Followers

Biasiswa

tabung simpanan masa depan

Wednesday, May 5, 2010

need more hanger!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

serabut aku tengok tudung-tudung tadi....hehhe..poyo..sebenarnya dah tak tau mana nak sangkut tudung baru beli lagi 3 helai tadi..ni semua gara-gara kak izzu..pergi tunjuk pulak..memanglah gatai je nak beli...aku takde pulak tudung jenis tu,tu yang sambar sampai dua..satu lagi yang biasa ambik.balik dari lab tadi,aku terus susun balik semua tudung yang ada..adoilah..aku rasa aku perlukan lagi satu atau dua hanger bulat-bulat kat ikea tu.
yang kat hanger bulat-bulat tu cuma selendang dan sedikit tudung bawal.berlambak lagi..ada yang disimpam dalam locker lagi.yang di hanger sebelah itu adalah tudung yang baru dibeli..ehhehe...sebelah nya ada lagi hanger-hanger yang penuh dengan tudung-tudung yang sewaktu dengannya tapi tak perlu ditunjukkan..bahaya..

memang perlu beli lagi satu hanger bulat-bulat tu.bila pulak nak pergi ikea nya.......haish..............ada sape-sape nak bawa saya jalan-jalan ke ikea?(macam tujuan sebenar bukan nak beli hanger,tapi nak jalan-jalan...hehehe)

Tuesday, May 4, 2010

mahu jadi tentera?

aku saja tengok-tengok gambar dalam external hard drive aku..tengok pulak gambar masa aku tauliah di ukm tahun 2008.tak sangka aku teruskan jugak masuk ROTU ni walaupun dari mula,aku memang nak berhenti je..teruk-teruk pun aku sanggup jugak sebab masa tu best betul ada kawan-kawan yang saling menyokong ni.kalau time kena hell pun memang nak maki hamun mencarut semua ada tapi bila kawan-kawan support macam best pulak.ok..lebih-lebih lagi kalau kena front support.support jugak tu kan?

sambil tengok-tengok..kantoi pulak satu gambar ni.

ok..muka serius..aku sebenarnya dah macam nak pitam dalam baris,lagu sangatlah mendayu..layan.nasib baik dah start gerak

ok,sekarang aku senyum!sebab aku nampak abah aku tengah tangkap gambar.oops,jadi in a sudden.terus semangat kawad..mendada ok

nampak ke muka aku?ke nampak gigi je..hitam gilos..siap glossy lagi..

seronok jugak ingat masa ROTU dulu..sekarang mahu jadi leftenan muda bersarakah?


nice bloggers award pulak


Copy award nie kat blog korank
dah copy..kalau tak,tadelah nampak batang hidungnya

wat ucapan korang kpd pmberi award dan perasaan korank
thank you cik kasih suci sebab bagi award nih....selalu bagi award kat cik birder..thank you,thank you...rasa sangat dihargai;:)

jawab soalan2 tag nie
uish..de lagi soklan yang nak kene jawab ni...hukhuk...

1. Ape yang bermain di fikiran anda sekarang
lagu 'pujaan hati'...mesti korang kata aku angau..suka hati..lagu tuh best apa

2. Apakah nama samaran korang
aku guna nama samaran cik birder dan eyemeria

3. Berikan 3 orang yang anda sayang
tiga orang je?ramai yang aku sayang-
1. family
2. kawan-kawan
3.sapa-sapa yang nak aku sayang

4. Panggilan untuk si dia
sape si dia tu?u?awak?kamu?ente?

5. Hadiah yang korang impikan dari seseorang yang istimewa
 volswagen bee sebijik..ade bran?hahahha...

6. Blog mana yang korang suke visit n yang leh aku follow gak
hmm.....banyak gak...



7. Tag kan kepada 15 orang rakan blogger anda

yang telah disebut di atas..kepada blogger lain,sila ambil award ini jugak:)

ini ditujukan khas buat bakal suami

Dear pujaan hati..

saya tak tahu awak siapa, dimana dan bila kita akan berjumpa..but i do hope it is soon....

saya berdoa agar apabila kita berjumpa dan mula jatuh cinta, awak akan mencintai saya,diri saya dan bukannya mengharap seseorang yang lebih kurus dan cantik daripada saya.(well,kalau kau nak kurus,pergi cari lidi ok).saya juga berharap awak tidak akan membandingkan saya dengan perempuan yang mempunyai senyuman yang menawan sebab senyuman saya lagi menawan dan menarik hati.saya juga berharap awak akan menjaga saya dengan baik,akan buat saya suka suki gelak ketawa dan juga boleh dipercayai,matured dan bertanggungjawab.

saya harap awak akan ingat selalu yang saya sukakan buah dari cikedis..saya juga lebih sukakan aiskrim daripada coklat dan green tea daripada kopi.tolong juga ingat bahawa saya suka macam-macam warna dan ia boleh berubah mengikut mood saya.tolong juga ingat bahawa mata saya bukan warna hijau dan ungu atau kelabu, ia adalah warna coklat gelap.itu adalah contact lens semata-mata.

kalau saya nangis tak bermaksud disebabkan oleh awak,jadi peluklah saya,saya akan lebih tenang.tapi kalau saya nangis tak berhenti-henti,itu mungkin juga disebabkan awak,maka peluklah saya dan pujuklah saya supaya saya tak merajuk lagi.saya harap kita tidak akan bercerai berai sebab kita bukan artis.tapi kalau awak adalah pierre andre ataupun remy ishak,saya berdoa kita akan tidak masuk mahkamah syariah atau ke pejabat agama.

mungkin saya akan malu-malu nak cium awak dulu tapi awak jangan pula takut-takut nak cium saya sebab saya takkan sepak terajang awak.(sudah berkahwin sahaja).kalau kita mahu pergi date sebelum kahwin,bawalah ke mana-mana restoran pun..saya tidak kisah asalkan saya boleh bersama awak.awak nak bawa pegi maple kat jalan 223 pun saya ok je sebab boleh makan otak-otak.nak bawa pergi secret recipe sebab nak cerita secret awak pon saya ikut juga sebab boleh makan chocolate indulgence.

tolong beritahu saya jika apa yang saya buat mengganggu awak.saya harap awak tak kisah kalau saya rasa jeles sedikit sebab saya nak tunjuk kasih sayang dan kemanjaan saya.saya nak awak selalu berterus terang dengan saya.kalau saya ada bad hair day,saya nak awak bawa saya pergi salun..eh,tak tak..saya nak awak comfortkan saya,bagi keyakinan dan senyuman awak yang boleh buat saya cair macam aiskrim..(oh,i love that)

saya harap awak tak fikir yang saya ni demand sangat.saya nak awak faham yang saya akan setia dengan awak kalau awak tak buat taik dengan saya.saya harap cinta kita akan kekal.saya juga nervous nak tahu siapa awak.biasalah, semua perhubungan ada pasang surutnya.tapi saya akan cuba untuk terima dan sayang awak seadanya.sweet bukan?tapi kalau awak pandai masak,suka joging,borak isu-isu best bagus jugak.kita boleh isi masa lapang bersama.saya taknak harap lebih-lebih dari awak.maka,terima kasih sebab sudi baca dan dengar,itu sahaja dahulu.

sekian,
i'm yours.....

Monday, May 3, 2010

post entri yang keseratus

okeh!!!!!!!!done with full text yang nak kena hantar kat UMK tuh...yes!berhempas pulas perah otak..tapi aku tau confirm banyak correction punyalah...aku dah emel lecturer aku kalau nak semak,pakai pensel je,jangan pakai pen merah..terus down aku tengok kertas yang penuh kaler merah..hoho..

ini entri yang keseratus..sekarang pukul 2.51 pagi.dan aku baru je siap buat paper yang punya lama nak siap..terkedek-kedek buat..takde idea punya pasal.sepanjang aku mengurung diri tulis paper ni,beberapa lagu aku dengar again and again.biar lagu jiwang-jiwang sikit bagi aku rasa romantik je dan lancar menulis macam tengah tulis surat cinta.

lagu 'pujaan hati' dari group kangen band tu asyik bermain-main je kat fikiran aku.bape ratus kali aku ulang lagu ni pun aku tak tau.malas nak kira,karang aku tulis nombor je kat microsoft word tu.aku tengah suka seseorang kah?aku sedang menunggu pujaan hati kah??hahaha...i wish..saja aku nak letak lirik lagu tersebut..tapi ini tiada kaitan dengan apa-apa perasaan kepada mana-mana orang..


Hei pujaan hati apa kabarmu
Ku harap kau baik-baik saja
Pujaan hati andai kau tahu
Ku sangat mencintai dirimu
Hei pujaan hati setiap malam
Aku berdoa kepada sang Tuhan
Berharap cintaku jadi kenyataan
Agar ku tenang meniti kehidupan
Hei pujaan hati, pujaan hati
Pujaan hati, pujaan hati
reff:
Mengapa kau tak membalas cintaku
Mengapa engkau abaikan rasaku
Ataukah mungkin hatimu membeku
Hingga kau tak pernah pedulikan aku
Cobalah mengerti keadaanku
Dan cobalah pahami keinginanku
Ku ingin engkau menjadi milikku
Lengkapi jalan cerita hidupku
*
Hei pujaan hati, pujaan hati
Hei pujaan hati setiap malam
Aku berdoa kepada sang Tuhan
Berharap cintaku jadi kenyataan
Agar ku tenang meniti kehidupan


psstt:aku tengah ulang lagi lagu tu..woot woot!

Saturday, May 1, 2010

kemalasan tahap cipan..cipan pun tak malas macam aku

okay,dekat facebook tadi aku beria annouce untuk bersara sebentar dari facebooking..mana taknya..aku lalai!paper untuk conference aku tak siap lagi.seriously,kali ni aku macam malas gila.roomate aku pun sama,tapi dia dah balik rumah untuk ambil feel menulis katanya.aku nak pergi mana nak ambil feel ni?malam tadi,aku dah bantai pergi karok pulakkan..kalau lecturer aku tau,confirm kena perli siap ada smirking semua.adoilah...tolonglah jauhi godaan syaitan yang suruh aku jadi malas ni.lagi dua hari je nak kena hantar ni.tapi still tak ada kesedaran sivik lansung.apa nak jadi ni?

hari ni,aku bertekad nak buat paper.jadi,segala distraction perlu dijauhi.mahu balik rumah,tapi kunci pulak tak ada,dalam kereta.parent pergi bercuti pulak.tapi,rasa bertekad jugak nak balik rumah,supaya dapat siapkan paper ni sebab tak ada orang boleh kacau sebab tak ada orang kat rumah.oh,abah aku telefon tadi memberi semangat untuk menulis paper ini.siap tanya kat mana hotel terdekat yang aku nak duduk and boleh write paper.semuanya akan ditanggung oleh abah.boleh pulak macam tu..hohho...then,rasa macam membazir.aku cakap dengan abah nak balik rumah je.abah kata if siap aper,ada ganjaran menanti.RM- - - akan dimasukkan sebagai ganjaran buat paper yang beberapa muka surat.ada ke ayah macam tu kat dunia ni?sangat sweet dan i really love u dad!(rasa macam abah dapat bonus je,hahahha)..gosh,i am spoiled!

jadi,diri ini sedang dalam proses kesedaran.harap dapat menangkis segala dugaan yang akan menarik hati ini untuk bersuka ria.berjanji pada diri sendiri,siap paper baru boleh bersukaria.people,pray for me!chaiyok!

blog ini akan tiada entri baru untuk beberapa hari memandangkan tidak mahu sebarang distraction.hahaha..poyo!wish me luck people!

psstt:love u abah tidak ternilai!ibu,love u too...pegi sabah,belikan souvenir eh..hehhe..happy becoming mother's day!

pink for ladies

korang mesti dah baca dan dengar berita di mana-mana pasal satu koc baru berwarna pink khas untuk wanita sahaja yang diwujudkan oleh pihak KTM..bagus juga ada satu koc lain pada komuter ini.this is what i think..tadi,aku baca satu blog ni tentang ada yang menentang dan membantah wujudnya koc baru ini.kononnya lelaki dan perempuan haruslah disamaratakan.dan ada juga yang membantah kerana kononnya nak ikut cara islam.

ini pendapat aku.

bagus apa macam tu.bukannya wajib pun perempuan kena naik koc tu..terpulang lah pada individu masing2..kalau gatai nak mengorat,masuklah koc yang campur2.tapi kalau rasa nak selamat,tak mahu diraba-raba,masuklah koc warna pink tuh.membazir je ktm buat koc tu kalau taknak naik.yelah,selalu dengar pasal kena rabalah,kena kacaulah,sempit sangatlah,sekarang dah ada koc only for ladies,sibuk nak bantah pulak.tak paham betul.tak reti bersyukur ke.bukannya wajib,suka hati korang nak masuk koc mana pun.tepuk dada tanya selera..bagi yang suka bermekap,kan lebih selesa kalau duduk kat koc pompuan je,senang nak mekap.sambil tu boleh bertukar2 idea macam mana nak mekap dengan lebih cantik.

kalau petang-petang,takyah nak berebut dengan lelaki sampai kena tolak.nak nak,mat2 bangla ngan mat2 indon yang berlambak naik komuter.huuuuhhhhhhhhh..korang paham-paham jelah....bagi yang kapel,kalau tengah gaduh tuh,senanglah nak lari kejap,bajek merajuklah..bagi yang nak bermesra-mesra,boleh naik yang campur tuh.mudah bukan?

secara kesimpulannya,kalau korang tak suka naik asing2,takyah bising2..naik je yang campur2 tuh.kalau aku rasa macam hormon estrogen aku tengah membuak2,aku naik yang campurlah..gataikan?hahaha..abaikan.tapi aku lebih rela naik yang warna pink.sebab i tak rela diraba..auuuuw!

psstt: kalau boleh,aku nak semua koc ada lain-lain kaler..cam best je..