Followers

Biasiswa

tabung simpanan masa depan

Thursday, August 25, 2011

satu hati empat jiwa

lihat tajuk mungkin kata tak boleh blah..but then,nak tulis macam mana lagi if i feel more than that?ini bukan cerita tentang boyfriend,tapi pasal girlfriend2 i.see,girlfriend i ramai.but then i ada bestiest since school.susah sangat nak jumpa diorang ni walaupun masing-masing dalam Malaysia,dan jarak masing-masing tak adalah jauh sangat macam Perlis ke Johor.tapi punya susah nak jumpa tu macam sorang kat New Zealand,sorang kat Afrika,sorang kat Afghanistan,sorang kat Indonesia.(ok,i cop New Zealand).hari nak jumpa pun macam-macam lagi,sempat tukar tempat nak jumpa lagi.but then,akhirnya kami berjumpa jugak setelah mengharung pelbagai kekangan masa,duit,bil tepon naik asyik sms,asyik kol dan bertweet.

hari ahad lepas,dengan bersemangat,aku bawak kereta siap pakai gps konon-konon macam tak tahu jalan ke sunway pyramid sebab dah janji nak jumpa kat sana.reason?sebab ada jusco dan aku ada baucer jusco untuk dibelanja.kan best kalau makan pun pakai baucer,sebab memang aku tak ada duit pun.

ok,mari tengok apa yang berlaku hari tu.(ihsan gambar cik mizahamid)

waiting for teeka di jusco.sambil tuh,memang pantang nampak cermin sebab asyik nak tangkap gambar tanpa menghiraukan orang sekeliling.ala,perasan je ada je orang tengok-tengok kitorang taksub mengambil gambar,tapi ada kami kesah?sebab takde pulak sign dilarang mengambil gambar kat situ.

teeka dah sampai.yenna yang berbaju kuning tu is the payahest nak ajak keluar tapi akhirnya she made it jugak walaupun sekejap.

so,dah cukup korum,mari teman i shopping.nak cari high heels sebenarnya tapi end up beli wedges jugak macam mak-mak.adakah sebab umur makin meningkat,feeling tua lebih?tak,tak..lepas ni kena beli high heels jugak,feeling tinggi buntut naik sikit.

gambar ni aku buat jadi profile pic kat facebook bukan sebab nak suruh orang tengok aku,tapi nak suruh orang tengok caption gambar tu.aku nak beg tu,jadi siapa nak tolong belikan.bukan mahal pun,tapi aku simpan baucer untuk beli kasut.jadi,siapa ada baucer jusco lebih,boleh bagi kat aku,boleh habiskan beli beg kaler kuning ni.

heart this three lovely gurls.from left:meeza,yenna and teeka.

my lovey,cik kboyd.kitorang adalah partner sehati sebab apa-apa berkaitan hati,confirm kitorang bersama-sama.

sopan je aku dalam gambar ni,macam boleh masuk ustazah pilihan.orang lain semua bawak paperbag charles&keith la,guess la,aku usung plastik jusco jugak.jusco dihatiku.boleh ke tagline camtu?

this is sign for founder of duduk2.dalam facebook,boleh pulak diorang tag aku kat gambar ibu mengandung.what?nampak sangat korang nak cakap aku buncit kan?kan?kan?kejam.

tak boleh blah makcik dalam tu.i swear,kalau makcik ni ada kat kedai ni,aku taknak datang dah.kalau dia tak ada,baru aku datang kedai ni.nyampah tapi sebab bulan baik,terus aku jadi baik dan sabar.dalam hati,'siaplah kau aunty,aku beritahu semua orang jangan datang kedai kau dah'.

tengah tunggu bukak puasa,operasi tangkap gambar bermula.

see the expression.teeka,kau macam nak jadi model kedai ni.nanti mesti kau geng ngan makcik tu.tamo kawan kau.

nak buat muka macam teruja,tapi jadi macam tak ikhlas pulak tengok laksa tu.

punya banyak air atas meja macam 10 orang minum.

gadis cermin kaca

lagi nak tangkap gambar kat sini sampai ada sorang kakak datang tanya boleh ambil gambar dia tak sebab ingat kboyd adalah photographer.kelakar betul.

showing off our assets?

ces yenna,kau telah menspoilkan gambar ni.muka terkejut tak boleh blah ni,tiba orang belakang elok je senyum.

at last,ada jugak gambar berempat.

friendship forever.kalau korang dah kawen,ada anak 10 pun,kita kena jumpa jugak macam ni ok.anak tinggal rumah bagi suami jaga okeh.no excuse.


sayang korang sampai bila-bila
fullstop

masih ada yang sudi

it's a great feeling when u know someone is reading your blog.when you write as a blogger,it's not about money you'll get by advertising in your blog and it's not about getting popularity as a blogger.you can't simply introduce yourself 'hi,i'm a blogger,you must know me right?'
hello..kau ingat kau glamer?ok,dah lari topik,stop it aimi.

it is about the feeling of writing.blog is just like a medium to tell something,to express your feeling (anger,sad,happy,worry,etc),to share stories with others,to give information,etc bla bla..even though apa yang kau tulis macam tak berguna lansung,setakat nak cerita pasal life kau,tapi if kisah kau boleh menggembirakan hati orang yang baca,itu yang penting..and yeah,blog aku tidaklah sebaik dan sebagus blog lain.apa yang terlintas,itu yang aku tulis.dan akhir-akhir ini,masa untuk menulis sangatlah kurang disebabkan bekerja.banyak yang nak diceritakan,banyak yang nak dikongsikan tapi sebab kekangan masa dan penat,terus hilang idea untuk menulis.tidur je.tesis pun dah lama tak ada tambahan ayat,sama je.dah tulis padam,itu je kerjanya.

dan apa yang menggembirakan aku adalah bila orang baca apa yang aku tulis.dan sangat gembira bila tengok statistik,ada juga yang sudi berkunjung ke blog ini walaupun sedikit,tapi sangat bermakna.bila tengok dah lebih 10000 kunjungan,tak kisahlah orang yang sama ke,lain ke,tapi rasa sangat gembira.

terima kasih semua:)

THANK YOU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

bird smile from google:)

Monday, August 22, 2011

monday blues

it's not that easy dealing with feeling and heart.

it's not easy.

Thursday, August 18, 2011

ini bukan pasal kejar mengejar.

sangat mengecewakan bila baca tentang hal ni.oleh kerana aku adalah salah seorang pelajar yang berada di universiti ini,berita ini sangat memberi impak malu dan kecewa.disebabkan oleh orang di dalam gambar tersebut yang rata-rata penuntut um sendiri kenal dan tahu namanya,aku rasa bilangan orang tempatan yang belajar kat universiti ini pun makin berkurang.aku sendiri yang dah lama duduk di universiti ini pun boleh rasa kesan semasa um di bawah vc terdahulu dan vc sekarang.dulu rasa bangga bila masuk um,ya,ini universiti kita,universiti tempatan yang berjaya membina nama di peringkat dunia walaupun kita menggunakan bahasa melayu,kita masih setanding dengan universiti2 lain.universiti yang mempunyai penyelidikan dan pendidikan yang berkualiti dengan rata-ratanya orang tempatan yang berjaya sendiri yang menjadi tenaga pengajar di sini.tapi,sekarang apa dah jadi?orang asing merata-rata macam kita pula yang menumpang universiti orang asing.mana muka orang malaysia?nama je malaya kat belakang tu,harap-harap tidaklah diganti dengan bangla ke,nigeria ke,afrika ke.sedih bukannya gembira tengok ramai asing kat sini.dahlah cakap pun macam itik dengan kambing,dengan sikap orang asing yang tak hormat lansung,berjalan tengah-tengah jalan macam jalan sendiri punya.rasa macam pelajar tempatan pula dianaktirikan di sini.apa yang orang asing mahu,semua akan dapat.yuran pun boleh bayar secara installment.macam mana pula dengan pelajar-pelajar tempatan ni yang mintak biasiswa dan geran untuk buat penyelidikan pun susah nak dapat.macam mana nak hasilkan penyelidikan yang bagus dengan duit yang tak ada?nak paper semua masuk jurnal ISI,macam mana pula dengan fakulti bahasa?yang buat master dan phd dalam bahasa melayu?

kuota untuk pengambilan pelajar master dan phd dari negara luar lagi banyak dari tempatan.pensyarah-pensyarah kat sini pun dah ramai dari negara luar.dari satu segi mungkin bagus sebab boleh share macam-macam dari negara lain tapi kalau terlalu banyak,apa guna pelajar-pelajar tempatan yang belajar bagus-bagus dan mintak untuk berbakti di universiti sendiri tapi tak dapat sebab nak bagi peluang pada orang asing.ada banyak pro dan kontra sebenarnya tapi harap pihak atasan boleh menilai baik buruk sebelum buat apa-apa sistem baru,tau apa-apa tindakan.semuanya beri impak pada pelajar,pada pentadbiran,pada kakitangan akademik dan paling utama pada universiti.

ini bukan soal kejar mengejar ranking,ini tentang pengeluaran graduan yang berjaya dan hasil penyelidikan yang berkualiti serta pentadbiran yang teratur.bila terlalu gila,hal-hal lain pun terabai.macam mana ranking nak naik?lagi jatuh adalah.


ini cuma pendapat aku.sebab kalau boleh aku taknak pensyarah-pensyarah aku pun letak jawatan disebabkan hal ini.universiti yang menggunakan bahasa melayu pun masih boleh maju dan ranking pun semakin naik.tiada salah untuk mengagungkan bahasa sendiri di samping menggunakan bahasa lain sebagai bahasa komunikasi dan menambah ilmu tetapi tidak sehingga lupa diri,kita rakyat malaysia dan bahasa melayu bahasa rasmi kita.


nak baca lagi tentang ni,klik je kat sini Utusan Malaysia

Friday, August 12, 2011

thursday mumbling

entri sebelum ini sangatlah poyo.jealousy?siapa tak ada perasaan tu,it's not a normal person.sebab tuhan dah cipta kita berperasaan.ada perasaan kasih sayang,ada perasaan cemburu,ada perasaan marah,ada perasaan gembira.dan perasaan ini tidak terhad pada individu tertentu sebab perasaan itu dari hati.secara sainsnya,memangla ada hormon-hormon tertentu yang meransang.semua orang ada perasaan ini termasuklah aku.

perasaan cemburu yang aku rasa hanya sedikit.perasaan biasa.you'll get what i mean right??sebab kalau banyak sangat,ada padahnya.boleh membawa kepada pergaduhan,sengketa,sakit hati,bunuh membunuh.woo..macam-macam boleh jadi kalau perasaan tu membuak-buak.cuba kalau ada banyak perasaan kasih sayang,sedekah dan sebarkan pada semua orang,kan bagus macam tu.tak ada gaduh-gaduh ni.sama macam kat negara kita,kalau semua ada perasaan kasih sayang,hormat-menghormati,mesti negara ni yang paling aman la.setakat BERSIH tu boleh jadi ops bersihkan masjid/religious building,taman-taman,sekolah ke.tak ke jadi bagus BERSIH tu?

perasaan cemburu jugak boleh mendorong kita untuk berjaya jugak.contoh?bila kau cemburu sedikit pada orang yang lebih berjaya seperti kawan-kawan yang dah kerja bagus,duit banyak,mesti kau pun nak berusaha jugak sampai berjaya kan?kalau kau cemburu pada orang yang buat bisnes,kau pun mesti nak bersaing nak dapatkan pelanggan yang ramai.tapi kalau ye pun,jangan sampai main kotor,hantar macam-macam la,letak macam-macam la.

perasaan cemburu dalam hubungan kasih sayang ada yang positif ada yang negatif.tapi kita sendiri yang mencorakkannya agar jadi positif atau negatif.kalau cemburu melampau sangat pun susah jugak.mulalah nak gaduh besar,hati tak tenteram,nak jadi stalker berbagai.tapi dengan cemburu yang sedikit,mungkin kasih sayang tu lagi bertambah antara satu sama lain.tak ada cemburu,macam tak ada perasaan pulak.buat macam-macam nak bagi cemburu,tapi tak ada respon pun.mula nak fikir,dia ni robot ke orang?

dan bila fikir positif,perasaan cemburu tu makin lenyap ganti dengan perasaan sayang.:) always try to be the best,tapi manusia bukannya sempurna,hanya tuhan yang sempurna.tapi kita boleh berubah ke arah yang lebih baik.kalau rasa cemburu tu tak bertempat,boleh cuba kawal diri dan positifkan diri.aku pun masih mencuba untuk menjadi seorang yang positif.dan aku harap aku berjaya.

hoping for the best..i'm praying.

dah tak mahu membebel,tangan nak puasa.

Thursday, August 11, 2011

SAYA TIPU AWAK

I HAVE NEVER BEEN JEALOUS.

YES,I KNOW I LIE.


Wednesday, August 10, 2011

#puasa DAY 5- DAY 9

hambek...disebabkan tertinggal mengupdate konon-kononnya kekangan masa,terus update untuk empat hari puasa.lebih kurang sama je pun..

DAY 5
sempat bersahur:) kalau tak ada blur lagi macam kejadian tak sahur yang lepas.hari untuk mengajar,dahlah mengajar kali ni sorang-sorang since senior aku kata aku dah boleh pergi sorang.nasib baik jalan pergi dan balik ok,dan tak sesat lansung.but in class memang menguji kesabaran aku yang sedang berpuasa.tiga orang budak nakal tu memang nak kena,ada je yang diorang buat.si kembar tu pulak asyik menyepak satu sama lain,tumbuk muka,tumbuk belakang.memng kena jerit kuat-kuat dalam kelas.habis kelas,nak pergi kat kereta,rasa macam tekak kering sangat.sabar banyak-banyak.ini semua dugaan.

balik untuk berbuka pulak,tengok-tengok kawan-kawan pun takde,maknanya kena buka sorang lagi.apa nak beli pun tak tahu.jadi hanya minta tolong adik pergi bazar belikan nasi kerabu.nasi kerabu lagi???melatih lidah nak jadi orang pantai timur ke apa ni?alhamdulillah,kenyang selepas berbuka:)

DAY 6
hari ini bekerja di borders pulak.jadi memang perlu tenaga yang banyak.nasib baik ika kejutkan sahur sebab roomate aku pun takde,alarm pun tak bunyi.nasib ada jiran sebelah.disebabkan kerja tengahari sampai malam,makanya memang kena berbuka di tempat kerja lah.

petang tu,mintak tolong dua orang kawan tempat kerja untuk beli makanan kat bazar ramadhan.sekali duit dalam purse ada empat ringgit je.memang tak cukuplah kalau nak makan macam-macam.jadi cuma order popia dua ketul dengan taufufa.popia tu pun seringgit satu.oklah,besar,jadi kenyang jugak.malam tu,terus balik rumah gombak,baru melantak nasi,ikan patin,sushi.mentekedarah pulak kat rumah,tidur pun kenyang je.

DAY 7
di rumah.makanya sahur pasti nasi.makan sahur macam makan tengahari,memang terbaik.kenyang sangat makan sahur sampai rasa nak keluar balik.eh,tapi mana boleh muntah,nanti batal la puasa.rugi.hari ini keluar pergi shopping raya..hoyeah.dah ada dua pasang baju,dan satu kasut jazz zaman sekolah-sekolah.berharap abah boleh bagi sikit je lagi peruntukan untuk beli high heels sebab rasa dah dewasa sikit,jadi rasa wedges dah outdated.tahun ni,nak macam mak datin sikit,haruslah high heels tinggi 7 inci.berbuka di rumah dan dapat bertarawikh di surau.alhamdulilah.

DAY 8
hari isnin!!malas betul nak balik um.before balik,pergi cuci dan gunting rambut dulu dengan ika.nasib baik ika duduk dekat-dekat kawasan rumah aku,jadi senang juga if mahu ajak keluar.petang berbuka dengan roomate.itu saja:)

DAY 9
hari yang sangat memenatkan!!!dengan mood yang pincang memang buat malas nak kerja.dahla pergi kerja lambat sebab salah faham jadual.lagi rasa bengang.sampai borders dah lambat,terus buat kerja.buat apa pun tak boleh.angkat magazine pakai troli,asyik jatuh je magazine tu.bila buat return magazine,salah pulak.rasa macam nak marah je,memang tak ada mood.manager pulak berangin-angin,kejap angin timur laut,sekejap angin barat daya.bertahan jelah.memang tak sabar nak balik,tak nak kerja dah.penat,sakit satu badan nih.sampai malam kena minta tolong roomate letakkan minyak supaya kurang sikit sakit.

bersedia untuk puasa hari kesepuluh pulak.chayok!!!



psstt::macam budak-budak pulak tak tahan lapar puasa.apa nak jadi ni.

