info menarik tentang peluk-peluk ni:
kajian dari department of psychiatry di amerika membuktikan pelukan boleh menurunkan tekanan darah dan kurangkan risiko serangan jantung.di universiti new york pulak membuktikan pelukan meningkatkan kadar hemoglobin dalam darah dan meningkatkan sirkulasi darah ke jaringan tubuh.menarik kan??bila peluk seseorang,kita pun makin rapat dan ceria.
betul tak apa yang aku rasa??
bila peluk seseorang (kawan-kawan,keluarga,orang yang halal dipeluk sahaja), kita dapat rasa satu connection antara diri kita dan juga orang yang dipeluk..bila dipeluk,ia memberi erti:
- sentiasa ditemani.rasa macam sentiasa ada orang dengan kita di waktu susah dan senang.
-mengungkap rasa sayang dan cinta.pelukan boleh menunjukkan kasih sayang yang sebenar.
-ketenangan..ya,aku selalu rasa tenang bila dipeluk..terutama bila ada masalah,ada kawan-kawan yang peluk dan bagi kata-kata semangat.
-menaikkan semangat.bila kita ada sukan atau apa-apa aktiviti melibatkan group,kita akan peluk ramai-ramai,rasa sangat bertenaga dan juga semangat..pasukan malaysia harus cuba ni,baru boleh menang.malaysia boleh!
-percaya diri.kita lebih rasa yakin dan percaya diri sendiri bila dipeluk.macam kalau nak masuk apa-apa pertandingan,mak ayah bagi hug dulu,rasa macam terus yakin dan nak buat bersungguh-sungguh..
-redakan sedih dan kedukaan.hait,memang tak boleh nafi ni..sangat betul..bila sedih,menangis,mesti bila ada orang peluk kita,kita akan lagi rasa sedih dan menangis lagi kuat.sebenarnya sebab sebak.yelah,masih ada yang nak tolong kita.tapi lepas tu,mesti kurang rasa sedih tu.aku selalu macam tu..haha,kantoi
-penghargaan.dengan pelukan juga kita dapat tunjuk pada seseorang yang kita sangat menghargai dia..jadi,kalau adik beradik ada yang berjaya atau menang sesuatu,bagi pelukan pada diorang sebagai tanda penghargaan..
memang kadang-kadang antara adik beradik,bila dah besar-besar,mesti dah malu-malu kucing anjing gajah semua nak peluk-peluk kan??kadang-kadang,nak peluk mak dan ayah depan kawan-kawan pun malu.tapi bagi aku,aku suka peluk mak ayah aku,tak kisahlah depan kawan-kawan,nak dikata anak manja atau pun mengada.tapi,itulah cara aku rasa sangat selamat dan tunjuk rasa sayang pada mereka.dengan adik-adik pun aku peluk juga.cuma amar sejak dah ada gf ni,dah tak berapa suka kena peluk dengan kakak dia lagi.hahha..malu dengan fisahlah tuh..
bila sedih,roomate dan kawan-kawan akan peluk..rasa sangat comfort dan ada orang masa banyak masalah.ada certain masalah yang tak dapat cerita pada family,jadi cerita pada kawan-kawan.masa tu kita tahu mana kawan waktu susah mana kawan waktu senang.tapi kalau ko cerita kat kawan-kawan berlainan jantina,paham-pahamlah..takkanlah nak peluk,lebih-lebih pulak..pandai-pandai lah kan....
waktu dah lama tak jumpa dengan kawan-kawan atau saudara mara pun kita akan berpelukan..baru rasa mesra dan dapat hilangkan rindu.even walau kita dah lama bermusuh,tapi dengan pelukan,musuh pun boleh jadi kawan semula..harap-harap begitulah kan.
ada beberapa jenis pelukan..cuba lah tengok kat gambar-gambar nih
BEAR HUG
CHEEK HUG
FRAME HUG
GROUP HUG
semua gambar di atas dicilok dari google yang sememangnya menjadi tempat copy dan paste.terima kasih incik!
psstt:ya..saya perlukan pelukan sekarang..:))
5 comments:
u r hugged ;)
[expect] the un[expect]ed
tak sangka ya ada pelukan pun ada banyak jenis..
apa mieran tulis ni.berbelit je..hahaha..betulkan..'tak sangka pelukan pun ada banyak jenis jugak ye'..huhu
*pelok aimi*
tq huda n yana:)
yup mieran:)
Post a Comment