lagi beberapa hari je nak raya...semua kawan-kawan pun cakap tak rasa macam nak raya sangat.mungkin kerana umur masing-masing pun dah meningkat,jadi tak adalah perasaan nak raya tuh membuak-buak macam masa kecik-kecik dulu.sebab utama nak raya nak kumpul duit raya kat semua rumah orang sampai ada rumah yang pergi sampai dua tiga kali.hambek,tamak sangat.paling tak boleh lupa adalah masa pergi satu rumah ni,aku jalan-jalan raya masa tu dengan sepupu-sepupu.kami berenam.dah siap makan minum sampai kembung perut,kitorang pun pandang-pandanglah makcik pakcik tuh bajek tanda nak balikla..*tak paham-paham lagi ke pakcik???duit raya mana?*pakcik makcik tuh buat bodo je,senyum-senyum je.kitorang pun pergilah dekat sikit ngan pintu bajek nak pakai kasutlah sebab nak beredar dah.dah siap pakai kasut still duduk ramai-ramai lagi depan pintu sambil buat muka kesian dan mengharap..sekali pakcik tuh datang.hati dah debar-debar,terus senyum.sekalik hambek.dia bagi seringgit syiling tuh dan cakap 'nih kongsi enam orang ye'cett,taik hidung masin..ontheway balik umah opah,mulut tak habis-habis cakap pakcik tuh kedekut,harap je rumah besor dan berikrar ramai-ramai kononnya tahun depan tamo pergi rumah pakcik tu dah.
raya lepas-lepas asyik beraya di perantauan tapi tahun ni nampaknya di semenanjung sebab dah pindah sini..manyak syiok..sebab ada sedara mara semua.kalau dulu,harus naik flight nak sampai rumah.pastu beraya sekejap,petang semua tidor.bila budak-budak datang waktu petang,terus tutup tingkap sebab tau yang datang mesti budak yang sama nak mintak duit raya.
tahun nih macam suram je raya.lagu-lagu raya yang baru pun tak rasa lansung macam nak raya.pelik-pelik lagu raya sekarang,tak gembira lansung nak dengar.pergi bazar ramadhan pun macam kurang meriah je.baju raya pun macam nak taknak je beli.(cakap je nak taknak tapi tengok2 dah ada dua pasang).tahun nih masih menjadi pelajar.sori adik-adik dan sepupu-sepupu,tiada duit raya lagi yang akan diberikan sebab aku yang nak mintak duit raya dari ayah-ayah dan mak-mak korang.lagi besar,lagi banyak dapat kan??kan?kan????
psstt::keinginan terbaru:nak borong selendang cotton dan lycra banyak-banyak.
No comments:
Post a Comment