Followers

Biasiswa

tabung simpanan masa depan

Friday, January 27, 2012

cinta facebook

just wanna share a story with you guys.tak adala story sangat,saja-saja nak bercerita.sebenarnya kalau kita tengok sekarang ramai je yang kahwin berkenalan melalui facebook aka muka buku ni.bagus juga ada laman sosial macam ni.yang malu-malu pun masih boleh bersosial.yelah,malu tapi mahu kan?dulu gempak dengan myspace.aku pun ada walaupun jarang-jarang bukak.lepas tu orang semua pun sibuk dengan tagged dan friendster.tagged tu ala-ala nak cari jodoh,tempat nak flirt-flirt dengan strangers.aku pun ada juga cuma takdelah aku pandai nak flirt orang.orang flirt aku,adalah.oops,perasan.tapi,lepas tu entah lupa macam tu.kemudian,zaman friendster tengah naik.masa tu memang gila berfriendster,sibuk nak mengomen atau tulis testimoni.masa tengah exam lagilah menjadi-jadi main friendster ni.yup,kenal dengan devilito pun through friendster.walaupun duduk dalam tempat yang sama tapi tak pernah jumpa.nak jugak jumpa ikut laman sosial.pastu sambung persahabatan dengan devilito kat facebook pulak.lepas facebook muncul.terus kedaboom main facebook tiap hari lupa makan minum,lupa kerja segala.bahaya betul.the best pasal facebook is it connects us to old friends yang lama gila-gila tak jumpa.saudara mara pun jadi makin rapat bila ada facebook.yang tak kenal pun jadi kenal.yang tak kahwin pun jadi kahwin. (abaikan segala perkara negatif pasal facebook,tu cerita lain.ni nak cerita positif je).

dan yang paling best bila bertemu jodoh ikut facebook kan??kan??ramai sekarang kahwin lepas berkenalan di facebook.facebook really connecting people.dan sama ceritanya dengan seorang kawan yang aku kenal dari devilito.sahabat baik devilito.dan hari raya cina baru ni,aku berkesempatan untuk turut sama meraikan perkahwinan kawan ni.meriah juga dan orang kampung semua baik-baik.macam kat kampung sendiri pulak,buat rumah orang tu macam rumah sendiri.bila dikorek-korek cerita dari isterinya,baru tahu yang diorang ni berkenalan melalui facebook.cinta facebook gitu.kelaaaas kau sharin.

well,layan gambar ini dulu.

ok,gambar terletak senget.jadi pusingkan kepala untuk tengok pengantin.mungkin pengapit terlebih berseri,jadi gambar mogok taknak terletak elok.pengapit ni kerjanya tak habis-habis lap peluh pengantin.untung kau sharin :)

pengapit-pengantin-pengepit

ketibaan pengantin.kebetulan pula dua-dua pengapit pakai biru sama.

see,tak habis lagi lap peluh.suka tengok both of pengantin.sangat padan.

interframe itu harus.

adegan wajib pengantin

eh,sama kaler?ni malas nak duduk sebelah pengantin.kang silap pulak.

aktiviti paling best.baling-membaling gula-gula.

bukan kata budak-budak je,mak budak pun nak berebut jugak.

pengantin with his bestfriends

eh,mana pengantin?

??????????

k bye.




Wednesday, January 25, 2012

kawan sampai mati.

Secara jujurnya,tak sedar pun hari ini hari kami shahian batch 9903 masuk sekolah.tak boleh bayang dulu muka sorang-sorang blur je bila sampai SHAHPEKAN.mak ayah hantar sampai pintu pagar,sampai bilik pun ada.perangai sorang-sorang lagila macam-macam.kalau ingat balik banyak benda nak cerita.kami semua dibahagikan ikut rumah sukan.murad (biru),hamdan (hijau),aminuddin (merah) dan rahman (kuning).kelas pulak ikut bahasa.macam aku,aku ambil bahasa arab.well,awal-awal datang sekolah,pakai tudung labuh bukan main,terus ambil bahasa arab.jadi masuk kelas bakti.masa baru sampai,kitorang terus diberi kakak dan abang angkat.kalau perempuan dengan kakak angkatlah,kalau tiba ada abang angkat itu lain cerita.aku cakap ni sebab aku tak ada abang angkat.eh,lari topik. masa awal-awal,homesick tak boleh nak cakap.setiap bilik mesti ada punya yang nangis.tipu kalau korang tak nangis.tu belum tengok nangis sambil makan kat dewan makan.oops.aku pun jadi nak nangis bila tengah makan tengok orang nangis.bila malam-malam,pasang kelambu cepat-cepat.pastu tutup muka dengan selimut,mengalir air mata.ok,tu aku.kalau ada yang sama,kita geng.siang-siang tak boleh nangis sebab macho dan kena jadi pemujuk kawan lain yang nangis.malam takpe.

