Followers

Biasiswa

tabung simpanan masa depan

Monday, August 1, 2011

#puasa DAY 1

awal-awal sahur makan mentekedarah macam makan tengahari je.berselera je walaupun mata kejap bukak (untuk ambik lauk) kejap tutup (mengantuk).ayam bakar wehhh....kalau tak makan kang,mulalah nak teringat-ingat tengah puasa.lepas makan sahur,kononnya nak duduk-duduk bagi nasi turun,boleh pulak tertidur.solat subuh dan siap terus untuk balik um.sampai kolej,boleh pulak nak buang isi perut apa yang makan semalam.yang pagi tadi aku tak tahu mana pergi.dah lapar balik.nasib baik tak pergi sarapan je.

tengahari lak aku nasib-nasib je nak masuk van jen***h..takut gila aku dengar nama van ni,jadi aku letak bintang-bintang kat situ.sila pandai-pandai tafsir.boleh pulak berhenti tepi kedai mamak konon-kononnya nak beli lunch sebab terpandang nasi ayam dan perut lak sudah berbunyi.nasib tak order je lagi.memang menempah betul.

dugaan betul bila kau jalan dekat dengan kedai makan,bau ayam goreng,bau kari semerbak.even tak suka makan kari sangat pun tapi bila dah lapar melampau ni automatik je terus rasa teringin kari.bila lapar,semua pun nak makan.takde syaitan bulan puasa ni pun,makin menjadi-jadi godaan nya.

makin nak dekat bukak puasa,makin berkeroncong bunyinya.macamlah tak pernah puasa.budak tadika tengok pun malu,macam lapor bebenor.okeh,cukup cukup..dah masuk waktu buka..

menu for today's break fast: nasi kerabu yang tak macam nasi kerabu sangat,air teh bunga,kuih tepung pelita dan rojak buah.

sekian laporan hari ini.
roger.

No comments: