Followers

Biasiswa

tabung simpanan masa depan

Thursday, October 28, 2010

kau tak puas dengan satukah?

warning:ini entri emo power ranger biru yang dah tukar jadi raksasa


kenapa kau lelaki 1 dan lelaki 2?tak puas dengan satu?gf dah ada,nak apa lagi?kekasih gelap?walaupun aku gelap,aku bukan kekasih anda-anda.jadi sila faham.kalau tak faham bahasa melayu,nanti aku buat bahasa isyarat.mungkin anda-anda lagi faham dengan isyarat tangan?

yang sorang suka marah-marah tak kena tempat.kau apahal pon tak tau.kau pun keluar period jugak ke nak pms tak tentu pasal?sila faham di sini,kau jugak yang cakap aku cuma kawan kau,then,yang kau macam tak puas hati je bila aku keluar sini sana dengan kawan-kawan tak kira lelaki atau perempuan kenapa?bila aku tanya aku nih siapa pada kau,kau jawab kawan.lepas tu kau boleh tambah lagi,yang kau sayang aku lebih dari kawan.eh,kau ke aku yang jiwa kacau nih?sekejap cakap macam ni,kejap cakap lain,macam kaplamyanga lah kau nih.aku nak mencarut kat kau pun ada..nasib baik aku ada sabar lagi ke.kalau tak,habis dah aku hambur.dahlah,aku tak mahu lagi.sila sayang gf engkau sahaja.


yang sorang lagi pun tak faham bahasa.encik,anda sudah mahu berkahwin,mahu apakah lagi?semua persiapan pun dah dibuat.tiba-tiba kau cakap taknak kahwin pula.kau tak kesian ke dekat gf kau?yang akan jadi bakal isteri kau.aku dah taknak layan kau pon kau tak faham bahasa lagi.macam mana nak jauhkan diri dari kau.kau nak aku datang kenduri kahwin kau,aku leh je nak datang.masalahnya,kalau kau buat pasal pulak tengah-tengah kahwin tu memang aku awal-awal balik rumah dari gi kenduri kau.gf kau dah puas nangis-nangis sampai mak kau pun dah tau.kau memanglah tak kisah orang lain,tapi hati orang lain ada kau kisah?aku pun bodoh pergi keluar dengan kau awal-awal dulu sebab aku anggap kau kawan,mana aku tau kau ada hati dekat aku.kenapa kau mesti ada hati dekat aku sedangkan kau tau kau ada gf dan dah nak kahwin pun.kau janganlah macam-macam.buang je nama aku,perasaan kau pada aku supaya bila kahwin,kau bahagia dengan bakal isteri kau.sebab aku tau,bakal isteri kau sangat sayangkan kau dan aku nih tiada siapa-siapa.sila pentingkan keluarga dan gf kau dari pentingkan aku yang picisan ini.sebab bila kau terlalu sayangkan aku,aku juga possible untuk sayangkan kau,jadi baik aku awal-awal lari dulu.dahlah.sila buang aku,jangan sayang aku lebih dari sayang kepada gf kau.


feel like crying.kenapa aku kena involve benda-benda macam ni.eh,dah takde lelaki single ke kat malaysia ni?ok,move on aimi.think positive.setiap yang berlaku ada hikmahnya.sekurang-kurangnya kau tahu rupanya ramai yang sayang kau,tak kira lelaki orang ke,anak orang ke.jadi,sila move on!


*harus positifkan balik cas negatif ni*

3 comments:

Azrul Hisham said...

banyakkan b'sabar k..

Eyemeria said...

terima kasih tuan..*malu*

adawiyah rahman said...

uiyoo
sgt hot lahh
sbar2..huhu :)