Followers

Biasiswa

tabung simpanan masa depan

Sunday, January 31, 2010

Otak tingtong

Since buat surgery hidung,tak update blog pun..kepala masih pinar-pinar lagi,cam ade benda tertelan je kat tekak..terima kasih kepada yang telah melawat di hospital.bila abg fariz ngan yan datang,rasa mau ikut dorang balik dan ajak makan dekat kg baru...walaupun dua hari satu malam je,tapi first time woo..jangan diulang lagi..doktor tu suruh stay satu malam lagi,tapi cukuplah..walaupun makan free,katil free,ada misi layan,tapi environment tak sama.boleh tekan alat ape ntah,saja buat jakun,tekan byk kali,misi pun datang.bila takleh tido je,tekan lagi..macam kurang ajar dan tidak senonoh,tapi terpaksa buat.sangat sunyi sepi dan tiada hiburan.bateri handphone due2 kong,tak boleh blah.satu lagi pon nyawa2 ikan.gile berlagak bawak tiga handphone.


kesan bius yang buat tak sedar diri selama berapa jam pon tak tau tu telah membuat kepala ini ting tong dan dalam masa yang sama memberi effect kepada gigi,gusi,hidung,dan tekak,bibir.pening lagi tak hengat,sampai nak bluetooth gbr kat laptop,boleh letak hp kat tepi laptop..bajek macam ada infrared.siap carik mana tempat infared..wohoo..tahap gitu sekali.


ok,dah pening balik.kena makan ubat dan spray idung.nanti i post gbr dan excited nak cite pasal pegi joging di satu petang:) bye

Wednesday, January 27, 2010

My Valentine's Day!

Firstly,i didn't mean to show off my boyfriend..i really didn't mean to do that.but since he just call me and said,

Taylor: 'sayang,we should tell people that we are in love.'
Me: 'No need la,dear...'
Taylor: 'huuh...come on sayang..i hate all the gossips and papparazi,just tell them and it's settle'
Me: 'alright.....for ya' (malas nak tengok muka masam dia,tak hensem dah)

tengok boyfriend aku nih,masam2 lak dia..tapi,serius hensem...




Bunyi lagu ape lak nih...cess,i just dreaming..sungguh siot.....wish that the dream will come true..hahah..perasan...first time i watch him in twilight movie,he looks cute and adorable,but edward cullen is more attractive than him in that movie,i think..but since i watched new moon, taylor or jacob (i love this name than his real name) really attract me more and make me totally forgot edward.gila ke hape tough badan dia..lepas potong rambut panjang yang ala2 bob marley tuh,lagi hensem...melting dalam panggung wayang walaupun sejuk.dapat date pun jadilah..tapi if jadi boyfriend lagi best kot...teringat lak lagu nih..

'i know u want me...
u know i want ya,
i know u want me..
u know i want ya..'

hahhaha...aimi is dreaming again..tapi Warner Bros company nak bagi tiket free lak tengok movie nih..nuffnangers,jom try!!boleh tengok wayang sama2,ramai2..movie best pulak tu...so,here i share with you how my Valentine's day will be if i can date him..:)hahah,i'm sure it just for one day,never mind,i will ask for his phone no.

MORNING
nak ajak pergi zoo sebab aku suka haiwan dan pencinta nature.pergi pagi2 sebab taknak gaduh2 rebut2 dengan budak tadika.macam2 haiwan kitorang tengok,yang penting i must bring my beloved 500D,to capture the best moment dalam hidup.sebab nak tangkap gbr dengan serigala juge.

ihsan hot-screensaver.com

puas tangkap gambar,aku ajak gi gombak,saja wat jungle tracking sambil ajak dia bird-watching.boleh menikmati alam sekitar sambil mandi2 air terjun.best woo...yang ni,aku ajak member ramai2 supaya semua jeles aku dapat date dengan taylor,hahahhahha..




AFTERNOON
tibe time luch,lewat sikitlah dalam pukul 2,aku bawak dia makan kat hornbill restaurant kat bird park..fuuh,sambil lihat burung2 dan pokok,tenang je makan dengan dia.pilih meja hujung sikit,tak boleh blah.




lepas makan,jalan2 dekat bird park,sambil camwhoring dan snap2 gambar.penat jalan,makan aiskrim pakcik yang jual pakai motor tu..sweet kan?makan leleh2,dia tak kisah pun.lepas tu,pegi taman tasik perdana,borak2 sambil gelak2.oops,dia bagi cincin bunga...alahai,susah2 je.*blushing*


sweet kan,aku tgh gelak,dia gubah bunga2 jadi cincin dan pakaikan kat jari.

Then,dia ajak naik motorbike besar,pusing keliling Kuala Lumpur suro tunjuk KL waktu malam.ecewah,ala2 cerita twilight pulak.tengok lampu2 banyak2..tengok gelagat orang.sambil tu,aku promote kat dia pasal malaysia,suro dia cuti2 malaysia ajak aku. penat dahlah round kl,dia anta balik kolej naik motor besar.semua jeles...yes...

dahlah tu,cukuplah perjalanan dating yang tak bape romantik tapi aku suka.sweet dan simple.tak payah beli baju mahal.cukup pakai jeans ngan tshirt dan selendang.owh,jangan lupa tonton movie ini..jom wayang bersama bloggers dan nuffnang!:)



Tuesday, January 26, 2010

excited nak buat plastic surgery kat hidung bagi mancung

hehhe..disebabkan hidung ini kurang mancung dan kecik sket,saya aku nak buat plastic surgery..ala,bagi hidung mancung sikit..konon2 bole jadi macam hidung org arab,takpun hindustan..perasan nak jadi artis sekejap..










TIPOO,TIPOO....


lansung tak excited,takut je yang ada..bukan buat plastic surgery,tapi minor surgery kat hidung..doktor kata,takpe,kat luar hidung dia takkan perlakukan apa2,dalam hidung je...uhuk..supaya dapat bernafas dengan lebih baik..ini tiada kaitan dengan taik hidung yang banyak,ok......don't misunderstand..aku menjaga hidung dengan baik:p tak ada pape yang perlu takut,tapi 1st time nak rasa benda2 macam ini.selama ini,kalau boleh sangat menjauhi hospital.terutamanya kalau bahagian trauma dan kecemasan.sangat takut kalau ambulan baru sampai dan ada orang keluar dari ambulan tu.bunyi ambulan pun tak suka.mencik...tak suka tengok rancangan 999 ke apa yang kat tv3 tuh.


doakan diriku ini.....risau + buat2 biasa je




~doktor itu hensem+nama sedap+anak datuk~ (nampak sangat aku materialistik)

Monday, January 25, 2010

'WHY I LIKE IT LONGER'

oh,should i change the title?

I LOVE IT LONGER AND LONGER!


please, don't misunderstand..it's not an advertisement about the 'ubat kuat' like we always see the ads hang on  the wall,or any electric pole shows SUPERMAN logo with 'semakin panjang..semakin kuat..call 01X-XXXXXXX'..hahahhaa...i guess superman must be suprised when he see the ads,aite?

hey,LG CHOCOLATE is here with latest innovation..longer and sexy like a supermodel!i like it!during my 1st year study,i really wish that i could have this chocolate!chocolate that can make my heart sing 'lalalalala' when i talk to my father and mother and laughing like a crazy woman with my friends.but now,it comes back with longer design,just like a chocolate bar that make my heart melt when i first see it..it's seducing me,ok..

why i like it longer?

~ with the 4 inch widescreen and 5.0 megapixels, i can capture many landscape images (my favourite) and also picture with many many friends!doesn't count the number of friends,i can capture the image of their faces clearly!
~ easy to check email, update blog,watching video with its wide and longer screen!
~easy to hold and because it is thin,i can keep it in my pocket without worrying my pants will look bulky.i can keep it in my long purse as well...:)easy to bring it anywhere!
~it's so feminine!
~i feel like a supermodel when i use it!hey,i'm chubby and kinda short,and by having this handphone, i really feel like i have long legs,super duper sexy,wow!

see...that's me when i have the LG Chocolate...oh,aimi tipoo...

i really wish to have this elegant,beautiful,and sexy handphone..and now i'll sleep dreaming of this LG CHOCOLATE...yum yum yummy!

' I want nobody,nobody...but U!'


Saturday, January 23, 2010

mari cuba aktiviti kreatif yang menjimatkan

hari apa ek,oh ya, hari khamis hari tu,kebetulan yan ajak pergi mid.nak beli hadiah untuk boypren nya.agenda sebenar memang nak pergi mid,tapi disebabkan awal lagi,kami bertekad nak makan roti pisang dekat pantai dalam yang memang sekali makan rasa macam nak lagi.tapi disebabkan mata dan fikiran dah berada kat mid,kami pun terlajak.dari nak makan roti pisang yang harga baru singgit dua hinggit,terus makan mcd.sib baik 4hinggit,tu pun seketul burger ngan air teh.ala,tengok orang lain pun semua makan bende itu,yelah,tu yang paling murah pun.

dah makan,kami pun melilau cari baju batik nak buat hadiah.lepas tu,tengok harga kad macam mahal,jadi beli je kertas beberapa keping.petang tu,kami pun mula menggodek-godek kertas yang dah di beli tuh.ok,mari start-->

budget: kertas timbang = around rm 1.80 (bold sikit)


perlu ada kertas berwarna 2-3 helai,gunting,pembaris,pensel,gam (penebuk tu saja je menyibuk)

ok,mula2,lipat dua kertas yang dipilih. pastu tampal lah kertas warna lain yang cun buat macam ada frame sket.


pastu,carilah kat mana2 suratkhabar ke,majalah ke...apa2 gambar atau tulisan.macam yan,dia suka letak cupcake.nampak berselera.nak beli cupcake,mahal lah lak.gambar pun jadik.tampal gambar tu atas muka depan kad.



 untuk bahagian dalam,suka ati lah nak buat camne pun.kalau rasa tulisan buruk,gunting je mana2 keratan puisi ke,karangan ke,tampal je.macam kad yan,dia nak tulis luahan hati (tak tulis lagik,rahsia) dia kat tengah2 ruang yang tak dipagar tu.kononnya kad ni macam pagar hati lah.ecewah,dua hati menjadi satu,pastu kena pagar supaya takde anasir jahat masuk nak pecahkan hati satu tu.kalau tak percaya,tengok atas tu,ada 2 hati kan.ewah ewah,penuh maksud tuh......baru ikhlas nampak buat kad nak bagi boypren.

tadaa....dah siap.banyak betullah hati dia nih.sume tempat nak letak hati.nih bahagian depan kad.cupcake ni memang buat rasa berselera bila tengok betul2.tapi sebab tangkap pakai handphone punye kamera,terus nampak macam tak menarik perhatian.ciss....papepun,usaha membuat kad dari hati yang tulus perlu dihargai.kad ni tetap nampak sedap bila tengok.tak tipu.

aktiviti ni sangat seronok bila buat bersama kawan2 sambil bersembang dan makan donat Big Apple dua biji sorang.di samping mengeratkan ukhuwah,dapat jimatkan duit.kalau boyfren nak buang kad ni pun,takdelah rasa membazir duit.tapi geram,sakit hati tahap dewa jugak kalau orang dah buat cantik2,dia nak buang lak kan.memang nak kena pelepuk.

~selamat mencuba~





Thursday, January 21, 2010

tak mahu menyedut

terbaca kisah kat suratkhabar pasal sedut lemak tuh..insaf kejap..takut jugak hoo..dari aku pi hisap dan sedut lemak tuh,baik sedut siput sedut..kenyang gak tuh...pastu hisap kuah lemak tu dari pinggan..lantaklah tak senonoh ke hape kan,janji kenyang.pernah gak dulu teringin buat,yelah..orang cakap boleh kuruslah,apelah,itulah,inilah..tapi kos mahal tuh..tapi,bila dah kuar suratkabar camtu,terus luput,ilang terus keinginan tu.

badan aku dah makin dipam2 dah sejak akhir2 ni.yelah,doktor kata gastrik,kena makan selalu.aku pun ikutlah cakap doktor.makan selalu dan kerap.lapar je,terus makan.tapi doktor tak cakap lak kena exercise.aku pun ikut jugak cakap doktor tak exercise.tu yang makin naik badan.ramai lak tu yang tegur,sampai nak pegang2 perut aku..apehal?badan dah macam orang pregnant ke?tulah,malas tengok cermin,tu yang tak rasa macam badan dah gemuk.tapelah,nak pasang niat nak bersenam.dalam bilik pun nak bersenam.dah beli majalah rapi sebab dalam tu ada panduan makanan seimbang ngan cara nak bersenam.kena bertekad!walaupun poyo,tapi ada niat kira oklah.

k la,nak pegi kedai riang2 dan makan.nanti sambung lagik

Monday, January 18, 2010

pengalaman berbekam..terbaek!

ari ahad aritu,amar nak pergi buat bekam.abah kata dekat kajang ada satu tempat bekam,itupun dia tau masa dia nak beli permata hijrah punya ubat titis resdung.so,tengahari tuh around pukul 11.30 macam tuh kami pon readylah nak pergi.maksu lak gedik nak ikut jugak,alang2 mahu beli buku untuk anak dia,si acik.si atikah yang mulut bising tu pun ikut sekali.padan muka naik kereta ngan abah,dah kena mengeja.kalau tak dapat,kena turun kereta.


ahaks,padan muka atikah,muka separuh.nampak deqda n me je.ntah nape suka buli atikah


sampai kat tempat tu,amar pun masuk bilik dengan seorang lelaki berkopiah ni.kitorang semua gamatkan suasana dengan menyakat atikah dan juga menjenguk ke serata bahagian kedai tu.macam2 ada especially buku2 agama,motivasi,ada jual tudung2,ada jual madu tualang (lupa lak nak beritahu yan),ada minyak gamat asli,dan macam2.amar siap bekam,semua nak tengok.tetiba,abah kata

'mi,gilah buat bekam.mana tau sihat apa2 yang sakit'

ibu pun suruh buat juga.huhu,menyerah diri juga bila nak buat benda ni.so,masuk bilik ngan kakak ni.muka macam sombong tapi bila dah borak2,cam best lak kakak ni.mula2,kakak tu kata nak bekam kat kepala.what????kena botakkan kepala?oh tidak,buatlah kat tempat lain.jadi kakak tu pun suruh mengiring dan meletak cawan2 untuk sedut darah tu.sambil2 tu dia ajaklah borak.sakit wooo...walaupun orang kata tak sakit,tapi kenapa aku rasa sakit?lagi sakit bila kakak tu macam tulis2 kat tempat sedut darah tu.apakah?macam kejutan elektrik,keras badan bila dia hiris2.dalam setengah jam dah siap pun.sebuk maksu ngan ibu nak tengok.dan inilah hasilnya---------->


scary aite???erk...rupa2nya kakak tu pakai pisau ke apa nak hiris2.adoilah...tolong jgn tinggal parut,tak sanggup..


huuh..pengalaman pertama berbekam dan selepas ini rasa mahu buat lagi.berani gila....buat kat kepala pulak.sedut semua darah2 kotor yang ada.bagus ni.harga nya pun ok.tak semahal berbekam guna lintah.lintah pun ok,tak tinggallah kesan macam ni punya bengkak tapi mahal sikitlah.terutama siapa yang ada resdung,buat bekam ni salah satu cara untuk kurangkan atau hilangkan resdung tu.tak salah mencuba kan..selamat mencuba!!!

rasa di pam-pam

sejak dah lama tak buat aktiviti2 yang keluarkan peluh,aktif mendaki bukit dan gunung ganang,bersenam2,badan ni pun dah rasa macam dipam2..bila cek balik semua baju,kenapa rasa ketat dan makin terbonjol je daging dan lemak2 di tangan.macam ahli bina badan pon ada.rasa nak pakai baju kurung tiap kali keluar dengan harapan boleh nampak kurus.bila duduk,rasa macam malu kalau tak ada beg atau buku yang boleh diletak depan perut.nak cover kononnya.bila nak pergi joging,banyak halangan yang perlu dihadapi.contohnya,seluar dibasuh,stokin tak ada,ade kawan ajak borak,hujan,rasa keseorangan,sakit perut,dan rasa gementar (patutkah?)

taknak beli baju lagi untuk masa ini..harap2 dapat save duit kalau tak beli baju dah.macam mana nak rasa bonjol2 lemak tu hilang?jusmate?yeyek!

Saturday, January 16, 2010

dengarkanlah suaraku ini walaupun sumbang

sejak kebelakangan ni,asyik nak mencari lagu ni,suara by hijau daun bermain2 dalam kepala berulang2 sampai rasa dah mengong dan kena berhempas pulas cari.tak kisahlah lagu ni pasal menunggu ke apa tapi rentaknya best.


Disini aku masih sendiri
Merenungi hari-hari sepi
Aku tanpamu
Masih tanpamu

Bila esok hari datang lagi
Ku coba untuk hadapi semua ini
Meski tanpamu meski tanpamu

Bila aku dapat bintang yang berpijar
Mentari yang tenang bersamaku disini
Ku dapat tertawa menangis merenung
Di tempat ini aku bertahan

*
Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku di sini menunggunya

Masih berharap di dalam hatinya

Suara dengarkanlah aku
Apakah aku slalu dihatinya
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya

Kalau ku masih tetap disini
Ku lewati semua yang terjadi
Aku menunggumu Aku menunggu

Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya

Suara dengarkanlah aku
Apakah aku ada dihatinya
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya

Back to *
Suara dengarkanlah aku

Friday, January 15, 2010

arahan untuk diri sendiri

macam tak percaya hari ni ada kelas?bangun pagi tadi macam mamai2 pikir kelas pukul berapa..ke,dah terlepas kelas?buat research masih ada kelas..kecohlah cik besah nih,kelas methodology je pun..tapi rasa macam perlu pergi sebab nak rasa ada kelas tu.macam mana lah dekat kelas.punya lama tade kelas,tiba2 kena pergi pulak.
apa nak bawa nih?baju apa nak pakai nih?haha..tshirt sudey..

bawa:pen sebatang,planner yang ade note.cukupkan?

*masih tidak percaya ada kelas*

Wednesday, January 13, 2010

burung helang ada berapa semuanya?

hari ini pergi fakulti.punyalah lama tak pegi.malas nak menjejak kaki sebabnya malas nak berjalan dari kolej ke fakulti padahal masa belajar degree dulu jalan peluh2 pun tak kesah.patutlah sekarang badan naik macam makcik besah.duduk kat bilik asyik main facebook,sangat tidak bagus sedangkan kerja ko melambak2 aimi oi.
dari main facebook,cuba siapkan data tu.kan dah konfius nak kira semua data2 tu.
macam mana nak kira total of individual burung helang black-shouldered kite ni?
macam overlap je..
macam2 sebenarnya kena buat.kena dapatkan peta2 dahulu,pastu kena layer kan peta2 tu.pastu kena mark kan reading gps pada map tu.tak reti nya dan siapakah awang yang disebut oleh lecturer?bolehkah dia mengajar aku GIS ni?
jangan mengeluh,buat je.......:)

Tuesday, January 12, 2010

me vs youngest brother

family sudah dekat di kl ini.memang sangat happy once abah cakap kami akan berpindah ke kl,since dia dapat transfer kerja di anjung felda jalan semarak.even aku memang berada di kl,tetap rasa happy sebab tidak lagi berjauhan dengan family.sejak dari tingkatan satu dah duduk berasingan dan jauh dari family.sepanjang d sekolah menengah pulak, dah tiga negeri yang ibu abah pindah.masa form 1,lansung tak homesick sebab masa tu kami masih tinggal di pahang,jadi ibu abah still dapat lawat2 anak diorang ni.best part bila mak2 ayah2 datang bila bawa makanan banyak2 dan akan makan ramai2 di dorm, dan bila dapat pegi outing ngan mak bapak sebab dapat pow duit diorang untuk beli stok makanan banyak2.kisah happy ini sampai tingkatan dua.masuk tingkatan 3,ibu abah kena pindah felda bukit cerakah di selangor.kalau di pahang,memang tiap bulan tu akan nampak muka ibu abah.sejak duduk di selangor,dapat juga diorang datang beberapa kali.ya,masih gembira tapi tak lama.tingkatan 4,family pindah ke perak.masa ini,nak datang melawat memang tak ada.dalam setahun adalah sekali.perjalanan untuk pulang ke perak juga terasa siksa.8 jam woo dalam bas,siap pernah tertidur kat terminal sebab bas rosak.(sumpah taknak naik bas bukit gantang lagi dah).start tingkatan 4,baru nak homesick dan akan menghabiskan duit bapak dengan membayar reverse call.tiap ari tuh buat reverse call,siap abah reject,cakap kat operator taknak ambik call aku.memanglah lagi kuat aku nangis sampai budak form 1 kat sebelah pun wat muka pelik.buat malu jelah kakak form 4 nih.badan gumuk,tapi kuat nangis,tak malu.

sekarang,adik bongsu pulak duduk jauh sikit je dari family.tak tahu lah dia macam mana.sebelum nih,masa di sabah,tiap2 minggu, atau seminggu 2-3 kali ibu abah jenguk dia sampai pak guard depan sekolah naik menyampah siap cakap dalam hati, 'ingat ni sekolah mak bapak dia ke,suke2 ati je nak datang waktu sekolah'.sikit2 adik mesti call sebab barang2 banyak hilang.dia pula dengan rela hati bagi pinjam dan bagi terus pada kawan dia.kalau tak,takdelah dalam sebulan sampai berbotol2 syampu ngan shower foam dengan pelbagai jenama abah kena beli untuk dia.sekarang ibu abah dah pindah kl,adik pula kena pergi sekolah sains di raub.baru hantar dia semalam.rasa macam nak pergi jenguk dia lagi.selalu fikir dia nih boleh ke urus diri sendiri,selalu fikir dia kecik lagi,selalu risau dia kena buli dengan senior2 (sape buli adik aku,siap korang),dan risau dia terikut2 perangai yang tak elok.dia dah form 3 lah,biar je dia.


ini sekolah adik bongsu ku,semesta

p/s: harap dia jaga diri baik2 dan belajar elok2.jangan buat muka sememeh dan muncung2 bila cikgu marah.jangan fly panjat2 pagar.balik kl nanti naik bas sendiri ok.jangan nangis2 kalau ibu abah malas nak datang jenguk.belajar rajin2 dan dapatkan 8A untuk pmr ini.all da best my pinky!

Saturday, January 9, 2010

bermanja




ya,memang rasa marah tapi bila jumpa rasa macam tak perlu marah..memang rasa menyampah tapi bila dia senyum,rasa itu kurang,rasa nak jalan laju2 tapi bila dia tiada di sebelah,rasa kosong dan saya akan menunggu.

tolong hargai diri ini, dan ya,rasa lagi best kalau dapat belikan diri ini kasut nike yang saya tunjuk itu (walaupun saya main2 saja meminta,tapi dalam hati meronta meminta,hehe,sangat tidak sopan)

'pernyataan di atas dibuat dengan harapan dia berubah'


hari ini pergi choc fair di mid,gambar tak dapat diupload lagi kerana kabel tiada.tak suka coklat tapi saja melihat.

usai hal di mid,pulang ke rumah makcik.makcik pula keluar,duduk di luar seperti dihalau dari rumah.terbiar di situ dalam sejam dua.mengisi masa lapang sambil bermain games handphone dan kalau ada orang lalu,buat je tekan2 handphone tuh atau letak kat telinga macam tengah telefon orang.

malam ini,ada bersama ibu dan abah..ya,kami sudah jadi orang bandar.believe it.

have no heart

rasa tawar hati..


sayang,ya..tapi tiada hati..


iya,dia sayang,tapi tiada usaha..



tak sempat pijak,dah broke dah...


tidak fikir tentang ini lagi..saya patut fikir diri sendiri.dan pengajian master saya.dan juga keluarga.dan juga kawan-kawan di sekeliling saya.oh,kamera kesayangan saya juga yang lama tidak berusik..saya patut happy dan jangan biar dia buat saya tidak happy lagi walaupun dia selalu dalam hati.




tahun 2010 untuk bangkit!!rock your life!move on,move on!


for a better person,for a better and positive mind:)





Friday, January 8, 2010

oh,saya tidak faham

huhu,sometimes i can't understand how people can sleep nearly 24 hours in one day..it's unbelievable..i know they might be very tired..but is by sleeping more than 8 hours will help to release it?oh come on,you will feel more tired and dizzy..sometimes, i can't stand on people like this..it's not a good habit,waste your time by sleeping while you can do many other works.i mean sleeping at night,not sleeping from morning until evening,then at night,you are awake.hello, we're in malaysia, not in other country which its time is not same like malaysia.you are not a polar bear which is have to hibernate for a long time or a bat or an owl which are active at night to capture their prey and find foods.you are a human,which suppose to act like human.during day,we should working,studying,chill out with friends,praying and do other activities,or you also can take a NAP, and at night is to sleep and get enough rest. 


i can't accept your reason anymore.....if sleeping is more important,than go for it..think about it and thank you

Thursday, January 7, 2010

itu kita panggil kawan

malam nih,saja makan di old town..pegi dengan yan jumpa nadia yusof aka didie.lama sangat tak jumpe..tapi tak adalah sampai bertahun.cuma kalau tak jumpa sebulan pon,banyak cerita baru yang tak sampai kat telinga sendiri.then,here we go.bila kawan kita gembira,kita akan gembira untuk diorang.bila kawan kita sedih,kita pon akan jadi sedih.bila kawan susah,kita tolong.even sedikit nasihat dan kata2 dapat melegakan sedikit masalah yang dihadapi,cukuplah.banyak cerita yang didengar...yang happy,yang sedih.dahlah ada back up song kat old town tuh yang macam slow jer..bajek sangat romantik,tapi bila dah bercerita,tak dengar pon lagu tuh.walau lapar sangat2 (gila baik tak sebut 'gila'),tapi bila bercerita hor fun kebende tuh pon dah letak tepi,tapi tak boleh,lapa nih..sambil dengar,sambil makan.hehe..


for me,that's good bila kita dengar masalah orang dan cerita2 kawan2 kita.sebab it make we think positively in other way.macam aku yang selalu berfikir secara negatif ini,bila dengar masalah orang lain,rasa macam perlu berubah.i think i've been through what yan's mother faces right now.feel down without any support.rasa macam semangat itu tiada.i know,it's very painful.sangat lemah semangat tapi bila tengok orang lain kuat,rasa diri juga perlu kuat.bila tengok kawan selalu gembira,rasa macam kenapa kena sedih?chill out!tengok orang lain banyak yang ada masalah lagi,kenapa kau kena fikir macam2??cuba jadi positif,think for your life.sangat kagum dengan roomate ku  as she is very strong and tough inside walaupun orang akan anggap dia macam sopan,in other word,nampak lemah,tapi they're wrong.me,nampak macam tough kat luar,tapi dalaman sangat rapuh dan lemah.dugaan itu selalu ada,tuhan memang akan bagi untuk tengok kita kuat ke tak.kalau sendiri tak kuat,orang lain memang tak dapat tolong kecuali memberi semangat dan nasihat.


