Followers

Biasiswa

tabung simpanan masa depan

Wednesday, May 26, 2010

letters to Juliet..

ok,another date hari isnin lepas..yap..to meet my sis didie and sis aspah yang gorgeous..tapi,diorang just tengok cerita shrek..so,cik and me pergi tengok letters to Juliet.aku dah tau cerita ni pasal macam romantik kan..so,aku memang tak kisah sebab aku memang suka tengok cerita-cerita macam tu..tak payah cakaplah nak ajak aku tengok cerita seram-seram,tak hingin aku nak pergi..aku ni pun jenis lembap je nak tengok wayang..bukan apa,bila ada mood,takde kawan lah pulak nak pergi.bila takde mood,masa tulah baru ramai-ramai nak ajak pergi tengok wayang..so,memang selalu lah aku ketinggalan cerita-cerita wayang ni..last-last,tengok kat astro jelah..

ok,cukup2..then,sekarang nak sambung cerita pasal aku tengok cerita LETTERS TO JULIET ni...cerita ni bagi aku,sangat sweet..sebab at last,nenek tu jumpa balik boyfriend dia yang tak jumpa 50 tahun..gosh!amazing kan dapat jumpa balik??sangat sweet...

cerita ni dibintangi oleh Amanda Seyfried, Chris Egan, Vanessa Redgrave, Gael Garcia Bernal dan Franco Nero.ewah..ala-ala nak tulis artikel kat newspaper lak kan..cerita ni genre romantik..dari tajuk pun korang suppose tau.cerita ni mengisahkan pasal seorang perempuan nama Sophie (Amanda) yang bercita-cita nak jadi writer dan dia ada seorang tunang, Victor (Gael) yang nak buka restoran Itali.so,nak dijadikan cerita,even diorang tak kahwin lagi,tapi diorang nak pergi pre-honeymoon kat Verona, Italy..sampai kat Itali yang sangatlah lawa dan best, si Victor ni asyik sibuk cari wine dengan cheese yang terbaik je untuk restoran yang nak bukak tu.so, Sophie pun jalan sorang-sorang and sampai dekat satu tempat, dia tengok ramai orang sedang menulis surat and tampal dekat dinding..(aku pun pelik kot kalau jalan-jalan tiba-tiba nampak orang nangis-nangis tulis surat,mestilah aku berhenti tengok).

masa ni, Sophie tengah tengok apa jadahlah orang tulis surat banyak-banyak ni.

Then, dia ternampak seorang perempuan Itali tenga kutip  surat-surat kat dinding tu,dia pun ikut perempuan tu dan jumpa tiga orang lagi perempuan lain yang claim diorang tu adalah secretary pada Juliet.Juliet nya aku tak nampaklah pulak.so,tugas diorang adalah reply balik semua surat yang orang dah tampal tu.sangat bagus diorang ni..banyak pahala tolong solvekan masalah cinta orang.next,si Sophie pun ikut tolong perempuan Itali tu kutip surat-surat then terjumpa satu surat yang sangat lama tak berbalas.

Sophie reply surat yang 50 tahun orang tak jumpa.sebab tu tak dapat balas

nak dijadikan cerita,surat tu sampai pada owner punya surat.dah jadi nenek dah pun..cucu dia lah yang cari Sophie ni..Sophie ni semangat pulak nak tolong nenek ni pergi cari boyfriend lama dia,jadi bermulalah pengembaraan diorang mencari Lorenzo (boyfriend nenek tu).punyalah banyak tempat diorang pergi..last sekali,barulah jumpa.memang macam tu pun kan kalau cerita movie..kalau jumpa awal-awal,sangatlah tak best jalan cerita.cucu nenek yang hensem tapi ego tuh pulak dah berubah tak marah-marah Sophie dah dan mula jatuh cinta kat Sophie.Sophie ni sebab dia tunang orang jadi dia tak bolehlah curang walaupun dia pun dah suka kat si Charlie, cucu nenek tuh..

sebab kan dah jumpa Lorenzo yang masih hensem walaupun dah tua,nenek tu sangat gembira terus berkucupan je kejenya..masa ni nenek tu cakap terima kasih kat Sophie.

Sophie ni pun balik lah ke pangkuan Victor,tunang dia tu.tapi,Victor ni still sama,tak hargai lansung Sophie,macam tak carelah..yang si Charlie tu pulak macam dah kecewa sebab dia nampak Sophie dengan Victor tengah peluk-peluk kat beranda hotel diorang.kebetulan, nenek tu nak kahwin dengan Lorenzo..yelah,dah tak dapat kahwin 50 tahun dulu..Sophie memang nak pergi dan bila dia cakap pada Victor,dia terus pikir masak-masak dan clash dengan Victor sebab dia rasa dia sebenarnya cinta pada Charlie..bila sampai kenduri kahwin,dia nampak Charlie with other lady,yang buat dia terus kecewa dan sedih.padahal,tu sepupu Charlie je..bila Sophie lari dan pergi duk kat beranda jugak,si Charlie ni pun kejar dan masa jumpa tulah,Sophie reveal dia jatuh cinta kat Charlie dan Charlie pun cakaplah dia pun cinta kat Sophie.pastu korang tau-tau jelah ending dia macam mana kan...ok..sekian cerita itu..gilos,macam karangan apa je aku rasa..

psstt:siapa yang tak berapa suka cerita lembap-lembap macam ni mesti kata boring dan jiwang..suka hati..


No comments: