Followers

Biasiswa

tabung simpanan masa depan

Thursday, October 31, 2013

negeri minyak kuda laut = miri

hallu!!

well,mencuri masa sedikit dari masa membuat kerja.baru-baru ni,5-8oktober aku ikut family aku ke miri, sarawak.tujuan utama sebenarnya nak pergi wedding kawan baik abah, mr sim hari isnin tu.tapi pergi awal jadi dapat berjalan-jalan sikit.lagipun aku tak pernah pergi.abah,ibu dan amir memang dah pergi sebelum ni so tadelah excited sangat.awal-awal pagi dah naik flight.sampai-sampai je memang masih pagi dan perut memang lapar.but firstly,memang kena pergi hotel dulu.we were staying at imperial hotel.mr sim and family was so kind to give us an apartment yang lengkap dengan dapur, bilik dan ruang tamu.siap ada mesin basuh.memang best.

Hari pertama

masa baru sampai di airport dan di hotel imperial

 lepas dah siap-siap letak barang di hotel,kitorang mandi dan makan dan mula berjalan.ni sebenarnya destinasi kami berhenti sebab tak pernah tengok rumah panjang kan.sekali,dapat rumah panjang yang moden.memang lagi jakunla kami.panjang betul rumah ni.tak tahu nak classify rumah panjang ke rumah teres.lagi panjang dari padang bola.dan semuanya bersambung dan diorang ada ruang tamu yang panjang gilerrrrrrr.harus boleh buat sideroll sampai muntah.

oh, gambar-gambar kat bawah ni sebenarnya view hotel yang kami duduk tu.actually kami dapat macam apartmen.so lengkap dengan dapur,ruang tamu,mesin basuh bagai.memang terbaik.layan jela gambar.




atas ni pulak actually taman awan.aku rasa dinamakan macam tu sebab ko macam berjalan atas awan la kot bila lalu semua jambatan gantung tu.tapi memang best dan cantik taman ni.memang sesuai sangat untuk family,siap ada kolam renang bagai.dan taman ni besar.merata boleh jalan.tapi kalau ikut jambatan gantung tu dah boleh nampak keseluruhan taman ni.memang bagusla siapa yang merancang taman ni.aku memang salute.

Hari kedua?

Aku pun dah ingat lupa.hihihi.nilah,suka sangat separuh jalan.the next day tu,kitorang pergi brunei.well,oversea katanya.dah siap pasport semua memang ready nak pergi brunei sebab miri dengan brunei quite near jugak dan boleh travel by car.at first memang aku sangatlah excited nak pergi brunei.sebab dengar cerita negara kaya minyak bagai.so,awal pagi lepas breakfast kami dah get ready nak bertolak.tak jauh pun dari bandar miri,dah sampai imigresen.so kena fulfil borang dan cop pasport.



cuba tengok gambar atas.bangga tak?bila lepas je imigresen dan dah masuk brunei,papan tanda nilah yang akan kita nampak dulu.nampak tak?nampak tak?tak payah nak soksek sangat manglish u olls.memang rasa bangga betul sebab guna bahasa melayu.tungguuuuuuu.

ni masa kami di depan Istana Nurul Iman.sebenarnya pak guard tu bengis je tengok kitorang tangkap gambar tapi kitorang bukan nak ceroboh istana pun walaupun cita-cita masa kacik nak kawen dengan anak raja.tapi sekarang ni padam dah cita-cita tu.since dah tak main buai,terus tade keinginan nak kawen anak raja dah.

ok,ni dekat masjid Sultan Omar Ali Saifuddin.memang cantik dan bila masuk,tak boleh tangkap gambar.dengar cerita,kubah tu diperbuat daripada emas,siap ada orang kikis lagi.tapi tak tahula kebenarannya kan.

by the way,ini je buah tangan atau tanda kenangan dari brunei.keychain?fridge magnet?nan hado.abah kedekut betul nak gi jalan mencari apa-apa tanda brunei.tapi macam tak ada je.memang tak ada apa yang ditengok sangat di brunei.sebab memang tak banyak pembangunan walaupun negara kaya.mungkin sultan nak kekalkan negara macam tu.tapi actually,masa aku datang tu,yang penuh dalam negara brunei tu adalah orang-orang asing yang bekerja kat situ macam orang indon,nepal,myanmar,bangla,pakistan.tak tau dah mana satu orang brunei tulen.maybe orang brunei semuanya keluar ke miri sebab miri jelah tempat terdekat yang ada macam-macam dan boleh berhibur tengok wayang main boling bagai.benda best adalah minyak yang memang sangatla murah tapi orang luar tak boleh isi minyak kat situ.abah nasib baik orang tu tak perasan dan terus je isi minyak sekali dia tengok no plat sarawak terus stop isi.gituuu.nasib baik masuk juga minyak kalau tak mana nak menadah minta minyak petrol?

dari imigresen nak ke bandar seri begawan tu memang bercinta.jauhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.ditambah dengan tak ada pemandangan yang indah sepanjang jalan yang lurus lagi benar,memang aku tidur sepanjang jalan.
aku pun tak tahu nak suggest ke tak pergi brunei ni.kalau nak tengok brunei macam mana ok kot nak pergi.kampung air pun ada jugak kalau nak tengok tapi aku just lalu je.nasi lalapan pun tak sempat singgah rasa.maybe sebab tak banyak tempat pun nak tengok jadi aku tak rasa brunei adalah satu tempat pelancongan.orang brunei sendiri pun beratur kat imigresen nak masuk malaysia,i mean miri.tapi,at least dah ada pengalaman pergi brunei,ye dak?

ini makan malam.dah balik miri lah.aku tak tahu nama siput ni tapi abah panggil siput tarik sebab bila nak makan,kita kena tarik something yang keras then baru dapat isinya.sedap.makan seafood memang sedap.jilat jilat jari makan.

Hari ketiga

siang tu tak ada pergi mana pun.jalan-jalan sekitar miri pergi jalan-jalan pusing sambil tengok cenderamata nak bawa balik.walaupun tak berduit sebab dah tak bergaji,tapi nak sedapkan hati,pinjam juga duit ibu nak beli something.kang,menyesal pulak.bila lagi nak pergi miri kan.

kitorang ada pergi ke muzium petroleum,kira salah satu tempat yang korang boleh datang melawat tapi masa aku pergi tutup.isnin muzium tu tutup so korang jangan datang hari isnin.ditambah pulak masa aku pergi tu,hari hujan.jadi pusing baliklah bandar jalan-jalan area bandar.since abah dah pernah datang,dibawanya kitorang melawat padang-padang golf yang ada.layankan aje.kang derhaka,tak baik.balik hotel,terus bersiap untuk makan malam wedding mr sim.

baju ni aku jahit 100% sendiri.gigih sangat ni.actually,ni baju bridesmaid untuk kahwin kawan aku tapi hari tu,aku tak dapat pergi jadi pakaila untuk wedding mr sim ni.

sebab tak ada orang nak tangkapkan gambar jadi selfie dalam kereta sebab tak nampak sangat selfie tu.

Hari last di miri

bang,jangan ditabur janji palsu itu.sebelum ke airport,singgah makan lu dekat kedai ni.sabar ajelah,mintak lain,diberinya lain.bila kita cakap makanan salah,nak dimarahnya kita semula.eh,dah terang-terang kau letak janji kau kat situ.camano ni?hopefully orang lain tak kenala macam ni.kedai ni dah bagus,cuma tulah.kalau tak letak janji-janji tu,mungkin tak terasa sangat kot.kalau dah letak,kena terimala dan tukar ajela.tak apalah,semoga Allah murahkan rezeki kedai ni.Amin.

dah habis la perjalanan ke miri.miri ni best sebenarnya sebab banyak tempat untuk nature lover.since aku datang dengan family,jadi tak banyak tempat yang boleh explore.insyaallah akan datang lagi untuk explore gua-gua,gunung ganang dan hutan banat di miri.

bye miri!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

sekian.

1 comment:

Anonymous said...

first pic,nice boobs
lols