Followers

Biasiswa

tabung simpanan masa depan

Wednesday, March 31, 2010

surat cinta buat anak ucop

dear anak ucop,

pernah tak saya beritahu awak sangat comel walaupun awak tak tinggi?(saya juga tak tinggi,perasan tinggi sedikit)..rendah tetapi comel adalah satu kelebihan kerana awak tetap akan nampak cute dan muda sampai bila-bila

pernah tak saya beritahu awak yang saya sangat kagum dengan kecekapan awak memakan cili api begitu sahaja??tak terbayang rasa pedas itu tetapi awak sangat selamba..dengan ikhlas,ya,saya kagum!

pernah tak saya beritahu awak sangat pandai meniru aksi-aksi sesiapa pun..dan ia menjadi!saya fikir aksi-aksi yang awak buat jadi cute bila awak cuba tiru aksi-aksi itu.dengan mimik muka,memang saya akan gelak..

pernah tak saya beritahu awak sangat ceria dan selamba orangnya??dan saya memang akan gelak bila awak buat alasan tak pergi kerja dahulu disebabkan diarrhea..

pernah tak saya beritahu yang awak kawan yang sangat stylo,dan saya sangat suka gaya-gaya awak..ecewah...

pernah tak saya beritahu awak yang saya sangat beruntung mempunyai kawan seperti awak?saya harap ini akan berkekalan sampai bila-bila

pernah tak saya beritahu awak yang awak sangat berani walaupun kadang-kadang saya fikir awak takut lakukan sesuatu..tapi terbukti awak berani!oh,contoh mudah pergi ke kuching berseorangan..saya kagum lagi!

pernah tak saya beritahu awak yang saya harap awak akan kawen cepat dan saya berharap encik sejohok akan betul-betul menjaga awak dan hubungan awak dengan incik itu akan berkekalan?saya sedang menadah tangan dan berdoa..:)minta dikabulkan

pernah tak saya beritahu yang awak sudah TUA?????????hahaha......watever..you still sweet n young 17+7

jadi,saya akan menyumbangkan sebuah lagu untuk awak dengan lirik di bawah ini..bayangkan sahaja suara saya:)

happy birthday to you,
happy birthday to you,
happy birthday to you didot,
happy birthday to you......:)

cik belalang mata kacung

nah,potonglah segala kek yang ada di bawah ini..saya harap awak suka dengan kek-kek yang saya buat secara instant ini.

Happy Birthday Cake Gift Tote - Gourmet Food Gift BasketMelissa & Doug Birthday Party Birthday CakeBirthday CakeLeapfrog Counting Candles Birthday Cake

FRIENDSHIP FOREVER!!!!!!!!!!!!!!!


yours truly,

eyemeria

SOOTHING WORDS

korang ada tak ayat-ayat atau perkataan-perkataan yang kononnya dapat melembutkan,menyejukkan hati even korang rasa macam masa tu,korang nak menjerit terlolong-lolong,takpun nak maki hamun je?pernah tak korang guna perkataan-perkataan yang even korang rasa sakit hati terlampau,merajuk ke,apa-apalah..tapi bila sebut perkataan tu,korang rasa macam redha je??

aku panggil ni perkataan penyedap atau pun soothing word..kalau orang-orang kaya,diorang suka pakai..'oh,my gucci,oh my prada..jimmy choo,semua barang-barang branded lah...kononnya boleh hilang rasa marah bila sebut benda-benda ni..patutkah aku sebut 'oh my scarlet' bila aku marah??sebab aku asyik beli baju murah dekat scarlet jusco jer..rasa kalau sebut gucci,prada tu semua macam tak berbaloi je..

aku suka sangat sebut 'tak pelah'..

bila aku rasa macam sakit hati gila,tapi macam tak sampai hati aku nak marah atau aku taknak orang tu terasa hati,aku mesti cakap 'takpelah'...takpun,'hm..tapelah'...memang aku selalu sebut perkataan ni..aku pun tak tau macam mana nak elak sebut perkataan ni..

apa soothing words korang?

Saturday, March 27, 2010

jemputan kepada semua bloggers and readers;)

hi all....

ecewah....
actually,kat sini,i nak jemputlah semua readers ngan blogger-blogger untuk menjenguk baby baru i..

just click kat sini-->luvly birder

ini cuma sebagai tatapan dan sekadar berkongsi pengalaman dan minat:)

Friday, March 26, 2010

cuti-cuti pergilah sini

aku konon-konon takde kerja walaupun banyak data yang perlu dimasukkan,tapi gatai je tangan ni pegi click kat gambar-gambar dulu.teringat pulak masa dulu-dulu masa belajar waktu ijazah..seronok bila dapat pergi fieldwork merata-rata tempat.oh,jadik kat sini,sebenarnya aku nak promote satu tempat ni.best kalau pergi dengna family atau kawan-kawan.especially kalau korang suka haiwan and nature.yelah,asyik gi zoo pun tak best gak kan..pegi tempat lain pulak..baru adventure.

tempat yang aku nak promote ni-->KUALA GANDAH dan DEERLAND

sebenarnya dua-dua tempat tuh dekat-dekat je..terletak dekat Lanchang,Pahang..Kuala Gandah nih memang terkenal sebagai pusat konservasi gajah.menarikkan?kat sini,memang korang akan rasa pengalaman yang bestlah..yelah,kalau dalma hutan tuh,tengok tapak kaki gajah pun dah lintang pukang lari..kat sini,korang siap boleh belai-belai,cium-cium,nak mandi sama-sama,makan sama-sama,nak naik atas badan,nak manja-manja pun boleh asalkan korang takdelah manja lebih-lebih sampai gajah tu pun naik meluat dan rasa macam nak pijak korang..

tengok,budak kecik pun berani nak bagi makan kat gajah tau
comel sangat tu,anak gajah

lepas korang dah puas tengok gajah,korang boleh pergi kat deerland pulak..dekat saja..oh,lupe nak cerita masa di tempat gajah tu,korang kena beli tiket..yang mana tiket tuh berlainan mengikut aktiviti yang akan dibuat dengan gajah tuh...aktiviti apa?mandi,tunggang,bagi makan..then,korang akan dibawa pergi tengok video pasal gajah..dalam 15 minit camtulah kot,aku pun lupa..then,korang boleh tengok bilik pameran kat sebelah tu kalau korang nak tau info-info pasal gajah..info yang paling aku suka adalah

'gajah juga menyambut hari lahir'
cuba korang bayangkan,dorang tiup lilin tebu atas kek pisang...pastu gajah-gajah lain nyanyi lagu birthday ramai-ramai..

ini dekat deerland pulak-->

bagi makan kat rusa..rasa macam bagi makan kangaru pulak..
hai..ukur tinggi ke bang??leher ostrich tu lagi panjang dari kaki abang tau..
gila sombong merak nih..bajek aku nak ambik gambar kau sangat ke??memang pun

ok..menatang tu comel..abaikan orang yang pegang menatang itu

wei,tak senonoh betulla mamat nih..terkangkang kiat kat situ tunjuk *teeeeeeeet*
ok,abaikan gambar di atas..aku tak kesah sebab aku siap peluk-peluk dia lagi..

malas nak mencapab..semua orang sibuk mintak autograph aku......padahal,aku sign guestbook je..sebuk nak keliling aku.

kalau korang pergi,korang akan rasa lagi teruja..yelah,dah namanya asyik tengok ayam,udang,ketam kat pasar..menatang lain mesti korang jakun sikit nak tengok kan..inilah yang terjadi kat aku sebenarnya. so,cuti-cuti tuh,dari takde buat apa,boleh pergi tempat nih..bawa family dan kawan-kawan..tak jauh sangatlah dari kl..ini cuti,alaih-alih nak gi midvalley..ai,cakap kat diri sendiri ke?

psstt: siapa nak pergi,nak bawa aku sekali pun boleh...hehhe

kerinduan

dua hari ke fieldwork dan sehari memerap di rumah tanpa internet membuatkan rasa kerinduan di hati untuk membaca blog-blog popular dan mengancam kawan-kawan lain..juga rindu kepada blog ini..nampaknya setiap bulan bermula dari mac ini,aku akan ke fieldwork seperti dulu..setiap minggu dan setiap bulan..ohoh..kulit juga makin gelap disebabkan asyik berjemur di bawah cahaya matahari untuk memerhatikan pujaan hati..incik 500D si kamera kesayangan jugak sudah hitam legam berjemur padahal dah hitam semulajadi..

oh,dari minggu lepas mahu membuat entri ini..jadi gambar-gambar yang disiarkan adalah dari minggu lepas.
tengok...muka sudah burn..pakai sunblock tidak menjadikan apa2..seperti topeng sudah
menggigit jari tengok data..apa aku tulis pakai tibai jer
aku jumpa organ ni dekat bawah pokok tempat burung makan.macam buntut tikus kan?korang rasa apa?
ini burung jahat yang kacau sarang BSK dalam entri lepas kalau korang baca.buah pinang tuh warna sama je dengan mata dia
sesudah subuh aku keluar,punya semangat tak hengat..tengok,berkabus lagi
tengok..cantikkan?sunrise di pulau carey
hoho...menakutkan awan ini..
sempat aku tangkap masa diorang terbang ramai-ramai pegi bank ambik slip gaji..kan dah gaji sekarang
okeh..pakaian fieldwork yang macam nak pegi jalan-jalan dekat amcorp mall.gambar ini tergedik sebab spontan diambil gambar..bajek hot macam model yang terus pose bila nampak kamera..ces
pujaan hati yang curang..dia kongsi makan dengan girlfriend baru dia
petir!terkena renjatan eletrik...oh,kesian..

minggu depan akan menyusul gambar-gambar lain pulak..nantikan sehitam mana pulak aku minggu depan..

psstt:ada siapa-siapa yang mahu ikut saya ke fieldwork??

Tuesday, March 23, 2010

boyfriend paling sweet..

tajuk tersebut tiada kaitan dengan aku..

aku jumpa satu blog ni yang sangat sweet,suka nyanyi,pandai main gitar,pandai buat lagu..best gila..sangat untung baby dia..sangat best dan sweet gila bila dia nyanyi untuk girlfriend dia..sangat lucky sebab dia sangat sayang girlfriend dia..salutelah..

dulu,pernah jugak berangan nak ada boyfriend yang pandai main gitar apa-apa alat muziklah..kononnya nanti boleh buat lagu..tapi skarang nih,sape yang pandai ketuk2 baldi buat lagu sumbang pun aku tak kisah dah..hahhaha...aku bukan combi yang nak dengar abang kasim selamat main saksofon..hoho,sweet sangat nih..

siapa-siapa producer ke,empunya studio ke yang nak cari artis akustik,boleh amik dia nih..hehhe..

pegilah singgah blog die,klik je kat bawah ni..

incik suke mimpi

psstt: sekarang aku macam nak boyfriend cindian pulak...apa kaitan dengan main gitar pun aku tak tau

Monday, March 22, 2010

rasa nak mencarut

@#$%^&**&^%$#@#$%^&*&^%$#@#$%^&*&^%$#@@#$%^&*&^%$#@#$%%!

ok.seriously aku pun tak paham apa yang aku carutkan kat atas tuh...tapi memang rasa nak mencarut gaklah..cuma hati ini lebih sabar bila ibu abah ada and comfortkan aku..

bodoh betullah pencuri handphone aku nih...bape kali aku sebut b*b* pun aku tak tau,tanpa sedar,bila sedar baru rasa macam aku lak yang bodoh..bukannya dapat balik pun handphone kena curik tu kalau mencarut..ciss,bedebah betulla...dahlah dua2 handphone kena rembat..bulan nih pulak memang pokai..hadoilah..sampai rasa macam biar takde handphone..tapi susah lah pulak..takdelah nak rasa orang silap2 miskol ke,nak main berkenalan ke..susah lak kalau ibu abah adikberadik nak kol..hadoi hadoi..mentang-mentang aku pakai baju kebaya aritu,pastu takde poket kat baju tuh,terpaksa masuk handphone kat poket beg supaya senang nak amik,sedap2 je pencurik tu seluk poket beg aku..mesti dah biasa buat..tape2,nanti tuhan balas baru tau..kan dah kata berdosa curik barang orang.

tiba-tiba,rasa benci kat orang negro..nape aku rasa macam diorang yang amik..sebab ada 2 orang negro tu asyik pandang aku dan gelak2 je masa aku tengah kalut cari handphone..memanglah nak nangis,nasib baik abah kata jom pegi makan dulu,terus tak jadi nangis..(apa kena mengena aku pun tak tau)..kalau yepun nak curi,kenapa tak curik je kat kedah handphone?lagi berlambak.macam2 handphone ada..nape nak handphone aku jugak?tak dapat nak upload semua gambar yang baru amek dengan handphone..cis cis cis.....

nak nombor semua orang balik.....pada kawan2,boleh drop korangnya no hp kat sini...huhu.....redha~

psstt:ada tak sesiapa yang nak bagi aku happy?bolehlah belikan satu handphone baru untuk aku...kalaulah ada orang itu,mesti aku akan tersenyum sentiasa..tengok:)

Friday, March 19, 2010

SAVE ME!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



okay,the little bird said 'Save Me'..so save them,don't shoot them or lastik or watever..love them..

okay,korang boleh tengok how obsessed am i with them..pantang tengok something ada gambar,or apa-apa berkaitan bird,memang tak dapat nak larikan anak mata dan juga nafsu nak beli.hoho..shh...dun tell my ibu and abah..aite..thank god ada orang sudi sponsor sikit walaupun bukan datuk paduka..haha..

dari tak happy pun boleh jadi happy!simple but cute..


"I'm going to the Gatsby Deodorant Street Fair"

17th APRIL 2010
-
-
-
-
-
-
-
-
-
ok,pe kejadahnya tarikh ini..sampai aku nak bold,siap kaler merah..kiranya memang sangat important tuh..ok,let me story to you what 's going on that date..there will be Gatsby Deodorant Street Fair!!!!!!!!!!and if i translate it into malay,it will be Pesta Jalanan Pewangi Ketiak Gatsby!!!!!!!!pesta tuh,tak boleh blah..

So,nak ajak ramai-ramai pergi street fair ni dan kat bawah ni aku sertakan sekali detail-detail yang korang perlukan bila korang nak pergi.kang korang sesat pulak,dah siap pakai deodorant gatsby,excited nak pegi,tersesat pulak pegi pesta buih mana-mana.


Date: 17th April 2010
Time: 10am till 5pm
Venue: Front Foyer, Ground Floor, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.


tengok,aku siap bagi map takut korang sesat.baik kan aku?kalau korang rasa nak save minyak dan rasa nak ada driver,naik monorel je.dari kl sentral or mana2 stesen monorel,korang berenti lah kat imbi.keluar tren,jalan nak pegi times square.kat bawah tu confirm mesti ramai orang,siap ada banner gatsby banyak2,jadi korang terus pegi situ ok.

Kenapa excited nak pegi street fair ni?
- ada cabutan bertuah..hoho,mana tau boleh dapat macam-macam barang gatsby,boleh bagi kat sedara mara,bapak,abang,sepupu sepapat,kawan-kawan,boyfren-boyfren,takpon pakai jelah sendiri.
- ada macam-macam gadget yang best worth up to rm15000!tak cool ke?
- banyak gila permainan-permainan ala-ala kat fun fair tuh.tak kisahlah korang gemuk ke,kurus ke,besor ke,tinggi ke,pendek ke,semua boleh main.sape nak sumo wrestling ngan aku??haha

best kan?jom lah..untung-untung korang boleh jumpa aku..eh,apa kena mengena pulak eh??

kalau korang nak explore lagi,nah,amik nih..
tekan je kat link tuh..korang akan nampak nih..sangat ceria sampai korang rasa nak main semua benda..:)

have fun!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

psstt:jom share dengan orang lain jugak pasal street fair nih..boleh pegi ramai2 naik monorel sama-sama..cool kan?

Wednesday, March 17, 2010

dari seremban ke kuala pilah ke kuala lumpur


hoho..ini part dua sambungan dari entri makan itik tuh..huh,terbayang lagi itik-itik yang dah jadi rendang tuh..sampai gi kenduri kawen lepas tu pon sanggup tak makan nasi kat kenduri sebab nak makan itik kat umah atuk n wan.
ok..muka sangat hepi dan kekenyangan..nak pergi kenduri kawen orang pulak

balik dari kenduri kawen,singgah rumah wan nono dekat batu kikir pulak..rumah wan dia sangat best..besar gila dan ada kereta comel warna kuning pon pon..

sangat excited ok..sangat suka volkswagen bee..sangat comel!

lepas tu,kami balik rumah atuk n wan semula dan bermula lah sesi mengambil gambar gadis-gadis sunti kampung yang sangat sopan dan kalau ada makcik pakcik tengook rasa macam nak ambik jadi menantu..watdehek..oh,sebelum tuh,kami makan lagi..asyik makan je manalah aku tak naik 4 kg. 
roti cicah dengan kuah durian + teh halia..terbaik!
dari kiri tiga pupu nono yang aku panggil pudin roti,nono dan rai
ok..saja buat gambar sebek..konon2 sapelah yang nak datang minang aku nih..haruslah duk atas tangga tunggu orang datang pinang,kang makcik pakcik tak nampak pulak..weng

on the way balik ke kl,jam lah pulak..bukit putus yang jalannya dah tak putus2 tuh pon nak jam jugak..padahal jalan baru tuh.yang jalan putus2 tade orang lak lalu..hakhak..jadi,memang haruslah aktiviti ini kan..
sempat lagi..sib baik tak langgar buntut kereta depan
dia kekenyangan..shhh..jangan ganggu dia tidur..siot je..rai,jangan marah:),u comel masa tido (amek ati)

okeh,planning after this mau balik kampung dan mau mengejar itik sambil memakai kain batik dan tshirt..so traditional..i like!

Tuesday, March 16, 2010

itik-itik yang lazat..don't say yucks!


hari sabtu dan ahad baru nih,aku balik rumah mak dan bapak angkat merangkap rumah kawan baik aku sebenarnya,nono sayang..kami bertiga (aku,nono ngan rai) balik kampung nono dengan rasa riang gembira sebab atuk dah janji nak sembelih itik untuk kitorang..aku memang jakun dan perak sebab aku tak pernah makan itik dan aku memang teringin nak makan itik..abis aku canang kat semua orang yang aku nak makan itik.rai tak boleh blah sampai mimpi itik dengan mandi sungai..siap boleh mengigau pulak tu.yang aku nih,asyik mimpi burung helang je sampai kali ketiga apa kejadah pun aku tak tau.taknak cite lebar2..meh tengok jalan cerita berdasarkan gambar ye..

nih aku,bergambar dengan kete baru nono..baru je sampai kampung,terus je aku pose..owh,tengok kelakuan kami bertiga bila sudah sampai kampung dan ternampak itik,terus pose macam ini
tu aku dengan rai dalam kandang itik..semua itik lari bila tengok kitorang datang..beria aku jerit2 takut kena sudu.tgk2,diorang yang lari jerit2 bila nampak aku.watdehek punye itik


   
awalnya,kitorang nak tangkap itik pakai kain batik..tapi,atuk dah siap sembelih pulak.pasnih kene balik kampung lagi kejar itik.ok,mula2,kena bersihkan bulu..gila susah nak cabut bulu.pastu kita salai..nampak tu,kecek je kan,sebab tuh kena dua ekor.kitorang dahlah pelahap.bile dah potong2 itik tu,sikit je kan?isi itik nih lagi sikit dari ayam.ayam gemuk,itik kurus je.tu telur itik,putih dari telur ayam.selalu makan telur itik yang dah jadi telur masin kan?nih yang ori punya.



 pastu,kena siapkan santan..tengok,kitorang buat cara tradisional punya..bukan kata sorang nak perah,sampai tiga orang perah 4 biji kelapa..cayalah,bercampur2 air tangan.nasib baik atuk tak tengok,kalau tak,kompem tak lalulah..tapi tuh yang bagi sedap rendang tuh..air tangan kitorang.sebesen santan dapat bila 3 orang perah.kalau harap sorang,ntah2 setengah besen pon berjam.
 tengok,aku terus skip je.sebab masa tuh,tengah bizi,tak sempat nak tangkap gambor cara seterusnya.ala,sonang ajo aih,tumbuk serai,kunyit hidup,cili api.masak rendang ni takyah guna minyak pun tau.tengok,lazatkan..pergh,bau masa tengah masak tuh memang menggamit perasaan aku lah..dahlah lapo,save perut nak makan itik punya pasal.sedap gila.tak tau nak cakaplah sedapnya tuh..fuuh..tak sah kalau tak pedas.memang aku menangis sedu2 masa makan sebab sedap sangat.atuk sampai gelak2 tengok.
tengok,tak senonoh punya perangai ko aimi.ni aku nak tunjukkan betapa sedapnya aku meratah itik.tulang dia mak aih bapak keras.takleh aku nak lenturkan jadi smile.tapi tetap nampak happy sebab dapat makan itik!ada uumph!cayalah wan..len kali kitorang datang masak lagi eh!!!!!!!!

psstt:meleleh air liur aku masa cerita nih....nak lagik...