Followers

Biasiswa

tabung simpanan masa depan

Thursday, August 18, 2011

ini bukan pasal kejar mengejar.

sangat mengecewakan bila baca tentang hal ni.oleh kerana aku adalah salah seorang pelajar yang berada di universiti ini,berita ini sangat memberi impak malu dan kecewa.disebabkan oleh orang di dalam gambar tersebut yang rata-rata penuntut um sendiri kenal dan tahu namanya,aku rasa bilangan orang tempatan yang belajar kat universiti ini pun makin berkurang.aku sendiri yang dah lama duduk di universiti ini pun boleh rasa kesan semasa um di bawah vc terdahulu dan vc sekarang.dulu rasa bangga bila masuk um,ya,ini universiti kita,universiti tempatan yang berjaya membina nama di peringkat dunia walaupun kita menggunakan bahasa melayu,kita masih setanding dengan universiti2 lain.universiti yang mempunyai penyelidikan dan pendidikan yang berkualiti dengan rata-ratanya orang tempatan yang berjaya sendiri yang menjadi tenaga pengajar di sini.tapi,sekarang apa dah jadi?orang asing merata-rata macam kita pula yang menumpang universiti orang asing.mana muka orang malaysia?nama je malaya kat belakang tu,harap-harap tidaklah diganti dengan bangla ke,nigeria ke,afrika ke.sedih bukannya gembira tengok ramai asing kat sini.dahlah cakap pun macam itik dengan kambing,dengan sikap orang asing yang tak hormat lansung,berjalan tengah-tengah jalan macam jalan sendiri punya.rasa macam pelajar tempatan pula dianaktirikan di sini.apa yang orang asing mahu,semua akan dapat.yuran pun boleh bayar secara installment.macam mana pula dengan pelajar-pelajar tempatan ni yang mintak biasiswa dan geran untuk buat penyelidikan pun susah nak dapat.macam mana nak hasilkan penyelidikan yang bagus dengan duit yang tak ada?nak paper semua masuk jurnal ISI,macam mana pula dengan fakulti bahasa?yang buat master dan phd dalam bahasa melayu?

kuota untuk pengambilan pelajar master dan phd dari negara luar lagi banyak dari tempatan.pensyarah-pensyarah kat sini pun dah ramai dari negara luar.dari satu segi mungkin bagus sebab boleh share macam-macam dari negara lain tapi kalau terlalu banyak,apa guna pelajar-pelajar tempatan yang belajar bagus-bagus dan mintak untuk berbakti di universiti sendiri tapi tak dapat sebab nak bagi peluang pada orang asing.ada banyak pro dan kontra sebenarnya tapi harap pihak atasan boleh menilai baik buruk sebelum buat apa-apa sistem baru,tau apa-apa tindakan.semuanya beri impak pada pelajar,pada pentadbiran,pada kakitangan akademik dan paling utama pada universiti.

ini bukan soal kejar mengejar ranking,ini tentang pengeluaran graduan yang berjaya dan hasil penyelidikan yang berkualiti serta pentadbiran yang teratur.bila terlalu gila,hal-hal lain pun terabai.macam mana ranking nak naik?lagi jatuh adalah.


ini cuma pendapat aku.sebab kalau boleh aku taknak pensyarah-pensyarah aku pun letak jawatan disebabkan hal ini.universiti yang menggunakan bahasa melayu pun masih boleh maju dan ranking pun semakin naik.tiada salah untuk mengagungkan bahasa sendiri di samping menggunakan bahasa lain sebagai bahasa komunikasi dan menambah ilmu tetapi tidak sehingga lupa diri,kita rakyat malaysia dan bahasa melayu bahasa rasmi kita.


nak baca lagi tentang ni,klik je kat sini Utusan Malaysia

No comments: