Followers

Biasiswa

tabung simpanan masa depan

Thursday, January 12, 2012

bagai meludah ke langit,jatuh timpa semula

eh,peribahasa tak tahu betul ke tak.main kopi je peribahasa kawan aku.kalau nak tahu maksud di sebaliknya,mungkin boleh cuba meludah ke atas,itu pun kalau rasa tak geli dengan air liur sendiri dan agak-agak kalau jatuh timpa diri sendiri apa jadi.macam tu lah gamaknya.geli kan?

mungkin samalah dengan orang yang kalau dah mengutuk-ngutuk dan mungkin boleh memalukan dan membuka aib seseorang,kemudian dia pulak yang buat benda yang dah dikutuk tu.geli tak gelilah.itu sama seperti kau memalukan diri sendiri.seriously,jangan cuba tiru perbuatan ini.tidak baik untuk kesihatan dalaman dan luaran.luar mungkin tertutup elok,cantik tetapi kalau dalaman terbuka dan rosak,tidak bermakna luaran itu.

menegur dengan baik tanpa memalukan dan menyinggung perasaan sesiapa is the best way to advice people.baru orang hormat.ikut panduan agama juga.kalau menegakkan agama tanpa bertindak mengikut cara dan panduan yang telah diberi dan diajar,tak jadi juga.kalau lepas tu kau pun buat benda yang kau dah tegur/buat muka macam orang tu dah buat dosa besar,lagilah silap besar.kadang-kadang orang taknak bercakap pasal kau dan tambah dosa,tapi kalau dah banyak kali,orang pun mula tak tahan.ok,bersabar.semoga sedar sebelum lebih ramai orang cakap.

manusia.memang tak pernah puas.memang ada ketidakpuasan hati.macam-macam orang.aku pun orang,sama-sama terlibat,no excuse.

#pesanan untuk diri sendiri: beringat sebelum berkata-kata,berfikir sebelum bertindak.

sekian.cukup.


2 comments:

eqbalzack said...

salam jumaat aimi,
prinsip abg eq, adalah lebih baik kita buat kerja kita tanpa jaga tepi kain org. kita sendiri pun bukan sempurna kan?

Eyemeria said...

yup..that's why i remind myself.apa2 nak buat,beringat dulu n own our business first.:)tq abg eq..seriously boleh buat abg eq jd idol:)