dear eyemeria,
i was so down i burst into tears last night.sometimes,i have this feeling where i think i'm so useless and my life is very dull.i was really frustrated with my life right now.i just want the old me.
hidup bukannya selalu gembira.hidup bukannya selalu berjaya.kejap kau di bawah,kejap kau di atas.hidup ni kan macam roda,berpusing-pusing atas bawah.semua rezeki masing-masing.kadang-kadang kau pandai masa sekolah,tak tentu masa kau universiti kau menyinar lagi.kalau kau bodoh masa sekolah,tak bererti selama-lamanya kau akan bodoh juga.kadang-kadang aku fikir,betul ke jalan yang aku ambil ni.betul ke bidang yang aku pilih.betul ke hidup aku sekarang ni.since form 4,aku dah siap prepare semua plan untuk hidup aku.tapi,tu cuma plan,kita tak tau pun apa akan jadi dengan plan tu.dan sekarang umur dah 24.apa jadi dengan plan yang kau dah buat dulu?campak buang dalam tong sampah.frustrated betul dengan diri sendiri.bila tengok orang lain berjaya,lancar je semua yang diorang nak,rezeki mencurah-curah,timbul juga rasa cemburu tu.tapi,itu rezeki orang.jadi,akan fikir balik.tuhan tu maha adil.kadang-kadang mungkin banyak yang tuhan dah tunjuk dan beri,tapi sebab tak sedar diri,jadi sendiri tak rasa rezeki tu.kadang-kadang adalah benda yang kau buat yang boleh tutup pintu rezeki tu.semua orang pun ada buat salahkan.jadi,adillah untuk diri masing-masing.kuasa tuhan kita tak tahu.seriously down dengan diri,rasa macam useless sebab tak boleh disiplinkan diri sendiri.aku memang perlukan tekanan.
bila aku down,aku memang perlu bercerita dengan orang.kalau tak,memang rasa macam jantung nak pecah tahan simpan sorang-sorang.dan bukan semua orang boleh dengar masalah kita.ada benda yang boleh cerita dengan certain orang,ada benda yang boleh share dengan semua,ada benda yang boleh cerita kat parent.tapi bukan semua cerita pun kita boleh cerita.dan kadang-kadang orang yang kita harap untuk dengar cerita dan masalah kita pun bukan boleh bagi komitmen untuk dengar,banyak lagi komitmen diorang.kena paham jugak orang lain kan.
it's hurt.rasa macam nak berlari.bila dah down,duduk sorang-sorang tarik nafas,mulalah nak bayang track macam kat stadium,lari sampai tak tahu berapa pusingan dah lari.lari sampai air mata kering.bila dah kering air mata,kaki macam dah rasa macam tak ada kaki,baru berhenti.
dan semalam rasa macam membazir air mata dengan sangat banyak.tak jimat lansung.tapi bagus jugak nangis,bila bangun pagi,rasa macam kulit flawless betul padahal semalam mengelupas teruk tak ingat.and thank god,he listens to my problems.if not,sangat susah nak cakap.i just hope i can share my sadness and happiness sama-sama dengan dia.rasa macam dia juga salah sorang orang penting dalam hidup walaupun tak tahu end macam mana.i just praying.dan aku tahu tuhan tu maha penyayang,aku harap sama-sama dapat berubah ke arah yang lebih baik.aku harap tuhan buka pintu hati dan lancarkan perjalanan ni.jauh lagi nak merentas pelbagai halangan.cuma aku doa tuhan mudahkan perjalanan ini dan beri apa yang terbaik untuk aku dan dia.terima apa takdir tuhan.aku harap aku akan lebih matang lepas ni dan cuba berusaha untuk diri sendiri.
semoga hari ini dan hari-hari mendatang akan jadi lebih baik dari hari semalam.
sincerely,
me.
2 comments:
manusia yg merancang, tuhan yg menentukan
hargai cinta yg ada di depan mata.jgn tunggu lama2 cik birdie
dear,
setiap ap yg jadik ad yg terselindung..wpon ap yg kita rncng xjadik jangan toleh ke belakang da.biarkan lepas.coz yg mendatang tuh menjanji macam2 lagi kebahgiaan n kejayaan.be strong ok! kalo kenang yg lepas2 mmg xkan habis smpai bila2.:)
Post a Comment