Followers

Biasiswa

tabung simpanan masa depan

Friday, August 12, 2011

thursday mumbling

entri sebelum ini sangatlah poyo.jealousy?siapa tak ada perasaan tu,it's not a normal person.sebab tuhan dah cipta kita berperasaan.ada perasaan kasih sayang,ada perasaan cemburu,ada perasaan marah,ada perasaan gembira.dan perasaan ini tidak terhad pada individu tertentu sebab perasaan itu dari hati.secara sainsnya,memangla ada hormon-hormon tertentu yang meransang.semua orang ada perasaan ini termasuklah aku.

perasaan cemburu yang aku rasa hanya sedikit.perasaan biasa.you'll get what i mean right??sebab kalau banyak sangat,ada padahnya.boleh membawa kepada pergaduhan,sengketa,sakit hati,bunuh membunuh.woo..macam-macam boleh jadi kalau perasaan tu membuak-buak.cuba kalau ada banyak perasaan kasih sayang,sedekah dan sebarkan pada semua orang,kan bagus macam tu.tak ada gaduh-gaduh ni.sama macam kat negara kita,kalau semua ada perasaan kasih sayang,hormat-menghormati,mesti negara ni yang paling aman la.setakat BERSIH tu boleh jadi ops bersihkan masjid/religious building,taman-taman,sekolah ke.tak ke jadi bagus BERSIH tu?

perasaan cemburu jugak boleh mendorong kita untuk berjaya jugak.contoh?bila kau cemburu sedikit pada orang yang lebih berjaya seperti kawan-kawan yang dah kerja bagus,duit banyak,mesti kau pun nak berusaha jugak sampai berjaya kan?kalau kau cemburu pada orang yang buat bisnes,kau pun mesti nak bersaing nak dapatkan pelanggan yang ramai.tapi kalau ye pun,jangan sampai main kotor,hantar macam-macam la,letak macam-macam la.

perasaan cemburu dalam hubungan kasih sayang ada yang positif ada yang negatif.tapi kita sendiri yang mencorakkannya agar jadi positif atau negatif.kalau cemburu melampau sangat pun susah jugak.mulalah nak gaduh besar,hati tak tenteram,nak jadi stalker berbagai.tapi dengan cemburu yang sedikit,mungkin kasih sayang tu lagi bertambah antara satu sama lain.tak ada cemburu,macam tak ada perasaan pulak.buat macam-macam nak bagi cemburu,tapi tak ada respon pun.mula nak fikir,dia ni robot ke orang?

dan bila fikir positif,perasaan cemburu tu makin lenyap ganti dengan perasaan sayang.:) always try to be the best,tapi manusia bukannya sempurna,hanya tuhan yang sempurna.tapi kita boleh berubah ke arah yang lebih baik.kalau rasa cemburu tu tak bertempat,boleh cuba kawal diri dan positifkan diri.aku pun masih mencuba untuk menjadi seorang yang positif.dan aku harap aku berjaya.

hoping for the best..i'm praying.

dah tak mahu membebel,tangan nak puasa.

No comments: