Followers

Biasiswa

tabung simpanan masa depan

Sunday, February 28, 2010

It's my BIRTHDAY!!!

hoho..semalam = 26 feb 2010..it's my birthday!!!!woohoo..!!!!!thank you pada semua yang telah wish pada i..toche toche!!!cik luvly zara juge mengwish i..huhu,terharu..got 2 presents from my beloved rumate and my friend..thank you!!taun ini dapat byk wish..sangat happy sampai buat my heart sing lalalalala...hahah...malam sebelum tu makan2 bersama khalid,azlin dengan shima..kadet2 juga nyanyikan lagu untuk i dua kali..terhibur!padanlah korang kadet..nama pon kadet..tapi korang suka nyanyi kan?
haha..secara sengaja menutup umur yang muda:)
lovely..sangat suka..tq yan:)
second present..cute
semalam sambut di taman botani putrajaya..without any information pasal taman tu,kitorang tibai je..hoho.siap karaoke sampai dua kali...three couples and only me da lone ranger..tapelah..seronok tengok kawan2 sangat shweet dengan bf masing2..malas nak cerita panjang2..nanti korang muak..jom kita buka album lak.
 

gambar atas tuh,dua kapel tengah posing..sepasang lagi tak sampai..huhu,i yang alone ni juga kena tangkap gambaq depa

gambar kiri:kboyd and me!!



       aksi menggedik kami bertiga
(dayana,eyeme,kboyd)..heheh...--------->






sesat kat taman ok..puaslah cari map dalam brochure tuh..hampeh...
menggedik lagi dekat trem..padahal trem cuti arituh,tak jalan pun
banyak kan makanan yang kitorang bawa??marvellous!sampai buncit!
itu kek yang sedap!

adegan memotong kek oleh dua orang birthday gurl..tapi berbeza sebab die berpasang dan sy single..hehe
okeh..sume 3 pasang ada..rancak tengah makan..makanan berlambak tapi sume simpan tepi,kononnya sume makan sikit je
ok..saja nak mencapab jugak dengan mencium bunga itu..muka bunga tu tak ikhlas je kan?cis!
aktiviti berbasikal..dayana ngan bf nya pegi tengok biawak tepi tasik
ololo...shweet je kan naik basikal sama2 macam nih..alahai..
dorang ni kalau bab posing suka je..macam posing untuk cover majalah remaja pulak

ohoho..sangat penat satu hari..lepas berbasikal,pegi bantai karaoke lagi..sakit tekak..lantak korang la tengok gambar2 nih semua..nak promote ni..pegilah taman botani putrajaya..best woo..boleh beriadah..jalan2 ngan pakwe makwe ke..ecewah..

psst:abah,nak kasut nike tau untuk adiah birthday tahun ini..hehhehehehhe....wish taun ini mau lebih positif,siapkan master ku,menjadi seorang gadis yang baik,cantik,dan sexy..WTF..

Friday, February 26, 2010

Chelsea vs Man U,seri?0-0??





haih...sudah cedera abang itu...


ok,arituh aku tengok chelsea lawan man u ok...kagum gila wa cakap sama lu..hahah...tetibe ikot cakap cik lumut,sangat tak boleh blah..aku masuk je stadium,rasa macam nak lari2 kat padang menghijau tuh...bangga gila dapat tengok perlawanan gempak ini..orang agak ramai jugak,siap bawak gendang drum ke apa entah aku tak tau..tapelah,layan lahh gambar lagi..




ok,fine,aku tipu..hahah..baru-baru ini aku tengok game selangor lawan kelab vietnam.tapi takleh blah,baju pemain kelab vietnam itu sangatlah sebijik macam jersi chelsea.sampaikan orang belakang aku pun kata, 'diorang nih pakai baju chelsea ke?'..dahlah ada pemain import negro,ala-ala drogba pulak..hoho,tapi kompem drogba paling best dari dorang kan..drogba tetap di hati..kawan2 aku suka sangat mengeji aku bila aku cakap pasal drogba.yelah,pompuan lain sume suka yang hensem2 je,aku gi minat drogba,aku pun tatau nape..yang penting,aku tau,sepakan dia sangat berharga..hahah,belum dia sepak muka aku lagi,kompem masuk gol.

ok,abang atan dah kecewa,selangor lansung tak gol apa2..sama je dengan kelab vietnam..asik cedera..hoho,aku pun turut sama jerit (sangat tidak sopan)..geram ok,patut boleh gol,boleh menyimpang...cett...poodah..semangat selangor sampai aku pakai tudung selangor,merah kuning gitu.pasnih kalo tengok bola tak kisah negeri apa,aku akan pakai baju ikut tema..hahah,like!!!!
ini tiket bila masa pulak dia cilok,pastu jual balik..taun 2009 tuh..mesti tak laku dulu..nyampah..nak tiket ori..tapi tapelah,sebab dia jemput aku,rasa macam hot lak bila ada 'jemputan' itu..oh,free kasut adidas dalam mimpi

psst:malas  amek gambar muka sebab kecewa tak menang apa

Thursday, February 25, 2010

untuk para JEJAKA yang dikasihi..(abaikan kasih itu)

i really promoting the book,am i?rase macam sume content dalam buku tuh nak share dengan semua orang.sekurang2 nya korang tayah beli buku ni..let me share with you guys....this time,untuk lelaki2 yang belum berkahwin je..yang dah kahwin,bagus je baca,sebagai tatapan..bukan untuk mencari yang lain ok..

MEMILIH CALON ISTERI:

1. beragama iaitu yang beriman dan mengamalkan syariat islam.(ini penting,baru boleh tengok rupa,kekayaannya..sebab wanita beriman ini walaupun dia kaya atau cantik dia tetap akan merendah diri dengan suaminya..)

2.pilih yang boleh melahirkan zuriat dan penyayang orangnya. ini untuk meneruskan generasi dan keturunan dan boleh dilihat dari keturunan ibunya.pilih yang penyayang supaya dapat menjaga anak dengan baik..

3. pilih wanita yang taat dan boleh menggembirakan hati suami

4. pilih perempuan dari keluarga yang jauh.ini adalah untuk menjaga kekuatan keturunan dan kecerdasan anak, tambah kemesraan dan kebahagiaan keluarga

5. dalam memilih,utamakan gadis..tapi janda pun boleh dikahwini.banyak hadis pasal ni.jodoh tetap jodoh..eheh

6.pilihlah wanita yang baik akhlaknya

korang yang buat pilihan.ini sekadar ilmu untuk dikongsi bersama:)..wah wah,aimi sejak akhir2 ini makin skema pulak..ayat tiru buku boleh lah kan..tak lama,aku boleh jadi kaunselor perkahwinan nih..hahhaha

ciauuuuu

Tuesday, February 23, 2010

Untuk GADIS-gadis sahaja

Well, this entry is done especially for girls..or should i say women?what ever..sonang cite,pompuan yang belum kahwin..if anyone yang ada baca my entry pasal buku yang ibu bagi tu,mesti tau pasal buku bagaimana mencari jodoh tu..and here is one of the content..memang nak share dengan korang semua untuk mencari jodoh yang baik kepada agama,keluarga,dan negara..ecewah..

MEMILIH CALON SUAMI

1. lelaki yang beragama lagi berakhlak
2. lelaki yang bertaqwa
3. lelaki yang tidak fasik
4. lelaki yang taat kepada perintah Allah dan Rasul
5. lelaki yang utamakan agamanya
6.lelaki yang sabar menghadapi ujian dan dugaan
7. lelaki yang sangat takut kepada Allah serta ancamannya
8. lelaki yang selalu bertaubat dan meminta ampun atas dosa-dosanya
9. lelaki yang zuhud dengan dunia dan utamakan akhirat
10. sangat berkasih sayang sesama mukmin
11. suka melakukan kebaikan dan membenci kejahatan
12. bertanggungjawab dalam memimpin keluarga
13. sentiasa menjaga pandangannya
14. sentiasa menjaga batas2 pergaulan antara lelaki dan perempuan

hoho...ada tak feeling macam nak kawen dengan ustaz??ini sekadar tatapan..tapi bagus jugak kalau dapat orang macam ni..alhamdulillah dunia dan akhirat:)

psst: tau tak fasik tu apa?antara orang yang cirinya fasik-makan dan minum berdiri,berjalan tak pakai kopiah dan tak pakai alas kaki,suka buang masa,masuk tandas tak pakai alas kaki dan tak tutup kepala..adakah aku juga dikategorikan orang fasik???????????

Monday, February 22, 2010

DON'T DO THIS AT CLASS

ok fine..to incik hj munir,please do apologize me..really, i can't stand anymore..
ok, dari gambar ni pun korang dah tau apa aku rasa kan??nih kira dalam separuh sedar lagi..kalau tahap borobudur dah,memang dah jadi lukisan abstrak dah..

hahha...seriously,dengan voice ala2 romantik gitu with da surrounding yang sangat sunyi dan sepi..with just about 10-11 students in a room that can fit to 30+ students,memang aku rasa macam citpoodah sikit..dah due biji gula2 aku telan and air kosong abis sebotol,tetap aku kalah..setan yang jahat telah menari2 atas kelopak mata aku..yan yang macam mengantuk sangat steady dengan muka yang segar,i wonder..orang sebelah aku pon mata dah macam lampu neon yang dah nak rosak..asik liplap je.

but incik,saya cuba bertahan..betulkan?tiap kali incik nak datang ke arah meja saya,saya terus tersenyum kat incik dan angguk2 tanda paham even though saya sangatlah tidak paham apa yang incik cuba gelakkan..incik ini sangat misteri..saya taknak orang kata incik syok sendiri,jadi saya cuba gelak juga walaupun tersipu2 sahaja..pemalu kan saya nih?saya akan tundukkan kepala bila memandang incik kerana saya sangat pemalu walaupun hakikatnya aku pejam mata,tahan mengantuk.

saya akan cuba berusaha lagi menjadi pelajar incik yang baik..i see you next class,incik..:)

psst:kantoi,dang!

Saturday, February 20, 2010

berak beremosi

aku tengok perkataan 'berak' tu pun aku dah geli..korang apatah lagi kan..tapi ada je orang yang suka,so abaikan..tengok perkataan dah geli,belum tengok di sebalik perkataan tu lagi..oh,chit..chit poodah..(aku tak mencarut kan?)well..aku pun tak paham sikap segelintir orang yang tak suka flush jamban ataupun kalau kau taknak flush,ko bersihkan lah pakai apa pun asalkan tak ada sisa2 yang tertinggal untuk perhatian orang selepas kau.even kalau kau dah flush pun tapi still ada tinggal sisa baki perut kau,silakan lah bersihkan sampai hilang..ke,kau suka sangat bagi orang tengok sisa kau makan apa,warna apa,bentuk macam mana,saiz berapa??ha?hey people,where's your sensitivity towards cleanliness??nabi pun suro jaga kebersihan.dah tau setan banyak dalam jamban,nak tambah2 lagi population setan lompat happy2 atas sisa kau..air kan ada.kalau air takde,tu lain cerita.kau tetap kena bersihkan jugak.kalau tak,kompem bau semerbak.pastu,bila orang tanya atau buat muka 'eeee...sape berak tinggal nih?eee....',kompem kau buat macam tak tau pastu sibuk nak buat muka jugak,tutup hidung kan??nak masuk jamban pun tak selera.aku jugak nak kena basuh..aku bukan cleaner sebab kolej tak bayar gaji aku.tapi sebab aku nak masuk jugak toilet tu sebab toilet lain tak best,terpaksa jugaklah aku.gila emo lak aku tulis nih..aku bukan macam tu..so,aku akan cakap dengan lemah lembut lagi.

ehem..ehem...(testing suara)..

'kepada pengguna-pengguna bilik air tak kira di mana anda menggunakan bilik air,silalah jaga kebersihan bilik air untuk kepentingan bersama.'
ecewah,macam iklan ok..pasni sape nak amik jadi duta bilik air,boleh amik aku.tapi,nak bilik air yang bersih je.kalau kotor,aku reject,yeyek..

psst:aku taknak letak gambar,sebab aku tau korang akan muntah balik apa yang korang makan seminggu lepas korang baca ini.oh,plz don't do this at home,i warn you..

Friday, February 19, 2010

doktor mesin di giant


actually,aku sangat jakun dengan mesin ini ok..tapi tak berani nak cuba sebab aku takut nanti terkeluar lah suara2 sumbang yang aku tak suka 'anda berat'..mesti aku menyumpah kalau mesin tu cakap macam tu ngan penuh orang2 lain duk belakang aku nak tengok bape berat aku..aku tgk tade sorang pun nak pakai mesin tu..ala,mesti dorang pon cam aku gak..tak berani dengar suara2 sumbang mesin timbang berat..mesin nih best sebab banyak benda boleh check..takjub gila tengok..takyah pegi klinik..then bayar rm 2 je..hoho,murah tuh.tayah cari duit syiling,duit kertas pun boleh pakai..tapi kalo korang masukkan duit monopoli kompem lah tak masukkan..

kat sini,aku nak sarankan korang cubalah pakai mesin ni..bila rasa ok dan tak keluar suara tu,aku lak nak cuba..hahahhahahahhahah(gelak jahat)..

psst::bantal akemi yang aku show tuh best gila dowh..tak percaya??hoho. 2ari aku pakai,2 ari lah aku tak mimpi buruk dan bangun pukul 10,11 eh..kantoi aku..

kawen cara ungu

sehari pas raya cina aritu,sepupu aku yang sorang ni kawen..abg fadzli ngan kak gadisa (sudah tidak gadis lagi..heheh)..semua pun nak pakai warna ungu asalkan ikut tema..cayalah..malas nak bebel panjang..nih nak tunjuk gambar je..malas nak cakap lebih2,tengah emo pasal org budus mana kotor sangat,nantilah cite kat entri lain..mari tengok gambar2 ini..check it out bebeh-->

orang lain semua pakai ungu,ibu abah aku je nak lain dari yang lain pakai hijau
aku nak masuk gak,tak acilah kan,kamera i,suke ati
adi ngan amir tak masuk lak gambar nih
ni sorang lagi tema lain,shuh shuh..
aksi bongok aku ngan adik aku
ni lah pengantinnya..tukang kipas tayah amek gbr
sepupu2 hot..like!
nih time bersanding..aku rasa tukang kipas tu yang byk kipas sendiri

sepupu-sepupu yang hot lagi
 
with macik2 mude,opah mude,pacik mude dan of course sepupu2 mude

gambar pengantin tak banyak.tak penting sebab dorang dah ada photographer sendiri.kitorang nak expose lebih..aku tangkap gambar orang yang aku suka jer..hahha...banyak lagi gambar,tapi kang muntah nak tengok gambar 100 lebih plus mesti hang pc atau laptop korang nantik..hahah..

okeh,enough

Wednesday, February 17, 2010

bagaimana mencari jodoh dengan bantal akemi

hakhak..baru putus cinta,sudah bercakap2 pasal jodoh?sejak bila pulak cik aimi macam nih..henti-hentikanlah aimi oi..hari-hari mendatang ini rase semakin baik..i like!so,rasanya boleh nak wish happy chinese new year lagi kan??happy chinese new year!!!auuum...(background sound)..dah bape hari tak hapdet blog ini..balik kampung,jalur lebar tak ade.sempit sangat laluan nak masuk..well,nak wish my SEPUPU,fadzli for his wedding recently..moga berbahagia dan jangan sombong2..especially his wife..oops..memang tak sayang mulut ok..stop it,stop it..oh,and happy engaged to my best friend,ain for her engagement..really happy that i can't say anything..hati bunga2 to see you sangat happy..:)

ini ada satu cerita pasal jodoh..ibu belikan aku satu buku ini tau..how sweet..surprise je bagi..ahhaha
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

apa mimpi ibu beli pun,aku tadak tau..ibu kata baca untuk pilih jodoh yang baik..hohoho....ibu,macam mana ibu boleh fikir ini pulak..cuba bagi buku chicken soup ke..novel cecilia ahern ke,novel sophie kinsella ke,takpun,buku pasal burung..anyway,tq so much ibu!!!aimi akan cari jodoh yang baik!!!!!!(sangat tak boleh blah..huhu)

