Followers

Biasiswa

tabung simpanan masa depan

Thursday, April 29, 2010

nak jual lembu untuk hari raya haji

teetttttttttttttttttttttt.....di tag pulak oleh cik kasih...comel sangat bagi lembu..aku nak bela bagi sampai besor gedabak pastu aku nak jual...boleh shopping raya..ganti puasa pun tak abih lagi,sibuk nak shopping raya..hoho..



1.Thank & link the person that gave you the cow (JGN LUPA COPY PICTURE SEKALI)
 terima kasih banyak-banyaklah pada cik kasih suci sebab bagi lembu nih...lembu nih dah mandi ke belum nih?? 

2. Bagi balik wasiat ni kat 7 bloggers yg paling active atau7 paling tak active..hahaha
 adoilah..nak kena bagi lembu nih kat orang lain pulak...ala..baru nak jual..tape2..sharing is caring kan??jadi mahu bagi lembu ini pada 



3. Bagi tau diorang ni yang diorang dapat wasiat dari orang kaya kg sepening lalat
ibu2 bapak2...ini adalah wasiat dr org kaya kg sepening lalat...sian lalat,pening dia duk dalam kampung tuh sebab semua busuk macam lembu

4. Cerita 3 perkara apa yg anda selalu buat sambil tgk tv
 1. tukar2 channel
2.kunyah makanan sambil minum-minum
3.berbaring2,takpun duduk dengan sopan

5. Bagitau 3 makanan pelik yg pernah anda makan
pelik ke eh?aku suka sup gamat masa duduk di sarawak dulu.teringin nak makan ulat mulong

6. Cuba bagitau berapa orang dah kawan anda kat FACEBOOK
879 orang..mahu cukupkan seribu..hahahha

7. Feveret soalan ni.....camner korang berjumpa spouse korang or pakwe or makwe... 
masih single...berharap orang yang disukai mengajak makan secret recipe...hahahha

what are you doing when u are bored?

okeh...malam ini mahu bersusah susah membuat paper dengan jayanya..chaiyok2!!!!jadi,aku post dulu satu entri untuk sesiapa yang selalu bosan....:)

this is what i am doing when i get bored..playing with the colours!!!!!!!!!!!!!!!!!macam budak-budak,tapi ada aku kesah?i love crayons,colour pencils,paints,whatever...

ni antara yang aku conteng-conteng--->


sorry,this is sold..hahhaha...ni aku nak bagi as present for cik kasih




sesuka hati nak lukis apa pun...pernah masa birthday aku yang ke-21 kot..hehe..tibe-tibe rase sedih,so aku lukis gambar kek birthday..malas nak tunjuk,mesti korang gelak bahak-bahak...bagi diri sendiri hadiah kek..bajek sweet..tapi air mate berlinang-linang..hahahha..ade lagi lukisan-lukisan setanding monalisa versi budak tadika lukis tapi cukuplah..kang loya pulak..

psstt:malam tadi,dapat DUA mesej yang buat hati bunga-bunga..dua je,tapi suke!rasa macam nak lukis dua kuntum bunga sekarang..

HADIAH BIRTHDAY UNTUK KASIH SUCI

before mula apa2,i just wanna wish our friend,happy becoming birthday..quite busy lately...nak hantar paper for conference terkedek-kedek nak buat...huhu..harap tuhan kuatkan semangat dan jauhilah sifat malas ini..shuh shuh...

ok,this entry lain sikit coz this time,i'm going to do something for someone i do not know,but i think i already be friend with her.she left a message in my shout box,and when i view her blog,rasa macam nak join je..so,kasih suci,this is for you..........
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.sangat buruk...tapi..nak tunjuk jugak...

cik kasih....ini adalah hasil tangan saya yang sangat amat tidak cantik dan boleh meloyakan tekak dan menjolok mata sesiapa yang melihat.dengan hadiah ini,diharap cik kasih akan selalu ceria bila melihat bunga-bunga dan warna-warna tersebut.selain itu,diharap dengan hadiah ini juga,kita berdua dapat menjadi kawan yang baik.ecewah.....diharap cik kasih tidak muntah bila melihat lukisan ini..hahha..sila tinggalkan alamat supaya mudah untuk saya  menerbangkan lukisan ini ke rumah anda.

HAPPY BIRTHDAY!

psstt: macam buruk gila hadiah nak bagi kat cik minah sorang nih..

Wednesday, April 28, 2010

warna kehidupan..which colour you choose?

saja mengemukakan soalan ini..sebab nowadays kita boleh tengok,people is more daring,using bright colours macam kuning,oren,merah...secara jujurnya,aku dulu-dulu sememangnya tidak gemar atau dalam erti kata lain menyampah dan benci warna-warna ini.dari kecik,aku lebih suka warna hitam..konon-kononnya aku ni geng black metal la..seriously,dalam wardrobe cuma ada baju warna hitam dan blue black.bapak gelap kehidupan.baju sekolah takyahlah cakap,memang confirm putih lah..mana ada orang pakai baju sekolah warna hitam..sampai ibu aku pernah cakap

 'rimas ibu tengok kamu ni asyik pakai warna hitam je,pergi tukar sekarang'

ok,aku kan anak yang baik,jadi aku menurut je.aku pun pergi tukar,tak pakai baju warna hitam dah..tapi blue black..haha,dah itu yang aku ada..redha jelah..masa aku sekolah tu,tengah hangat pasal black metal.hoho,aku pun dengan bangga jadi metal jugak,tapi takdelah sampai makan darah kambinglah,pijak-pijak quran..tu murtad punya orang.tapi,kalau orang buat aku marah cam kawan aku sorang dulu,memang tarik-tarik tudung lah jawabnya..dush dush..

masa sekolah menengah dulu,banyak baju hijau sebab aku dulu rumah sukan hijau.hahaha..baju kurung memang macam2 lah tapi semua warna pun dull je.kononnya taknak menonjol..skema dowh.jalan pun tunduk.
tengok,tak tipu.baju hijau jugak aku pakai.

masuk asasi,warna pun dull jugaklah..mana berani nak pakai warna-warna menjolok mata ni..masa tu,banyak baju warna biru.baju kurung biru,kemeja biru..sebab dulu suka warna biru.sebab ex-bf sangat suka warna biru.tu tak boleh blah,terpengaruh.lepas clash,terus kurang baju biru.tapi masa malam emas,sebab aku jadi mc,jadi nak menarik perhatian orang ramai,aku pakai jubah hitam plus outer kuning menyala.tiba-tiba tudung aku pakai pink.suka hati.tapi sama je,orang tak kenal jugak.

semua ni mc malam emas.bila tengok banyak kali,not bad jugak kuning+pink.kan?

masuk u,aku macam makin menggedik dengan warna.berkawan dengan model-model dan orang-orang cun..haruslah bergaya.hahaha..hipokrit..tak tak..itu hanya kalau datang waktu emosi tak stabil dan perlu warna-warna ceria.ok,tak mengaku suka pink walaupun sebenarnya naluri ada mengatakan ya.tapi aku buat bodoh je.padahal nampak benda pink,suka je nak hambik..gila mengada.sekarang aku suka warna yang lagi menonjol..hoho..merah,oren,kuning,turqoise..gilos.selendang merah kuning aku beli tak pakai lagi.sebab save nak pakai masa tengok selangor lawan bola.biru terang-terang pun aku macam suka.nampak sangat hormon estrogen aku membuak-buak.dari gelap terus pilih terang.
selendang ni aku pakai dengan baju kuning terang rambu ramba.bila jalan bawah matahari,semua tengok..sangat menarik perhatian kan?


Let's play with colors!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

psstt:warna apa korang suka??

Monday, April 26, 2010

sekarang semua orang suka bogel-bogel


Hotel bogel pertama di Turki

ANKARA - Pelancong-pelancong kini boleh menikmati sinaran matahari sambil berbogel di pesisiran pantai Turki bermula minggu depan apabila negara Islam itu membuka sebuah hotel yang membolehkan mereka tidak memakai sebarang pakaian, lapor sebuah akhbar semalam.
Dibuka khusus untuk pelancong asing, hotel bogel yang menghadap pantai itu akan dibuka pada 1 Mei depan terletak berdekatan sebuah resort.
"Pelancong dibenarkan berbogel di dalam kawasan hotel tetapi bukan di kawasan pantai awam berdekatan," kata Pengurus tempahan hotel Adaburnu-Golmar, Ahmet Cosar.
Bagi tetamu yang bertekad untuk tidak memakai pakaian mandi, pihak hotel akan menyediakan bas untuk ke pantai bogel persendirian. - AFP

WTH people...apa nak jadi ni?negara islam pun dah mula menggalakkan semua orang berbogel..dah tak ada malu dah nak berbogel..huhu..wajar ke ada hotel ni?apa reason utama hotel ni dibuka?untuk meningkatkan ekonomi negarakah?
sanggup lah pulak aku nak tengok macam-macam orang berbogel-bogel,berlari-lari..eeeiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...

pesanan berguna kepada sang doktor

wahai doktor,


sedarikah engkau yang engkau sangat diperlukan untuk negara dan bangsa?

sedarikah engkau yang engkaulah menjadi harapan ibu ayah dan keluarga?

sedarikah engkau bahawa keringat serta jasa mu sangat dihargai?

sedarikah engkau bahawa pengorbananmu itu telah menyelamatkan banyak nyawa?

betapa banyak jasamu,doktor...

buat adikku amar......
harap dalam peperiksaan ini,kamu akan lakukan yang terbaik..
selalu berdoa kepada tuhan..
selalu ingat pada ibu abah dan keluarga yang sangat berharap kepada kamu..
selalu belajar dengan tekun..
selalu ingat pada penat lelah ibu abah yang telah membesarkan kita dan berhempas pulas mencari rezeki untuk kita semua..
kakyong doakan agar amar selalu berjaya dan dapat menjawab peperiksaan dengan baik..
walaupun ada salah silap,terkasar bahasa,kaki tangan disepak dan tersepak,tapi air dicincang tak akan putus,bukan?
jadi,dengan ini,kakyong ingin mengucapkan................................

GOOD LUCK BECOMING DR AMAR!


pic was taken during hari raya,jalan2 di poring,sabah

penagih kasut yang berjaya

YEAY!!!!!!!!

hoho..selamat pagi!!ecewah..mode happy..dari hari sabtu,tak dapat line internet kat kolej nih.memanglah wireless,tapi selalu ok je.tiba-tiba buat hal pulak..sangat sangap dibuatnya.nasib baik pulang ke rumah dan meluangkan masa menonton starmovie dan segala channel yang ada.dari hari jumaat,aku dah tersenyum lebar.sebab...sebab....sebab................................................................................................................
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
kasut + stokin!!

dari bulan februari masa happy birthday aku lagi aku dah menagih kasut.kononnya nak jalan-jalan pakai kasut,sakit kaki lah pakai selipar,nak bagi semangat nak joging lah..macam-macam aku buat alasan nak kasut..nak pakai duit sendiri,confirmlah kedekut.sebab nak sara diri sendiri pun tak cukup.jadi minta pada 'sugar' daddy is the best way untuk hilangkan ketagih ini.tapi,daddy aku buat dunno je.takpe-takpe...taknak kawan..

yelah,kita kena ada beri,menerima dan balas kan???kan???memang dasar anak mengada bila birthday ayah kita bagi bola golf je,tapi birthday kita nak kasut.tapi takpe,daddy i dah paham pun..kasut punya pasal,pergi mid pakai macam bibik pun dah tak kisah.cukup dengan capal,seluar track dan tshirt yang ada kesan kunyit.

walaupun pada niat asal mahu nike punya kasut tapi bila tengok,satu pun tidak menarik hati..jadi ke reebok punya area,rasa macam ok,so hambik saja.sangat menarik perasaan bila abah kata 'HAMBIK AJE,ABAH BAYAR'..hoho...

dapat satu dress jugak..mengada lagi menagih pada abah.bila abah kata aku macam-macam..terus meluncur je aku cakap 'abah nak anak perempuan abah sorang ni cantik kan??kan??so.....kenalah macam-macam';)..yes!abah senyap.

psstt: TQ ABAH YANG BAIK..rasa nak pergi beli baju cap ayam yang ada tulis SAYA SAYANG ABAH SAYA




Friday, April 23, 2010

macam mana???

macam mana nak hilangkan perasaan malas ini??

macam mana nak hilangkan fobia kepada bunyi ambulan dan juga membaca suratkhabar??(pelikkan??aku pun tak paham kenapa)

macam mana nak pukul nyamuk dengan confident dan efisyen nya?

macam mana nak selesaikan kerja-kerja mengikut due date?

macam mana nak kurangkan berat dan cun selalu?ahaks..

macam mana nak dapat seorang boyfriend yang best dan memenuhi ciri-ciri?ecewah...

macam mana nak ada banyak duit dan boleh shopping,beli kereta,rumah dan apa sahaja??hoho..

macam-macam lah kau ni aimi.....apa daa...

Thursday, April 22, 2010

APPRECIATION TO THE NATURE (part 2)

all the piccas from part 1 and part 2 were taken in hutan simpan tekam..we had a lot of fun there,really..and the place we stay really make me remember back all the memories during childhood as i used to live there from a baby until standard three...oh,tamau cakap banyak...this is the week of piccas!go for green!enjoy the piccas!!!!!!!!!


evening blues~~~~~~~~



embun di petang hari~~



what a lovely butterfly~~



tengok...spider web memerangkap air hujan



is searching for the next victim...who's next?



a bit kuciwa with this photo as i can't focus more on the grasshopper..however,i love the green!



so orange!



creature captured



we appreciate the nature:)


psstt: mahu membuat planning untuk membuat satu album koleksi kompilasi lagu gambar semasa fieldwork..ecewah....poyo!

APPRECIATION TO THE NATURE (part 1)

entri kali ini memaparkan keindahan alam semulajadi yang terdapat di sekitar kita.ecewah,ada gaya macam pengacara majalah tv3 tak?tahun depan aku cadang nak masuk tophorse..eh,tophost lah der..undilah aku nanti..haha,cam siot.

ok,what i'm showing here is just piccas from my 500D..this is the way how i appreciate nature...by the way..remember 3R!!(reuse,reduce,recycle)..enjoy the piccas!!!!!!!!!!!!(masa ni i kat kampung new zealand,so kena skeaping..eh,speaking.)

if tak silap,ini adalah cookeina sp (apa yang aku belajar masa kelas mycology)

suka lumut-lumut ini..nampak sangat fresh

i have no macro lens,so tak dapat nak capture grasshopper dengan lebih dekat

lihatlah percubaan sang labah-labah itu..warna pun ala-ala je

setitis air..lepas tangkap gambar ni,terus jentik ranting tu bagi titis air tu jatuh..dengki

bunga ni mudah dijumpai merata-rata..pokok senduduk tu..please correct me if i'm wrong

nujum pak belalang

bulu-bulu-buluuuuu

sekali tengok,macam rupa keropok lekor dengan sos pun ada..tapi sebenarnya it is a picture of batu berdarah



psstt:: oh,anda boleh menjadi pengkritik tetap saya..sila hantar komen anda kepada http://eyemeria.blogspot.com..atau anda boleh layari FLICKR saya.

wait for da next part:)..love ya!


Wednesday, April 21, 2010

I AM AWARDED


tq my luvly didot for this award!!!!!baru balik dari fieldwork,bukak laptop,tengok2 dapat award!menarik kan?hati pun mula nyanyi lagu barney dino gumuk warna ungu..:)

am i really beautifool to accept this award?

sebelum ni tengok blog blogger2 lain semua dapat award..seronok tengok orang pass award nih..menunjukkan betapa kita sayang semua kawan-kawan kita.terima kasih daun keladi:)

seven miracle things about myself yang kena beritahu :-

- luvly and the only daughter of incik fauzi and cik mina and the only sister to amar, amir and adi
- obses pada birds termasuk raptors..really,pantang tengok apa-apa benda yang ada burung...apehal ntah
- love to shop..even masa fieldwork,kalau tak beli apa-apa dekat seven eleven rasa macam tak lengkap..haha..tu belum pergi mid ke,ou ke..time takde duit pun seronok juga..dapat beli tisu dekat watson pun rasa teruja..lol
-cita-cita nak jadi pegawai biodiversiti dekat oil palm plantation.ada ke jawatan tu?takpun nak jadi manager je..haha
- lately,suka warna oren,kuning,turqoise
-lately,sangat takut pada nyamuk!shuh,shuh...go away..dun like snake, white colour dan bunyi ambulan
-gaining weight dengan sangat berat sejak akhir akhir ini..dalam usaha nak mengecikkan lengan dan pipi...chaiyok!oh..mau lunturkan sunburn jugak..
sekarang nak bagi award ni dekat kawan-kawan lain pulak

kboyd cayang
kak aween
yana cayang
lil sis noyu
areev19

psstt: ada award lagik?????????hahhahah

Monday, April 19, 2010

gigitan cinta



gosh!!!!!!!!teruk rasanya bila dapat gigitan cinta ini..sebab tak rasa sweet pun..ganas sangat....habis tinggal parut..oh,nak tengok?cuba klik sini
|
|
|



ini pun gigitan cinta jugak....how sweet..tapi ini bukan kakiku yer...sian kaki abang nih....


inilah sang durjana itu!!!

padan muka kena picit-picit.....tulah suka gigit kaki orang lagi...






Sunday, April 18, 2010

Dalam HATI ada taman+pelangi

aku baru lepas tengok cerita ADNAN SEMPIT..lembap gila kan?tak update lansung...masa tengah meletup cerita nih,memang aku nak tengok..tapi asyik bertangguh je..last2,dah tak ada dah cerita tu kat wayang...confirmlah tak ada,dah sebulan lebih dah baru nak pergi jenguk ada lagi ke tak cerita tuh..

tergelak-gelak aku sorang-sorang kat depan laptop...tu pun tengok dekat youtube..rasanya kalau kat wayang,memang gelak guling-guling sampai bawah tangga...lepas tengok cerita tu,dengar pulak lagu si akim INILAH CINTA tu...memang wa rasa dalam hati wa ada taman yang dah tumbuh bunga-bunga siap ada rama-rama,ada burung berkicau,siap ada pelangi dengan matahari yang tengah tersenyum,lepas tu rumput menghijau je..eh,apahal pulak tuka bahasa ni..tapi seriously,dengar lagu ni rasa macam kat taman..rasa macam nak buat video clip sekali...gila desperate nak jadi artis..hahah..nonsense..agaknya kalau aku nyanyi lagu ni kat karaoke mesti aku bajet gila sambil buat muka bahagia..hahhaha..

nih aku letak link video lagu akim ...sambil korang makan cornetto,pejam sikit mata menikmati aiskrim sambil tangan raba-raba sikit kalau ada ipod ke,handphone ke dalam aiskrim tuh..

ala-ala macam nilah taman tu..tapi aku lebih sikit sebab tambah pelangi,rama-rama,bench dengan pagar comel...sweet je kan dalam hati aku...:)

psstt::terlebih fantasi.....tapi aku taknak jadi alice in wonderland sebab aku tak rasa pun land tu wonder...banyak orang jahat pulak tu...

it's all about GATSBY!

oh...entri ni pasal Gatsby street fair yang berlansung semalam (17 april) dekat times square punya foyer..macam-macam games ada semalam..paling tak boleh blah..game ketuk kacang..sebenarnya,rasa hati macam malas pergi..sebab balik rumah gombak and no one takde untuk accompany hari tu..so,bangun pagi lambat.then,tiba-tiba rasa macam nak pergi..terus minta abah hantarkan pergi..my abah baik kan?kocoh-kocoh je siap..sebab balik rumah lansung tak bawa pape..adoilah..kamera pon tak bawak..sangat menyesal..

sampai pun dah lewat..terus je pergi meja nak register..harap-harap boleh register lagik..muka kesian je..sorang2 and nobody yang aku kenal..nampak banyak jugak blogger-blogger yang blog diorang aku baca..sangat happening kat sana...bloggers gathering with Gatsby!!ohoho..paling best was the lucky draw!hadiah nya bukan seposen dua kupang,ratus-ratusan,ribu-ribuan punya..hadoilah..napelah nasib tak luck pulak nak dapat semua benda tuh..by the way,seronok tengok gelagat semua orang masa tunggu lucky draw and masa main games..

sebab dah datang lewat,aku macam ayam berak kapur sikitlah..ke kambing silap masuk kandang eh??aku pun tak ingat peribahasa yang betul nak masuk kat sini..yang penting,aku macam orang kampung masuk bandarlah..melongo jer..hahah..but then,jumpa blogger benz dan kawannya..sangat friendly..kejap saja dah boleh jadik kawan..tq very much!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!harap boleh jumpa lagi even bukan masa blogger gathering:)

gambar tak dapat nak upload lagik..sebab pakai htc,malas je nak masukkan gambar..tape,nanti buat entri lagi untuk gambar sahaja ok..menyesal tak bawak kamera!!!

hope ada lagi event seperti ini:)

chiauuuuu................

Wednesday, April 14, 2010

ada beza ke kalau sebut bro, brader, der?kenapa tak sebut bra je?

macam-macam lah sekarang....pakcik-pakcik pun dah pandai panggil 'bro' 'bro' ngan aku..panggillah 'sis' ke, 'cute' ke...ini panggil 'bro'..apa hal?

word 'bro' tuh from word 'brother' aite?sekarang nih dah ada trend lain sikit, panggil 'der' pulak...tak taulah korang kan..ini yang berlaku di sekeliling akulah...aku pun dah pandai sebut 'der' jugak..ecewah..gedik gila,sibuk jugak nak sebut..'brader' tuh ala-ala old sikit nak sebut..dalam kartun majalah ujang dulu pun banyak word 'brader'..

sekali orang sebut 'bro' atau 'der' ngan aku..aku terus je dengan spontan menjawab 'ye bra,apahal?'...

erk...nape aku sebut tuh??terus pakcik kata aku blue-minded,suka pikir macam-macam..erk..salah ke apa aku sebut??tak sama eh???????tak boleh eh short kan word 'brader' tuh jadi 'bra' jer??(dah garu-garu tudung sebab tak boleh garu rambut)..


psstt:kalau nama tempat sijangkang,tersilap tekan keyboard,mungkin boleh jadi sikangkang...sebab hari tu,pakcik tu sebut sijangkang,aku tersilap sebut sikangkang..terus kena cop blue lagik..hambek sebijik..dush dush

would u marry me????????????????eh..silap..would would u accompany me?

masih ingatkah pasal Gatsby Deodorant Street Fair???

i am invited!!!!!!!!!!!!!!!but the problem is...mahu pergi dengan siapa????

you guys free tak hari sabtu ini???jom pergi bersama-sama ke times square..mahu tak??mau tak??????????????

anyone nak accompany me???ngeee.............:)

psstt:muka sangat itam mahu pergi ke street fair..huhuhu...hhhaha.pedulik.....:)

Monday, April 12, 2010

ekspedisi mencari lampu untuk menerangi diri

disebabkan rasa tension dengan encik mesin basuh,diri ini mula tiada mood dan kelam..

ceh,kena terang balik ni..jadi memulakan ekspedisi mencari cahaya ..tapi bukan dengan mesin cahaya doraemon.doraemon cuti,balik kampung..jadi,naik kereta ferrari sis didie.vrooooooooooommmmmmm...meluncur laju sebab pakai minyak shell..watdehek

nak pergi kampung kuantan cari kelip-kelip tetapi terlalu jauh..jadi kami pergi.....
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
I-CITY!!!!!!!!!!!!!!!!!!
penuh betul orang...parking pun takde..dahlah perut lapar..jadi kami makan dulu dekat old town.dengan tenaga yang penuh,pergi semula tempat bercahaya itu..hoho..nak tutup dah rupanya!!cis..cepat-cepat keluar kereta dan pergi ambik gambar..inilah hasilnya:) eh jap..banyak jugak gambar ni..tengok jelah ek..mana tau korang nampak cam best,nanti boleh pergi sama-sama pulak..eheh


rasa macam kat china;)
di bawah cahaya agung 
menjerit memanggil-manggil cahaya
setan menyebut 'peace no war' sambil memuncungkan mulut
 setan tengah tutup lampu tanduk.katanya membazir letrik
 setan berambut panjang ini pandai membawa kereta ferravi
gedik gila tangkap dalam kereta..
masa nih semua orang dah nak balik pun..

malam masih muda nih...cewah..tak sedor diri dah pagi dah pun..nak jalan lagi nih..tak cukup lagi cahaya nih..so,kitorang terus pecut pergi klcc..biasalah naik ferrari...ke ferravi eh....

tengah-tengah tangkap gambar,kena halau dengan pakcik guard klcc.damn!orang nak tangkap gambar je.jeleslah tuh kitorang tak ambik gambar dia.patutlah asyik duduk dekat-dekat dengan kitorang.nak masuk gambar tapi tak dapat..

 merajuk sebab kena halau..tak nak balik
 tetap nak tangkap gambar jugak!
fasha sandhi memang suka muncung mulut..seksi katanya

sedar tak sedar,sampai rumah pukul 4 lebih pagi ya..malam minggu yang penuh dengan cahaya aidilfitri..eh silap...cahaya-cahaya lampu...lepas nih,kena pergi i-city lagi..tak abis teroka lagi nih

psstt:cir birder akan bercuti di sebuah kepulauan kelapa sawit esok hingga lusa..2 hari aje..cubaan memanjat pokok akan diteruskan..chaiyok!harap dapat jadik mummy angkat baby helang




Sunday, April 11, 2010

dem!mesin basuh jahat!

ombak jahat!!

ombak jahat!!

eh silap!mesin basuh jahat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

benci..benci....saje je buat marah...dah masuk duit dah pun..nape kau nak bertakung jugak??sian kain baju aku tau...dah wangi2,bersih2,last-last ko bagi air bertakung dalam mesin tuh...selama ni aku pakai baik je tau...nape kau buat aku macam nih?elok-elok kau boleh spin,nape aku yang kena perah jugak?habis mekap aku pakai sebab berpeluh2 memerah kain tau.siot..mesti kau gelak je tengok aku...

 dahlah nak cepat...baru je nak ada mood ak pegi jalan-jalan..bila kau buat hal,kau buat aku takde mood..bila aku takde mood,muka aku masam jer...huhu..tak suke,tak suke....tape-tape...sabar lagi nih..kau buat lagi,tak nak kayakan bos kau dah..

blah..pegi tengok lampu2 kat i-city lagi bagus:)

Thursday, April 8, 2010

dijelajah oleh abang bina badan..auuuuwwww

mari aku pendekkan cerita..malas nak cerita panjang-panjang..nanti korang scroll je ke bawah tanpa membaca..ehhehe..ye ke??tak kan??korang tak buat macam tu kan??korang reader yang baik kan??kan???

sangat excited bila abang bina badan,ENCIK BEN AFFLECK,datang jenguk dan review my blog!!!!!!!!buat hati rasa bunga-bunga...rasa macam nak mandi bunga pun ada...yeke ben affleck yang datang tuh??jap,cek balik...eh,encik ben ashaari lah!!!encik blogger yang charming itu!banyak betul tanda seru kan?ni sebab excited lah nih..



kepada encik ben,

         terima kasih sebab telah mengreview dan memberi compliment yang best..sangat appreciate...saya gf to nobody..heheh...ini bukan iklan,cuma pernyataan.terima kasih sekali lagi dan selalulah singgah:)

cik birder

janin yang terbuang

tak nak cerita panjang..cuma rasa kesian...tapi nak buat macam mana dah lumrah nya macam tuh...isk..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ini ketika masih baru dijumpai..fresh lagi..tali pusat pun tak potong lagi..ish ish ish

setelah beberapa jam---oh my gosh!!!!!(jerit ala-ala laura cerita indon tu)...

setelah beberapa jam lagi---bahana kerengga...sampai begini jadinya.....

kerana kau,janin ini jadi begini..
kerana kau,janin ini diharung kerengga..
kerana kau...........
|
|
|
|
siapa kau??????????????

psstt::siapa dapat teka ini janin apa,memang terbaek!aku bagi flying kiss dari sini!