Followers

Biasiswa

tabung simpanan masa depan

Monday, December 13, 2010

bila besar nanti nak jadi apa?

hulla people.

dua tiga hari ni tingtong sedikit kesan kurang tidur hari tu.tapi ia sangat berbaloi-baloi! pengorbanan yang agak berbaloi jika hati sentiasa bunga-bunga,penuh dengan senyuman yang lebar sampai rasa telinga tak ada,penuh dengan gelak sipu-sipu tutup mulut,mulut tak henti bercakap sampai tak nak makan minum sebab takut terlepas nak cerita macam-macam,main jeling-jeling bajek kau je yang ada mata dan main permainan yang menguji minda    ala-ala nak ambik ujian PTS..berbaloi bukan?

dah-dah..masa pengorbanan membuka mata menongkat langit hari tu,terbuka pula cerita masa kecil-kecil dahulu.sajelah tu nak mengimbau masa-masa lalu aku.terus teringat masa darjah dua,cikgu kelas tanya,

'nanti bila awak dah besar nak jadi apa?sebutkan tiga pekerjaan yang awak nak jadi nanti'

dalam kepala aku macam-macam benda nak jadi.tapi sebab cikgu kata sebut tiga je kan.puaslah nak pilih tiga je padahal kat kepala macam-macam nak jadi.cuma makcik cleaner je taknak jadi.berlagak.kawan-kawan semua nak jadi doktor lah,bomba lah,angkasawan lah.poyo jelah diorang ni sume.sangat tipikal.ok,aku lagi poyo.serius je aku cakap kat cikgu,

'cikgu,saya nak jadi saintis herba.yang kaji tumbuh-tumbuhan nak buat ubat tu'

ewah..tinggi gila cita-cita.kecik-kecik dah tau nak jadi saintis.say no no no to doktor ya.sebab dari kecik memang aku taknak jadi doktor pun.

'pastu saya nak jadi pereka fesyen'.

cewah.ini lagi tak boleh blah.yo yo o je nak reka fesyen padahal ko duk mengadap pakai baju yang sama je tiap hari.tapi,boleh je kan.aku ada banyak reka pesen-pesen tau.malas je aku nak tunjuk kat sini.nanti rizalman ke,hatta dolmat ke nak copy lak..no no no.

'yang ketiga saya nak jadi pramugari'

wahhhhhhhhhhhhhhhhhhh..........ada hati kau ye aimi.memang nak kena gelak dengan semua kawan-kawan aku.dulu,aku gemuk gila.tak tipu.hoho..sekarang pun gemuk jugerrrrrr *tutup muka malu*.bila aku cakap je pramugari,dan-dan semua gelak.gila malu di situ.rasa macam nak tanya je,aku salah cakap ke?shhh..ini rahsia.sebenarnya aku nak cakap nak jadi peragawati (model),tapi tercakap pramugari.nasib baik aku silap cakap,kalau tak dan-dan kawan-kawan aku guling-guling gelak sambil gulingkan aku dari kelas sebab tak boleh terima orang gemuk nak jadi model.

koya kan?tengok,beberapa hari ni asyik dengar orang cakap kelantan,dan-dan aku pun dah terikut.sekarang,aku pun tak tau nak jadi apa.tunggu jelah abis belajar nih:)dalam kepala aku,ada jawatan yang aku nak.tapi tak boleh cakap kat sini.rahsia.

*jadi mak andam pun macam bestkan?

5 comments:

keryoki said...

tak pernah plak budak2 cakap nak jadik mak andam..hehe

Cik Birder said...

ehehhehe...leh main mekap2:)

noyu aida said...

hehe men kawen2..hee

akk comey ni pandai mekap owang.. :))

Cik Birder said...

ahhahaha...mane pandai sangatlah noyu...

Fooart said...

andam kepala burung helang...cam na????