Followers

Biasiswa

tabung simpanan masa depan

Tuesday, January 10, 2012

memang dasar

kalau dah memang dasar tu,memanglah jugak...kau tengok apa jadi dengan blog ni angkara dasar kau tu.yes,kau refer to aimi,yes,me.dah melangkah ke tahun 2012 dah pun,tapi masih dengan dasar itu.

memang dasar pemalas tahap tak hengat nak update blog.

whatever.bila tangan rasa nak menaip,tertaiplah huruf-hurup di blog ini.jika jari-jari mula menunjukkan belang,bukan kata blog,tesis pun tidak akan tertaip.i'll do my work slowly.very slow.and maybe that's why otak sangat lembap berfikir sekarang.nak increase speed,haruslah tukar gear dan tukar enjin turbo.

permulaan 2012 hanya biasa sahaja.tidak rasa kemeriahan 2012 sebab rasa masih sayang untuk tingalkan 2011.cepat sangat maa berlalu.banyak lagi kerja yang masih tertangguh.kenapa cepat sangat masa ni.rasa macam terlena sekejap,tengok-tengok jam dah pukul enam pagi.baru je rasa berjalan nak pergi makan tengahari,tengok-tengok jam dah pukul tiga.cepat sangat ni.macam nak salahkan jam pun ada.masuk 2012,tak ada dah perasaan nak tengok bunga api ke,nak pergi dataran merdeka ke.mungkin fikir umur pun nak meningkat,banyak-banyaklah buat kerja amal dan berubah ke arah kebaikan.permulaan 2012 juga bermula dengan sakit tekak dan selsema.mungkin itu ujian dari tuhan.mungkin banyak salah aku di tahun 2011 dan tuhan nak aku ingat dan sentiasa menjaga amalan.teringat perjanjian bersama dengan L.semoga tuhan memberi petunjuk dan hidayah.aku akan cuba berusaha dan berdoa.disebabkan sakit jugak,aku tak dapat nak teruskan berlari dalam event marathon yang telah aku join.dan interview aku jga tidak berjalan lancar.tak sempat pun nak interview dah disingkirkan awal-awal lagi dengan result assessment yang susah amat tuh.memang otak sangat lembap berfikir sekarang.membahayakan.memang sangat down since aku memang sangat berharap dengan kerja tu.konon-konon dah target la.tapi tak apa,sekali lagi cuba berfikir secara positif walaupun fikiran negatif masih kuat lagi.cuma cakap pada diri,mungkin ada kerja yang lebih baik untuk aku nanti.aku pun tak habis belajar lagi kan.

tahun ni pun tak ada azam tapi aku harap aku dapat siapkan tesis dengan cepat dan dapat bekerja.kahwin?hmm..akan difikirkan.sekarang masa untuk berusaha dan berdoa.dan berdoa juga untuk keluarga dan juga L.semuanya adalah takdir tuhan tetapi tuhan maha mendengar doa hamba-hambanya.semoga tahun 2012 akan lebih baik dari tahun sebelumnya.amin.