Followers

Biasiswa

tabung simpanan masa depan

Monday, November 14, 2011

run baby run

hi peeps,

baru lah nak update blog.selalu tu bukak je tapi bila nak start menulis mulalah malas.kalau tulis blog boleh,apehal tulis tesis tak boleh?memang masalah diri betul.jauhkanlah aku dari sifat mazmumah ni.

tak ada apa sangat pun nak cerita tapi ada juga lah nak cerita.ari ahad lepas,13hb kot,aku join satu charity event nih.actually,aku memang tak tahu apa-apa pun pasal event ni.cuma kawan aku tanya nak join tak walkaton.aku ok je.lagipun memang tak ada apa-apa plan pun hari tu.ditambah pulak mak bapak pun tak ada kat rumah,keseorangan je,baik aku join aktiviti-aktiviti sihat ni.dan sebenarnya memang aku tak tahu apa-apa.di mana,kena bawak apa semua aku tak tahu.yang aku tahu hari ahad je.

malam before ahad tu (ayat apa ni?) aku pun sibuklah tanya kawan aku pukul berapa nak pergi.dan dengan gigih aku bangun pukul 5 pagi semata-mata nak pergi walkaton.semangat weh.naiklah lrt dengan dua orang lagi kawan pukul 7 pagi.sampai kat dataran merdeka baru aku tahu ini event apa.ia adalah walkaton/jogathon/wheel chair untuk public and disable.jadi ramai jugak aku tengok hari tu.teringat adik aku,dia pun kanak-kanak istimewa jugak.

before start,kitorang dibawa mengelilingi dataran merdeka tu dulu,kononnya untuk warm up bagi panas badan.tak payah warming up pun aku dah berpeluh macam dah lari 2.5 km.panasnya tuhan je yang tahu.boleh pulak start nak berlari/berjalan tu masa matahari dah tegak.memang terbaik.confirm burn muka dan tangan aku.nak dekat pukul 9,semua pun mula berjalan dan berlari dan berwheel chair.dengan rasa yang mahu terkencing amat sangat,aku pun berlari dengan harapan ada public toilet tepi-tepi jalan tapi memang tak ada.jadi,teruskan sahaja berjoging slow-slow dengan harapan cepat sampai pulak supaya boleh terus pergi toilet.

joging punya joging,akhirnya sampai jugak penamat.eh,kena bagi nama?eh,dapat no 3?haha,terus rasa nak gelak.first time aku masuk benda lari-lari,jalan-jalan macam ni dapat no.3.jadilah,dah cukup baik tu rasanya.first time weh.memang buat hari aku ceria.

naik lrt.muka mengantuk lagi

before mahu start.from left:erma,dila,borgy and me

dah habis lari jalan-jalan

tengah tunggu penyampaian hadiah.lama gila!

yeay.lepas ni kena kumpul medal lagi

dapat hadiah duit beberapa puluh,terus belanja mereka makan ais krim :)

well,itu memang satu pengalaman yang menarik.semakin bersemangat untuk join aktiviti sihat macam ni.lagipun ni charity event,sambil-sambil tu boleh buat amal.sebak tengok kanak-kanak istimewa sebab aku pun ada adik istimewa macam diorang.memang boleh mengalir air mata.

aku kena sambung tengok data nak tulis tesis.supervisor aku baru je intai aku tengah buat apa.stalk la tu.

bye.


No comments: