Followers

Biasiswa

tabung simpanan masa depan

Thursday, September 30, 2010

makanan pembangkit selera

this entry will not showing any food pics because i'm not gonna write about the list of makanan pembangkit selera yang orang lain suka macam sambal belacan ke, budu ke,masak lemak ke..watever. coz seriously i'm not in the mood to eat.apekehal pon tak tau.mungkin angin banyak sangat kot dalam perut sampai menolak-nolak ke atas.bila nak makan,rasa macam tak lalu.lalu tengok air kotak milo je.dulu pernah tiba-tiba hilang selera makan seminggu (putus cinta kot,tak boleh blah) but during the period, i'm staying at sarawak coz my father worked there.so,sos black pepper was very very easy to get.mesti orang akan tanya apahal dengan sos black pepper?nak buat babiQ ke?oh no no no...itu dia makanan pembangkit selera aku.makan nasi berlaukkan sos black pepper pon ok untuk alas perut sebab tengok benda lain macam tak sedap je kan.

selera belum bangkit lagi nih..jadi esok,if tak bangkit lagi selera aku harus carik ini sos..hey,if ade patin masak tempoyak depan mata,maybe work on jugak..erk..selera,sila terbuka yer..

Wednesday, September 29, 2010

sunset in carey island:)

minggu lepas,sempat capture gambar sunset di pulau carey..well..takdelah pergi tepi pantai,tapi di biodiversity park tu pon leh nampak...cun..tapi masa moment tengok sunrise kat bali tu lagi cun lah..hehe




SUKA TAK??????????

Tuesday, September 28, 2010

menyampahlah!

menyampah!

menyampah!

menyampah!

menyampah kat kau.ada aku kisah?

tak suka kau.

Monday, September 27, 2010

new interest

oh,sekarang sudah ada benda baru untuk disuka.eceh..padahal orang lain dah bertahun berzaman dah update,aku juga yang selalu ketinggalan tak hengat punya.pastu orang lain dah ada benda baru,aku baru terkial-kial nak benda yang sama.secara jujur,aku memang outdated.sebab tu aku suka style lama-lama,vintage punya.kalau pakai mesin ke apa ke,mesti aku nak pakai juga cara lama.sama jugak kalau masak,kalau blender tuh dah ada,aku tetap rasa macam leceh gila pakai blender.baik aku tumbuk dengan lesung batu je.sangat tradisional kan?kalau orang lain suka beg gucci,prada,entah apa-apa jenama lagi yang aku tak boleh nak ingat,aku lebih suka beg-beg kayu,rotan,mengkuang.tengok,sangat old fashion.kalau orang lain suka baju jenama topshop la,zara la,elle,dan apalah lagi,aku selesa dengan baju yang takde jenama tapi cantik dan murah jadi aku boleh beli banyak-banyak.sangatlah kekampungan.ada aku kesah?korang kesah ke?

mukadimah tuh panjang lah pulak.aku kalau dah start bercerita susah gak nak berenti.sebenarnya sekarang ligat mengumpul selendang cotton kaler-kaler terang.hambek,sekarang memang suka pakai kaler terang-terang.sebab ada mood tersendiri bila pakai kaler-kaler camni.dari takde mood boleh jadi ceria sangat sampai semua orang kat fakulti kau nak tegur.makanya,kerja pun tak siap sebab ada kerja lain iaitu menegur semua orang dan berhenti untuk berborak.jadi,hambek...berhempas pulas lah kan.eh,kau update blog ni ada masa pulak lah kan... sekarang suka oren pulak dah....adehlah.

oklah,tengah fikir nak pakai baju apa pulak gi fak nih...entri takde gambar sangat bosan.jadi,sila tengok muka vain ini..



psstt:apa kono gambar nih dengan entri pun tatau..layan je.nak tunjuk antara kaler yang diminati sekarang je..ahaks.oren pula selepas ini!

Friday, September 24, 2010

mood comel

untuk mendapatkan mood yang rasa diri sangat comel dan ingin senyum dengan semua orang, sila pakai baju kaler pink terang + hitam. tudung atau selendang juga berwarna seperti itu juga.dan boleh pakai dengan skinny jean,skirt atau seluar besar.pastu dengar lagu ni.



then,bila lecturer-lecturer juga tegur anda look pinky,terus senyum comel2 ok.dan bila kawan tegur comel jugak,sila senyum comel lagi.

ok,sekarang memang rasa comel kan?

Wednesday, September 22, 2010

that's the fact!

i love summer rather than winter
i prefer fan compare to aircond
i prefer to work in estate than stay in office
i love wooden handbag rather than leather handbag
i like ice cream more than chocolate
i look great in blue (maybe) eventhough i think purple is suitable on me
i obsessed with birds (shirts,picture,accessories,wall sticker,anything with birds on it!) rather than cats
i like to study animal rather than human
i prefer to be a model rather than being photographer
i prefer to iron clothes than fold it

=)..there's more..enough with 10 facts first=)

Tuesday, September 21, 2010

beraya bersama kanak-kanak istimewa

korang pernah beraya bersama-sama kanak-kanak istimewa??i mean,kanak-kanak istimewa tuh bukanya jenis yang genius gila tak hengat macam adi putra,safiah ke..tapi kanak-kanak yang lain daripada yang lain sebab tuhan dah kurniakan mereka sebegitu..kita orang yang normal nih kena menerima mereka macam tuh.ada yang disebabkan dari lahir,ada yang disebabkan masa kecil..ada yang disebabkan demam panas,ada yang disebabkan down syndrome,ada yang disebabkan autisme,ada yang kurang upaya..macam-macam sebab.tapi diorang lah yang tuhan memang janjikan syurga.yang kita orang normal nih memang banyak dosa,kena hitung banyak kali sebelum nak masuk syurga.diorang nih lain..takde hitung-hitung,terus je.itulah keistimewaan diorang kot.

mesti pelik apehal tiba-tiba nak beraya dengan kanak-kanak istimewa kan??bajek artis je,masuk tv sebab gi beraya rumah kanak-kanak istimewa,nangis-nangis..mungkin korang tengok macam fake je nak nangis-nangis tuh kan.tapi once korang dah berada kat situ,korang rasalah.memang kelakar,rasa nak gelak,tapi bila korang tengok muka-muka diorang,terus sayu..sebak woo..actuallu,adik aku adalah salah seorang kanak-kanak istimewa tuh.ingat senang nak jaga dia??ibu aku je yang tabah yang boleh jaga dia.perlu tahap kesabaran yang tinggi tau tak.aku pun jenis cepat je rasa nak marah kat adik aku nih.tapi tengok ibu jaga macam mana,cool je..serius memang kalah..pernah aku rasa macam tak suka gila kat adik,tapi bila dah reda marah,tengok muka dia,terus sebak,sedih sebab dia istimewa.terus sayang balik.tapi kalau buat perangai depan orang ramai,memang nak marah gakkan...

tape..tengok lu gambar kanak-kanak istimewa ni...dengan keadaan masa jamuan raya tuh..sebab kitorang satu family jadi sukarelawan untuk program tuh:)

adik bawah aku jadi dj sukarela,poyo je,putar lagu tah pe hape..tak boleh terima
cis..mata tutup pulak..yang baju kuning itu adik bongsu..yang baju ungu tu adik aku yang istimewa

YB tengah berucap..bestlah YB nih..eh,bekas YB..siap tolong buat kerja tuh,memang tak sombong
jamuan ni memang involve pelbagai bangsa.memang satu malaysia.cina dan india pun ada yang jadi sukarela jugak.sangat bangga jadi rakyat malaysia.

ramai kan yang datang???kalau sesiapa yang tau pdk (pemulihan dalam komuniti) ni,aku dah ajak dah..ehhehe

yang baju hijau ni namanya along.dia memang suka orang belai-belai kepala dia.nanti dia akan ambil tangan sape-sape dan letak atas kepala dia.
ini tak tau apa namanya..duduk je,lansung tak bercakap atau buat apa.duduk tegak macam ni je.

nampak tak ni??susahkan nak jaga??ini faid.dia pantang dengar lagu,terus bangun nak menari.masalahnya,nak menari sambil nak lompat pagar..habis semua orang tahan,tarik dia tak bagi lompat pagar..adoila

ini aiman..pantang dipuji,asyik nak gelak je.masa ni,ibu aku puji dia,terus mengekek dia gelak.

aku jumpa something!!ini kolaj adik aku buat..hoho,bangga pulak elok je dia buat love paling merah dari orang lain
ini pun tak tau nama..senyap je dia
gelagat dua kanak-kanak istimewa saling salam tangan selamat hari raya

adik nih main kereta je..

ternganga dia masa nak ambik gambar.terkejut kot aku tibe-tibe je muncul ambil gambar dia

tengok,kan dah cakap dia suka orang pegang kepala.tiba-tiba dia datang kat aku,ambik tangan letak atas kepala.patutlah adik aku pun suka orang pegang kepala dia.macam belai kepala,gosok-gosok.

ayah dan adik aku melakukan kerja..rajin lak diorang nih.kalau kat rumah takde pulak.konfius..hahhaha

ibu di tengah-tengah..banyak gila ibu makan tapai..rilek je

cikgu-cikgu selepas jamuan habis..apa benda lah yang dicerita tuh

semua berjalan lancar.tak ada kanak-kanak yang buat hal hari tuh.semua dapat duit raya dan barang-barang macam-macam..hoho,aku lah yang menghabiskan air kotak milo yang adik aku dapat sebab adik aku tak suka susu.yeay!banyak gilos duit raya dia..jeles,jeles..masa YB berucap cakap kanak-kanak nilah yang akan menjadi penghuni syurga,terus adik-adik aku ngan abah pegang amir,sambil ckp nanti bawak diorang masuk syurga sekalik.jangan bawak kakyong (akulah tu) sebab kakyong suka marah-marah..ciss..siot je.diorang take advantage tak boleh blah.padahal amir paling suka aku sebab dia selalu cakap 'ayong awa..hmm...awanyeee'..paham tak?meh aku translate.dia cakap,'kakyong lawa..hmm..lawanyeeee'..hahhaha..ada dia cakap kat yang lain hensem??tade kan?hahahhaha..
walau macam manapun,aku tetap sayang amir walaupun dia suka mengamuk tiba-tiba,suka buat hal yang buat malu sebab nak tarik perhatian.tapi nak buat macam mana.kena terima lah kan.

sayangilah dan kasihanilah mereka.sumbangkan bantuan atau hulurkan sumbangan pada mereka kalau kita ada rezeki lebih:)







Monday, September 20, 2010

watdehek

eh,apa pasal blog aku kena malware disebabkan blog lain nih?????ada sape tahu solution macam mana nak solvekan masalah ni??menyampah betul.

MELARAM di hari raya

salam hari raya semua!!!

ecewah,sakan gilos beraya yer..tahun nih balik kampung di sungai petani.actually,dah bukan nama kampung dah.mana taknya,rumah opah tiri belah abah tengah bandar..elok je tepi stesen minyak mobil tuh.jadi,kalau nak nyanyi lagu balik kampung tak boleh dahlah..kena nyanyi lagu balik bandar.erk..weird gilos bunyi lagu.tahun nih,ingatkan tak ada baju raya.aku cuma beli satu jubah je.itupun dah pikir jubah tu nak pakai masa second raya sebab first raya adalah bertema ungu+pink.jadinya,sebelum balik sg petani,melilau lah jugak mencarik baju.lagi tak boleh blah,nak baju kurung murah-murah je.kononnya nak jimat kan.then terjumpa lah baju kurung murah,terus rembat dua.watdehek pulak.harga sama je cuma dapat dua baju.kan best macam tuh.nak cerita-cerita pasal raya ni,nantila di entri lain..ahaks,sebab kalau tengok kat tajuk tu,tak nampak ke aku dah highlightkan perkataan 'MELARAM' tuh??jadi,pandai-pandai nak tengok kamus atau tanya orang apakah maksudnya kalau tak tahu.

tak sah lah kalau tak ada gambar kan???bukan selalu nak syok sendirik kan..layan je..tak tahan tengok,pandai-pandai click pangkah kat atas tu.:)

ini masa first raya..pink+blue..kocoh-kocoh cari tudung sebab baru tau ibu hantar jahit baju ni.

hey hey second raya vintage sikit..

elok-elok vintage,terus berubah alim pulak kan?alhamdulillah..ahaks..mengada gila nak pakai jubah dengan alasan nak mengorat imam muda yang mana tak kawen lagi.tinggi gila cita-cita.

dari berjubah bagai bajek alim-alim kuching,terus bergaya mak minah..ini memang tak boleh blah..elok-elok imam muda dah terpikat,terus cancel ok

paling suka ini baju!dot dot rase macam pipi pon same bulat seperti itu dot dot..

dah penat pakai kain,pakai seluar lah pulak..depan masjid nih..boleh bergaya sakan macam ni..padahal depan kawasan kubur nih sebab pergi ziarah kubur opah..aduhlah..bukan aku je,adik-adik ngan ayah aku pon sakan duk bergambar kat sini..

bila ada open house la,orang ajak datang rayalah,mula lah pikir nak pakai baju apa lagi..ish-ish,padahal dah berlambak baju tuh..inilah perempuan..tapi,aku bukan beli baju sangat pun,jadi godek-godek balik kotak-kotak lama,jumpa baju-baju lama tuh pakai,mix and match dengan tudung..oh,tak habis lagi dengan semangat memikat imam muda..nak raya pon gaya kena lebih,takut-takut ada imam muda di situ,harus gaya lebih..ahahhahahha..
ahaks..

ok,cukup-cukup....report tak buat lagi nih..melaram je lebih..ish ish ish apa nak jadi ha??????????????????








Saturday, September 18, 2010

mencik betul

mencik,mencik,mencik!

macham budus je...nak kata tak bayar,bayar dah terlebih2 tapi service makin teruk lak.time aku lambat bayor,laju la pulak internet nih kan..ko jangan macam-macam ye berukband.ade aku sula karang..ko jangan sampai aku yang jdi kingkong incredible hulk mengamuk..hoho,simpang..cool,cool.

Thursday, September 16, 2010

contest hari raya????

hey hey you you..
menyibuk gilak nak masuk contest raya-raya nih..terjumpa contest nih dekat blog adik myravea.mengada pulak nak join jugak sebab raya kali nih asyik melaram je kejenya.jadi,sesajalah nak join jugak contest nih..macam best je kan...jadi,pada sesiapa yang banyak gambar-gambar menarik raya tuh,jomlah join..support cik norizan:)

senang je nak join contest nih..asalkan korang blogger perempuan.pastu kalau nak tau update pasal contest nih,baik korang follow je kan.maksimum gambar pun dua.apa lagi,memang akan letak dua gambar la kan..hikhik..oh,due date contest nih 101010 ok..tak paham eh..10 oktober 2010:)oh,korang kena letak jugak gambar di atas ni di sidebar blog masing-masing. (alahai,comel je banner tuh)

so,ai nak letak gambar nih lah..nampak mengada sikit,tapi tapelah..kata melaram kan?ahaks..

gambar semasa first raya..ceria kena lebih,baru raya....

ini baju raya keenam...hoho,dah puas pakai baju kurung dan jubah,pekena seluar pulak.sila klik untuk tumbesaran kanak-kanak gambar.

saja suka-suka masuk contest ini di samping menambah rakan blogger:)jadi secara tak lansung,ramai jugak yang akan singgah dan lawat blog cik ezan jugak:) jadi,kepada rakan-rakan yang lain,jomlah singgah di blog cik NORIZAN sambil join contest!





Monday, September 13, 2010

sekilas pandang....

dah beberapa hari beraya nih,makan makan makan dan makan lagi..memang pantang tengok makanan..dan tuan punya belog ini juga seronok menukar-nukar baju raya setiap kali mahu pergi beraya..jadi,belog ini akan diupdate dengan gambar-gambar syok sendiri dan syok ramai-ramai tak lama lagi.sekarang asyik nak makan sampai rasa malas nak update dulu sebab ada baju raya yang masih ada nak dipakai (ada kaitankah???mestilah....hehe)..sekilas mengupdate jap.nantikan jeng jeng jeng...ahaks

will be updated soon!!!!!!!!!!:)

selamat hari raya!!

Friday, September 10, 2010

HARI RAYA SEMUA ORANG GEMBIRA

rasa sekejap je puasa..dah raya pun...jadi di kesempatan ini,saya aimi hafsah binti ahmad fauzi aka eyemeria aka cik birder ingin memberi sepatah dua kata kepada anda semua.saya ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua.maaf sekiranya ada terkasar bahasa dalam penulisan blog ini,tersilap tulis,terumpat dan terkutuk sesiapa sahaja,terkeji sebentar..senang cerita,maafkan sahajalah kalau ada apa-apa silap pun..senang macam tu kan??kata hari raya,maka kita harus saling memaafkan.saya juga ingin mendedikasikan lagu-lagu raya kepada semua.nak mudah,dari dengar suara saya yang boleh bikin semua pengsan sebab 'sedap' sangat,dengar sahaja lagu-lagu raya di radio.semua lagu raya tuh saya dah dedicate kan kepada anda.saya juga ingin memberi pesanan penaja macam dalam iklan-iklan tuh,berhati-hati di jalan raya..jangan langgar lembu dan lampu merah.berkunjunglah ke rumah sanak saudara,sahabat handai,musuh,dan jiran tetangga untuk merapatkan lagi ukhwah antara sesama insan.di hari raya ini,bergembiralah tetapi jangan lupakan orang yang susah ya..

wah..macam-macam nak buat ucapan..macam perdana menteri berucap untuk rakyat pulak..oklah,i'm having mood raya right now..baju semua dah iron.mahu pakai masker pulak supaya kelihatan comel berseri pagi raya nanti.maka,

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Monday, September 6, 2010

sepintas lalu

lagi beberapa hari je nak raya...semua kawan-kawan pun cakap tak rasa macam nak raya sangat.mungkin kerana umur masing-masing pun dah meningkat,jadi tak adalah perasaan nak raya tuh membuak-buak macam masa kecik-kecik dulu.sebab utama nak raya nak kumpul duit raya kat semua rumah orang sampai ada rumah yang pergi sampai dua tiga kali.hambek,tamak sangat.paling tak boleh lupa adalah masa pergi satu rumah ni,aku jalan-jalan raya masa tu dengan sepupu-sepupu.kami berenam.dah siap makan minum sampai kembung perut,kitorang pun pandang-pandanglah makcik pakcik tuh bajek tanda nak balikla..*tak paham-paham lagi ke pakcik???duit raya mana?*pakcik makcik tuh buat bodo je,senyum-senyum je.kitorang pun pergilah dekat sikit ngan pintu bajek nak pakai kasutlah sebab nak beredar dah.dah siap pakai kasut still duduk ramai-ramai lagi depan pintu sambil buat muka kesian dan mengharap..sekali pakcik tuh datang.hati dah debar-debar,terus senyum.sekalik hambek.dia bagi seringgit syiling tuh dan cakap 'nih kongsi enam orang ye'cett,taik hidung masin..ontheway balik umah opah,mulut tak habis-habis cakap pakcik tuh kedekut,harap je rumah besor dan berikrar ramai-ramai kononnya tahun depan tamo pergi rumah pakcik tu dah.

raya lepas-lepas asyik beraya di perantauan tapi tahun ni nampaknya di semenanjung sebab dah pindah sini..manyak syiok..sebab ada sedara mara semua.kalau dulu,harus naik flight nak sampai rumah.pastu beraya sekejap,petang semua tidor.bila budak-budak datang waktu petang,terus tutup tingkap sebab tau yang datang mesti budak yang sama nak mintak duit raya.

tahun nih macam suram je raya.lagu-lagu raya yang baru pun tak rasa lansung macam nak raya.pelik-pelik lagu raya sekarang,tak gembira lansung nak dengar.pergi bazar ramadhan pun macam kurang meriah je.baju raya pun macam nak taknak je beli.(cakap je nak taknak tapi tengok2 dah ada dua pasang).tahun nih masih menjadi pelajar.sori adik-adik dan sepupu-sepupu,tiada duit raya lagi yang akan diberikan sebab aku yang nak mintak duit raya dari ayah-ayah dan mak-mak korang.lagi besar,lagi banyak dapat kan??kan?kan????

psstt::keinginan terbaru:nak borong selendang cotton dan lycra banyak-banyak.

Saturday, September 4, 2010

surat raya untuk maman

ke hadapan maman,

awak sihat ke?saya di sini sihat.lama tak jumpa awak kan?dulu masa saya jumpa awak first time,awak suka cover muka awak dengan rambut awak yang panjang.awak juga sangat senyap dan bila saya buat-buat ramah mahu tanya-tanya,awak jawab sepatah sepatah sahaja.mesti awak malu sebab awak sorang je laki dan saya sangat comel banyak-banyak tanya pada awak kan?(sampai sini perasan).dulukan saya ingat awak adalah boyfren kawan saya.sebab kamu berdua sangat sweet gitu.oh,rupanya tidak.ingat tak masa makan first time,awak cakap awak nak makan sayur je.terus saya rasa macam saya sedang dipermainkan.sebab lepas itu saya tengok awak makan je daging.awak tipoo saya.hukhukhuk....

lepas tuh,terus saya tak jumpa awak dah..tapi lepas itu,awak ajak keluar sekali.ohohoh..setelah sekian lama tidak berjumpa awak,berjumpa jugak di klcc.oh,rambut awak sudah pendek sedikit dan saya sudah boleh tengok muka awak dengan jelas.ok,sekarang awak tak tipoo dah sebab awak makan ayam penyet dengan suka ria sekali tanpa menyebut sayur sahaja.ingat tak citer toy story tuh?kelakar kan..oh,lepas ini sila belanja lagi ye.tiba-tiba nak jadi jahat jadi pengepau.(boleh kan,kan kan...............).jika mahu jalan-jalan lagi lepas ini,saya mahu pakai kasut!sebab best tuh boleh jalan kaki menyusuri lorong-lorong.saya suka jalan.lain kali dan selepas ini kalau keluar berjalan lagi,kita bawa kamera ya.boleh tangkap gambar jauh berjalan dan ragam2 orang.

oh,sempena bulan ramadhan ini,saya ingin mengucapkan selamar berpuasa,selamat bersahur dan selamat berbuka.jangan ponteng puasa ye..tak lama lagi mahu raya.jadi dengan ini saya ingin mengucapkan sepatah dua kata.
-selamat hari raya maaf zahir dan batin dari hujung kaki hingga hujung kepala
-jemputlah beraya di rumah
-jangan main mercun raya ini
-makan kuih banyak2
-last but not least,gunting rambut raya..oops

sebelum mengakhiri surat ini,izinkan saya berpantun.

ada ubi,ada batas
ada hari,boleh balas

pen merah,pen biru,
u marah,i tak kawan u

pecah kaca,pecah gelas,
sudah baca,harap balas

sekian,terima kasih.selamat menyambut aidilfitri mulia.

yang benar,
eyeme

Wednesday, September 1, 2010

calling for help!!!!!!

dah nak raya...mulalah nak gelabah..muka capok-capok nih..dengan burn yang amat dan hitam macam buntut kuali..ai malu nak raya ok...anyone yang ada cara mahu hilangkan burn dengan cepat so that i can celebrate raya without worry dan malu untuk berjumpa sepupu2 yang lain..dan oh,habislah peluang ai nak ngorat sape2 di kampung..hohoho..sampai situ,gatal..kompem muka tamo putih balik...

anyone?

apasal suka sibuk-sibuk??siapa kau?

kau siapa??kenapa mesti kongkong aku pulak??kau ada girlfriend bukan?jadi kenapa tak kongkong hidup dia??pada kau,aku nih siapa??kau tiada siapa-siapa bagi aku..kau apehal tak bagi aku keluar,marah bila aku tak jawab call,marah kalau kena waiting panggilan,marah kalau tak mesej pergi mana2...hello dude..kau suami akukah?pergi sibuk hal girlfriend anda (sopan sekejap)...aku yang single mingle nih terus terasa macam beban gila walaupun aku nih single dan masih available.tapi bila kau buat begini,terus tertutup peluang orang lain..pergi jauh-jauh...shuuuh....kau macam nyamuk,suka kacau orang dan aku tak suka nyamuk.sekian.

psstt:entri ini tiba2 dalam mood marah..kejap je nih,pasnih hati akan sejuk kembali.dan entri akan jadi comel2,happy2 dan penuh gambar..