keluarlah,pergi cari KAWAN..cari kawan yang boleh hadapi susah senang.kalau compare dengan boyfriend yang lansung taknak susah senang ngan kau,pegi cari kawan,tinggal je boyfriend.kalau perempuan,tak semestinya kena cari kawan perempuan,banyak lagi kawan lelaki juga.kawan dengan suami orang pun boleh (tapi tau bataslah),kawan dengan cleaner pun boleh,kawan dengan pak guard pon boleh.hahah...rasa macam mahu cari balik kawan2 sekolah rendah lama2,baru jumpa sorang semalam,my bestfriend since 4 yrs old di facebook.yup,sangat rindu zaman belajar.rindu keluar malam lepak2 ramai2,ada bestfriend lelaki yang sekarang sudah sukar dicontact,study group,dan macam2.(hish,lagu yang kak dina pasang nih macam meruntun jiwa lah pulak.dan2 je nak kuar lagu pasal kawan ni)...


they are there for us,yes,that's what friends are for





--oh,really happy for one of my friend dan rasa macam nak buat entri khas untuk dia bila dia dah beritahu kitorang pasal khabar gembira itu..:)--



Monday, January 4, 2010

menghendap di tasik shah alam

arrgh..apelah yang nak ditulis dalam paper nih..leh tak nak copy paste je cam mase undergrad dulu..senang je kalo ade asignment,tiru..wat master nih takkan nak copy plak..kompemlah org kate bodoh.alamak,data pon tak abis analisis lagik..konpiuslah data2 nih..gi fieldwork byk kali pon takleh nak wat analisis data lagik..kalo dr tau,mmglah die geleng kepala sambil smirking..penyakit MALAS ini sangat teruk..apekah ubatnye???


jap2,nih entri pasal bende lain,merapu bende lain lak..


hehe,petang tadi mau joging..sebelum itu pegi shopping dulu..hahah..bajek gile.padahal nak joging 15 minit jer...beli satu track bottom kaler itam ngan ade line warne pink terang fluorescent..beria jugak nak cari tshirt yang same kaler ngan warne line tuh..jalan punye jalan ditemani kakak yang bising mcm dianah dita tuh mmglah sangat tidak bosan..dan akhirnye jumpe juger!huhu...semangat mau joging..si kakak bising tuh beria je pakai suar ketat ngan singlet mau joging same,tapi die tipoo..cis,patutlah mau pegi shah alam,mau jumpe 'teman' rupenye..tapelah,asal die bahagia..berjoginglah sorg2,tapi sronok sbb dpt skodeng sport mans yg ramai di situ..witwit..ish3,tengok je tape..tak ngorat pon,senyum jer..pas joging 15 minit,membaham kueyteow lak..tetap buncit:P
pengajarannye mari berjoging (erk,yolah tuh)


adidas Fleece Track Pantadidas Women's adiPURE T-Shirt (black)


heheh..poyo jer beli suit adidas..berangan lah..duit pon tadak,gatal nak shopping..padan muke aimi,ade makan biskut oat je tgh bulan niih

Sunday, January 3, 2010

hutan vs bandar

dari awal 2009..macam2 rasenye..bermule januari 2009 sampai skang,kehidupan di hutan jadi kebiasaan..bukit bukau 90 darjah tak hengat punye dah jadi tempat mainan..cewah,tempat mainan lah sgt..nak sampai atas,2 botol air abis..masuk utan,kuar utan,masuk ladang,kuar ladang,masuk bandar,kuar bandar..hidup ngan kawan2 pon dah berkurang..byk luang mase ngan burung2,alam semulajadi,dan org asli...

kehidupan di hutan---->


main pondok2 dlm utan sambil minum nescafe dan mkn ikan bkr

mengade betul org asli ini..boleh lak die tido dlm hammock,kitorg duk bersila kat tanah

percubaan idupkan api..berjaye..puas hembus,baru idup

letih gile babi yang buat rase nak nangis dan menjerit selepas mendaki bukit tegak,tapi cool

oh,sangat selekeh di hutan....admit it..muke berminyak2 dan sangat teruk bile nyamuk gigit,parut jerawat sume nampak,agas,tanah terlekat mase jatuh,mcm2lah..bile balik bandar,macam2 ditaruk kat muka dengan harapan  tak nampak selekeh..tape,kat utan,org asli tgk pon tak lalu..wuhuu,parut pacat jangan di kate..leher pon ade..cis,bedebah pacat..mari kite lihat perbandingan di hutan dan di bandar








di hutan,tengok itu..tudung nampak sgt kedut2,hehe...ala,kalo duk kat kolej,nak kuar pon,malas gak nak gosok tudung,pakai je selendang atau tudung yg ade awning,tayah gosok..heh,mudah.kalo kat utan,baju ngan tudung mmg dah tak kisah renyuk ke,warne same tak same ke,sangat la bebas tanpe kisah ape2.seluar compang camping pun ok,kasut getah itu harus..dan juge setokin panjang..tapi kalo di bandar,pakai tudung biru,seluar pink,cardigan hijau,kompem org pelik punyalah.kalo baju tak iron,kwn mesti kate..'ko nih..gosoklah sket,nampak sgt kedut tuh'.kalo pakai pakai lawa2,pakai selipar pon org nak amek kisah gak..adoilah...


kalo kat utan,makan byk pon tak kisah..pagi mkn nasi,tengahari nasik,malam nasik,dan sepanjang mase kalo lapar ade biskut,gule2,roti,cikedis..kalo dah balik bandar tuh mulelah,nampak cermin,oh tidak,aku dah makin gemuk..mule rase patut tayah mkn.di utan,mandi air sungai,di bandar,mandi air paip.selesa di bilik air lagiklah kan...kalo di utan,nampak ijau pokok jer,tapi di bandar,nampak bangunan jer..


oh,i like dis..bile masuk utan,tayah bw duit byk..duit juge tidak abis..tade seven eleven maupon watson di situ..tapi di bandar,rase sakit ati sangat kalo tidak dapat membawa balik satu habuk barang hatta terpakse beli tisu di watson.di utan juge tidak pikir kerja banyak..oh,line juge kureng atau tade lansung..kalo gaduh ngan bf dan mau privasi,leh masuk utan.tapi tak best jugak,sbb tak dapat nak update gosip..bile balik ke bandar,mesti dah basi cite.kalo rindu mak bapak juge,sanggup panjat bukit,lompat2 cr line fon.


di utan,sangat takut dan risau binatang2 besar dan liar,ular ke..huhu,mau pitam...di bandar lak,takut peragut,pencuri,perogol..


utan vs bandar,banyak beza..tapi itu pengalaman yg best...aku  suke duduk umah lagik.dekat dengan pekan kecil dan dikelilingi kelapa sawit..tapi family akan berpindah ke bandar pulak pas nih...oh,i akan tukar status dr org ulu ke org bandar!




--mau tree house!!!!!


kepunyaan

really happy for my fren,nadia yusof aka didot!


die sudah berpunya!


waiting for fana n shimama..:)

Saturday, January 2, 2010

kombinasi ini

secara jujurnye,tidak rase mau gune name hafsah tersebut...even though i noe dat's my name..but it is taken from my grandmother's name..but when i think back,rase cam sesuai kombinasi ini..

aimi=moden, hafsah=kampung

hahha...ibu kate aimi tuh name lembut,dan mmg tak nafi ati ini sgt lembut dan lembik walaupon dari luaran, org mesti kate gile tough minah nih. bile jadi sensitif dan lemah,ibu akan kate,be strong..sbb hafsah tuh namenye keras dan kuat...walaupon ati tuh lembut,tp jiwa kene kuat.bile dengar ini,rase semangat balik dan berusaha melawan ape2 anasir negatif.

dengar name hafsah,ade jelah kwn2 nak panggil pesah,besah,esah,cah..ape2lah..

my lecturer ask for publication name untuk article, 'u nak letak name ape untuk publication?'
then i answer, 'hmm...ape eh..yg penting nak surname aimi'
lecturer: 'u tanak letak name hafsah??'
me:'heheh,tak glamer'
lecturer: 'hahahhahahhahaha' (nak memerli lah tuh)

haha,tapi if i use my hafsah,my granny must be proud of me..kan??hafsah kan kental...

saye cucu hafsah yg ade name hafsah

Friday, January 1, 2010

new life in 2010

01012010..mcm best je nombor..tp byk bende nak kene fikir..just start blogging n hope it's good as a remedy for me..hey 2010, welcome..bring us everything good...

mari berazam...amin...

nanti cucu hafsah tulis lagi...