Followers

Biasiswa

tabung simpanan masa depan

Saturday, January 23, 2010

mari cuba aktiviti kreatif yang menjimatkan

hari apa ek,oh ya, hari khamis hari tu,kebetulan yan ajak pergi mid.nak beli hadiah untuk boypren nya.agenda sebenar memang nak pergi mid,tapi disebabkan awal lagi,kami bertekad nak makan roti pisang dekat pantai dalam yang memang sekali makan rasa macam nak lagi.tapi disebabkan mata dan fikiran dah berada kat mid,kami pun terlajak.dari nak makan roti pisang yang harga baru singgit dua hinggit,terus makan mcd.sib baik 4hinggit,tu pun seketul burger ngan air teh.ala,tengok orang lain pun semua makan bende itu,yelah,tu yang paling murah pun.

dah makan,kami pun melilau cari baju batik nak buat hadiah.lepas tu,tengok harga kad macam mahal,jadi beli je kertas beberapa keping.petang tu,kami pun mula menggodek-godek kertas yang dah di beli tuh.ok,mari start-->

budget: kertas timbang = around rm 1.80 (bold sikit)


perlu ada kertas berwarna 2-3 helai,gunting,pembaris,pensel,gam (penebuk tu saja je menyibuk)

ok,mula2,lipat dua kertas yang dipilih. pastu tampal lah kertas warna lain yang cun buat macam ada frame sket.


pastu,carilah kat mana2 suratkhabar ke,majalah ke...apa2 gambar atau tulisan.macam yan,dia suka letak cupcake.nampak berselera.nak beli cupcake,mahal lah lak.gambar pun jadik.tampal gambar tu atas muka depan kad.



 untuk bahagian dalam,suka ati lah nak buat camne pun.kalau rasa tulisan buruk,gunting je mana2 keratan puisi ke,karangan ke,tampal je.macam kad yan,dia nak tulis luahan hati (tak tulis lagik,rahsia) dia kat tengah2 ruang yang tak dipagar tu.kononnya kad ni macam pagar hati lah.ecewah,dua hati menjadi satu,pastu kena pagar supaya takde anasir jahat masuk nak pecahkan hati satu tu.kalau tak percaya,tengok atas tu,ada 2 hati kan.ewah ewah,penuh maksud tuh......baru ikhlas nampak buat kad nak bagi boypren.

tadaa....dah siap.banyak betullah hati dia nih.sume tempat nak letak hati.nih bahagian depan kad.cupcake ni memang buat rasa berselera bila tengok betul2.tapi sebab tangkap pakai handphone punye kamera,terus nampak macam tak menarik perhatian.ciss....papepun,usaha membuat kad dari hati yang tulus perlu dihargai.kad ni tetap nampak sedap bila tengok.tak tipu.

aktiviti ni sangat seronok bila buat bersama kawan2 sambil bersembang dan makan donat Big Apple dua biji sorang.di samping mengeratkan ukhuwah,dapat jimatkan duit.kalau boyfren nak buang kad ni pun,takdelah rasa membazir duit.tapi geram,sakit hati tahap dewa jugak kalau orang dah buat cantik2,dia nak buang lak kan.memang nak kena pelepuk.

~selamat mencuba~





1 comment:

Unknown said...

errrr.....
malunye saya...
ngeh3~