Followers

Biasiswa

tabung simpanan masa depan

Thursday, October 31, 2013

negeri minyak kuda laut = miri

hallu!!

well,mencuri masa sedikit dari masa membuat kerja.baru-baru ni,5-8oktober aku ikut family aku ke miri, sarawak.tujuan utama sebenarnya nak pergi wedding kawan baik abah, mr sim hari isnin tu.tapi pergi awal jadi dapat berjalan-jalan sikit.lagipun aku tak pernah pergi.abah,ibu dan amir memang dah pergi sebelum ni so tadelah excited sangat.awal-awal pagi dah naik flight.sampai-sampai je memang masih pagi dan perut memang lapar.but firstly,memang kena pergi hotel dulu.we were staying at imperial hotel.mr sim and family was so kind to give us an apartment yang lengkap dengan dapur, bilik dan ruang tamu.siap ada mesin basuh.memang best.

Hari pertama

masa baru sampai di airport dan di hotel imperial

 lepas dah siap-siap letak barang di hotel,kitorang mandi dan makan dan mula berjalan.ni sebenarnya destinasi kami berhenti sebab tak pernah tengok rumah panjang kan.sekali,dapat rumah panjang yang moden.memang lagi jakunla kami.panjang betul rumah ni.tak tahu nak classify rumah panjang ke rumah teres.lagi panjang dari padang bola.dan semuanya bersambung dan diorang ada ruang tamu yang panjang gilerrrrrrr.harus boleh buat sideroll sampai muntah.

oh, gambar-gambar kat bawah ni sebenarnya view hotel yang kami duduk tu.actually kami dapat macam apartmen.so lengkap dengan dapur,ruang tamu,mesin basuh bagai.memang terbaik.layan jela gambar.




atas ni pulak actually taman awan.aku rasa dinamakan macam tu sebab ko macam berjalan atas awan la kot bila lalu semua jambatan gantung tu.tapi memang best dan cantik taman ni.memang sesuai sangat untuk family,siap ada kolam renang bagai.dan taman ni besar.merata boleh jalan.tapi kalau ikut jambatan gantung tu dah boleh nampak keseluruhan taman ni.memang bagusla siapa yang merancang taman ni.aku memang salute.

Hari kedua?

Aku pun dah ingat lupa.hihihi.nilah,suka sangat separuh jalan.the next day tu,kitorang pergi brunei.well,oversea katanya.dah siap pasport semua memang ready nak pergi brunei sebab miri dengan brunei quite near jugak dan boleh travel by car.at first memang aku sangatlah excited nak pergi brunei.sebab dengar cerita negara kaya minyak bagai.so,awal pagi lepas breakfast kami dah get ready nak bertolak.tak jauh pun dari bandar miri,dah sampai imigresen.so kena fulfil borang dan cop pasport.



cuba tengok gambar atas.bangga tak?bila lepas je imigresen dan dah masuk brunei,papan tanda nilah yang akan kita nampak dulu.nampak tak?nampak tak?tak payah nak soksek sangat manglish u olls.memang rasa bangga betul sebab guna bahasa melayu.tungguuuuuuu.

ni masa kami di depan Istana Nurul Iman.sebenarnya pak guard tu bengis je tengok kitorang tangkap gambar tapi kitorang bukan nak ceroboh istana pun walaupun cita-cita masa kacik nak kawen dengan anak raja.tapi sekarang ni padam dah cita-cita tu.since dah tak main buai,terus tade keinginan nak kawen anak raja dah.

ok,ni dekat masjid Sultan Omar Ali Saifuddin.memang cantik dan bila masuk,tak boleh tangkap gambar.dengar cerita,kubah tu diperbuat daripada emas,siap ada orang kikis lagi.tapi tak tahula kebenarannya kan.

by the way,ini je buah tangan atau tanda kenangan dari brunei.keychain?fridge magnet?nan hado.abah kedekut betul nak gi jalan mencari apa-apa tanda brunei.tapi macam tak ada je.memang tak ada apa yang ditengok sangat di brunei.sebab memang tak banyak pembangunan walaupun negara kaya.mungkin sultan nak kekalkan negara macam tu.tapi actually,masa aku datang tu,yang penuh dalam negara brunei tu adalah orang-orang asing yang bekerja kat situ macam orang indon,nepal,myanmar,bangla,pakistan.tak tau dah mana satu orang brunei tulen.maybe orang brunei semuanya keluar ke miri sebab miri jelah tempat terdekat yang ada macam-macam dan boleh berhibur tengok wayang main boling bagai.benda best adalah minyak yang memang sangatla murah tapi orang luar tak boleh isi minyak kat situ.abah nasib baik orang tu tak perasan dan terus je isi minyak sekali dia tengok no plat sarawak terus stop isi.gituuu.nasib baik masuk juga minyak kalau tak mana nak menadah minta minyak petrol?

dari imigresen nak ke bandar seri begawan tu memang bercinta.jauhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.ditambah dengan tak ada pemandangan yang indah sepanjang jalan yang lurus lagi benar,memang aku tidur sepanjang jalan.
aku pun tak tahu nak suggest ke tak pergi brunei ni.kalau nak tengok brunei macam mana ok kot nak pergi.kampung air pun ada jugak kalau nak tengok tapi aku just lalu je.nasi lalapan pun tak sempat singgah rasa.maybe sebab tak banyak tempat pun nak tengok jadi aku tak rasa brunei adalah satu tempat pelancongan.orang brunei sendiri pun beratur kat imigresen nak masuk malaysia,i mean miri.tapi,at least dah ada pengalaman pergi brunei,ye dak?

ini makan malam.dah balik miri lah.aku tak tahu nama siput ni tapi abah panggil siput tarik sebab bila nak makan,kita kena tarik something yang keras then baru dapat isinya.sedap.makan seafood memang sedap.jilat jilat jari makan.

Hari ketiga

siang tu tak ada pergi mana pun.jalan-jalan sekitar miri pergi jalan-jalan pusing sambil tengok cenderamata nak bawa balik.walaupun tak berduit sebab dah tak bergaji,tapi nak sedapkan hati,pinjam juga duit ibu nak beli something.kang,menyesal pulak.bila lagi nak pergi miri kan.

kitorang ada pergi ke muzium petroleum,kira salah satu tempat yang korang boleh datang melawat tapi masa aku pergi tutup.isnin muzium tu tutup so korang jangan datang hari isnin.ditambah pulak masa aku pergi tu,hari hujan.jadi pusing baliklah bandar jalan-jalan area bandar.since abah dah pernah datang,dibawanya kitorang melawat padang-padang golf yang ada.layankan aje.kang derhaka,tak baik.balik hotel,terus bersiap untuk makan malam wedding mr sim.

baju ni aku jahit 100% sendiri.gigih sangat ni.actually,ni baju bridesmaid untuk kahwin kawan aku tapi hari tu,aku tak dapat pergi jadi pakaila untuk wedding mr sim ni.

sebab tak ada orang nak tangkapkan gambar jadi selfie dalam kereta sebab tak nampak sangat selfie tu.

Hari last di miri

bang,jangan ditabur janji palsu itu.sebelum ke airport,singgah makan lu dekat kedai ni.sabar ajelah,mintak lain,diberinya lain.bila kita cakap makanan salah,nak dimarahnya kita semula.eh,dah terang-terang kau letak janji kau kat situ.camano ni?hopefully orang lain tak kenala macam ni.kedai ni dah bagus,cuma tulah.kalau tak letak janji-janji tu,mungkin tak terasa sangat kot.kalau dah letak,kena terimala dan tukar ajela.tak apalah,semoga Allah murahkan rezeki kedai ni.Amin.

dah habis la perjalanan ke miri.miri ni best sebenarnya sebab banyak tempat untuk nature lover.since aku datang dengan family,jadi tak banyak tempat yang boleh explore.insyaallah akan datang lagi untuk explore gua-gua,gunung ganang dan hutan banat di miri.

bye miri!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

sekian.

Sunday, October 27, 2013

Hilang benda yang sebenarnya depan mata

Salam malam..

Saja merajinkan diri untuk menulis dan paling penting post!sebabnya dah banyak draft yang tak dipostkan sebab semuanya sekerat jalan dan malas sambung.tulah,penyakit manusia.nak menulis juga sebab rasa macam kuasa Tuhan memang tunjukkan aku perkara sebenar.

Dalam bulan September,macam-macam benda tak best jadi.atau benda tak seronok la.yang boleh buat aku rasa sedih,pendam,marah,murung.tak seronok kan macam tu?dalam satu bulan tu rasa macam bertimpa-timpa.di awal bulan September tu kan birthday Mr 320km tu,boleh pulak gaduh yang tak pernah-pernah rasa gaduh macam tu.ada je yang benda boleh buat gaduh.tu dah buat aku sedih dah,murung pikir apa hal dan macam-macam fikir.lepas tu,berhenti kerja pulak.konon-kononnya nak sambung habiskan tesis.kalau kerja,tak dapat tumpu sebab penat dan banyak kerja lain.dan aku dengan beraninya berhenti kerja.dah berhenti kerja,dengan tak semena-menanya,external hard disc pulak hilang!!!!!!!!!!!!!!!!!hilang!rasa macam dah geledah satu bilik cari sebab sebelum tu rasa macam nampak je external hard disc tu tunjuk muka main acah-acah.bila nak guna,time tula pulak dia hilangkan diri.ingat ni main hide and clap ke.meraung toksah ceritala.external hard disc tu macam tentukan hidup masa depan kot.data semua dalam tu.tesis semua dalam tu.tak ke rasa macam nak gila hilang benda alah tu?sampai satu tahap aku memang rasa macam nak pergi jumpa bomoh je tolong carikan.syirik kot tapi sebab nak juga external tu aku boleh fikir macam tu.tapi syukurla tak buat,tuhan nak uji sebenarnya.aku pulak memang tak buat back up.terima kasih aimi,u're so smart sebab asyik fikir yang hard disc tu akan sentiasa di sisi kau,sekali hilang mula tak tentu arah.bulan sembilan juga banyak kali aku sakit.macam-macam.demamla,tonsil bengkakla.memang Tuhan bagi ujian betul.banyak aku nangis bulan lepas,patut tadah kot.

Paling aku kesal adalah kehilangan external hard disc tu.sebab memang aku nampak je depan mata tapi bila aku nak guna,hilang.masa tu memang rasa down,rasa macam nak berhenti je buat tesis ni dan cari kerja lain.seriously,camne nak buat tesis kalau semua data tak ada?dan kau nak tulis apa?tapi sebab semua orang di sekeliling pun semua bagi support,aku pun dengan rasa tak rela,register juga untuk sem ni tapi bayar lambat sebab masih tak tahu dengan keputusan diri sendiri.dah tawar hati sebenarnya nak habiskan tesis ni sebab dah lama tinggal dan hilang pulak external hard disc.see,hilang external hard disc bagi impak yang besar pada hidup aku.dan sebenarnya syukur jugak,dalam masa ni juga,jumpa orang-orang yang baik yang sentiasa bagi support.bagi nasihatuntuk fikir balik apa yang aku lakukan.dan masa susah hanya akan ada Tuhan yang sentiasa akan tolong kau.dan aku memang rasa sekarang,Allah tu Agung,Maha Mengetahui,Maha Adil,Maha Penyayang.Masa susah baru ingat dan minta tolong Tuhan.tapi walau camne pun memang Tuhan akan tolong kita dan aku memang syukur,sangat-sangat syukur aku jumpa balik external hard disc tu.antara cepat dan lambat je.jadi,jangan tanya kenapa banyak dugaan untuk kau.sebab aku buat tu.aku asyik tanya kenapa aku dapat semua dugaan ni.tapi Tuhan memang nak uji hambanya,sebenarnya Tuhan nak uji aku.patut aku rasa bersyukur dapat semua dugaan ni.

Nak jadikan cerita,lecturer aku asyik tanya pasal aku.sebab dalam waktu dan keadaan macam ni,aku lebih selesa di bilik,buat kerja semua di bilik di kolej.sebab rasa bersalah dan rasa macam down kalau jumpa dengan lecturer.dahla kena redo.dahla hilang data.tapi nak jadi jugak.terserempak masa lunch (25/10/13).bila cerita-cerita dengan lecturer dan kawan,semua pun macam support dan doakan aku.balik ke kolej,roomate aku si ika pun cakap cuba cari semula.kitorang cari semula walaupun aku dah geledah semua tempat yang kitorang cari tu.tup tup ada je rupanya.dah nak masuk sebulan lebih hilang external hard disc tu.ada sebenarnya!dalam file menjahit aku.see?apa kau buat dalam fail tu external????Ya Allah,syukur sangat!!!

so,lepas ni nampaknya aku kena buat back up dan habiskan tesis ni cepat.moga Tuhan permudahkan urusan aku.dan doalah untuk kejayaan aku supaya mana tahu kalau aku habiskan tesis ni dengan jayanya,aku boleh sambung phd pulak dan lepas tu boleh berbakti pada negara.boleh tolong korang semua kan?amin.

ini ada satu cara atau usaha yang seorang brader tu beritahu aku masa aku tiba-tiba terbaik mengadu kat dia sebab mungkin muka aku nampak bermasalah sangat sampai semua orang pun tanya.jadi,terus dia cakap tentang ayat mubin.dalam surah Yassin,bila kita baca sebenarnya kita akan jumpa tujuh perkataan 'mubin'.dan terus dia beritahu cara-cara nak baca.aku cuma usahakan sahaja.di samping tu buatla solat taubat,solat hajat.biasalah kita ni manusia memang tak terlepas dari buat silap dan dosa.dan minta doa pada Tuhan bukan pada bomoh.ingatan untuk diri sendiri tu aimi.berbalik pada ayat 'mubin'tu.baca dari awal surah Yassin sampai jumpa perkataan 'mubin'yang pertama.kemudian baca doa minta apa yang kita nak cari.kemudian baca ulang semula dari awal surah hingga jumpa perkataan 'mubin'yang kedua.baca doa lagi.setiap kali selepas jumpa perkataan 'mubin'tu,selang tu baca doa,dan ulang semula dari awal surah.bukan sambung je dari mana kita berhenti selepas perkataan 'mubin'tu.buat sampai perkataan 'mubin'yang ketujuh dan habiskan bacaan.sebelum tu carilah dan tandala mana perkataan 'mubin'dalam surah Yassin.memang ada tujuh perkataan.sambil tu yakinlah dan sentiasa berdoa pada Tuhan.ada juga doa untuk cari barang hilang.masa nak mencari barang hilang tu baca doa ni.

(sumber dari Google dari blog lain)

kita usaha jela.yang lain tu semua kuasa Tuhan.Tuhan memang akan tolong cuma kita tak tahu sama ada cepat atau lambat.terus je doa dan minta tolong pada Tuhan.dan satu lagi,sila cari barang masa tenang.keep calm dan cari.sebab tu dinasihatkan kena tenang masa cari apa-apa.baca doa untuk tenang juga.

sekian.syukur Alhamdulillah

Tuesday, October 1, 2013

october 2013

hi eyemeria.

it's been a long time right?apo kono entah.so much things to type here but suddenly when i just about to start,it just 'poof,tadaaaa'.blank.kind of embarassed of my life now.sometimes,i think why i become like this.is this fate or is it because of me?well,a friend said that 'musuh paling kuat adalah diri sendiri'.that is what my friend said and i think yeah,true.because sometimes i'm not strong enough to fight with myself. 'follow your heart' sometimes doesn't work for me if it's not together with 'think with your brain'.haha.if all the time pun nak ikut hati,seriously sekarang dah jadi lain.well,Allah maha mengetahui apa yang baik untuk kita.dulu masa kecik,aku ada plan aku sendiri tapi tak dapat lagi nak achieve.dulu plan baik punya siap ada time frame.umur berapa ada degree.umur berapa ada master.umur berapa ada phd.umur berapa kahwin.umur berapa kerja bagus dan gaji banyak.kelakar tapi actually,good to have that.aku patutnya ikut apa aku plan.tapi plan tak semestinya jadi,kan?bukannya kita tahu apa yang kita akan dapat di masa depan.

did i tell you that i already quit my job?did i tell you that i already stop teaching dance?did i tell you that i lost my external hard disc and all the things that has been saved in it  are my future??semua data dan tesis for my master dalam tu!!!i seriously lost my mind where i put it.i try to imagine and try to recall many times but still,cannot find it.memang rasa frustrated.sangat sangat sampai tak tahu macam mana nak cakap.menangis.rasa penat menangis.sebab before realize yang external hard disc hilang,dah banyak menangis untuk hal lain.hal yang remeh temeh tapi penting juga.hopefully akan jumpa jugak.lambat atau cepat itu kuasa Allah.dugaan datang satu persatu tapi ada satu hari terbaca 'dugaan yang Tuhan beri sebenarnya nak bagi kita kuat'. tak apa,aku cuba. bukan senang nak jadi kuat i mean kuat dalaman sebab kalau tengok luaran memang strong,tough kot.tapi dalaman?puii.masa nak berhenti kerja,fikir jugak nanti of course memang tak ada duit dan tak boleh nak spend sikit macam dulu.dan mesti akan susahkan abah lagi.tapi tak ada choice.memang kena buat decision for my own good.dan bila dah ready to focus on my study,the external hard disc pulak hilang and i have no back up.aku admit salah aku tak buat back up tapi memang tak expect akan jadi sebab benda tu memang sentiasa dengan aku,sentiasa bawak pergi mana-mana dan sentiasa nampak depan mata pun.well,itulah dugaan kan.

hopefully october will bring happiness to me.make me strong and show me the way to success.

just a reminder to myself --->>

aimi, fight for your life.be a good friend to yourself and love yourself even you love others so much.well,problems will be with you everyday but just be friend with it ok?be nice to it and hopefully it will be nice to you too and everything will be settled.just be strong.you have families and friends that always be with you and you have Allah to help you.usaha kuat lagi,jangan tangguh-tangguh.just do it!

thank you to share this with me.

aimi