aku pun tak berapa ingat siapa dalam kelas aku masa dari tingkatan satu bakti sampailah tiga bakti.yang aku ingat,aku bendahari kelas.kerja aku nak kutip duit suratkhabar je.problem betul dengan budak laki asyik taknak bayar.dari form one sampai form three jugak,tak berhenti gaduh dengan nasser.aku panggil dia kerchak sebab nama gorilla dalam cerita tarzan.selalu sangat perasan diri dia tu the rock dalam Wrestling tu.serius menyampah.pantang betul tengok dia dalam kelas,ada je benda nak gaduh.sampai miss goh kena leraikan pergaduhan lagi.ok sebenarnya dia panggil aku koala walaupun aku tak tau apa sebabnya.mungkin terlalu comel.geng dia si fikri,zul dengan zarif sebuk panggil aku jambu sebab bila aku pakai tudung,bentuk muka aku macam jambu air.jeles lah tu.masa sebelum pmr pun macam-macam benda jadi.black out lah,tragedi sorang lelaki suka ramai perempuanlah.bila outing,budak lelaki pesan pada budak perempuan takpun vice versa,then jumpa dekat anjung kasih.memang tempat berkasih.aku suka jugak tunggu mak bapak budak-budak junior ni datang sebab nanti mesti ada banyak makanan diorang bawak.mak bapak aku kan asyik pindah randah makin lama makin jauh,menumpang jela.

tak boleh lupa jugak kalau dekat asrama,hari sabtu ahad kena bangun awal pagi jugak sebab kena sembahyang subuh di musolla.kalau lelaki di suraulah kan.siapa lambat turun bila check,kena tawaf keliling surau,tu memang terbaik.semua pun dah hajah.aku sebab dulu skema,jadi takdelah nak fly fly ni.paling teruk pun aku buat alasan nak pergi hospital.padahal sampai bandar pekan tu,aku melencong sikit.pergi klinik sebab cepat,then boleh pergi tunas manja jalan-jalan.tu pun dah rasa macam 'wah,hebatnya aku'.sangatlah tak jahat.dapat demerit sebab tak datang kelas bahasa inggeris pun rasa bangga.tak boleh blah.siap laminate kertas demerit.

bila masuk form four dan form five,masing-masing dah kelas lain.bercampur dengan orang lain.aku dulu skema orangnya,jalan pun tunduk.biasalah,menjaga pandangan mata.cakap pun slow je macam tak berbutir.macam-macam perangai betul kawan-kawan aku.bergaduh lelaki perempuan masa prep malam.main tembak lampu sampai pecahlah.tu belum campur kerja main posmen-posmen surat ni.kelakar je.aku suka jugak bila time ada request.kiranya nanti setiap kelas dapat kertas kita nak request beli kek ke,coklat ke,bunga ke dan nak hantar pada siapa.agak-agak ada boyfriend atau girlfriend oklah jugak nak bagi.bagi yang tak ada *macam aku hantar je pada diri sendiri.siap tulis nama 'secret admire' konon-konon ada orang bagilah.nak sedapkan hati.

aku try carik gambar dolu-dolu kat sekolah tapi mana pergi dalam kotak sebab baru-baru ni aku konon-konon pindah kolej ke rumah.ada beberapa yang aku cilok dari facebook kawan-kawan.

ini masa aku form five,time lab biologi dengan cikgu haslina.apalah cerita cikgu agaknya

kalau tak silap,ini masa malam sejarah ke merdeka.entahlah,lupa.tapi masing-masing pun bawa kain batik

tak boleh lupa perhimpunan.nais!

bila dah besar,mulala buat reunion balik.this is one of our activity,main bowling

kalau cakap pasal iftar,memang best.tiap tahun pun akan buat iftar

ini quite latest jugak.time homecoming.konon-konon balik sekolah semula dan beri nasihat pada adik-adik form five tentang hala tuju lepas spm.*poyo :)

budak lelaki memang tak renggang dari main bola.walau macam mana pun,brotherhood diorang memang kuat.well done

then,mulala sorang-sorang kahwin.ramai lagi yang dah kahwin tapi aku letak beberapa jela.dan mana yang tak kahwin lagi kerjanya adalah pergi kenduri untuk makan free dan cari jodoh

kahwin lagi.muka yang lebih kurang sama je yang pergi kenduri.

again.boleh spot kan siapa yang kerap pergi kenduri kahwin?dah boleh buat geng kenduri ni.kuat makan free.nais.

nak lari pun,lari sama-sama jugak.dulu masa sekolah,cikgu suruh merentas desa,tak mahu.malas je nak lari.sekarang,pantang ada marathon,semua pun nak masuk sama-sama.inilah friendship.ewah.

ada masa lapang tu,pergi jumpa kawan-kawan sekolah jugak.dating pun dengan diorang.friendship dari sekolah memang kuat.

SHAHPEKAN!!!eh,tiba semangat.

well..happy annivessary kawan-kawan SHAHIAN batch 9903.dah 13 tahun kan.pejam celik pejam celik kejap je berlalu.keep contact.

kawan sampai bila-bila.

pssttt: ada lagi yang nak kahwin sesama budak sekolah???

hati kuat

aku dah tahu.tak kuat.

Darl,i watched you waving,it's hurt.tapi lagi sakit kalau tiada di depan mata.cuba cari jugak mana hati kuat,tapi tak ada.kuat betul hati main sembunyi-sembunyi.susah nak jumpa.

hati ini kalau tengok nampak teguh macam konkrit.tapi sekali sentuh,rapuh rupanya.siap dengan bantuan mata nak tolong jugak banjir.tak bagus.


hati,jangan sembunyi lagi.keluar dan jadi kuat.jauh lagi perjalanan nak rentas,jadi jangan rapuh lagi.u got shoulders to cry on,u got hand to wipe your tears,u got strong heart to support you,u got everything.syukur ada dia.syukur dengan apa tuhan bagi.sudah,jangan cengeng lagi.

satu perkataan.KUAT.

suwak ilok-ilok de.jagak kebek.jagak janji.

*matiklah kalau dia baca


Saturday, January 21, 2012

saying hi to dragon

hi peeps..

di kala orang lain semua balik kampungla,meredah jam lah,aku di kl je.mengada taknak ikut family balik sungai petani.tapi ada je kawan yang tak balik kampung jugak,so rasa ok je:)

just nak wish happy chinese new year kepada semua yang menyambut hari raya cina ni.kata satu malaysia,setiap kali raya,semua pun cuti.walaupun tak celebrate raya tu,tapi kemeriahan tu masih terasa.so,mana yang ada nak buat makan-makan,sila ajak diri ini.*jimat okeh makan free.

tahun ni tahun naga.hi dragon!

done.(nampak sangat asyik tak update blog)

sekian:)

Thursday, January 12, 2012

bagai meludah ke langit,jatuh timpa semula

eh,peribahasa tak tahu betul ke tak.main kopi je peribahasa kawan aku.kalau nak tahu maksud di sebaliknya,mungkin boleh cuba meludah ke atas,itu pun kalau rasa tak geli dengan air liur sendiri dan agak-agak kalau jatuh timpa diri sendiri apa jadi.macam tu lah gamaknya.geli kan?

mungkin samalah dengan orang yang kalau dah mengutuk-ngutuk dan mungkin boleh memalukan dan membuka aib seseorang,kemudian dia pulak yang buat benda yang dah dikutuk tu.geli tak gelilah.itu sama seperti kau memalukan diri sendiri.seriously,jangan cuba tiru perbuatan ini.tidak baik untuk kesihatan dalaman dan luaran.luar mungkin tertutup elok,cantik tetapi kalau dalaman terbuka dan rosak,tidak bermakna luaran itu.

menegur dengan baik tanpa memalukan dan menyinggung perasaan sesiapa is the best way to advice people.baru orang hormat.ikut panduan agama juga.kalau menegakkan agama tanpa bertindak mengikut cara dan panduan yang telah diberi dan diajar,tak jadi juga.kalau lepas tu kau pun buat benda yang kau dah tegur/buat muka macam orang tu dah buat dosa besar,lagilah silap besar.kadang-kadang orang taknak bercakap pasal kau dan tambah dosa,tapi kalau dah banyak kali,orang pun mula tak tahan.ok,bersabar.semoga sedar sebelum lebih ramai orang cakap.

manusia.memang tak pernah puas.memang ada ketidakpuasan hati.macam-macam orang.aku pun orang,sama-sama terlibat,no excuse.

#pesanan untuk diri sendiri: beringat sebelum berkata-kata,berfikir sebelum bertindak.

sekian.cukup.


Wednesday, January 11, 2012

just a random post

i just came back from meeting a friend.well,we talked,we discussed anything.and i love to quote something from what i've heard from my friend.

'jangan buka aib kita bila tuhan dah tutup aib itu'

almost sama macam apa yang dia cakap la.dia cakap 'tuhan dah tutup aib kita,jangan buka aib tu.sebab tuhan bagi peluang pada kita untuk insaf dan bertaubat atas perbuatan kita.' dia cakap macam tu because i keep saying that 'saya bukannya baik sangat,ada juga salah.memanglah solat tiap hari,tapi banyak lagi dosa yang mungkin saya buat dan tak sedar.' ok,terus diam bila dengar dia cakap macam tulisan warna biru tu.

i agree with my friend.sebab tuhan itu maha pengampun.walau kita buat kesilapan dan kesalahan besar pun,masih ada ruang untuk kita sedar dan bertaubat.dan,kalau ada musibah atau kegagalan dalam hidup,anggap itu adalah ujian yang datang dari tuhan.setiap yang berlaku ada hikmahnya.tuhan itu maha adil.kita manusia,masing-masing ada sejarah hidup masing-masing.cuma,kita hargai peluang yang tuhan dah beri pada kita,hargai diri dan orang-orang di sekeliling kita.bukan semua apa yang kita nak tuhan akan beri tapi insyaallah kalau kita berusaha,berdoa,mungkin ada juga rezeki untuk kita.

i try to improve myself toward better and peaceful life.insyaallah.guide me,Allah.

Tuesday, January 10, 2012

rindu semakin boyot

damn..sakrok..*sigh.



memang dasar

kalau dah memang dasar tu,memanglah jugak...kau tengok apa jadi dengan blog ni angkara dasar kau tu.yes,kau refer to aimi,yes,me.dah melangkah ke tahun 2012 dah pun,tapi masih dengan dasar itu.

memang dasar pemalas tahap tak hengat nak update blog.

whatever.bila tangan rasa nak menaip,tertaiplah huruf-hurup di blog ini.jika jari-jari mula menunjukkan belang,bukan kata blog,tesis pun tidak akan tertaip.i'll do my work slowly.very slow.and maybe that's why otak sangat lembap berfikir sekarang.nak increase speed,haruslah tukar gear dan tukar enjin turbo.

permulaan 2012 hanya biasa sahaja.tidak rasa kemeriahan 2012 sebab rasa masih sayang untuk tingalkan 2011.cepat sangat maa berlalu.banyak lagi kerja yang masih tertangguh.kenapa cepat sangat masa ni.rasa macam terlena sekejap,tengok-tengok jam dah pukul enam pagi.baru je rasa berjalan nak pergi makan tengahari,tengok-tengok jam dah pukul tiga.cepat sangat ni.macam nak salahkan jam pun ada.masuk 2012,tak ada dah perasaan nak tengok bunga api ke,nak pergi dataran merdeka ke.mungkin fikir umur pun nak meningkat,banyak-banyaklah buat kerja amal dan berubah ke arah kebaikan.permulaan 2012 juga bermula dengan sakit tekak dan selsema.mungkin itu ujian dari tuhan.mungkin banyak salah aku di tahun 2011 dan tuhan nak aku ingat dan sentiasa menjaga amalan.teringat perjanjian bersama dengan L.semoga tuhan memberi petunjuk dan hidayah.aku akan cuba berusaha dan berdoa.disebabkan sakit jugak,aku tak dapat nak teruskan berlari dalam event marathon yang telah aku join.dan interview aku jga tidak berjalan lancar.tak sempat pun nak interview dah disingkirkan awal-awal lagi dengan result assessment yang susah amat tuh.memang otak sangat lembap berfikir sekarang.membahayakan.memang sangat down since aku memang sangat berharap dengan kerja tu.konon-konon dah target la.tapi tak apa,sekali lagi cuba berfikir secara positif walaupun fikiran negatif masih kuat lagi.cuma cakap pada diri,mungkin ada kerja yang lebih baik untuk aku nanti.aku pun tak habis belajar lagi kan.

tahun ni pun tak ada azam tapi aku harap aku dapat siapkan tesis dengan cepat dan dapat bekerja.kahwin?hmm..akan difikirkan.sekarang masa untuk berusaha dan berdoa.dan berdoa juga untuk keluarga dan juga L.semuanya adalah takdir tuhan tetapi tuhan maha mendengar doa hamba-hambanya.semoga tahun 2012 akan lebih baik dari tahun sebelumnya.amin.