Followers

Biasiswa

tabung simpanan masa depan

Monday, January 18, 2010

pengalaman berbekam..terbaek!

ari ahad aritu,amar nak pergi buat bekam.abah kata dekat kajang ada satu tempat bekam,itupun dia tau masa dia nak beli permata hijrah punya ubat titis resdung.so,tengahari tuh around pukul 11.30 macam tuh kami pon readylah nak pergi.maksu lak gedik nak ikut jugak,alang2 mahu beli buku untuk anak dia,si acik.si atikah yang mulut bising tu pun ikut sekali.padan muka naik kereta ngan abah,dah kena mengeja.kalau tak dapat,kena turun kereta.


ahaks,padan muka atikah,muka separuh.nampak deqda n me je.ntah nape suka buli atikah


sampai kat tempat tu,amar pun masuk bilik dengan seorang lelaki berkopiah ni.kitorang semua gamatkan suasana dengan menyakat atikah dan juga menjenguk ke serata bahagian kedai tu.macam2 ada especially buku2 agama,motivasi,ada jual tudung2,ada jual madu tualang (lupa lak nak beritahu yan),ada minyak gamat asli,dan macam2.amar siap bekam,semua nak tengok.tetiba,abah kata

'mi,gilah buat bekam.mana tau sihat apa2 yang sakit'

ibu pun suruh buat juga.huhu,menyerah diri juga bila nak buat benda ni.so,masuk bilik ngan kakak ni.muka macam sombong tapi bila dah borak2,cam best lak kakak ni.mula2,kakak tu kata nak bekam kat kepala.what????kena botakkan kepala?oh tidak,buatlah kat tempat lain.jadi kakak tu pun suruh mengiring dan meletak cawan2 untuk sedut darah tu.sambil2 tu dia ajaklah borak.sakit wooo...walaupun orang kata tak sakit,tapi kenapa aku rasa sakit?lagi sakit bila kakak tu macam tulis2 kat tempat sedut darah tu.apakah?macam kejutan elektrik,keras badan bila dia hiris2.dalam setengah jam dah siap pun.sebuk maksu ngan ibu nak tengok.dan inilah hasilnya---------->


scary aite???erk...rupa2nya kakak tu pakai pisau ke apa nak hiris2.adoilah...tolong jgn tinggal parut,tak sanggup..


huuh..pengalaman pertama berbekam dan selepas ini rasa mahu buat lagi.berani gila....buat kat kepala pulak.sedut semua darah2 kotor yang ada.bagus ni.harga nya pun ok.tak semahal berbekam guna lintah.lintah pun ok,tak tinggallah kesan macam ni punya bengkak tapi mahal sikitlah.terutama siapa yang ada resdung,buat bekam ni salah satu cara untuk kurangkan atau hilangkan resdung tu.tak salah mencuba kan..selamat mencuba!!!

No comments: