kehadapan kawan,
dari gurauan jadi kemarahan..
niat bergurau dianggap memerli...
ungkapan kata-kata tanpa mendengar nada dan melihat muka boleh memberikan banyak makna dan kalau salah anggap,memang boleh gaduhlah..dari kawan baik,boleh gaduh dengan tiba-tiba..
aku rasa bersalah sangat sebab dah bagi seorang kawan ni rasa terluka.aku tau sebab aku baca kat blog dia.aku mungkin dengan niat bergurau,tapi mungkin dia rasa terluka dengan gurauan tu,jadi,terus dimaki je dengan tulisan di blog.mungkin aku ini entah pape.ya,aku tau aku ini entah pape.tapi rasanya tak perlu perkataan 'suck' dan 'fuck' tu.sebab aku sendiri tak pernah marah kat dia.aku tau dia banyak tolong aku,beritahu maklumat..aku ni bukannya ada maklumat nak bagitahu dia sebab dia lagi cepat tahu semua maklumat dari aku dan kawan-kawan lain..
jadi,aku minta maaf kat kawan aku tuh dan aku harap dia boleh maafkan aku..sebab aku tak suka lah benda kecik jadi benda besar disebabkan satu komen.mungkin 'suck' atau 'fuck' sangat aku ni kot sampai dia tak kisah nak cakap macam tu pada kawan sendiri.maaf sebab buat kau terasa dan terima kasih juga sebab kau pun buat aku terasa.mungkin aku tak sebaik kawan-kawan dalam geng itu tapi aku tak pernah anggap kau akan cakap macam tu sekali dengan aku sebab aku ingat aku tau kau kawan macam mana.dan mungkin disebabkan sedikit calar ni,kawan-kawan dalam geng itu jugak akan memandang jelik je kat aku walaupun aku tak berbuat apa kepada mereka.mungkin nampak sedikit childish,tapi dah lama kawan dengan kamu semua,jadi aku tau apa akan berlaku.
semoga kau berjaya sebab kau memang deserve kejayaan tu..sebab kau memang rajin,fokus,baik dengan kawan-kawan dan aku harap lepas ni aku masih kawan kau.aku tak suka pasal benda kecik pun boleh jadi masam muka.kita belajar sama-sama,dan aku sendiri suka kawan dengan kau,jadi perkara macam ni boleh buat kehidupan belajar sudah tidak best.sila berfikiran matang.terima kasih atas info itu,aku sangat menghargainya.oh,juga perkataan 'kepochi' itu..terima kasih jugak..kalau kau tulis 'balachi' pun aku akan ucap terima kasih jugak.
sekian,terima kasih kawan.aku minta maaf kat kau.
psst::aku tak suka sebenarnya tulis pasal benda macam ni terang-terangan,tapi sebab kau tulis kat blog,jadi aku tulis di blog..fair bukan?
2 comments:
da xbaik gado2.. :)
natham pancut sperma
elok la dh minta maaf..tu yg sebaik-baik nya..
Post a Comment