasa cam sup kosong.eh..lidah aku je ke.tapi tengok adik aku makan,sampai kuah pun habis.bila bawa kereta je,rasanya radio dah pasang kuat dah sampai volume 16 tapi kenapa rasa macam kosong je.tapi bila aku dapat detect radio tu,yang keluar asyik-asyik lagu sedih.eh kauuuu,memang nak hujan dalam kereta lah kan.pastu kalau kau simpan hp jauh-jauh pun kan,konon-konon dengan ego taknak tengok confirm lepas tu,slow-slow je tangan pergi amik semula hp letak kat depan mata.egolah sangat.

tapi lagi sentap bila kau dah rasa tak tahan nak sebut perkataan r.i.n.d.u tu, kau pun cakapla kat orang tu dan orang tu kata 'oh,ok'. *dalamhati'bolehtakkausebutperkataantubalikkataku?'

ok bye.hahaha.malulah saya.




Sunday, May 5, 2013

PRU 13

masih ada kesan dakwat di jari?

aku ada lagi kesan ni ha.memangla tak kekal.kalau kekal kang,semua pun komplen jari tak cantikla,ragu2 nak solatla.masalahnya,tak kekal pun nak komplen jugak.adoila.next pru siapa2 yang komplen pasal dakwat tu kerat jari je senang.memang kompem takde tipu tipu.pagi tadi,pada pukul 815pagi,aku dah mula beratur ngan ibu abah kat sekolah agama kat gombak ni ha.area mana rahsia hehe.memang sangat ramai orang dah aku beratur hampir 2 jam jugak.lama kan?tapi demi negara yang tercinta sanggup okeh walaupun baju dari kering sampai basah,dari lapar jadi makin lapar,dari sejuk jadi panas,dari tenang jadi meradang.eh,oops.tula siapa suruh kakak tu cut line.

well,ni first time mengundi.good experience.macam dah hari raya tengok suasana pilihanraya ni.seronok jugak tengok lampu banyak-banyak,tengok bendera banyak-banyak.tapi kadang-kadang annoying jugak ngan lagu-lagu mengundi dalam radio.hmm,sorry to say,ramai yang mengutuk sesama sendiri masa kempen pilihanraya ni.bukan kata calon je,yang bukan calon pun bercakap kalah calon tu sendiri.aku faham jugak semua ada pendirian masing-masing tapi takdelah sampai bergaduh buka pekung masing-masing.takkanlah sebab nak pilih parti sampai bergaduh adik beradik,keluarga,sedara mara dan kawan-kawan kan.negara kita negara demokrasi,siapa yang menang kita terima jela dan berdoa semoga yang menang tu akan memajukan lagi negara kita,tak kisahla parti mana pun.lagipun kita ni kan rakyat Malaysia,kena bersatu untuk negara.kalau hubungan sesama sendiri pun porak peranda,macam mana nak pertahankan negara.

malam ni akan dengar keputusan PRU 13.apa pun keputusan jangan gaduh-gaduh okeh.sayang sesama insan.gitewwww.dan berharap juga,lepas setel semua pilihanraya ni,bendera-bendera yang atas pagar,atas pokok,atas kabel letrik,di mana-mana pun tu setelkanlah jugak.sebelum pilihanraya bukan main sanggup gadai diri gadai masa letak bendera.dah habis kutipla semula kan.agak-agak taknak simpan hantar gi jahit selimut kereta.bagi bersih sikit,clear sikit mata dari tengok bendera merata-rata.cam temasya sukan pulak.

just my 2cents.

love Malaysia.

Tuesday, March 26, 2013

segan

hi peeps..

hai hai hai.segan rasanya nak menulis semula.dah lama sangat tak update.tapi bila fikir,seronok sebenarnya bila tulis momen-momen yang boleh diingati.mana tahu,satu hari nanti,boleh baca semula,teringat semula apa yang jadi dalam hidup ni.jadi hari ini, aku menulis blog ni semula.entri pertama dalam 2013.banyak benda jadi selama tak menulis blog ni,banyak benda patut share,tapi tak apa.kita teruskan sahaja.harapnya tahun 2013 ni akan jadi tahun yang lebih baik dengan sikap yang lebih baik,usaha yang lebih baik,kesihatan yang lebih baik dan kehidupan yang lebih baik.

aku baru nak mula menulis tesis semula.semula ya.setelah lama dah meninggalkan segala hal tentang burung tu.dah lupa segalanya.jadi bila nak menulis semula,rasa tak yakin,rasa bodoh,lupa.dan dalam tak sedar dah setahun jadi cikgu.macam-macam perasaan bila jadi cikgu.terlalu sibuk kehidupan.masa pula semakin hari semakin cepat.umur pun makin lama dah meningkat.setiap hari bangun tidur tak pernah tak ada rancangan untuk hari tu.penuh setiap hari.kadang-kadang rasa diri pun tak terurus.belum kahwin lagi.tak tahula sedia atau tidak untuk berkahwin.kalau kata nak tu memangla nak,tapi macam-macam halangannya.jadi biarla bersabar dulu.ada rezeki,ada jodoh,adalah.tesis pun tak siap-siap lagi,macam mana nak kahwin kan? :)

sekarang pun rasa macam gelandangan kadang-kadang.tak tahu nak menetap kat mana.kejap nak duduk rumah sewa sebab dekat dengan tempat kerja tapi macam tak berbaloi jugak.duduk di rumah dengan family pun susah juga,tak boleh lansung buat kerja.tv terbuka 24 jam,ada je kerja lain nak buat kat rumah ni.jadi rasanya baik kalau aku menyewa di kolej semula.semula ya.ulang semula apa yang aku buat dahulu.duduk di kolej,mulakan diet semula (dah gemuk balik,adoila),joging,menari dan swimming,dan buat tesis yang berhabuk dah.cuma bezanya sekarang aku bekerja.waktu akan jadi sangat padat dengan macam-macam kerja.harap semuanya akan berjalan lancar.betul2 kena buat apa yang telah aku rancang.harap ramai yang yang akan doakan aku cepat habis master ni.dan kahwin.eh.

dulu aku memang dah nekad nak jadi agronomist.sekarang dah hancur dah nekad tu.sejak dalam profesion guru,rasa macam nak jadi guru.tapi aku sendiri tak pasti betul ke jalan yang aku pilih ni.atau ada jalan yang lebih baik untuk aku.sebab dari kecil,aku memang tak suka nak jadi guru,aku pun tak tahu macam mana aku boleh pulak bertahan jadi guru ni.bidang yang aku belajar pun tak sama.sepatutnya aku jadi saintis burung tapi jadi cikgu pulak.patut kena buat istikharah banyak-banyak ni.masa depan bukan main-main.kena betul2 target.aku ni kadang-kadang target benda lain tapi nanti jadi benda lain.tu yang susah tu.doakan aku berjaya okeh.

nak sambung buat tesis semula.doakan kejayaan aku.bye.

Sunday, September 16, 2012

nineseptembertwothousandtwelve


SUPERMAN'S BIRTHDAY




syukur alhamdulillah, 27 already.wish you happy,good health and may Allah bless you always. may Allah show you the way, ease your burden and may you get what you want in your life. will always love you, insyaallah. always pray for us and family.

ADIDAS KING OF THE ROAD RUN 2012



thank God,berjaya juga menghabiskan larian walaupun dah semput di tengah-tengah jalan bahana makan banyak hari semalamnya.sakit perut berlari tapi tetap bersemangat lebih-lebih lagi bila nampak kamera tengah fokus kat kite.gambar masuk flickr adidas u olls :)


KENDURU KAHWIN SALIHAH DAN MASRIE



mana pulak pengantin ni.well,happy to see u both, sal and mamu.wish both of u have a happy life, happy family, be a good husband and wife:) and happy jugak jumpa semua coursemate.xoxo

Sunday, September 2, 2012

piece of raya 2012

hye ollz..

seriously,berhabuk blog ni.lamabetul tak bukak.yela,bukan macam dulu.dulu menganggur,banyak masa.tiap haripun fikir blog.sekarang ni,jangan haraplah.raya kali ni, sikit betul gambar yang diambil.sebabnya kamera dslr tu rosak.kalau tak memang beratus lah gambar.tak apalah,asalkan ada kan.jeles jugak tengok semua orang pun pakat letak gambar raya kat blog,kita pun nakjugak,hehe.

tahun ni raya tak happening sangatlah.tapi still,baju raya sampai 5 pasang.heheh,takboleh blah.ada sepasang tak pakai lagi tu.bolehlah pakai ke kenduri kawen kawan2 nanti.tahun ni pun first day raya kat rumah je pastu barulah ke kajang.second raya baru balik kampung.raya ketiga dah balik kl.see,camne nak happening kan.ni sebab adik2 semua ada exam.kononnya nak study.tapibila balik rumah,main game je.memang rasa nak membebel.tidur lewat,bangun lambat,petang baru nak bangun.study apa macam tu.hish..sabar jelah.nasib baik masa raya dah minta maaf ngan kakak ni.hehehe.

mehla tengok gambar apa yang ada ek.jamu mata sikit2.nak jamu makanan,biskut raya je yang ada kat rumah ni.

my dad and i.first time pakai ala-ala turban.biasalah mengada.

the beetles

just half of family belah ibu

again.my dad n i.

sekarang dengan ibu pulak

ok dulu buat masa sekarang.kena korek korek lagi gambar dari sepupu sepapat.

bye u ollz