Followers

Biasiswa

tabung simpanan masa depan

Tuesday, May 4, 2010

ini ditujukan khas buat bakal suami

Dear pujaan hati..

saya tak tahu awak siapa, dimana dan bila kita akan berjumpa..but i do hope it is soon....

saya berdoa agar apabila kita berjumpa dan mula jatuh cinta, awak akan mencintai saya,diri saya dan bukannya mengharap seseorang yang lebih kurus dan cantik daripada saya.(well,kalau kau nak kurus,pergi cari lidi ok).saya juga berharap awak tidak akan membandingkan saya dengan perempuan yang mempunyai senyuman yang menawan sebab senyuman saya lagi menawan dan menarik hati.saya juga berharap awak akan menjaga saya dengan baik,akan buat saya suka suki gelak ketawa dan juga boleh dipercayai,matured dan bertanggungjawab.

saya harap awak akan ingat selalu yang saya sukakan buah dari cikedis..saya juga lebih sukakan aiskrim daripada coklat dan green tea daripada kopi.tolong juga ingat bahawa saya suka macam-macam warna dan ia boleh berubah mengikut mood saya.tolong juga ingat bahawa mata saya bukan warna hijau dan ungu atau kelabu, ia adalah warna coklat gelap.itu adalah contact lens semata-mata.

kalau saya nangis tak bermaksud disebabkan oleh awak,jadi peluklah saya,saya akan lebih tenang.tapi kalau saya nangis tak berhenti-henti,itu mungkin juga disebabkan awak,maka peluklah saya dan pujuklah saya supaya saya tak merajuk lagi.saya harap kita tidak akan bercerai berai sebab kita bukan artis.tapi kalau awak adalah pierre andre ataupun remy ishak,saya berdoa kita akan tidak masuk mahkamah syariah atau ke pejabat agama.

mungkin saya akan malu-malu nak cium awak dulu tapi awak jangan pula takut-takut nak cium saya sebab saya takkan sepak terajang awak.(sudah berkahwin sahaja).kalau kita mahu pergi date sebelum kahwin,bawalah ke mana-mana restoran pun..saya tidak kisah asalkan saya boleh bersama awak.awak nak bawa pegi maple kat jalan 223 pun saya ok je sebab boleh makan otak-otak.nak bawa pergi secret recipe sebab nak cerita secret awak pon saya ikut juga sebab boleh makan chocolate indulgence.

tolong beritahu saya jika apa yang saya buat mengganggu awak.saya harap awak tak kisah kalau saya rasa jeles sedikit sebab saya nak tunjuk kasih sayang dan kemanjaan saya.saya nak awak selalu berterus terang dengan saya.kalau saya ada bad hair day,saya nak awak bawa saya pergi salun..eh,tak tak..saya nak awak comfortkan saya,bagi keyakinan dan senyuman awak yang boleh buat saya cair macam aiskrim..(oh,i love that)

saya harap awak tak fikir yang saya ni demand sangat.saya nak awak faham yang saya akan setia dengan awak kalau awak tak buat taik dengan saya.saya harap cinta kita akan kekal.saya juga nervous nak tahu siapa awak.biasalah, semua perhubungan ada pasang surutnya.tapi saya akan cuba untuk terima dan sayang awak seadanya.sweet bukan?tapi kalau awak pandai masak,suka joging,borak isu-isu best bagus jugak.kita boleh isi masa lapang bersama.saya taknak harap lebih-lebih dari awak.maka,terima kasih sebab sudi baca dan dengar,itu sahaja dahulu.

sekian,
i'm yours.....

No comments: