Followers

Biasiswa

tabung simpanan masa depan

Wednesday, December 29, 2010

sape tak sayang MALAYSIA wehhhhh

Negaraku,
Tanah tumpah nya darahku..
Rakyat hidup bersatu dan maju..
Rahmat bahgia tuhan kurniakan..
raja kita selamat bertakhta..

speechless.tak tau nak cakap apa.perasaan membuak-buak ni.meremang-remang bulu roma tengok Malaysia lawan Indon.Malaysia menang jugak..lantaklah ko gol sendirik ke ape.tapi memang aku marahlah.tensen tensen.rasa macam nak main sekalik je.

keep it up Malaysia.nah nah amik flying kiss nih...byk nih..amik sorang satu...

berbangga menjadi rakyat MALAYSIA.walau apa pun,MALAYSIA juga di hati.

I HEART U MALAYSIA.mmmuuaaaahhhhhhh!

psstt:entry kali nih banyak kiss sikit..habis air liur.takpe,untuk malaysia..

Monday, December 27, 2010

He's beautifool

if you ask me if i love him, I'D LIE


Monday, December 20, 2010

aku paham perasaan kau

semalam balik rumah.nak celebrate birthday my youngest brother yang ke 15.adik bongsu kan...haruslah.adik kedua belum sampai lagi.jadi,abah beritahu awal-awal.amar dalam keadaan tension dan down.jadi jangan downkan dia lagi.well,he's doing medicine.so,bila dapat result baru-baru ini,sangatlah tidak memuaskan.dan bila tidak memuaskan,tepaksa repeat lagi.bukan satu dua paper,tapi setahun repeat.ok,sekarang rasa kesian sangat.tak tau what happen actually sampai dia tak boleh buat exam kali ni.i know,there's too many challenges dan banyak benda nak kena hafal when u study medicine.even belajar bahagian badan manusia pun aku dah rasa macam pening-pening apatah lagi nak hafal semua urat-urat dan nama-nama tulang manusia.

sebagai kakak,rasa sangat kesian jugak kat adik sorang ni.coz i know,he's not the type of hafal everything.he's tend to concentrate in class rather than balik dan baca.dan dia bukan orang yang senang nak tunjuk yang dia tengah down.asyik bajet macam tiada apa berlaku walaupun dia tengah down sangat-sangat.no wonder dia sakit kepala sangat-sangat berbulan-bulan.result baru ni pun dia cuma cakap pada ibu sebab takut abah marah.well,maybe abah feel a bit frustrated,tapi nak buat camne.mungkin amar lagi frust dan tension sebab dah cuba buat sehabis baik.don't know if this result ada kaitan dengan gf dia or not.sebab since gf dia dah transfer to klang,dia just study alone.hoho,gf jadi pemangkin semangat memang tak boleh blah.tapi if itu yang boleh buat berjaya,takpelah kan.cuma satu pesan untuk adik,jangan kecewa pasal cinta-cinta ni.bahaya,seriously sebab i've faced it.kata kakak,of course makan garam lebih sikit colek2 dengan mempelam muda.

this 23rd pulak keluar result untuk pmr.wish u gud luck,adi (my youngest brother).oh,kepada amar jugak,jangan kecewa dan tension lagi.kak yong tau kau anggap aku ni ala-ala adik kau je sebab suka merengek,manja,mengada dan cari gaduh ngan kau.but,if u have any problems,just let me know.aku paham perasaan kau sekarang.kau jangan simpan sorang-sorang.chaiyok2!!!ko boleh punya.mulai sekarang aku akan panggil kau doktor amar sebagai doa,moga-moga makbul.go doktor amar!you can do it.

oh,untuk adi,i'll call u mr engineer start from now on sebab kau nak jadi engineer kan???
ok,korang dua pulak sila panggil i prof ye...heheh

Friday, December 17, 2010

kah pu krang kap

sejak-sejak conference BSGC nih,ramai pulak yang datang dari thailand.sekali masa dinner di armada,dan2 buat persembahan tarian thailand.lantaklah nak menari macam mana pun.tapi,tak boleh blah persembahan yang ada lelaki baju merah tu.rasa nak jerit ok.dan-dan juga rasa nak duduk thailand.boleh pakai kuku panjang kaler gold.
boleh geleng2 kepala menari.korang tak nak?

*bila ramai-ramai cakap thailand,rasa macam dalam cerita long khong pulak.ok,trauma.

Tuesday, December 14, 2010

i'm not a spiderman!


see,i told ya..i'm not a spiderman..i just a little black creature named spider.

hi,my name is spider bulu-bulu.nice to know ya.


have a nice day people!


Monday, December 13, 2010

bila besar nanti nak jadi apa?

hulla people.

dua tiga hari ni tingtong sedikit kesan kurang tidur hari tu.tapi ia sangat berbaloi-baloi! pengorbanan yang agak berbaloi jika hati sentiasa bunga-bunga,penuh dengan senyuman yang lebar sampai rasa telinga tak ada,penuh dengan gelak sipu-sipu tutup mulut,mulut tak henti bercakap sampai tak nak makan minum sebab takut terlepas nak cerita macam-macam,main jeling-jeling bajek kau je yang ada mata dan main permainan yang menguji minda    ala-ala nak ambik ujian PTS..berbaloi bukan?

dah-dah..masa pengorbanan membuka mata menongkat langit hari tu,terbuka pula cerita masa kecil-kecil dahulu.sajelah tu nak mengimbau masa-masa lalu aku.terus teringat masa darjah dua,cikgu kelas tanya,

'nanti bila awak dah besar nak jadi apa?sebutkan tiga pekerjaan yang awak nak jadi nanti'

dalam kepala aku macam-macam benda nak jadi.tapi sebab cikgu kata sebut tiga je kan.puaslah nak pilih tiga je padahal kat kepala macam-macam nak jadi.cuma makcik cleaner je taknak jadi.berlagak.kawan-kawan semua nak jadi doktor lah,bomba lah,angkasawan lah.poyo jelah diorang ni sume.sangat tipikal.ok,aku lagi poyo.serius je aku cakap kat cikgu,

'cikgu,saya nak jadi saintis herba.yang kaji tumbuh-tumbuhan nak buat ubat tu'

ewah..tinggi gila cita-cita.kecik-kecik dah tau nak jadi saintis.say no no no to doktor ya.sebab dari kecik memang aku taknak jadi doktor pun.

'pastu saya nak jadi pereka fesyen'.

cewah.ini lagi tak boleh blah.yo yo o je nak reka fesyen padahal ko duk mengadap pakai baju yang sama je tiap hari.tapi,boleh je kan.aku ada banyak reka pesen-pesen tau.malas je aku nak tunjuk kat sini.nanti rizalman ke,hatta dolmat ke nak copy lak..no no no.

'yang ketiga saya nak jadi pramugari'

wahhhhhhhhhhhhhhhhhhh..........ada hati kau ye aimi.memang nak kena gelak dengan semua kawan-kawan aku.dulu,aku gemuk gila.tak tipu.hoho..sekarang pun gemuk jugerrrrrr *tutup muka malu*.bila aku cakap je pramugari,dan-dan semua gelak.gila malu di situ.rasa macam nak tanya je,aku salah cakap ke?shhh..ini rahsia.sebenarnya aku nak cakap nak jadi peragawati (model),tapi tercakap pramugari.nasib baik aku silap cakap,kalau tak dan-dan kawan-kawan aku guling-guling gelak sambil gulingkan aku dari kelas sebab tak boleh terima orang gemuk nak jadi model.

koya kan?tengok,beberapa hari ni asyik dengar orang cakap kelantan,dan-dan aku pun dah terikut.sekarang,aku pun tak tau nak jadi apa.tunggu jelah abis belajar nih:)dalam kepala aku,ada jawatan yang aku nak.tapi tak boleh cakap kat sini.rahsia.

*jadi mak andam pun macam bestkan?

Thursday, December 9, 2010

for a friend called 'PACIK'


'Everything you now do is something you have chosen to do. Some people don't want to believe that. But if you're over age twenty-one, your life is what you're making of it. To change your life, you need to change your priorities.'

John C. Maxwell
that's for me and pic below is for you.

smile and wave.

thank you for that.

Wednesday, December 8, 2010

fashion baru

i'm planning to change this blog's layout and style to a new fashion.ahaha...of course not leopard print motive.but i'm totally lost of ideas and i admit that i'm still new and need to learn more about blogging.kindly help me people:)

Tuesday, December 7, 2010

she's hot!ada bran?

hye.

just coming back from midvalley.today got no plan since hari ini adalah public holiday,maka harus keluar untuk berjimba walaupun tiada apa yang mahu dibeli.bak kata my ayang nono,today is 'puasa duit' day.what ever,before tuh actually pergi tengok wayang sekejap dengan kak pah.kononnya mahu tengok rapunzel,but then full!full ok!malas nak tunggu yang time lewat punya.so,just tengok due date.erk...berapa kali lah abang kaunter tuh tanya betul ke umur 18 ke atas..aiseh man...bosan sedikit dengan cerita tu.rasa kalau aku jadi si Robert Downey tuh,dah lama dah aku tinggal si Zach tuh.annoying sangat.tapi,betul jugak,benda jahat yang kita buat,nanti tuhan balas jugak sama macam apa orang buat pada kita.jadi,jangan buat jahat pada orang.ok,u turn balik pergi ambil balik si Zach yang annoying tu sebab dah rasa bersalah.

after movie,pergi jalan dengan nono mencuci mata sambil berpuasa duit.hoh,sangat beriman ya hari ini.lain kali kena puasa macam ini lagi.then,terjumpa dengan my lecturer.oh my,she's so hot!!!!!!demm..adore dia sangat.idola fashion tuh..pakai celana ketat leopard print dengan boyfriend shirt,handbag pun leopard print,pakai black hat/leopard print hat,rantai dragon fly..

wow,memang aku admire sangat nih.hai prof,boleh saya jadi secret admire prof?tahap admire sampai rasa nak jadi stalker.scary tak?tunggu aku jadi lecturer nanti,sume pun tema burung.rantai burung,handbag burung,tshirt burung,seluar siap tampal gambar burung.nak sangat kan....kalau ada baju kurung gambar burung,dah lama aku beli pakai raya.mengucap terus opah aku.dan-dan tu halau aku keluar rumah dia..obses punya pasal.

Leopard Spots Fun Print Novelty tie cord flannel cotton pants for lounging, sleep, sports. Unisex relaxed fit, SmallFurry Animal Print Sequin Fedora Hat - Leopard W19S62FMedium Vinyl Leopard Print HandbagDonnkenny Print Camp Shirts, Leopard, Large Fashion Necklace - 14k Gold Electroplate Animal Print Pendant Necklace with Leopard Bead ada bran ke nak pakai satu sut macam ni?hambek,semua pun leopard print.jangan kau jadi harimau sudah.


ok cukup bebel,nak packing pulak.esok mahu jumpa teman wanita dan teman lelaki yang sedang bersarang sekarang.

p/s:pacik dah tak mesej.ahaha,maybe he's busy finding 'the one'.wish him luck:)

Monday, December 6, 2010

sedikit tak normal

agaknya sekarang musim pun dah campur-campur.dengan aku pun dah jadi sedikit tidak normal.asyik cek handphone itu rasanya sangat tidak normal.

sangat tidak ada mood hari ini.tamo kawan dengan sape-sape hari ni.nak kawan dengan ika je.nak pergi mana-mana pun dengan ika je.tamo kawan orang lain.dengan orang tua pun tamo kawan.bluekk.dengan orang hutan pun tamo kawan jugak.hari rabu baru nak kawan dengan burung.


Thursday, December 2, 2010

stupid guy

Stupid Guy

I will not let go
I will not fall
I will not cry
Because of it all
Sure it does hurt
But you won’t see
All of what
You’ve done to me

And you won’t know
The scars underneath
They don’t come through the skin
I’m not one of those freaks
You can’t hurt me

Visibly I hide myself
I’m a twisted soul
Thrown up from the depths of hell
Yet back down I go
You’ve made a mistake
But you’ll never regret
All the others you’ve hurt
You’ve seen nothing yet

Have you changed my life
And the next persons too?
Sure you have
What’s left to do?
Maybe push someone else
Break one more heart
Make them scream and cry
Is that only the start?

You don’t hurt me
Won’t get me to break
I know all these tricks
You’re just a big fake
And I won’t fall in love
I’ll see through all the lies
Of every single stupid guy


terbaeklah perempuan nih tulis poem ni.mesti dia geram sangat dengan boyfriend dia.what a stupid guy she had.hoho..ai tetap sayang lelaki tau coz my father and my brothers semua lelaki.so what?aha..wishing for a smart and caring guy?

alangkah bagus if ada orang yang ada semua ciri-ciri dalam lagu ni:

mana nak cari?kalau ada pun,diam-diam jelah kan.terima je orang yang disukai tu seadanya.betul tak?

dah dah..patutnya buat poster untuk conference.ni dah menyimpang belok-belok pulak.ok,have a nice day everyone!

psstt::apsal sekarang asyik rasa nak tengok handphone?menyampah betul.

Tuesday, November 30, 2010

i can't live without you

you!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

hoit!berangan!apsal pulak ada gambar remy ishak di sini??dahlah dirembat dari SINI,tak malu!

bosankan bila tulis entry takde gambar?seriously sangat dull dan hambar.tapi,kuota gambar dah lebih limit!aargh...ai tensen lah nih.

nasib baik remy sejukkan hati ai..ecewah..

hey piccas,this blog can't live without u...

Monday, November 29, 2010

bebel randomly

hello..
ini sebenarnya random talk je.since hari ni tak ada buat apa sangat walaupun banyak betul kerja yang patut dan wajib disiapkan.tapi macam still tak sedar diri lagi,maka kerja pun banyak lagi yang perlu dilakukan.mana pergi semangat pun tak tau.takkan kena nyanyi lagu XPDC dulu baru ada semangat kan?agaknya banyak sangat setan bergayut nih menggoda-goda suruh berjimba sahaja.aish..kalau adik aku,sejak ada gf nih,makin berusaha pulak aku tengok.result pun kira baguslah dari nak kena repeat kan.bila cakap dengan aku,kasar je.tapi bila ngan gf,hilang taring terus.macam mana gf dia jinakkan dia pun aku tak tau.baguslah kalau ada pemangkin semangat sebegitu.tapi kakak dia takde bf  :)

sekarang nih macam-macam benda jadi.aku dah fobia baca suratkhabar sebab banyak sangat kes yang akan buat aku takut.mudah untuk orang membunuh sekarang.tuhan,lindungilah aku dan keluargaku.perang pun nak dilancarkan di korea.apa nih?apa pasal nak perang-perang nih.kau tak sayang sesama manusia ke?tak pahamlah.kalau bermusuh pun kenapa perlu saling bunuh membunuh.orang tak berdosa jadi mangsa.tak ke kesian.tuh belum kes-kes lain.ok,sangat fobia.

sekarang musim orang kahwin.full dengan invitation kahwin.mana yang aku boleh pergi,aku cuba pergi.nanti if aku kahwin,korang jangan tak datang lak ye.bila tuh,akan diberitahu kemudian.kan dah cakap nanti.

seorang kawan mengutarakan satu soalan hari ini.

'is it too old school nowadays if a guy hanta wakil merisik a girl he nvr interacted or had just barely met'?

what do you think people??

for me,bukan satu kesalahan pun.ala,old school sangat ke kalau buat macam tu?tapi sekarang ni most people dah siap bincang,family dah kenal semua baru datang risik.yelah,semua orang pun nak couple dulu kan.siap dah kenal family panggil 'mak' 'ayah' macam parent sendiri dah.so,datang merisik nowadays macam just nak ikut adat dan menanda je sebab masing-maisng pun dah kenal.bagi aku,tak kisah orang datang merisik eventhough kau baru kenal atau just interact through internet.tapi,at least give time untuk dua belah pihak kenal sket2.ala,kawan jelah dulu kan.dan pihak yang datang merisik tuh kena terima apa je kenyataanlah in case perempuan yang dirisik tuh tak nak ke.kalau nak,memang baguslah kan.then,kena terima lah pasangan masing-masing sebab dalam this case,tak kenal betul-betul lagi,terus kena risik kan.orang dulu dan sekarang lain.sekarang ni,even dah couple bertahun-tahun,tapi bila kahwin,boleh cerai berai jugak sebab baru tahu sikap sebenar.kalau yang kahwin ikut pilihan mak ayah pulak bila kahwin jumpa orang lain,lain pulak dah jadinya.jadi,once u rasa that person is the one for u,go on jelah.ecewah,cakap macam kaunselor love love pulak.yeyek.cakap bolehlah kan aimi,sekali kena kat kau orang datang risik..hambek,menjawab.

ada opinion lain,silalah komen.:)

Saturday, November 27, 2010

everywhere pon MAHA

hi eberyone..

if u guys baca suratkhabar atau tengok tv,mesti korang tahu pasal nih.ekspo MAHA 2010.by the way, it started from yesterday until 5th december ni.semalam aku dah pergi.woo..bagi aku,aku suka tempat-tempat macam nih.tapi u guys shud go there first.baru korang tahu.macam-macam yang ada.dah namanya, MAHA.so,of course berkaitan dengan agricultural,banyak hasil-hasil pertanian,industri kecil,perikanan,penternakan,dan macam-macam lagi.dengan tema 'agricultural innovation for growth', this expo was held at MAEPS Serdang.tau tak kat mana??

please google it..ahahha..sampai di top upm tuh,don't go staright.turn left,jalan nak ke IOI resort.follow je.sepanjang jalan ada banner pasal MAHA tu.lagi better kalau korang nampak van atau lori tv3 ke,rtm ke.ikut je macam apa yang aku buat.kompem sampai.

aku memang suggest korang pergi since ekspo nih tersenarai as Largest exhibition in Malaysia Book of Record.tak ke bangga tuh.ekspo nih paling besar di Asia Tenggara woo.dan ianya memang besar.rasa macam kalau nak betul-betul habis berjalan kat situ,kena ambil masa tiga hari tiga malam.

peringatan penting kepada sesiapa yang ingin ke MAHA2010:
1.wear suitable shoes or slippers.jangan berangan nak pakai high heels 10inci.sebab confirm akan rasa otot betis mengembang,rasa macam nak jalan kengkang-kengkang.
2. for ladies,bring your own telekung sebab di surau dekat blok C tu,tak disediakan telekung.lagipun,bawak telekung sendiri lagi mudah,tak perlu rebut-rebut dengan orang lain.
3.if ada beg reusable besar,just bring it.lagi senang macam sorang nyonya tuh,bawak je troli,mudah nak angkut semua barang yang dibeli.hambek kau.nampak sangat kalau pergi MAHA ni,akan beli barang banyak.memang woo.
4.parking murah sahaja.rm3 je sekali masuk.jadi,sediakan duit kecil siap-siap.jangan risau untuk parking jauh-jauh pun sebab ada trem yang akan angkut korang semua.
5.kalau boleh,datang dari pagi sebab memang tak cukup masa nak tengok semua tempat kalau datang lambat.dan confirm rugi!oh ekspo nih open from 10pg sampai 10mlm.
6.nih penting!!!sila bawak KAMERA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!aku dah rasa rugi dah sebab tak bawak kamera semalam.takpe-takpe,lepas nih aku datang lagi.

apa-apa sila lawat laman web maha sendiri di SINI

psstt:gila dull entri ni.semua sebab tak bawak kamera semalam..mencik!

Thursday, November 25, 2010

KE BAWAH LAGI

*sigh*

*sigh*

*sigh*

huuh..lately,asyik mengeluh je kan?tau tak elok asyik mengeluh tapi mesti nak mengeluh jugak.

rasa down pulak buat master nih.well..tak tau mana hilangnya semangat nak habiskan master ni dah bekerja.rasa macam nak bekerja sahaja.tapi,aku minat apa yang aku buat sekarang cuma aku rasa bosan.rutin yang sama,benda yang sama.aku tak cukup minat lagi sebenarnya ni tak macam lecturer-lecturer aku.diorang semangat dan penuh keyakinan.kawan-kawan lain yang buat master ni juga nampak yakin dan semuanya macam bertungkus lumus untuk habiskan.i just pray that i still have da spirit untuk habiskan cepat master ni.then,hala tuju selepas itu masih tidak nampak.kadang-kadang memang ada perasaan macam ni.down.down nak belajar lagi.rasa macam tak yakin.

kena kembalikan balik semangat.jadi,sila support aku,kawan-kawan.seperti juga aku,aku juga akan menyokong kawan-kawan semua walau apa pun yang korang lakukan.

is there any ways to get the spirit back?how u determine yourself to get success in your life?how to be happy doing something we like or dislike?rasa macam lost seketika.mana hala tuju selepas ini.

tuhan,guide me.please.

menangis lagi.sorry heart.

ok,aimi..now,what have you done to your heart again??*sigh*...

crying,crying,and crying again...

dahlah tuh...bantal dah basah..tulah,lain kali beli tisu.nih kedekut.tisu harga RM1.99 pun susah nak beli.tengok,habis bantal basah..nih kenapa nangis nih???

ok,rasa nak nangis lagi...part last nih..uhuk uhuk *terus ambik bantal tekup muka*

semua sebab ni!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
 .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
KABHI KUSHI KABHI GHAM!!!!!!!!!!

feeling woo....sambil baring tekup muka nangis gila-gila punya tapi tak boleh nangis kuat-kuat sebab roomate tengah tido.habislah kantoi kalau yan baca nih.*pengsan*

minggu lepas layan KAL HO NAA HO...nangis baek punya sampai rasa macam aku pulak yang berlakon dalam cerita tu.feeling nih.mentang-mentang sorang kat bilik.pastu bila roomate balik,cover terbaek nih bukak almari susun-susun baju..ahaks.(habeslah kalau yan baca ni jugak,*pengsan*.berapa kali pengsan dah nih?)

memang minggu ni minggu jiwa feeling hindustanlah..terus rasa nak beli skirt ala-ala hindustan juga.nih mesti kes pergi tengok blog-blog yang ada jual-jual skirt ni.kopak nih.memang mahu skirt sekarang.baru boleh feeling pusing-pusing,skirt terbuai-buai je..sambil nyanyi Aaaaaaaaaaaaaa...

ok,sudah berada dalam imaginasi filem hindustan.oh,aku dah tukar jd preity zinta!okeh everybody..sambung feeling dulu!







Tuesday, November 23, 2010

mak andam wannabe

hallu!!!satu minggu berjimba-jimba adalah sangat seronok.dengan makanan yang banyak dan sedap semasa hari raya aidiladha baru-baru ni sangat membuatkan kegembiraan meluap-luap sehingga nak senyum pun asyik tergigit pipi sebab pipi dah tembam sangat.berat juga sudah naik.mendadakkan?giler.dan ahad baru ini juga sangat menggembirakan sebab one of my yayang dah engage!!!gile sweet!baru beberapa bulan terus engage and next year dah nak kahwin.fuuh...terbaek!masih dalam keadaan disbelieve..rasa macam baru berjimba sama-sama,tengok-tengok dia dah tunang.hoho..and guess what??malu nak sebut....huhu..

kena jadi tukang mekap????is that what we call mak andam???cett,berangan kan...

malam tuh sangat sibuk sebab baru nak buat hantaran sume.lepas melantak maggi tiga bungkus bersama-sama,kami berdua pun memulakan kerja menggubah hantaran,tngtong jugak bila pukul 3 lebih still tak siap lagi.4 lebih baru yayang rai tido..huhu..padahal esok nak tunang tuh.memang mata macam panda lah..

esok,teus bergegas balik rumah port dickson dan kemas bilik bagai..my yayang rai mandi dan bersiap..ok,mari main mekap-mekap!!!!first time ai nak mekapkan orang tunang nih..adeh.entah apa jadi,redha jelah ya.

my first attempt.

me with my yayang rai yang sudah jadi cik tunang.me love ya!

yayang rai with her incik tunang,fit.sweet!!

selamat bertunang raihana mohd ghaus dan fitri ghani..wish u both happy ever after.kawen cepat dan happy selalu..love u!!!

psstt::sudah rasa mahu tukar frofession..mak andam after this?ahaks...

Saturday, November 20, 2010

kau OKU?

hello..still in mood raya everyone??

so,today me n my family going back to kl,balik rumah pulaklah kan.so,on the way balik from sungai petani,all the way mesti ada accident.trauma okeh!abah pulak asyik nak brek mengejut pulak,aku nih dahlah cepat je sentap bila brek mengejut nih..hujan juga sangat lebat dan abah HARUS (nampak tak highlight tuh?bukan makruh lagi,memang harus!) bawak slow je.aku pun seriau bawak laju-laju kereta time hujan nih.bila tengok lori besar-besar dengan bas laju-laju semua,lagi seriau.

dah dekat dengan RnR sungai buloh tuh,berhentilah sekejap untuk solat.usai solat,tengok ibu abah amir dan adi dah siap tunggu depan A&W,tapi takdelah makan pun.berdiri depan kedai tu sambil geleng-geleng kepala.sebab aku nih pon ala-ala kepohchi jugak,sebuk nak tau apa cerita,cepat-cepat jalan.rupa-rupanya gelagat india dua orang letak kereta di tempat OKU.tau ke OKU tuh apa?Orang Kurang Upaya tapi kalau kau lebih-lebih pulak berupaya tapi gatal nak parking tempat yang ada sign OKU tuh,memang kau lagi teruklah dari orang yang kurang upaya ni.memang dasar pentingkan diri.dah trang tang tang parking tuh untuk orang yang kurang upaya,kau sibuk jugak nak parking,siap alihkan sign yang ada gambar wheelchair tu.bodoh betul lah orang macam ni.nak cakap tak paham bahasa,memang tak paham pon kot.kaplamyanga nih kalau cakap lebih-lebih ada pulak kang buat drama pulak kat situ.selamba je kau letak kereta,keluar kereta senyum-senyum dengan rasa bangga kan.consider sikitlah,kerajaan dah buat tempat parking tu untuk disable person,parking lain kan ada.tak paham betul dengan orang pentingkan diri ni.

psstt::sorang lagi pakcik yang pentingkan diri selamba je basuh jambu,buang air lebih kat lantai kat rnr.kang,ko gak yang tejatuh kalau tergelincir,hambek.sesuka hati je,no discipline.

Wednesday, November 17, 2010

love from sungai petani

hallu!

hari ini hari raya aidiladha.semestinya orang tak beria sangat nak sambut kan compared to hari raya aidilfitri.however,ibu dan abah cakap hari raya aidiladha lagi besar dari hari raya aidilfitri sebenarnya.tapi sebab hari raya haji ini diraikan lebih oleh orang yang pergi haji dan kemeriahannya lagi terasa di tanah suci Mekah.bagi kita,hari raya aidilfitri tuh perlu disambut besar-besaran sebab kita dah berpuasa sebulan,dah menderita menahan lapar dan dahaga kan.jadi bila raya aidilfitri,kita pun balas dendam lah kan.

oh,semalam bertolak dari kl pada pukul 730 malam dan guess what??we reach at 7am!giler..about 12 hours punya perjalanan.memang tingtong jugaklah rasanya.kereta punya beratur,dan abah bawak kereta pun dalam 60km/jam.tak ke slow tuh???but then,abah mengantuk gilos,sampai semua perhentian pun nak berhenti.teringat pulak cerita yang erra fazira berlakon tuh,7 perhentian kan???setiap perhentian,abah tidur 2 jam.so,memang patutlah sampai sungai petani pagi kan?dari perjalanan yang patut dalam 5-6 jam,terus jadi 12 jam.panas buntut weh..kalau lagi lama,rasanya ada berlubang seluar sebab buntut panas sangat.

rasanya ini baru kali kedua atau ketiga aku sembahyang raya.huhuhu..confirm kene keji.selalu memang tak ada kesempatan nak pergi solat raya ni sebab tak kiralah raya aidilfitri atau aidiladha,aku as anak sulung kena tolong ibu masak.who else.sorang je pompuan pun.kalau pasal uzur tuh lain ceritalah kan.lagi kau rasa nak sembahyang,lagi berdosa.dah bagi cuti,gatal nak solat sunat.bila tak cuti,nak solat subuh wajib pun kau liat.gila syahdu rasanya dapat solat sunat raya.teringat dulu terpaksa raya haji dengan family angkat,solat raya ramai2 satu family.lagi syahdu bila tok imam tuh baca khutbah panjang-panjang,siap ceramah bagai,aku tersengguk-sengguk tahan mengantuk.syahdu kan??makcik sebelah siap senyum-senyum kambing lagik,aunty aku pulak asyik siku je suruh sedar.adehlah,imam oi...

tak bervogue lah raya hari ini,tak tangkap gambar.mood bergambar sudah berpindah kepada mood makan sebab semua sangat sedap dan makan bertambah-tambah seiring dengan pembesaran perut.

sekian sahaja laporan saya pada hari raya hari ini.akan bersambung lagi untuk hari esok :)

Tuesday, November 16, 2010

selamat hari raya aidiladha

salam everyone!!

sekejap je,dah nak hari raya haji pulakkan..so,tanpa melengahkan masa,saya ingin mengucapkan 

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA!!

have a great raya everyone..me will go back to sg petani.hoh..mahu menyaksikan kejatuhan lembu-lembu dan kambing-kambing.bersiap sedialah!!

sedang mahu berkemas baju apa yang mahu dibawa pulang..mahu bervoguedavaxx juga hari raya haji ini..so,wait for gambar raya!:)

love ya!

Sunday, November 14, 2010

tolong ajar boleh??

macam mana nak reducekan size gambar yang kita dah upload dalam blog???or just delete it??dah terlebih kuota lah pulak..adeh....

World Walking Day

hello people..salam..

what a day aite..kan bagus kalau boleh jalan-jalan kaki..alamak,hujan lebatlah pulak kat gombak nih.baru plan nak jalan kaki kat tasik petang nih..if cakap pasal jalan,actually it's very good for ur health as an exercise..orang ckp,jalan sebanyak 10000 langkah tiap hari.if tak pun,jalan in 30 minutes everyday dah cukup.tak payahlah lari-lari sangat if tak larat.jalan pun ok.suggested for all ages group.tak kisahlah muda ke tua ke.betul tak?since asasi in um,dah selalu jalan kaki.lagipun memang tak ada transport.so,during first year until now,tak kisah nak jalan kaki pergi fakulti.memanglah bila jalan tuh,bawa barang macam-macam,bila sampai,berpeluh bagai sampai basah baju,tapi kira exercise jugaklah kan:)

oh,cakap pasal jalan jugak.there will be an event called 'World Walking Day' yang akan terjadi (ecewah,terjadi lah pulak) pada 21 november 2010 yang akan dijalankan serentak di beberapa tempat at stated kat bawah ni.

Kuala Lumpur: Padang Bola, Taman Tasik Titiwangsa
Penang: Polo Ground, Jalan Sepoy Line
Kuantan: Padang MPK 1
Johor Bahru: Taman Sri Stulang
Penampang: Sports Complex Stadium
Kuching: Waterfront


for more info,click HERE


kan bagus kalau dapat memeriahkan event nih..bawak semua kaum kerabat handai,kawan-kawan semua.boleh release tension,boleh gelak-gelak,boleh rapatkan silaturrahim,boleh jadi sehat,boleh kuruskan badan (oh yeah??)...jom jom jom!!!!i try to go too if tak ada aral or any important event lain:)


oh lupe,ni lagi interesting!!!free breakfast,free entry,and free tshirt!!!korang jalan-jalan je...hey,grab this opportunity,people!


psstt:tq nestle!

Saturday, November 13, 2010

berjimba-jimba

dah lama tak main tangkap-tangkap gambar ini.dan dan nak pergi midvalley,terus mengada mahu mengambil.gambar.ini belum mekap bagai macam nak pergi date dengan anak raja.jakun gilos di mid valley mahu mengambil gambar padahal midvalley yang bagaikan kedai runcit sekangkang gajah je,dah selalu sangat di situ sampai staff jusco pon boleh cam.

ini saya.bluek

best buddies-kakak dina,yan dan shimama

 three of us
see....sian shimama.sebab die photographer,jadi dia tak byk gambar

pipi semakin gumuk dan kembong macam ikan buntal



cuba teka kat mana kalau pandai

bagi peluang lak kat shima nak masuk gambar:)

ini aksi apa pulak nih.orang kedai sebelah tu pandang-pandang je kan.

shimama yang gembira.

shimama yang sedih.

kedai kegemaran:ALICAFE.
entah apa yang dibubuh oleh kedai Ali nih.sampai tiap hari pun pergi kedai ni.hoho..tolong,mandrem..

Friday, November 12, 2010

i'm in love with ...

ASMARA!!!!!!!!!!!!!!!!!!

ok,dah tak tau nak cakap apa.hati bunga-bunga je bila tengok asmara.tulah zalia,dulu kau taknak layan asmara.nasib baik kau dah baik ngan asmara.kalau tak,dah lama aku masuk line.ahahah (gelak jahat)

mode: emosi tengok cerita asmara.entah hape-hapelah kakak zalia tuh,asyik nak marah asmara je.tak suka!

saje crop muka zalia..saya penjeles

Monday, November 8, 2010

suggested place for visit *wink wink*

yeah...halluu peeps!!!!

nampak tak tajuk kat atas tuh??nih suggestion bagus punya..ahahaha *gelak jahat*...bila lagi korang nak pergi tempat camnih..inilah masanya.aku yang duduk dekat dengan tempat ni pun tak pernah pergi.inilah first time aku pergi tempat ni..excited ok.rasa macam nak lari-lari masuk dalam.

hoho..tempat apa ni?
rumah hantukah??
fun fairkah?
okeh-okeh..meh tengok tempat apa....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
MUZIUM ORANG ASLI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!ahahhahah..lek lek,jangan tarik muka lagi

for those yang suka dengan barang-barang kraftangan macam aku nih,ini adalah tempat terbaik.rasa macam nak curik semua.bukan nak beli,rasa macam nak curi.ok,niat sangat jahat sebab tak tahan tengok barang-barang macam ini.


aku memang tak tahan kalau tengok benda-benda macam nih..yang ala-ala etnik,barang-barang kraf rotan,mengkuang lah,kayu-kayu..sangatlah tak tahan.memang aku sangat primitif,tapi aku suka.nasib baik tak boleh bawak balik sebab barang muzium,kalau tak dah lama aku rembat sebab malas nak beli.

nampak dah kan bila muzium nih bukak,bila muzium ni tutup.pandai2lah ye.hari jumaat diorang gi solat jumaat.bagus-bagus.dahlah masuk percuma,nak apa lagi kan..just jejak kaki je.

cam weng je sebab dapat upload sket je gambar.tak paham nape.maybe storage dah tak muat.gambar-gambar aku sume saiz besar-besar.nanti aku try upload lagik kalau boleh eh..tapi aku rasa seronok lah gi tempat ni.lain orang lain pendapat kan...cuba apa salahnya.selamat berjalan mencuci mata.:)

Saturday, November 6, 2010

do u realize if u got thalassemia?

hye peeps..

hoho...before that,happy deepavali pada semua yang menyambut perayaan ini..semalam tunggu-tunggu jugak cerita-cerita best sempena deepavali,haprak je.beria aku ingat ada cerita hindustan banyak-banyak ke..berapa kali aku tukar-tukar channel..harapan jelah.

oh..based on tajuk above,sebenarnya baru-baru nih pergi buat medical check-up.again.*sigh*.rasanya dari tahun lepas,kegemaran aku adalah ke klinik dan ke hospital..macam-macam ujian pernah buat when suspected apa-apa.tapi,then dapat result,tak ada apa-apa pun.then,i try buat thalassemia test,tapi malas nak pergi ambil result.so,sampai sekarang memang tak tau resultnya.then,baru-baru ni,buat lagi ujian darah.everything is ok..just pigmen darah rendah.when i tell dr that my mum has beta thalassemia minor,then doktor suruh semua adik beradik buat ujian for thalassemia.yelah,siapa tahu.this is genetic disease.even though ibu baru tahu dia ada thalassemia,tapi tak semestinya dia baru dapat coz kadang-kadang tak sedar pun yang dalam family ada penyakit ni.except pergi buat check up dan ujian darah.maybe dah ada dari kecil,tapi baru kesan masa dah besar.luckily abah tak ada thalassemia,kalau tak susahlah.so,sementara tak kahwin lagi,baik pergi buat check up for thalassemia ni.

THALASSEMIA dikenali jugak dengan nama Mediterranian anemia dan Cooley's anemia.actually,ini adalah disebabkan fault dalam penghasilan hemoglobin iaitu pigmen pembawa oksigen dalam sel darah merah.hemoglobin sepatutnya full with iron,so that bila sel darah merah pecah, iron yang terdapat dalam sel darah merah tu akan digunakan semula untuk penghasilan sel darah merah yang baru.tapi, in this case of thalassemia, hemoglobin sangat fragile dan pecah lebih awal dari biasa,jadi,hemoglobin akan jadi tak cukup dalam badan orang tu.kekurangan hemoglobin pulak akan menyebabkan anemia.kan selalu dengar orang cakap,anemia tu kurang darah.THALASSEMIA ni adalah different type of anemia.terjadi apabila tak cukup hemoglobin dalam darah dan disebabkan oleh gen.sebab tu,doktor kata ini adalah penyakit keturunan.

so,ada 2 bentuk THALASSEMIA:
1. Minor = ini adalah pembawa.sihat dan normal cuma ada sesetengah yang mengalami anemia.jenis thalassemia ni dah memang hadir sejak lahir dan diturunkan dari ibu bapa.jenis minor ini tak ada treatment yang dilakukan cuma kadang-kadang doktor akan suggestkan untuk ambil iron dan vitamin.


2.Major = jenis ini adalah penyakit darah yang serius yang selalunya memang dikesan dari kecil.masa lahir mungkin baby nampak normal tapi antara umur 3-8 bulan,dah mula nampak kesan macam pucat,tak ada selera makan atau sentiasa muntah selepas makan.kalau tidak dirawat dari awal,boleh menyebabkan kematian semasa kecil.


for more info,boleh pergi kat wikipedia.meh tekan sini

for thalassemia minor,tak perlu risau.tapi yang important do not marry to a person yang juga adalah carrier sebab if dapat anak,anak memang akan possible dapat thalassemia major.bila dah dapat thalassemia major,memang harus dirawat dengan rawatan regular blood transfusion yang mana selalunya kena buat every month.ada banyak lagi rawatan lain tetapi regular blood transfusion adalah rawatan primary yang selalu dilakukan.

jadi,after this,nampaknya aku kena pergi ambil semula result ujian thalassemia yang aku dah buat.sebab memang aku possible sangat untuk dapat thalassemia minor ni (ok,dun have to be worried too much).and i have to find a husband yang tak ada kena mengena dengan thalassemia ni.anyone??ahaks..

till then,mahu sambung kerja semula..renung-renungkan dan selamat mengecek =)

Thursday, November 4, 2010

IBU.....

semalam,3 november 2010 adalah hari lahir ibu aku yang ke 47..omg..rasa ibu macam bukan umur sebegitu..macam-macam nak cerita,nak cakap pasal ibu.tapi bila aku mula mahu berkata-kata,air mata pasti jatuh.tak terluah rasanya.she's the best mother in the world!tengok,belum cakap apa-apa lagi air mata sudah bergenang.ok,i shouldn't continue.if not, i might end up crying like hell kat sini..tak tau apa akan jadi kalau tak ada ibu sebab ibu pemangkin semangat aku,yang positifkan aku.ok,taknak fikir apa akan jadi in future sebab tak boleh terima if i lost her..dari kecik,aku bukanlah anak yang terlalu mendengar kata.selalu kena bantai dengan hanger oleh ibu.kena kejar sekeliling rumah perkara biasa..sangat rindu bila ibu kira 1,2,3 bila kami semua adik beradik taknak mandi,taknak buat kerja.sangat takut bila nak sampai kiraan tiga sebab tau hanger pasti hinggap punya kat badan.sakit woo..bekas tak hilang 3 hari 3 malam.ini betul,tak tipu.

tapi apa yang aku dan adik-adik dapat masa kecik itulah yang menjadikan kami semua hari ini.didn't i tell ya yang aku ada seorang adik autisme.yang mana nak menjaga dia sangat susah.seperti menjaga berpuluh orang budak.dengan hyperactivenya,dengan tak reti cakapnya,dengan tak tau nak cakap sakit,sangat macam-macam.ada ibu merungut.kadang-kadang ternampak ibu menangis,tapi bila depan kami adik beradik,ibu tak pernah tunjuk tu.ibu sangat tabah.kadang-kadang sebab adik,orang pandang ibu sebelah mata,pernah satu ketika kawan-kawan pulaukan.how dare makcik-makcik!rasa nak sound je makcik-makcik jahat tuh.makcik,sebab kau tak ada anak macam tuh,kau tak rasa apa yang ibu rasa.sampai adik besar,ibu tak boleh kerja walaupun itu yang dia nak sangat.tapi ada ibu masam-masam muka?dia tetap tersenyum walau macam mana pun.susah macam mana pun dia masih lagi ketawa macam tak ada masalah.aku tak rasa aku setabah ibu.aku lemah dan penguat aku adalah ibu.

masa aku jatuh,aku lemah,aku sakit,ibu selalu ada di samping aku.masa aku kecewa,masa aku down,masa aku gembira,cakap je bila masa,ibu sentiasa ada.walaupun dulu ibu duduk jauh dari aku sebab ikut abah kerja di merata tempat,suara ibu sahaja dah cukup untuk menenangkan hati.pukul berapa pun tak kisah.lewat malam?awal-awal pagi?tak boleh tidur pun telefon ibu,dah boleh tidur lepas tu.nasihat ibu adalah pemangkin.ibu tak pernah merungut tak dapat apa yang dia nak.ibu sangat positif.kalau ibu takde,abah pun pasti tak keruan.sebab tu sekarang ke mana-mana abah pergi abah akan bawak ibu.kalau ibu tak ada,amir pun pasti akan tercari-cari..sanggup tunggu depan pintu seminggu tak mahu makan dan minum semasa ibu pergi johor seorang diri.

selamat hari lahir ibu..aimi sayang ibu sangat-sangat.aimi cuba jadi anak yang baik untuk ibu.aimi sanggup buat apa saja untuk ibu..andainya ibu baca ini,aimi nak ibu tahu,aimi terlalu sayang pada ibu!*nanges*




psstt::mati kutu tak tau nak bagi apa pada ibu as present.

Monday, November 1, 2010

when churpchurp start chirping

chirp,chirp,chirp...ok,ok...terus buat bunyi burung...my obsession toward birds memang tak boleh disangkal lagi..nampak je baju gambar burung,harus beli.nampak je perhiasan bentuk burung,confirm beli.apa-apa yang ada burung,memang tak boleh lepas dari pandangan mata.jeles ok kalau tiba-tiba ada orang pakai baju gambar-gambar burung,rasa macam nak koyak-koyakkan je takpon curik je.gila obses.

jadi,kalau kau nampak burung kaler biru buat muka comel-comel,tak ke rasa mentekedarah nak tengok kan.tengok,tengok..buat muka comel,memang lu bikin wa cairlah..
apa pasal kau comel sangat?mencik

apa kebenda si churpchurp nih kan..well,actually benda nih ala-ala nuffnang lah..best apa..alang-alang sayang nuffnang,sayang churpchurp sekalik..adik beradik jugak cuma lain mak lain bapak *theeeeeee*..mesti ramai yang ada facebook dan twitter aite?jangan bohong,sapa bohong,berdosa.so,dari kita melengung je depan laptop or pc or by mobile tengok facebook dan twitter,joinlah churpchurp nih..dapat jugak earn something.taknak ke??sapa nak bagi wehhh...

kenapa korang akan rasa best bila join?
-sebab burung tu comel..(cik birder memang obses burung,tak kisahlah)
-sebab mudah sangat.sign up je isi beberapa tempat kosong dan daaaa,u've joined it!
-sebab free!!!hoho..kalau makan free pun korang suka,apatah lagi ini..dahlah free,orang kasik kau duit lagi..kau taknak lagik?
-semua kawan-kawan pun dah macam family.interesting part i think..jumpa kawan baru,buat aktiviti baru..tak best ke macam tuh??
-siapa-siapa yang ada facebook dan twitter sangatlah digalakkan join..see,even though aku tak ada twitter,tapi aku ada facebook dan boleh churpchurp jugak..jom like!check THIS out!

hoho..i wish that churpchurp community will do something yang exciting dan akan merembes hormon gembira ala-ala lepas pakai pencuci muka NANO..let's go camping,masak-masak,borak-borak..do kind of activities related to nature,amal..hoho..party!eh eh,kau dah menyimpang ni weh

tak teruja lagi ke?join dulu,baru teruja ok..ai dah teruja!!!!!

tersusun gigi aku teruja punya pasal..me holding churpchurp..*pentipoo*

so,let's join CHURPCHURP!!!!!click THIS to know more!!!

and now,



Sunday, October 31, 2010

KEGUGURAN

hi hi hi...

beberapa hari tak godek-godek conteng-conteng blog nih..adoilah..serabai je rasa sampai nak update blog pon rasa serabai..ini semua KEGUGURAN punya pasal..eh tak tak tak..bukan keguguran baby,keguguran rambut..fening beta pikir cara nak kurangkan keguguran ni..berkepuk rambut dalam tangan.kalau sehelai rambut tuh seringgit,rasanya dah jutawan dah..see,boleh bajek tak banyak mana yang keguguran?

scary ok bila tengok rambut keguguran macam tuh?takkan sebab aku fikir banyak jadi macam tuh?ke hormon tak stabil?ke....adeh,dah mula macam-macam pertanyaan la nih...ok,positif-positif..agaknya sebab rambut lebat sangat maka nak nampak cun lagi supaya tak mengerbang semacam,jadi,rambut tuh gugur sendiri supaya potongan rambut terus jadi ok.*positif sangat lah kan*

ada cara tak nak bagi kurangkan gugur ni..tradisional ke,moden ke..tak kisahlah...

Thursday, October 28, 2010

kau tak puas dengan satukah?

warning:ini entri emo power ranger biru yang dah tukar jadi raksasa


kenapa kau lelaki 1 dan lelaki 2?tak puas dengan satu?gf dah ada,nak apa lagi?kekasih gelap?walaupun aku gelap,aku bukan kekasih anda-anda.jadi sila faham.kalau tak faham bahasa melayu,nanti aku buat bahasa isyarat.mungkin anda-anda lagi faham dengan isyarat tangan?

yang sorang suka marah-marah tak kena tempat.kau apahal pon tak tau.kau pun keluar period jugak ke nak pms tak tentu pasal?sila faham di sini,kau jugak yang cakap aku cuma kawan kau,then,yang kau macam tak puas hati je bila aku keluar sini sana dengan kawan-kawan tak kira lelaki atau perempuan kenapa?bila aku tanya aku nih siapa pada kau,kau jawab kawan.lepas tu kau boleh tambah lagi,yang kau sayang aku lebih dari kawan.eh,kau ke aku yang jiwa kacau nih?sekejap cakap macam ni,kejap cakap lain,macam kaplamyanga lah kau nih.aku nak mencarut kat kau pun ada..nasib baik aku ada sabar lagi ke.kalau tak,habis dah aku hambur.dahlah,aku tak mahu lagi.sila sayang gf engkau sahaja.


yang sorang lagi pun tak faham bahasa.encik,anda sudah mahu berkahwin,mahu apakah lagi?semua persiapan pun dah dibuat.tiba-tiba kau cakap taknak kahwin pula.kau tak kesian ke dekat gf kau?yang akan jadi bakal isteri kau.aku dah taknak layan kau pon kau tak faham bahasa lagi.macam mana nak jauhkan diri dari kau.kau nak aku datang kenduri kahwin kau,aku leh je nak datang.masalahnya,kalau kau buat pasal pulak tengah-tengah kahwin tu memang aku awal-awal balik rumah dari gi kenduri kau.gf kau dah puas nangis-nangis sampai mak kau pun dah tau.kau memanglah tak kisah orang lain,tapi hati orang lain ada kau kisah?aku pun bodoh pergi keluar dengan kau awal-awal dulu sebab aku anggap kau kawan,mana aku tau kau ada hati dekat aku.kenapa kau mesti ada hati dekat aku sedangkan kau tau kau ada gf dan dah nak kahwin pun.kau janganlah macam-macam.buang je nama aku,perasaan kau pada aku supaya bila kahwin,kau bahagia dengan bakal isteri kau.sebab aku tau,bakal isteri kau sangat sayangkan kau dan aku nih tiada siapa-siapa.sila pentingkan keluarga dan gf kau dari pentingkan aku yang picisan ini.sebab bila kau terlalu sayangkan aku,aku juga possible untuk sayangkan kau,jadi baik aku awal-awal lari dulu.dahlah.sila buang aku,jangan sayang aku lebih dari sayang kepada gf kau.


feel like crying.kenapa aku kena involve benda-benda macam ni.eh,dah takde lelaki single ke kat malaysia ni?ok,move on aimi.think positive.setiap yang berlaku ada hikmahnya.sekurang-kurangnya kau tahu rupanya ramai yang sayang kau,tak kira lelaki orang ke,anak orang ke.jadi,sila move on!


*harus positifkan balik cas negatif ni*

Wednesday, October 27, 2010

Diet mengikut cara Rasulullah

Diet Rasulullah


Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.

Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasulullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)

CARA MAKAN
* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.
* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.
*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya? Kesannya tidak dalam jangka pendek?. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.
* Dalam Al-Quran juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.

Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).

Sabda nabi : "Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya"

sangat menarik artikel ni..actually this article had been copied from facebook,dari my friend's page..sangat berguna.and i'll try this diet too...

bukan dua tapi tiga *hati bunga bunga*

oh..tajuk itu memang membuatkan hati aku berlagu riang rasa macam nak nyanyi-nyanyi sambil buat aksi comel-comel..*muntah*..semuanya disebabkan ini->
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ini alien ke?bukan ok..ini anak helang...on the spot letak watermark di situ bajek ada orang nak curik gambar.

last week,aku pergi observe nampak 2 ekor je,but then tiba-tiba minggu nih,3 ok!oh,i'm glad to have three chicks to take care of..asalkan mereka membesar dengan sihat dan kuat..interesting when you see a mother feed its chicks..helang pun ada tanggungjawab dan perasaan sayang kat anak sendiri.tak paham kenapa manusia sesuka suki nak abort baby,buang baby,dera anak..ish ish ish..

mesti ada yang akan cakap 'pompuan ni gilo ko,obses gilo kek burung'..like i care..diharap minggu depan datang site,anak-anak semakin membesar dan akan belajar terbang:)

Thursday, October 21, 2010

video clip of the day..*guling-guling aku nak paham*

hello peeps...this video clip really make my day...tak tahan nak gelak guling-guling dan terbuntang mata aku tengok keseksian penyanyi-penyanyi nih..gilo ko,nik aziz tengok kompem pengsan..adehlah..gelek kalah inul ok..adeh adeh..

entah sape-sapelah yang nyanyi nih...pening aku nak paham sebab aku bukannya orang kelantan dan memang faillah bila kawan-kawan aku cakap kelantan..tapi sebab aku minat kat orang kelantan minat nak paham,berusaha aku translate kan benda alah ni ok...*pengsan*..dah-dah,korang lak guling-guling tengok eh...




psstt:memang kena gelek seksi-seksi ke kalau nak buat video klip??