korang mesti dah baca dan dengar berita di mana-mana pasal satu koc baru berwarna pink khas untuk wanita sahaja yang diwujudkan oleh pihak KTM..bagus juga ada satu koc lain pada komuter ini.this is what i think..tadi,aku baca satu blog ni tentang ada yang menentang dan membantah wujudnya koc baru ini.kononnya lelaki dan perempuan haruslah disamaratakan.dan ada juga yang membantah kerana kononnya nak ikut cara islam.
ini pendapat aku.
bagus apa macam tu.bukannya wajib pun perempuan kena naik koc tu..terpulang lah pada individu masing2..kalau gatai nak mengorat,masuklah koc yang campur2.tapi kalau rasa nak selamat,tak mahu diraba-raba,masuklah koc warna pink tuh.membazir je ktm buat koc tu kalau taknak naik.yelah,selalu dengar pasal kena rabalah,kena kacaulah,sempit sangatlah,sekarang dah ada koc only for ladies,sibuk nak bantah pulak.tak paham betul.tak reti bersyukur ke.bukannya wajib,suka hati korang nak masuk koc mana pun.tepuk dada tanya selera..bagi yang suka bermekap,kan lebih selesa kalau duduk kat koc pompuan je,senang nak mekap.sambil tu boleh bertukar2 idea macam mana nak mekap dengan lebih cantik.
kalau petang-petang,takyah nak berebut dengan lelaki sampai kena tolak.nak nak,mat2 bangla ngan mat2 indon yang berlambak naik komuter.huuuuhhhhhhhhh..korang paham-paham jelah....bagi yang kapel,kalau tengah gaduh tuh,senanglah nak lari kejap,bajek merajuklah..bagi yang nak bermesra-mesra,boleh naik yang campur tuh.mudah bukan?
secara kesimpulannya,kalau korang tak suka naik asing2,takyah bising2..naik je yang campur2 tuh.kalau aku rasa macam hormon estrogen aku tengah membuak2,aku naik yang campurlah..gataikan?hahaha..abaikan.tapi aku lebih rela naik yang warna pink.sebab i tak rela diraba..auuuuw!
psstt: kalau boleh,aku nak semua koc ada lain-lain kaler..cam best je..
No comments:
Post a Comment