nanti bila aku dah habis baca,aku akan reveal apa isi2 dia supaya kita dapat kongsi sama2,then dapat share jodoh yang baik sama2..ahaks,salah cakap..patutnya share tips cari jodoh yang baik sama2..*blush*

apa kena mengena dengan bantal akemi pulak?before CNY aritu,aku telah membeli bantal MAHAL..ecewah..padahal 50% diskaun..malam ni aku akan rasa tidur nyenyak dengan bantal tu,jangan jeles..korang tau sebab apa?ehehe..jap2,aku nak tunjuk...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


saja nak enlarge kan gambar bagi korang nampak sikit khasiat2 bantal ni..siap engineer yang reka tau..baik korang pegi beli..bagus ni..aku nak cuba dulu,nanti aku bagi tau result....:)

psst:dengan bantal ni,boleh mimpi jodoh..ahaks,gatal

Friday, February 12, 2010

sudah putus cinta

saya sudah putus cinta.saya harap saya dan dia dapat kawan dengan baik.mungkin ini jalan terbaik.februari ini bukan bulan cinta buat saya..

saya suke friendship budak pompuan dan budak lelaki macam ini..sangat sweet..

Thursday, February 11, 2010

mengubah bentuk badan dan cara pemakanan

aku pun tak tahu,adakah aku hanya perasan atau pun ia satu kenyataan yang benar belaka..aku rasa badan aku makin berisi..berat pulak maintain berat..haha,kompemlah..maaf,berat tak boleh dinyatakan di sini.rahsia kerajaan.rasa macam nak pakai baju kurung je,konon2 nak hide badan yang gumuk.ilusi optik ok..tapi tak pakai jugak..pipi juga makin naik sampai kalau mata tu tgk bawah dengan tajam,boleh nampak bayang2 pipi.baru2 nih naik rumah si kakak,dahlah empat tingkat,tadak lif pulak.menapak lah naik tangga,rasa macam semput..aaaaaaa....tamau,bayangkan kalau aku masuk hutan balik,mendaki bukit ada aku pitam.mesti orang asli gelakkan aku.tadi,aku baca surat khabar dan aku mahu try tips2 ini (ada yang aku tambah sendiri melalui petua org2 tua)-->

1. minum air banyak-banyak
-dalam konteks ini,bukan minum air coca lala banyak2 ok,minum air masak.air paip@ditapis yang dimasak,atau air ro water masuk syiling tu,atau boleh beli air mineral,atau air gau,atau air mutlak (kalau yakin air hujan yang lalu ikut bumbung,minum je)

2. makan kerap,tapi sedikt
-sekarang,memang aku makan kerap juga.tapi banyak..memanglah naik badan amal makan camtu.jadi,perlu ada bekal biskut sentiasa dalam beg nampaknya.takpun roti..hoho..(tiap ari makan biskut oat,rasa macam nak muntah,wekwek)

3. makan buah banyak-banyak
- kalau teringin nak makan cikedi je,ganti dengan makan buah..terpaksalah beli fridge letak dalam bilik dekat kolej nak simpan buah banyak2.bolehkah?nak mampus kena rampas..

4. makan supplement 
-oh,ini untuk menambah zat2 dan vitamin dalam badan..yelah,aku nih makan tak betul je,tu yang anemia,kurang darah.jadi,pasni nak beli vitamin macam2..ohoh,incik fauzi,tolong biaya anakmu ini

5. minum air halia
-hehe,ini untuk membuang angin di dalam badan...haruslah..korang akan kentut-kentut potpot takpon buat bunyi erk,erk..angin dari mulut lak..kalau bakal mak mentua dengar bunyi2 dari badan ni,reject terus.tapi takpe,untuk kesihatan badan jugakkan:p

6. buat poco-poco
-hoh,terbaik..paling aku suka.nanti aku ajak kak dina,ala,kakak muslimah tu..boleh lenggang2 perut sket..shake2 body jugak..mantaplah..bontot pun boleh sihat kalau selalu buat poco2..boleh ajak ramai2 nih,rumate,jiran sebelah,jiran seberang,kakak bilik hujung..kompem bilik macam ikan sadin cap kipas udang (tu jenama kicapkan?)

7. berurut
-perlu ni..boleh lembutkan urat2 yang bersimpul tahap tali yang ikat pakai ikatan masa belajar tunas puteri dulu..di samping tu,boleh borak2 ngan makcik urut tu tanya ada anak lelaki tak,umur berapa,leh jadi menantu tak...

8. makan jamu
-fuyoo..sejak bila pulak aku teringin makan jamu..ini memang cubaan..ini bukan cobaan,ini betul-betul..

9. membuat aktiviti sukan
- haha,sukanlah sangat..tapi kena start balik ni..berenang atas katil,push up atas katil,joging atas katil..oklah tu kan?tidak,tidak..kena push buat ok..kalau tak,memang perut aku maintain buncit je sentiasa

10. berbekam
-perlukah????bagus tau..nabi pun buat..boleh buang darah2 kotor,toksik2 dalam badan tu..sekarang dah macam-macam cara ada..korang bayar je.boleh pakai lintah,cup..pilih je..aku pun dah buat sekali..banyak beza kat muka..dulu banyak jerawat,sekarang tiada tetapi tinggal kesan sikit.kena pakai fair and lovely..

bila aku dah capai keputusan maksimum,aku buat entry baru untuk result pulak ok..sambil tu,jom try sama2..

jangan jeles kalau aku dapat body hot macam ini..hawt,hawt

pssst: doakan aku berjaya..ehehhehhe...:)

Tuesday, February 9, 2010

hati kosong,siapa boleh isi?

ecewah...arini macam takde kerja pulak,asik nak wat entry baru..

kepala otak nih asik nak tanya je..kejam tak kalau kita beritahu orang yang dulu kita sayang dan suka,yang kita sudah takde hati kat dia lagi?kejam tak?

mesti korang rasa aku pompuan jahat.tak,tak,aku masih ada hati perut.mungkin terlalu stress fikir kenapa dia macam tak care dan layanan dia macam biasa,mungkin macam bestfriend.

lelaki,adakah memang korang macam tu?tapi,ex bf dulu tak macam ni,terlebih layan sampai rasa terkongkong pulak.adoilah,apa yang aku nak skarang nih?dulu,terlebih protect,sekarang lansung tak care..

rasa macam nak teruskan sebagai kawan je.tapi dia kata nak cuba berubah apa semua.patut ke aku bagi peluang lagi?agak2,adakah dia akan berubah?bagi,tak bagi,bagi,tak bagi..huhu.....kata sorang kawan aku ni,cakap je kat dia,nak kawan je since kalau kapel,tak bahagia,buat apa.yang sorang lagi cakap cuba bagi peluang.sorang lagi kawan kata no komen(bajek artis kot),lagi sorang kata fikirlah yang terbaik,kalau dah tunjuk sikap2 yang macam tu,fikirlah sendiri..

huhu..meh2 jadi kauselor aku..sape berjaya solvekan,aku belanja.coklat cadbury dalam gambar google.

jelingan mata menusuk kalbu


tiba2 aku suka sharifah aini..apa kejadah..tapi,lirik dia i like..(suggested by noorul ezyan and ismeail)

since aku buat kajian pasal helang,aku jadi obses dengan raptor.sampai dengar lagu pun nak lagu helang.tak boleh blah.walaupun nampak ganas,tapi aku rasa helang nih cute.jap,aku tunjuk jelingan mata dia masa pandang aku waktu aku nak tangkap gambar dia.dia rasa dia hot.sebab masa nak amek gambar dia,dia tenung aku pastu dia paling muka dia.bajek.
my boyfie named BSK

kat bawah nih saja letak lirik sekali.mesti korang nak nyanyi bersama2 kak pah.bangga kak pah kalau dia tahu aku suka lagu dia nih.pewiit..

Terbang Helang

Artist: Sharifah Aini
Di angkasa nan luas
Terbang sang helang bebas
Menebarkan sayapnya
Sungguh megah lagaknya
Helang mendabik dada
Membelahi angkasa
Dengan gaya perwira

Bila saja engkau menghampiri
Burung lain terbang lari
Kau merasakan dirimu gagah
Hak yang lain tak kau endah
Mengganas kau di angkasa
Dengan gaya perwira

Terbanglah engkau tinggi
Sampai ke mana lagi
Ingin engkau jelajahi
Sehingga kau terlupa
Yang tinggi jatuh jua
Bila tiba ketika
Kau ke tanah akhirnya

Usah kau lupa diri
Bahawa langit itu tinggi
Nanti lemas sendiri
Nanti lemas sendiri

Monday, February 8, 2010

tanya air mata

jangan risau,air mata takleh cakap,takyah tanya pun tape..


maaf,terpaksa juga cakap ini...

hati saya sudah kosong.....kosong seperti kalau terbalikkan tong air masa air tade kat kolej 12,memang tadek lansung air yang menitis hatta setitik..

jadi,kena tunggu lori air hantar air mata, baru terisi kembali tong air itu...

maka,secara kesimpulannya,tunggu abang lori hantar air,dan hati akan terisi..

sekian,harap tunggu

Sunday, February 7, 2010

macam budak-budak

pernah tak dulu2 masa kecik,korang nak satu permainan ni tapi tak pernah dapat?sangat jeles ok kalau nampak budak2 lain main dan kita cuma ketap bibir je nak main.aku dah rasa ini.dulu sepupu aku ada benda ni,diorang baru balik dari uk,so mainan diorang semua gempak2.oh,tambahan,rasa macam diorang kedekut je nak bagi aku main sekali.sangat tak boleh blah.sebab masa tu,diorang sampai malaysia,diorang tak reti lansung cakap melayu.aku yang baru umur 6 7 tahun memanglah tak reti nak speaking2 lak ngan dorang.tanya aku bahasa jawa pun aku tak reti.apatah lagi bahasa tamil dan cina.nak suruh ayah aku beli,benda tu bapak mahal.masa kecik tulah.sekarang ada duit,semua boleh beli.mainan yang sangat aku mau dulu2 dan sampai sekarang aku nak.so,if ada anak,aku akan beli untuk anak aku,tapi aku yang nak main.suka ati nak cakap apa.


aku nak DOLL HOUSE!


ini google image.lebih kurang camnilah.leh buka tutup rumah tu..sukanya!!sampai besar aku suka!

inipun amek dari google image.bapak best budak ni ada dollhouse besar macam ni.

So,untuk tanak bagi diri sendiri jeles,aku pun buat sendiri doll house sendiri guna kotak besar.pastu pakai polistrin besar2 yang selalu ada kalau kita beli mesin basuh ke,printer ke,apa ke,aku rembat je.polistrin tu untuk buat partition dalam rumah,untuk buat bilik2.then,batang2 mancis aku buat jadi perabot.siap ada bathroom ok.ada kolam renang jugak dalam rumah.masa tu dah besar sikit dah pegi sekolah darjah 2,jadi bijak sikit nak fikir buat perabot.anak patung aku sampai aku mandikan dalam kolam renang rumah tipu tu.sonok dia.takpun,aku beli patung kertas yang boleh tukar baju.20 sen je aku beli kat kedai muthu dulu lepas sekolah agama.

sampai sekarang aku craving benda ini.kalau aku rasa ada duit lebih,aku nak beli.hahahaha.

pssst:dulu aku nak pakai gaun pink,ayah aku tak beli.tapi dia beli skirt pendek.bapak seksi.




Saturday, February 6, 2010

i don't heart a big a city

ada nak masuk 2 minggu family start duduk umah sewa kat gombak,and dekat 3 minggu duk kat kajang tumpang umah makcik.aku nih memanglah duk kat kl nih ..a bit shock to my family since we normally stay in a complex surround by the green of oil palm plantation..dah biasa duduk ulu,then terus pindah ke bandar besar..really not suitable for my family,or maybe we just feel like this coz we still new to stay in different place like we used to..

and it is tiring and tension to stay in smaller house with so many big things.kotak2 berlambak,perabot tak tau letak mana,kain baju tak tau letak mana,nak susun atur rumah pun tak tau nak start macam mana.bayangkan dalam bto live in a big city like kl,we can't afford to buy or rent other bigger house..gile,rumah sekarang semua mahal2.rumah kecik tepi jalan pon lebih 500000..dengan keadaan adik yang berlainan dan istimewa dari orang lain,sangat tidak sesuai duduk di rumah seperti ini.tapi sebab dekat dengan sekolah dia,dan mudah untuk ibu hantar dia dengan jalan kaki.

tak sanggup untuk lihat ibu nangis then buat macam dia happy.boleh ke korang tengok mak nangis sambil lipat baju sambil ckp ngan kita,pastu boleh pusing2 badan pulak,pastu senyum,gelak2.padahal,aku tau dia seka air mata..abah selalu out station,tak faham keadaan orang yang duduk kat rumah.nanti abah pon tensen,dia pun banyak kerja.kesian kat ibu.adik pulak jenis tak paham bahasa,yelah dah namanya 'special' macam tu.sedih.rasa macam mau seperti dulu.tapi ibu kata,tak apalah.dalam tuhan bagi adik yang special macam tuh,tuhan juga tolong murahkan rezeki.jangan salahkan sape2 dan takdir.tuhan itu maha adil.harap adik semakin jadi baik dan diam dan tidak mengamuk2 dan bagi tensen.harap tuhan murahkan rezeki dan kurniakan kesihatan yang baik.aku kena abiskan belajar ini dan berusaha untuk balas jasa ibu abah dan jaga adik2...wah,rasa semangat.chaiyok2!

rasa jahat marah adik pagi tadi,takleh tahan..asik ngamuk.wat sakit badan ibu.sakit ati.sangat. nangis tengok ibu nangis

Wednesday, February 3, 2010

tak tahu nak mula

fikir lama2,tak tahu nak mula macam mana nak buat analisis data yang lecturer suruh petang tadi.

gis mapping?grafik?patut belajar semua itu.

duduk depan laptop lama2,tenung data lama2,tapi tiada yang berubah.

teringat zaman belajar undergrad dulu.happy je.sekarang kawan2 pun tak tau pegi mana.

oh,kawan baik sudah mahu tunang hari valentine nanti.epi rasanya.sob sob,rasa macam nak tunang jugak.

tunggu sape2 call.tapi takde.tunggu sape2 msj.juga takde.

buka mukabuku.tutup mukabuku.buka balik.tutup balik.

oh,cukup.kena cuba buat kerja itu.


Tuesday, February 2, 2010

Apabila Perempuan Muslimah Berjogging

Salam..ecewah..dan2 bagi salam.kalau tak pakai terjah je.sehari sebelum gi wat pelastic surgery tu,pergi berjoging dulu.dengan harapan badan akan kempis sama dengan hidung.sebenarnya kak dina yang ajak.entah apa kena ngan dia,tetibe je.pelik tu...tak penah tengok dia pakai seluar.hahahha...memanjang pakai kain.macam jakun excited jugak tengok dia pakai seluar..fesyen baru kak dina.mari kita tengok...

owh,so shweet (takleh blah puji)

jadi,kami pun start berjoging menyusuri tasik um yang kotor tak hengat,penuh dengan lumut2 cantik dengan air menghijau.kak dina memang lain dari yang lain,salutelah..semua orang yang aku jumpa tengah berlari semua pakai macam ni,dengan pelbagai jenama 

gambar belah kiri ini saja nak show fesyen sesuai untuk berjoging.walaupun kasut murah,tetapi berguna.macam nak cabut tapak dah pakai.harus beli kasut lain pulak
wow..cayalah...pakai sandal pun boleh joging tau..lari makin laju tu,tinggal aku kat belakang..memang sangat tak boleh nak blah.lepas ni,aku nak try lari pakai high heels pulak.mungkin makin laju sebab cengkaman belakang yang kuat dan tak haus..semua harus cuba ini di rumah

gembira je kan kami berjoging?lansung tak letih..sebab tu kena tiru kak dina.rasa sangat sihat!ye,mari berjoging!
Mari kita tengok apa kesudahannya hari esok...hahhahahha
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
?
Sangat derita i tell u...lepas operate,idung darah,kena letak ais..misi tak bagi minum,bibir pecah.makcik misi jahat,misi psiko..letak air satu jag kat depan tapi tak bagi minum,menci misi

oh,makanan hospital sangat lazat...sedap sebab free
 
kan??sup tu menyelerakan,kan?

aku sudah mampu tersenyum:)