Followers

Biasiswa

tabung simpanan masa depan

Sunday, October 27, 2013

Hilang benda yang sebenarnya depan mata

Salam malam..

Saja merajinkan diri untuk menulis dan paling penting post!sebabnya dah banyak draft yang tak dipostkan sebab semuanya sekerat jalan dan malas sambung.tulah,penyakit manusia.nak menulis juga sebab rasa macam kuasa Tuhan memang tunjukkan aku perkara sebenar.

Dalam bulan September,macam-macam benda tak best jadi.atau benda tak seronok la.yang boleh buat aku rasa sedih,pendam,marah,murung.tak seronok kan macam tu?dalam satu bulan tu rasa macam bertimpa-timpa.di awal bulan September tu kan birthday Mr 320km tu,boleh pulak gaduh yang tak pernah-pernah rasa gaduh macam tu.ada je yang benda boleh buat gaduh.tu dah buat aku sedih dah,murung pikir apa hal dan macam-macam fikir.lepas tu,berhenti kerja pulak.konon-kononnya nak sambung habiskan tesis.kalau kerja,tak dapat tumpu sebab penat dan banyak kerja lain.dan aku dengan beraninya berhenti kerja.dah berhenti kerja,dengan tak semena-menanya,external hard disc pulak hilang!!!!!!!!!!!!!!!!!hilang!rasa macam dah geledah satu bilik cari sebab sebelum tu rasa macam nampak je external hard disc tu tunjuk muka main acah-acah.bila nak guna,time tula pulak dia hilangkan diri.ingat ni main hide and clap ke.meraung toksah ceritala.external hard disc tu macam tentukan hidup masa depan kot.data semua dalam tu.tesis semua dalam tu.tak ke rasa macam nak gila hilang benda alah tu?sampai satu tahap aku memang rasa macam nak pergi jumpa bomoh je tolong carikan.syirik kot tapi sebab nak juga external tu aku boleh fikir macam tu.tapi syukurla tak buat,tuhan nak uji sebenarnya.aku pulak memang tak buat back up.terima kasih aimi,u're so smart sebab asyik fikir yang hard disc tu akan sentiasa di sisi kau,sekali hilang mula tak tentu arah.bulan sembilan juga banyak kali aku sakit.macam-macam.demamla,tonsil bengkakla.memang Tuhan bagi ujian betul.banyak aku nangis bulan lepas,patut tadah kot.

Paling aku kesal adalah kehilangan external hard disc tu.sebab memang aku nampak je depan mata tapi bila aku nak guna,hilang.masa tu memang rasa down,rasa macam nak berhenti je buat tesis ni dan cari kerja lain.seriously,camne nak buat tesis kalau semua data tak ada?dan kau nak tulis apa?tapi sebab semua orang di sekeliling pun semua bagi support,aku pun dengan rasa tak rela,register juga untuk sem ni tapi bayar lambat sebab masih tak tahu dengan keputusan diri sendiri.dah tawar hati sebenarnya nak habiskan tesis ni sebab dah lama tinggal dan hilang pulak external hard disc.see,hilang external hard disc bagi impak yang besar pada hidup aku.dan sebenarnya syukur jugak,dalam masa ni juga,jumpa orang-orang yang baik yang sentiasa bagi support.bagi nasihatuntuk fikir balik apa yang aku lakukan.dan masa susah hanya akan ada Tuhan yang sentiasa akan tolong kau.dan aku memang rasa sekarang,Allah tu Agung,Maha Mengetahui,Maha Adil,Maha Penyayang.Masa susah baru ingat dan minta tolong Tuhan.tapi walau camne pun memang Tuhan akan tolong kita dan aku memang syukur,sangat-sangat syukur aku jumpa balik external hard disc tu.antara cepat dan lambat je.jadi,jangan tanya kenapa banyak dugaan untuk kau.sebab aku buat tu.aku asyik tanya kenapa aku dapat semua dugaan ni.tapi Tuhan memang nak uji hambanya,sebenarnya Tuhan nak uji aku.patut aku rasa bersyukur dapat semua dugaan ni.

Nak jadikan cerita,lecturer aku asyik tanya pasal aku.sebab dalam waktu dan keadaan macam ni,aku lebih selesa di bilik,buat kerja semua di bilik di kolej.sebab rasa bersalah dan rasa macam down kalau jumpa dengan lecturer.dahla kena redo.dahla hilang data.tapi nak jadi jugak.terserempak masa lunch (25/10/13).bila cerita-cerita dengan lecturer dan kawan,semua pun macam support dan doakan aku.balik ke kolej,roomate aku si ika pun cakap cuba cari semula.kitorang cari semula walaupun aku dah geledah semua tempat yang kitorang cari tu.tup tup ada je rupanya.dah nak masuk sebulan lebih hilang external hard disc tu.ada sebenarnya!dalam file menjahit aku.see?apa kau buat dalam fail tu external????Ya Allah,syukur sangat!!!

so,lepas ni nampaknya aku kena buat back up dan habiskan tesis ni cepat.moga Tuhan permudahkan urusan aku.dan doalah untuk kejayaan aku supaya mana tahu kalau aku habiskan tesis ni dengan jayanya,aku boleh sambung phd pulak dan lepas tu boleh berbakti pada negara.boleh tolong korang semua kan?amin.

ini ada satu cara atau usaha yang seorang brader tu beritahu aku masa aku tiba-tiba terbaik mengadu kat dia sebab mungkin muka aku nampak bermasalah sangat sampai semua orang pun tanya.jadi,terus dia cakap tentang ayat mubin.dalam surah Yassin,bila kita baca sebenarnya kita akan jumpa tujuh perkataan 'mubin'.dan terus dia beritahu cara-cara nak baca.aku cuma usahakan sahaja.di samping tu buatla solat taubat,solat hajat.biasalah kita ni manusia memang tak terlepas dari buat silap dan dosa.dan minta doa pada Tuhan bukan pada bomoh.ingatan untuk diri sendiri tu aimi.berbalik pada ayat 'mubin'tu.baca dari awal surah Yassin sampai jumpa perkataan 'mubin'yang pertama.kemudian baca doa minta apa yang kita nak cari.kemudian baca ulang semula dari awal surah hingga jumpa perkataan 'mubin'yang kedua.baca doa lagi.setiap kali selepas jumpa perkataan 'mubin'tu,selang tu baca doa,dan ulang semula dari awal surah.bukan sambung je dari mana kita berhenti selepas perkataan 'mubin'tu.buat sampai perkataan 'mubin'yang ketujuh dan habiskan bacaan.sebelum tu carilah dan tandala mana perkataan 'mubin'dalam surah Yassin.memang ada tujuh perkataan.sambil tu yakinlah dan sentiasa berdoa pada Tuhan.ada juga doa untuk cari barang hilang.masa nak mencari barang hilang tu baca doa ni.

(sumber dari Google dari blog lain)

kita usaha jela.yang lain tu semua kuasa Tuhan.Tuhan memang akan tolong cuma kita tak tahu sama ada cepat atau lambat.terus je doa dan minta tolong pada Tuhan.dan satu lagi,sila cari barang masa tenang.keep calm dan cari.sebab tu dinasihatkan kena tenang masa cari apa-apa.baca doa untuk tenang juga.

sekian.syukur Alhamdulillah

2 comments:

i'm shin... i'm inesen said...

semoga di permudahkan #ameen

Eyemeria said...

terima kasih.hihi. #ameen