Thursday, August 4, 2011

#puasa DAY 4

semalam sahur punya pasal..hari ini buka puasa pulak punya cerita.well,hari ini sempat bersahur,yeay.jadi minum air banyak-banyak rasa macam bergelen air berombak-ombak dalam perut.alhamdulillah disebabkan hari ini mengajar,jadi terus lupa rasa lapar tuh dan bertahan dengan baik sehingga berbuka.

tapi..tapi...

bila nak balik untuk berbuka,jalan jem teruk!dengan hujan lagi.dengan berebut jalan dengan kereta lain lagi,damn betul..sepatutnya kalau tak jam dalam 10-15 minit dah boleh sampai um.ini pukul 7 keluar,nak dekat pukul 8 baru sampai dekat depan shell ngan kfc.mahu tak mahu,terpaksa ke drive thru kfc.kalau tak memang kebuluran.perut dah kembung semacam sebab lambat makan.nasib baik sempatlah beli air teh kundur kat kedai india.boleh pulak kedai makan lain kat ofis aku tutup.nak sebut damn lagi ke tak?luckily ada air kundur untuk membatalkan puasa,kalau tak memang terpaksa cari jalan untuk membatalkan puasa.tak korek telinga,korek hidung.terbaik.

sampai di um,terus ke lab.sampai lab,takde orang lansung.lagi bertambah sayunya.jadi duduk sorang-sorang di lab.

ika,cepat balik..even makan kfc,tapi tetap lapar.

sambung di hari esok pulak.dah tak ada mood.

#puasa DAY 3

dah masuk hari ketiga puasa dah kan...so how was your puasa everyone???

untuk puasa hari yang ketiga ni,boleh pulak terlupa sahur.boleh pulak tidur mati sampai alarm handphone pun tak dengar.mesej tak payah cakap,memang tak dengar lansunglah.malam tuh around 12malam macam tu,aku dah makan yong tau fu dengan roomate aku.tapi hati berkeras nak bangun sahur lagi sebab nak minum air banyak-banyak.lagipun,ari puasa ketiga ni kerja kat kedai buku pulak.kudrat akan digunakan dengan banyak untuk mengangkat majalah-majalah yang berat tuh.jadi dengan harapan untuk bangun sahur sangat tinggi.tapi disebabkan  i am sleeping like 'don't care if the world turn upside down',harapan tu terus musnah.dan bila roomate aku kejut untuk bangun subuh,terus ingat sahur.rasa nak nangis bila tengok botol air meminta-minta untuk diminum.terus blur  sebab dah terbangun nak dekat pukul 7 dan tinggal masa untuk solat subuh je,sahur dah tak boleh.duduk atas katil lama baru sedar 'eh,kena sembahyang subuh la'..

lepas sembahyang,tengok lagi botol air atas meja.mula kepala otak nak main-main buat jahat.terus terfikir boleh tak nak buat-buat lupa yang hari ni puasa dan minum air macam tak ada apa-apa berlaku pun.kalau orang tanya boleh kata 'alamak,puasa eh..lupalah...macam mana ye..takpe kan kalau lupa..boleh puasa balik kan??'

tapi sebab nasib baik syaitan semua dah kena ikat,maka godaan macam tu masih boleh dihalang.nasib baik tak buat,kalau tak saja je burn satu hari nak kena ganti.nasib baik pergi kerja masih ok,dan bertahan sampai buka puasa.tengok,tuhan tolong walaupun tak sahur.cuba kalau aku saja-saja buat lupa dan minum air,mesti aku terus dapat balasan kan???

sekian..

apa jadi puasa keempat tak tahu lagi.

Wednesday, August 3, 2011

mengidam?

actually,i'm not into chocolate since kalau minum air susu coklat ke,makan chocolate bar banyak ke,rase mcm dizzy sikit.tak tau kenapa.but then memang kalau tgk chocolate,tak rasa terliur lansung.but if u offer ice cream,memang tak boleh tolak.jadi tak payahlah bagi chocolate kat aku sebagai hadiah.kadang-kadang kalau coklat yang macam-macam bentuk,cantik pulak tu,memang aku tak makan dan akan buat perhiasan atas meja.tunggu sampai setahun,dari kaler coklat boleh jadi kaler putih sebab berkulat.
tapi aku ingat lagi,first time aku dapat coklat adelah dari ex boyfriend aku,even masa tu takdelah kapel lagi tapi sebab first time ada laki bagi,rasa macam nak frame tuh.terus tampal dalam buku,memang tak boleh blah.yelah,zaman sekolah-sekolah menengah dulu,bila ada secret admire mula teruja.sampai sekarang elok lagi tertampal pembalut coklat tu.ala,coklat kinder bueno tuh.coklat tu je exception yang aku rasa suka.

cukup.ni aku nak cerita pasal satu kes.ini kes sangat lain.ini kes berkaitan coklat jugak.sekarang mengidam kek coklat lava ni ye.since aku makan dekat pizza hut,terus kat kenny roagers hari tuh pun nak benda alah ni jugak.biar pizza atau pasta dah tak boleh masuk perut,tapi kek nih boleh lagi ye.sampai sekarang terbayang.

ok,aku telan air liur dulu,baru aku sambung cerita.

cuba bayangkan kek panas yang ada coklat di dalam....ha..macam dalam gambar kat bawah nih...huhu,melting kan..siap ada chocolate topping lagi kat atas tuh..telan air liur lagi


ihsan google

cuba potong sikit kek tuh,keluar terus lava coklat ala-ala lava gunung berapi tuh..panas je lava tuh.....tak payah bayang pun takpe,aku tunjuk gambar kat bawah ni

ihsan google

pastu nak lagi masyuk,letak aiskrim vanila kat atas tuh..bila tekan je sudu kat kek tuh,terus lava coklat keluar campur sekali dengan aiskrim vanila yang sejuk..perasaanya tak tau nak cakap..nikmat betul..mula-mula rasa cam panas sikit pastu bila masuk mulut terus sejuk.hoh,nasib baik entri ni waktu malam,kalau siang nih tengah puasa ada meleleh-leleh air liur tadah dengan baldi.

ihsan google

siapa nak belanja aku makan kek nih masa bukak puasa,sila komen di ruangan yang disediakan.

terima kasih.

semoga puasa esok,bayangan kek ni tak lagi bermain-main di kepala.

selamat berpuasa.

<3


Tuesday, August 2, 2011

#puasa DAY 2

hari ni dah masuk hari kedua berpuasa.sahur pagi tadi sahur ala kadar je.minum milo,kurma 2 biji dan twiggies.cuma berharap akan kekal ok sampai nak berbuka.hari ni kerja pulak..baru pukul 10 perut dah bunyi lagu keroncong..ok lagilah,slow je...sampai pukul 1,dah start bunyi lagu balada,tinggi sikit pitching tuh..sampai pukul 3,dah tukar pulak lagu hiphop..memang terasa cacing dalam perut tengah menari-nari.sampai pukul 5,memang lagi dahsyat lah..tukar lagu black metal terus.

dugaan lagi..sabar..

lagi 27 hari untuk berpuasa dan kemudian raya.oit,baru puasa 2 hari,dah fikir raya..

apa pun tak boleh.

selamat berpuasa kepada semua!

love <3

Monday, August 1, 2011

#puasa DAY 1

awal-awal sahur makan mentekedarah macam makan tengahari je.berselera je walaupun mata kejap bukak (untuk ambik lauk) kejap tutup (mengantuk).ayam bakar wehhh....kalau tak makan kang,mulalah nak teringat-ingat tengah puasa.lepas makan sahur,kononnya nak duduk-duduk bagi nasi turun,boleh pulak tertidur.solat subuh dan siap terus untuk balik um.sampai kolej,boleh pulak nak buang isi perut apa yang makan semalam.yang pagi tadi aku tak tahu mana pergi.dah lapar balik.nasib baik tak pergi sarapan je.

tengahari lak aku nasib-nasib je nak masuk van jen***h..takut gila aku dengar nama van ni,jadi aku letak bintang-bintang kat situ.sila pandai-pandai tafsir.boleh pulak berhenti tepi kedai mamak konon-kononnya nak beli lunch sebab terpandang nasi ayam dan perut lak sudah berbunyi.nasib tak order je lagi.memang menempah betul.

dugaan betul bila kau jalan dekat dengan kedai makan,bau ayam goreng,bau kari semerbak.even tak suka makan kari sangat pun tapi bila dah lapar melampau ni automatik je terus rasa teringin kari.bila lapar,semua pun nak makan.takde syaitan bulan puasa ni pun,makin menjadi-jadi godaan nya.

makin nak dekat bukak puasa,makin berkeroncong bunyinya.macamlah tak pernah puasa.budak tadika tengok pun malu,macam lapor bebenor.okeh,cukup cukup..dah masuk waktu buka..

menu for today's break fast: nasi kerabu yang tak macam nasi kerabu sangat,air teh bunga,kuih tepung pelita dan rojak buah.

sekian laporan hari ini.
roger.

assalamualaikum ramadhan

di hari yang mulia dan berbahagia ini,saya ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa.semoga kita sama-sama dapat menguatkan iman dan mendapat keberkatan dari bulan yang mulia ini.

bukan selalu nak tulis ayat skema dan formal seperti ini selain dari menulis surat rasmi.

happy fasting to all muslims!:)