Followers

Biasiswa

tabung simpanan masa depan

Friday, July 30, 2010

not so vacation in bali! (first day and second day)

sabtu lepas baru pulang dari bali..aish..tak habis lagi dengan bali ni..yelah,seminggu kot pergi..walaupun rutin sama je tiap hari,tapi gambar lain tau..bergambar tuh memang wajiblah kan..masa nak pergi,bukan main lagi..macam-macam bawak macam nak duduk sana dua bulan.hambek,beg dah lah berat..nasib baik tak lebih 20kg..takpe,tunggu hari last,tengok berapa kilo pulak aku bawak..berlepas pukul 320 petang waktu malaysia..ecewah,nak juga tuh.macamlah pergi london kan..jakun dan batak sekejap sebab nak pergi luar malaysia walaupun hanya indonesia.tapi sebab destinasinya bali,jadi harus ada perasaan sedikit jakun.perjalanan mengambil masa 3 jam,serius bosan.dulu aku balik sabah selalu 3 jam jugak,tapi taklah rasa lama sangat.tapi bila nak landing tu,perasaan berkocak-kocak.betul ke kat bali nih..haha,rasa macam kat sabah pun ada.ok,stop aimi,ini bali ye.

sampai je kat hotel murah (lecturer aku cakap itu hotel paling murah yang dia dah survey),terus cari makan sebab masing-masing dah kebulur.dahlah tak tau nak makan mana.semua kedai pun tulis babi guling-guling..sanggup ke nak makan bergolek-golek??kat sini susah nak jumpa chopstick..tapi pork chop kompem jumpa dengan senang.tapi akhirnya,bantai jugaklah makan kat satu kedai hujung.yakin je halal sebab ada nampak orang pakai tudung makan kat situ..jangan fikir melampau,makan je.

the big problem masa kat sini..bawak duit juta-juta..harga semua ribu-ribu..satu hal pulak nak kira..kalkulator memang sentiasa di tangan.sebab asyik nak convert duit malaysia..tengok si yan ni,tak habis lagi tuh kira duit.aku dah pening tengok ribu ribu,jadi,serah je pada bendahari tak dilantik.

silakan pilih makanan..nasib baik ada explaination kat situ,kalau tak...melepet la tak tau nak order apa.

lecturer khusyuk tengok cite katun.upin ipin terkenal woo dekat indonesia..thumbs up!!!siap dorang puji lagi upin ipin bagus..aku pun tak khatam tengok upin ipin tuh..
eceh,dalam yakin tak yakin tuh makan lahap juga,habis jugak semua..berapa juta pulak nak bayar nih

selepas makan harus muka senyum dengan pipi kombong dan gomok

tengok..penat kira duit,makan dulu..terus ceria muka..

hari kedua..awal pagi dah siap,gila semangat semua orang nak pergi conference...semua pakai baju kurung,kami kan sayang malaysia.

ok,dapat masuk gambar..

nak juga close up sket...

bapak kami dah sampai dengan machonya..memandangkan dia sorang je lelaki,maka harus menjaga anak-anak perempuannya semua.layan jelah kerenah sorang2.

tak sabor nak tampal poster..yup,that's my poster!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

pantang betul ada kamera menghala ni..lecturer kat belakang pun sempat masuk,siap senyum baca suratkhabar..

seronok ye duduk luar masa orang lain conference??ehehehhe

rasa macam dekat UK pulak boleh picnic minum petang di bawah pohonan sambil bergelak ketawa,dan aku menggaru-garu sebab ada semut banyak

masa makan di restoran nasi padang..macam-macam laukkan??

tengok apa yang aku ambik sebagai lauk tu...belut!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!muka menunjukkan perasaan berkobar-kobar nak makan belut..hambek,ko nak sangat makan belut dari malaysia kan..dapat makan baby belut kat bali..dengan kepala belut aku makan sebab tak perasan..

ni dia baby belut..adoilah,kalau aku perasan kepala belut tuh,kompem aku luah balik..selamat semua dah dalam perut..jadi abaikan saja dan nikmati rasa belut itu..

itu dululah...nanti aku sambung lagik...sesiapa yang nak kahwin,dan nak cari tempat berbulan madu..i suggest bali!!!!!!!!!!!!!!!!wonderful for loving couples!



Thursday, July 29, 2010

dah tak boleh sebut gampang

semasa di bali,gampang sekali aku menyebut gampang..itulah perbedaan bila di sana dan di sini..ahaks,pandailah ko aimi..kalau kat sana,ia membawa maksud senang..contohnya,'aku gampang sekali di sini'
seminggu kat sana,tergeliat jugak lidah aku cakap macam orang sana.konon-konon kalau beli barang cakap indon,kompem dapat murah..itu hanya harapanlah..jangan nak berangan cakap indon pelat ko dapat beli barang harga 150000 rupiah tinggal 50000 rupiah je.dah buat muka menggoda gedik gila pon tak dapat..silap haribulan,harga lagi mark up atau ko yang tinggal dekat situ sebab dah tergoda dengan mat indon itu.oh,nasib aku bukan di lombok.

dengan bangga ulang ulang cakap gampang sampai lecturer sudah smirking.balik ke malaysia,nak cakap gampang,mungkin di muka sekarang sudah ada tanda cap ayam body glove..banyak juga perkataan yang rasa macam nak gelak bila dengar.tiba-tiba ada seorang teman dari jawa ini bertanya,

'jika di malaysia,merogol itu memperkosa ya??'

lalu,aku dan kawan aku pun jawablah, 'iya' eceh,nak jugak slang indon tuh,bajek sinetron..

'jika di indonesia, merogoh itu seperti menyeluk.contoh ayat seperti menyeluk kantung'..ok,kantung di sini adalah poket..bukan kantung kangaru.

jadi,jangan tersilap pulak..merogoh kantung ok..bukan merogol kantung..oops

banyak mulut pulak teman dari indonesia ini tanya macam-macam..oh,gampang sekali aku menjawabnya..eh,sudah di malaysia..shhhhhhhhhh,tak boleh cakap gampang lagi,ada kena tampor dengan tangan saiz sepuluh.ada ek?

temanku dari jawa,indonesia..eceh,speaking indon




Monday, July 26, 2010

malaysia tetap nombor satu di hati

sudah touch down di malaysia semalam...betapa gembiranya sampai masa pilot bagi announcement dah nak landing malaysia,rasa macam membuak-buak adrenalin gembira tuh..orang lain semua seronok je kalau pergi negara orang,aku seronok jugak,tapi bila dah dua tiga hari kat sana,dah mula rindu malaysia..bila dah seminggu,mulalah lagi rasa monyok ingat malaysia...rasa macam nak nyanyi lagu negaraku kat sana.serius,rasa macam itu.tak tau pulak kalau ada yang mahu duduk di negara asing,itu masing-masing punya hal.

dah lama tak berblogwalking..jadi selepas ini boleh mula kembali..untuk malam ini,sudah penat..penat kira duit juta-juta yang habis sampai rambut juga gugur sebab air payau basuh rambut jadi keras kekung.(ada kaitan ke?)..tak banyak souvenir dibeli,hanya untuk orang-orang penting sahaja..

dah mula kebimbangan dan juga mula akan sibuk dengan analisis data,dan akan mula menulis..sila bagi sokongan!!sebelum tidur,aku sajikan gambar ini..mana tau ada yang rindu..ahaks

on the way ke kl from klia..hati sedang bunga-bunga:)

nite people..eh,morning sudah...:p

Friday, July 23, 2010

jutawan enam hari bankrap esok

esok akan fly back ke malaysia!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!malaysia tetap di hati...rindu malaysia!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Monday, July 19, 2010

babi guling?

bersiaran lansung dari bali!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!alhamdulillah..landing di kota bali dengan selamat petang tadi..dan esok bermulalah conference..punyalah ingat jauh hotel tempat kami menginap dan hotel tempat conference..rupanya jalan kaki 5 minit pon sampai..cari sampai berpeluh ketiak..cari makan toksah nak cakaplah..bukan takat ketiak pun basah,satu badan pun mandi peluh...susah gila nak cari tempat makan yang halal kat sini..kalau ikut hati,memang masuk je mana-mana kedai..tapi sanggup lah pulak tengok babi-babi bergelimpangan..menu semua sodap-sodap..babi guling ada,sup babi ada,babi bakar ada...kecur air liurkah???yeyek

jalan-jalan cari makan sampai jumpa kedai yang macam tutup mata kira halal sebab tak nampak nama-nama babi di situ..tengok ada orang pakai tudung makan kat situ,jadi yakin sahaja makan kat kedai tu..dah lapar gila plus mengantuk lagi..esok makan di hotel tak tahu pula macam mana..takpe,yakin yakin..ahaks

tak dapat nak tunjuk gambar lagi sebab seriously internet di sini memang ada tetapi lambat ya amat..will upload later:)

bersiap sedia untuk conference esok dan menaikkan poster yang besar itu.kawan-kawan,doakan supaya conference ini berjalan lancar ye.will update soon!!

mau tidur,good nite readers!

psstt::rindu malaysia!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, July 18, 2010

ok:)

ok,

it's settled now..hope lepas ni seperti biasa dan akan lebih berjaga-jaga sebab disebabkan satu ayat,boleh mengundang banyak masalah.dan,lepas ini,jika apa-apa,harus bertanya di depan muka untuk mengelakkan daripada salah faham membaca ayat tersebut bersama nada yang betul dan impression muka yang betul.dan juga harus alert sendiri apa-apa maklumat sejak dari sekarang.

kepada kawan baik itu,mohon maaf sekali lagi dan mari berusaha untuk mencapai kejayaan dan dapat berkonvo bersama-sama..wish you luck and all the best.ye,kawan sampai mati.

terima kasih di atas senyuman dan tanda memaafkan itu.hati yang bersalah beransur lega.

terima kasih di atas perkataan 'fuck' itu

kehadapan kawan,

dari gurauan jadi kemarahan..

niat bergurau dianggap memerli...

ungkapan kata-kata tanpa mendengar nada dan melihat muka boleh memberikan banyak makna dan kalau salah anggap,memang boleh gaduhlah..dari kawan baik,boleh gaduh dengan tiba-tiba..

aku rasa bersalah sangat sebab dah bagi seorang kawan ni rasa terluka.aku tau sebab aku baca kat blog dia.aku mungkin dengan niat bergurau,tapi mungkin dia rasa terluka dengan gurauan tu,jadi,terus dimaki je dengan tulisan  di blog.mungkin aku ini entah pape.ya,aku tau aku ini entah pape.tapi rasanya tak perlu perkataan 'suck' dan 'fuck' tu.sebab aku sendiri tak pernah marah kat dia.aku tau dia banyak tolong aku,beritahu maklumat..aku ni bukannya ada maklumat nak bagitahu dia sebab dia lagi cepat tahu semua maklumat dari aku dan kawan-kawan lain..

jadi,aku minta maaf kat kawan aku tuh dan aku harap dia boleh maafkan aku..sebab aku tak suka lah benda kecik jadi benda besar disebabkan satu komen.mungkin 'suck' atau 'fuck' sangat aku ni kot sampai dia tak kisah nak cakap macam tu pada kawan sendiri.maaf sebab buat kau terasa dan terima kasih juga sebab kau pun buat aku terasa.mungkin aku tak sebaik kawan-kawan dalam geng itu tapi aku tak pernah anggap kau akan cakap macam tu sekali dengan aku sebab aku ingat aku tau kau kawan macam mana.dan mungkin disebabkan sedikit calar ni,kawan-kawan dalam geng itu jugak akan memandang jelik je kat aku walaupun aku tak berbuat apa kepada mereka.mungkin nampak sedikit childish,tapi dah lama kawan dengan kamu semua,jadi aku tau apa akan berlaku.

semoga kau berjaya sebab kau memang deserve kejayaan tu..sebab kau memang rajin,fokus,baik dengan kawan-kawan dan aku harap lepas ni aku masih kawan kau.aku tak suka pasal benda kecik pun boleh jadi masam muka.kita belajar sama-sama,dan aku sendiri suka kawan dengan kau,jadi perkara macam ni boleh buat kehidupan belajar sudah tidak best.sila berfikiran matang.terima kasih atas info itu,aku sangat menghargainya.oh,juga perkataan 'kepochi' itu..terima kasih jugak..kalau kau tulis 'balachi' pun aku akan ucap terima kasih jugak.

sekian,terima kasih kawan.aku minta maaf kat kau.


psst::aku tak suka sebenarnya tulis pasal benda macam ni terang-terangan,tapi sebab kau tulis kat blog,jadi aku tulis di blog..fair bukan?

Saturday, July 17, 2010

reunion gengblogger vs reunion skppptr? (part 2)

haippp...sabor sabor..banyak lagi gambor nak tunjuk nih..tak puas rasanya tunjuk gambar sikit...cekidaut jelah yer..tamo cakap banyak..

khemah red indian..ingat murah..mahal gilos..padahal berpasir je dalam mende tuh
semua tengah berkonvoi nak ke pantai..
tapak bergosip sementara tunggu ketua rumah sukan datang..
 gadis cun ppptr..semua pun dah dicop..korang jangan nak mengader mintak no fon..haiippp
orang lain sibuk gosip,mek nih sebuk merepot pulak..harus buat laporan pagi,tengahari,petang dan malam.
 apelah keje deme bawah pohonan ru nih???takde kerja lain la nih..plan hape lagi pun tak tau
 alahai..sweet je diorang nih kan??dua-dua pun tak berubah dari segi fizikal mahupun rupa paras sejak dari sekolah lagi..perangai pun sama je..(tengah mengekjas lagi nih)
nampak tak pakcik botak baju hitam tuh???tiba--tiba datang dan cakap 'maaf dik,tempat nih kalau nak guna kena bayar rm200..tempat lain pun semua kena bayar'..gilos mahal..nak pinjam pasir nak main kejap pun rm200??

 masa ni,kitorang main cari coklat leper dalam tepung..habis muka berlumur dengan tepung sampai rasa dalam mulut macam makan cekodok tawar.
 kitorang sebuk nak bergambar,si zairie sebuk nak berlari start game
mari masukkan air ke dalam botol....korang pentipoooooo...yup,aku juga tipooooooo...wahahahhahah(gelak jahat)
 aku pun tak tau apa motif aku letak pasir dalam pinggan...kononnya nak buat istana pasir tapi macam leper je..rasa macam jakun sekejap tengok pasir
 tengok,aku dengan chot masukkan air dalam botol dengan baik dan tidak tipu sama sekalik..kami group yang sangat baik..
 bercanda di pasiran pantai~
 izzam,ko nak bagi heart tuh kat sape???tulah,nape tak propose je kat pantai arituh...heheh..ehem ehem
 sesi bergambar ramai di pantai
sesi mandi manda pulak..i like!!!!!!!!
 suka!!!seriously,memang sangat fun dengan korang semua
 sesi lompat melompat..see,bila gurls melompat,zairie pon terkejut..cik noor oi,depannya hang lompat..macam nak sepak kamera pun ada
sesi bergambar beramai-ramai sebelum masing-masing balik destinasi masing-masing

 ish...apehallah ngan kaki aku nih..nampak je kamera,dan dan terus nak senget sikit kaki tuh..haiip,nakal nih kaki nih.saja nak bagi aku nampak gedikkan..
sesi makan-makan pulak..selagi masih siang,semua pun taknak balik lagi..nak makan sama-sama lagi..si zul dengan si izzam,dua-dua skandal angah.hehe

 haruslah ada gambar bersama kamera..oops,itu bukan kamera aku..itu kamera sham.saja nak bergambar dengan kamera orang sebab tak nak gambar dengan tuan kamera..ooopssssss
halamak,abang vtec beraksi pulak depan kamera..*pengsan*..kahkahkahkah

 aish...habis makan,kena pergi main bowling dulu...sesi mengenal bola boling..ini bola ye,bukan buah kelapa..
aish diorang nih.kalau berjumpa,macam-macamlah aksi spastik dibuatnya

zairie,ko baling bola ke baling dengan diri ko sekalik??

puas bermain boling,baling diri,gelak-gelak,guling-guling,makan-makan lagi sampai perut kembung,barulah reti nak balik.dari seremban,gerak pukul 9lebih..sampai kl pukul 11 macam tu rasa macam nak lepak je lagik..ish ish,sayang korang semua...mari konvoi pergi kenduri kahwin kawan-kawan kita pulak lepas nih..nak pikir naik kereta sape pulak ye..

psstt:::jom pergi pulau pangkor pulak lepas nih!!!!!!!!!!!!!!!!!!












Thursday, July 15, 2010

reunion gengblogger vs reunion skppptr? (part 1)

aduhlah....pening kepala aku nak buat pilihan..dua-dua pun perjumpaan yang best..perjumpaan gengblogger boleh kenal kawan-kawan baru.perjumpaan skppptr pulak boleh jumpa kawan-kawan lama dari sekolah rendah.fuuhh...7 hari 7 malam aku pikir.at last,aku memilih untuk pergi ke reunion sekolah rendah aku dulu sebab dah lama gilos tak jumpa dan dah lama sudah benda ini di plan dan duit juga sudah dibayar..

harap tuan azrul akan buat lagi perjumpaan gengblogger lagi lepas ni,jadi aku boleh turut serta berjumpa semua blogger2 yang best..

jadi,mengembaralah aku ke port dickson..berusaha naik bas okeh..sampai seremban barulah iqa datang ambil dan gerak ke pd bersama dengan angah juga.teruja,berdebar-debar semua pun ada.lama gilos tak jumpa.nak dekat 10 tahun bai...ada yang sekolah menengah sama-sama tuh exception lah kan,tu pun dalam 5 tahun tak jumpa..adeh,apa ghupenye deme pun idok ler aku tau..this time,hanya yang bujang semua..yang sudah kawen semua pun tak datang ke reunion ni..maybe after this,boleh plan yang lebih besar untuk keluarga besar..sampai pd,tak ramai lagi sampai.menjelang petang,barulah makin ramai..excited gilos jumpa kawan-kawan semua..rasa macam tak menang mulut aku nak tanya.banyak gilos cakap sampai kering tekak.malam ada bbq,tak habis lagi bercakap...keje aku of courselah bukan memasak..asyik menangkap gambar je kejenye..(padahal nak elak bakar ayam)..sebab ada kawan yang jadi chef,maka dia yang masak..inilah untungnya kawan yang bekerja sebagai chef..serius,memang teruja sangat jumpa kawan-kawan lama ni..macam-macam cerita.kitorang siap bergosip-gosip dalam bilik sampai nak solat subuh pun boleh terlewat,gosip punya pasal..

kawan-kawan yang datang ramai sebenarnya dah tunanglah,nak kawen dahlah...alhamdulillah,dah sampai seru diorang..aku jugaklah yang mencari-cari ni..ahaks,promote nampak..even dua hari 1 malam,tapi memang rasa tak puas dengan diorang semua..seronok bila dengar kawan-kawan semua dah kerja,ada duit sendiri..yang bestnya bila kawan-kawan bayarkan bila time makan.i like!!sebab tu sayang korang semua..ahaha..kalau aku cerita memang 10hari 10malam tak habes.jadi,nah,aku sajikan gambar-gambar bagi korang lagi paham apa yang aku rasa masa jumpa diorang semua hari tu.cekidaut!!!
psstt::amaran keras!banyak gilos gambar..hambek!


 aku sampai je,terus keluar ke balkoni dan ambil gambar ini..
 berjalan-jalan memaksa angah juga untuk ke pantai.takde stiletto merah,selipar merah pun jadilah
 kitorang stay kat mayang sari,pd..everything ok tapi orang kata keras sikit kat sini sebab semua bangunan dibuat dari batu dan kayu
sempat juga ambil gambar merpati dua sejoli sedang berdating
 bbq malam itu..walaupun hujan renyai tapi ada kitorang kesah??makan,harus makan
chef azuwan pengganti chef wan sedang beraksi dengan bantuan lampu suluh sebab gelap tak nampak masak ayam atau lembu

masa ni aku cuma pegang penyepit tu untuk 2 minit je sebab nak bergambar aku pun buat kerja padahal aku tengok je diorang berhempas pulas masak.sebab kalau aku masak,sape nak amik gambar

jurufoto yang kedua memakai baju cap ayam warna hitam bersama dengan ibu ayam,angah


aksi lain pulak..masa untuk memuncungkan mulut

macam-macam kalau bergambar dengan si zairie baju merah tu.sesuka hati suruh bau ketiak dia

aksi ini perlu ada untuk nampak manja..ini tips ya,sila ingat

sibuk bebenor deme tuh

yang perempuan memang pantang nampak kamera

 sweet je kan kek ini..like!
 tengok,nak makan pun pandai duduk dalam bulatan supaya boleh nampak muka semua orang
 nak potong kek pun harus ada aksi bersama kek dahulu sebelum dibaham
 selepas makan,bergambar beramai-ramai
 dari tadi,potong kek tak habis-habis sebab sekali potong,satu gambar.kalau banyak kali potong,tak beratus gambar?
 geng gosip lelaki sedang merehatkan perut selepas makan
 ini adalah sesi menguruskan perut selepas makan.wajib berjalan 100 tapak untuk mendapatkan perut beberapa pax
with my old good friend..dari kecik berkawan..dia tetap cute dan comel.ajis,ko suka iqa eh?
 time untuk birthday boy.tapi bagi aku dan syu yang gedik ingin bersama-sama teman si chot kena juga..habis berdebu dengan tepung..dengan kamera aku sekali pun putih berdebu
kesian chot...takpe chot,kalau lepas ni,kitorang simbah ko dengan air telur+kicap+budu+tempoyak..ko yang mintakkan?

psstt::ini baru hari pertama.wait for second day activity.jangan muntah lagi.telan dulu,habis semua part baru muntah ok.