Followers

Biasiswa

tabung simpanan masa depan

Wednesday, August 10, 2011

#puasa DAY 5- DAY 9

hambek...disebabkan tertinggal mengupdate konon-kononnya kekangan masa,terus update untuk empat hari puasa.lebih kurang sama je pun..

DAY 5
sempat bersahur:) kalau tak ada blur lagi macam kejadian tak sahur yang lepas.hari untuk mengajar,dahlah mengajar kali ni sorang-sorang since senior aku kata aku dah boleh pergi sorang.nasib baik jalan pergi dan balik ok,dan tak sesat lansung.but in class memang menguji kesabaran aku yang sedang berpuasa.tiga orang budak nakal tu memang nak kena,ada je yang diorang buat.si kembar tu pulak asyik menyepak satu sama lain,tumbuk muka,tumbuk belakang.memng kena jerit kuat-kuat dalam kelas.habis kelas,nak pergi kat kereta,rasa macam tekak kering sangat.sabar banyak-banyak.ini semua dugaan.

balik untuk berbuka pulak,tengok-tengok kawan-kawan pun takde,maknanya kena buka sorang lagi.apa nak beli pun tak tahu.jadi hanya minta tolong adik pergi bazar belikan nasi kerabu.nasi kerabu lagi???melatih lidah nak jadi orang pantai timur ke apa ni?alhamdulillah,kenyang selepas berbuka:)

DAY 6
hari ini bekerja di borders pulak.jadi memang perlu tenaga yang banyak.nasib baik ika kejutkan sahur sebab roomate aku pun takde,alarm pun tak bunyi.nasib ada jiran sebelah.disebabkan kerja tengahari sampai malam,makanya memang kena berbuka di tempat kerja lah.

petang tu,mintak tolong dua orang kawan tempat kerja untuk beli makanan kat bazar ramadhan.sekali duit dalam purse ada empat ringgit je.memang tak cukuplah kalau nak makan macam-macam.jadi cuma order popia dua ketul dengan taufufa.popia tu pun seringgit satu.oklah,besar,jadi kenyang jugak.malam tu,terus balik rumah gombak,baru melantak nasi,ikan patin,sushi.mentekedarah pulak kat rumah,tidur pun kenyang je.

DAY 7
di rumah.makanya sahur pasti nasi.makan sahur macam makan tengahari,memang terbaik.kenyang sangat makan sahur sampai rasa nak keluar balik.eh,tapi mana boleh muntah,nanti batal la puasa.rugi.hari ini keluar pergi shopping raya..hoyeah.dah ada dua pasang baju,dan satu kasut jazz zaman sekolah-sekolah.berharap abah boleh bagi sikit je lagi peruntukan untuk beli high heels sebab rasa dah dewasa sikit,jadi rasa wedges dah outdated.tahun ni,nak macam mak datin sikit,haruslah high heels tinggi 7 inci.berbuka di rumah dan dapat bertarawikh di surau.alhamdulilah.

DAY 8
hari isnin!!malas betul nak balik um.before balik,pergi cuci dan gunting rambut dulu dengan ika.nasib baik ika duduk dekat-dekat kawasan rumah aku,jadi senang juga if mahu ajak keluar.petang berbuka dengan roomate.itu saja:)

DAY 9
hari yang sangat memenatkan!!!dengan mood yang pincang memang buat malas nak kerja.dahla pergi kerja lambat sebab salah faham jadual.lagi rasa bengang.sampai borders dah lambat,terus buat kerja.buat apa pun tak boleh.angkat magazine pakai troli,asyik jatuh je magazine tu.bila buat return magazine,salah pulak.rasa macam nak marah je,memang tak ada mood.manager pulak berangin-angin,kejap angin timur laut,sekejap angin barat daya.bertahan jelah.memang tak sabar nak balik,tak nak kerja dah.penat,sakit satu badan nih.sampai malam kena minta tolong roomate letakkan minyak supaya kurang sikit sakit.

bersedia untuk puasa hari kesepuluh pulak.chayok!!!



psstt::macam budak-budak pulak tak tahan lapar puasa.apa nak jadi ni.

No comments: