Followers

Biasiswa

tabung simpanan masa depan

Thursday, June 7, 2012

padang yang tak nampak padang

hallu..

minggu ni bertalu pulak nak menulis blog.setelah sekian lama nak buat post ni,barulah tercapai.lama dah kot ni.bulan 3 aritu lagi.biasalah,cuti sekolah.jadi tak melepaskan peluang untuk mengepau abah yang ingin membelanja untuk ke padang.dah alang-alang orang nak belanja kan.besar tapak tangan, besar lagi tempayan nak ditadahkan.

kitorang pergi kalau tak silap dari 18 mac sampai 21 mac.kalau nak cerita memang panjang,jadi aku letak je gambar.yang paling sakit hati bila kamera tiba-tiba rosak lak.jadi ada beberapa gambar yang tak berapa nak clear tapi still boleh tengoklah.rugi betul.tapi secara keseluruhan, servis memang bagus.pemandu pelancong pun tak lokek dan sangat kelakar.paling rasa bersyukur adalah apabila pergi sana, tiada kejadian gempa bumi ke tsunami ke gunung berapi meletus ke yang jadi.sebab padang ni memang kawasan di mana gunung berapinya masih aktif.kalau nak kira, padang ni baru je sembuh dari kejadian tsunami dan gempa bumi.jadi, masa kitorang di sana, boleh tengoklah kesan runtuhan beberapa bangunan.papan tanda yang memberi amaran tsunami pun ada.kalaulah terjadi itu semua, aku pun tak tahu mana nak lari.balik je ke kl, terus aku mimpi tsunami.memang memberi kesan betul,minta dijauhilah. banyak tempat menarik nak pergi kat padang ni terutamanya kedai-kedai sulaman. tempat-tempat sejarah pun menarik dengan struktur bangunan yang lain dari yang lain.bagi muslim pulak, padang bukanlah tempat yang perlu risau tentang makanan sebab kat sini,memang halal makanannya.golongan majoriti penduduk di sana beragama islam tapi masih ada penduduk beragama lain juga.dan ekonomi kat sana memang bergantung pada pelancongan serta tanaman padi.the scenery memang terbaik.kalau duduk lama lagi kat sana,tengok hijau setiap hari,rasanya power cermin mata pun boleh turun.

rombongan yang pergi ni actually untuk main golf,tapi sebab semua orang bawa anak isteri masing-masing dah jadi ramai pulak.makcik aku pun boleh ikut.hari yang pertama sampai malam kedua kitorang tidur kat bukit tinggi dan hari last tidur kat padang.

entry ni memang banyak gambar.itupun ada beberapa tempat yang kitorang pergi tak dapat nak tangkap gambar sebab kamera ngok ngek tu.tapi,tak apalah,apa yang ada jelah.

ni pemandu pelancong. Anang namanya tapi bukan anang penyanyi tu.

ni restoran pertama kitorang singgah.sampai je terus bawa pergi minum,macam tahu-tahu je.


lepas pergi air terjun kitorang pergi ke rumah minangkabau ni.banyak juga pengetahuan yang aku dapat kat sini.diorang memang menjaga adat perpatih di mana anak perempuan akan didahulukan.satu rumah tu pulak ada banyak bilik khas untuk anak perempuan sampailah dia berkahwin.kalau nak cerita memang panjang lebar tapi sejarahnya memang menarik.struktur pembahagian ruang dalam rumah juga menarik.

ni sebenarnya kedai kedua kitorang pergi.kedam sulam pertama tak sempat nak tangkap gambar sebab aku pun tengah gila pilih kain sampai ibu ngan aku nak kena tinggal bas dah.tapi,memang rambang matalah tengok kain kat sini.boleh gila weh kalau tak bawak duit pergi kedai-kedai macam ni.

ni baru sikit ni.berlambak lagi kain yang lain.

ni rasanya hari kedua.kitorang di bawa pergi ke kedai buat kerepek.macam-macam ada kat sini.kreatif betul diorang sampai kulit lembu pun boleh buat kerepek.nak kat sini terkenal dengan labu,jadi memang boleh jumpa banyak produk labu macam kerepek,dodol,muffin labu.

ni dekat tasik gunung berapi.serius tak tipu,cantik sangat tempat ni.nak pergi ke sini,akan lalu banyak selekoh sampai bas tu dah bau minyak angin sebab semua pening.ada satu selekoh yang terkenal kat sini.selekoh nombor berapa aku lupa pulak.

tengok,gambar tak clear kan?ala-ala gambar artis kontroversi pulak nak blur2.tapi aku takde niat tau nak blurkan gambar tu.semua pasal kamera.

setiap jalan yang dilalui mesti ada sawah padi.memang cantik.malaysia pun ada kawasan padi ni cuma tak banyak lah kan.

kitorang berhenti kejap dekat tempat buat perak ni.tapi kebanyakan kami tak beli apa-apa dari sini sebab dalam kepala semua target kain sulam je.

aku paling suka restoran ni sebab makanannya semua sedap dan paling best,diorang masak sayur depan mata.kangkung je pun tapi presentation menarik,tu yang berselera makan tu.

kitorang kat lubang jepun.scary betul.aku ngan abah je turun.ibu,amir,cik non duduk kat atas je.tapi memang orang yang ada lemah jantung atau sakit pape tak digalakkan untuk masuk.aku walaupun pakai skirt,harung je.dalam lubang ni kalau korang jalan sorang haruslah tak jumpa jalan keluar.semua lorong macam sama je.actually,kalau nak ikut kisahnya, ramai orang mati dalam nak menyiapkan lubang ni.tau jelah jepun,kejam.

aku pun macam agoraphobia gak masuk dalam ni.sebab rasa macam tak boleh nak lepaskan diri pergi mana-mana.


ini tempat sulaman yang terkenal.konon-konon nak belilah kain kat sini tapi bila tengok harga,terus tak jadi.mahal tuh.kalau convert duit malaysia pun ratus.apatah lagi dalam rupiah,haruslah berjuta.

nilah hajah rosma tu.umur dah 80 lebih tapi kuat lagi.famous betul makcik ni sampai orang dari merata tempat pergi padang semata-mata nak belajar menyulam dengan dia.

banyak gambar sawah padi aku ambil sebab tak tahan tengok pemandangan cantik sangat.memang relax.

tempat ni memang best.kopi ada macam-macam jenis dan pisang salainya memang terbaik.paling best bila minum kopi dalam tempurung tu.style habis minum kopi.kalau kat rumah kita tu,tempurung tu buang-buang je.kopi pun bukan kopi biasa.kopi untuk kurus ada,kopi untuk diabetes ada,macam-macamlah.

ni binaan rumah kat sana.cute sangat ni.

ini istana minangkabau.cantik kan?kalau tengok kat negeri sembilan,banyak juga rumah yang lebih kurang bentuk macam ni sebab memang dari pengaruh minang.istana ni sebenarnya baru je dibina semula sebab yang lama dah terbakar.tapi,kitorang cuma tangkap gambar kat luar je, tak sempat nak masuk dalam belek-belek.

paling menarik rumah-rumah kat sini mesti ada kolam kat depan rumah.kolam ni memang multi purpose sebab diorang guna untuk ternak ikan dan dalam masa yang sama boleh basuh baju,basuh pinggan siap mandi lagi.ikan yang dalam kolam tu kalau tak cukup lauk,boleh ambil buat lauk.kolam ni juga jadi sumber air untuk penghuni rumah tu.tengok macam kolam air tak bergerak je tapi kolam ni ada tempat air masuk dan keluar.sebab tulah,air nya bersih dan boleh digunakan untuk macam-macam hal.

malam last tu before balik ke malaysia esok paginya,kitorang di bawa ke satu restoran ni.oklah makanannya cuma kalau dah tiap hari tiap masa sumbat nasi memang takleh nak berselera jugaklah.kebetulan ada orang main keyboard ni,abah memang pantang ada muzik,cepat je nak nyanyi.hambik,berapa lagu dia nyanyi pun aku tak ingat.quite banyak jugaklah.sampai orang nak balik nak tidur pun dia nak nyanyi lagi.gasaklah bah..nasib baik semua orang tunggu.

best!sayonara padang!!!!!!!!!!!!!!!!

ada banyak lagi tempat menarik.baik korang pergilah sendiri.and better kalau korang pergi under package.senang dan tak payah nak tengok peta nak jalan-jalan.makan pun senang tak payah nak cari.jangan lupa,bawa duit banyak!!!!!!!!

:)

Monday, June 4, 2012

bukan senang mahu jadi pasangan yang terbaik

'You come to love not by finding the perfect person,
but by learning to see an imperfect person perfectly'

i learn many things in this relationship and it's worth.feel very grateful.so,stop complaining,aimi and appreciate what you have in your life now.

lots of love,
aimi.

a step forward :)

hi all..

musim cuti ni kerja aku menghabiskan marking paper exam dan juga mengajar kelas menari serta menghabiskan masa di rumah dan di luar rumah.banyak pulak sambungannya.tak perlu bangun awal pagi dan pergi sekolah :)

baru-baru ni (3/6) hari bahagia untuk ex roomate aka coursemate aka davaxxmate aka fieldmate dan semua mate yang ada.and i feel very happy for her.first dengar dia nak tunang pun dah rase gembira sampai terharu..woo,macam tak percaya lak.singkat je masa rapat,terus tunang.tahun depan nak kahwin dah..alolo,very da sweet!!!!

gbr dikopi dari fb nisa kawan yan :)

tahniah anda!!!very happy for you!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

lots of love,
aimi :)

Tuesday, May 29, 2012

medan utama

hi..

sekarang ni bila dah lama tak menjengah blog,bila sekali bukak,mulala nak membebel.sekarang blog ni pun dah jadi macam medan luahan perasaan pulak.bukan semua orang boleh faham hati kita kan.jadi luah jelah kat tempat yang tak ada perasaan dan tak boleh cakap macam blog ni.sekurangnya terluah jugak.tak tahulah apa sebenarnya yang selalu buat rasa tense ni.mungkin terlalu penat,mungkin terlampau banyak tekanan.kadang-kadang bila balik rumah, dah malam.bila sampai,ibu abah dah tidur.nak cerita ngan abah,dia tak berapa faham sangat.dengan ibu jelah kalau nak bercerita apa-apa pun tapi sekarang ni susah lah sikit since ibu kerja,dia selalu tidur awal.nak cerita dengan adik beradik,macam tak relevan je nak bercerita dengan amir yang tak faham apa-apa tuh.jadi  bercerita dengan boyfren.wohoo..pengakuan betul ni.tapi..yela..kadang-kadang tak boleh nak expect lebihla..dia pun ada kerja,penat.nak dengar orang bebel haruslah tutup telinga.kadang-kadang terasa juga,tapi kena saling fahamlah.memang banyak belajar dari relationship ni.aku doakan yang terbaik.

tapi really appreciate hari dan masa sekarang.setiap masa pun sangat berharga.kadang-kadang nak urus diri pun tak sempat.setiap hari adalah cabaran.suka tapi kena tahan macam-macam lah.dan sangat bersyukur ada keluarga,ada orang lain dan kawan-kawan yang selalu support.thank you very much.u know how much i love u.

skang ni cuti sekolah.jadi memang penuhlah orang kahwin.sorry kalau tak dapat nak memenuhi undangan kahwin yang berlambak2 ni..hai,tanya diri sendiri,bila pulak nak kawen.nampaknya memang tak kahwinlah sampai habis belajar.bila tu jangan ditanya.:) nak jumpa kawan-kawan pun kadang-kadang selalu rushing.at least dapat spend time sikit pun dah cukup.harap tak lost contact.lecturer pun tak jumpa.takuuuuuuuuuuuuuuutttttt!

nantilah sambung lagi.bye peeps.

Wednesday, May 16, 2012

Tuesday, April 17, 2012

dia kata saya kuat bebel

hi peeps.

saja ambil mood sikit untuk menaip.penat.sangat penat.sekarang sejak kerja,baru tahu erti penat.penat sampai tak tertulis tesis.banyak benda yang perlu diselesaikan.pada awalnya,memang rasa susah.dengan banyak beban kerja.buat 3 dalam 1.tak tertanggung rasanya.tapi aku cuba fikir positif.bagi peluang pada diri untuk cuba sesuatu yang baru.yang memang dari dulu,memang tak suka.tapi selalunya benda yang kita tak suka tulah yang kita akan dapat.aku memang tak suka pekerjaan guru.bukan bermaksud aku tak suka guru.cuma aku rasa bidang mengajar ni bukan bidang aku.aku memang tak pandai nak mengajar orang.dari dulu dah cakap,aku takkan jadi cikgu.bila orang tanya lepas habis belajar nak jadi apa?jadi guru atau pensyarah memang tiada dalam senarai.tapi,tengok sekarang.itu jalan yang tuhan bagi.jadi,aku cuma fikir positif mungkin ini jalan yang tuhan nak tunjuk.mungkin ini juga satu pengalaman baru.mungkin ini juga yang akan buka peluang yang lebih baik pada masa depan.jadi,aku ambil pekerjaan ni sebagai cabaran.

susah!tiap hari bercerita benda yang sama pada keluarga,kawan-kawan dan juga orang tersayang.cerita yang sama setiap hari.tapi,harap mereka pun bersabarlah kena tadah telinga dengar semua cerita-cerita,bebelan pasal budak-budak yang aku kena ajar.air mata tak perlu nak cakap.sambil cerita kadang-kadang sampai nangis.tak tahu sampai bila boleh tahan.tapi rasa semakin baik dari hari ke hari.budak-budak memang normal kalau buat bising.tapi memang tak tahan kalau cakap banyak kali,tapi still lagi tak berubah.sampai tak ada suara nak jerit.sampai rasa taknak cakap,nak tulis,dan bagi latihan je.nakal dan bising sangat.aku memang tak ada experience nak handle budak-budak macam ni.jadi terpaksa juga cuba.tanya orang tu,tanya orang ni.sekarang,rasanya lagi selesa untuk buat ikut cara sendiri.cuba ikut rentak diorang tapi tak boleh juga nak turutkan je.sampai satu tahap,memang kena makan panadol untuk kurangkan sakit kepala.terpaksa.itu last way aku buat.the other way,mengadu jelah.tebal agaknya telinga abe loy nak dengar semua.tu yang malas angkat kol tuh.haha.

aku cuba sikit demi sikit.hari ni macam makin baik.at least,diorang nak juga tolong aku buat class decoration,nak juga cakap baik-baik dengan aku.aku pun rasa macam sikit lega.tapi macam biasalah.hari ni mungkin ok,tak tau pula esok.tapi aku doa semakin hari semakin baiklah.insyaallah.

hidup semakin busy sekarang.aku harap aku kuat untuk teruskan menulis tesis.betul-betul perlu sokongan,paksaan untuk buat tu.nak juga life yang better.nak ada aset sendiri,nak ada kerja yang stabil dan happy,nak juga kawen,hidup bekeluarga.tuhan,bantu aku.lancarkan segalanya dan beri aku kekuatan untuk hadapi segala dugaan.praying hard for my life,my family,my relationship and him.

terima kasih sebab dengar bebelan ini:)

Thursday, March 22, 2012

terjah

tengok,susah betul nak update blog.sekarang lagi susah nampaknya nak update since i got a new job.kalau lecturer tau ni,matiklah.i just came back from Padang, Indonesia last week. konon-konon membawa diri gitu.bila sampai Indon,sebuk nak cakap macam Indon jugak.last-last bunyi macam apa je.well,banyak story dan ilmu sejarah yang dapat ditambah masa bercuti ke sana.next update pulaklah cerita.ni just nak amik masa sikit je.

k bye.eh?