Followers

Biasiswa

tabung simpanan masa depan

Wednesday, January 25, 2012

kawan sampai mati.

Secara jujurnya,tak sedar pun hari ini hari kami shahian batch 9903 masuk sekolah.tak boleh bayang dulu muka sorang-sorang blur je bila sampai SHAHPEKAN.mak ayah hantar sampai pintu pagar,sampai bilik pun ada.perangai sorang-sorang lagila macam-macam.kalau ingat balik banyak benda nak cerita.kami semua dibahagikan ikut rumah sukan.murad (biru),hamdan (hijau),aminuddin (merah) dan rahman (kuning).kelas pulak ikut bahasa.macam aku,aku ambil bahasa arab.well,awal-awal datang sekolah,pakai tudung labuh bukan main,terus ambil bahasa arab.jadi masuk kelas bakti.masa baru sampai,kitorang terus diberi kakak dan abang angkat.kalau perempuan dengan kakak angkatlah,kalau tiba ada abang angkat itu lain cerita.aku cakap ni sebab aku tak ada abang angkat.eh,lari topik. masa awal-awal,homesick tak boleh nak cakap.setiap bilik mesti ada punya yang nangis.tipu kalau korang tak nangis.tu belum tengok nangis sambil makan kat dewan makan.oops.aku pun jadi nak nangis bila tengah makan tengok orang nangis.bila malam-malam,pasang kelambu cepat-cepat.pastu tutup muka dengan selimut,mengalir air mata.ok,tu aku.kalau ada yang sama,kita geng.siang-siang tak boleh nangis sebab macho dan kena jadi pemujuk kawan lain yang nangis.malam takpe.

aku pun tak berapa ingat siapa dalam kelas aku masa dari tingkatan satu bakti sampailah tiga bakti.yang aku ingat,aku bendahari kelas.kerja aku nak kutip duit suratkhabar je.problem betul dengan budak laki asyik taknak bayar.dari form one sampai form three jugak,tak berhenti gaduh dengan nasser.aku panggil dia kerchak sebab nama gorilla dalam cerita tarzan.selalu sangat perasan diri dia tu the rock dalam Wrestling tu.serius menyampah.pantang betul tengok dia dalam kelas,ada je benda nak gaduh.sampai miss goh kena leraikan pergaduhan lagi.ok sebenarnya dia panggil aku koala walaupun aku tak tau apa sebabnya.mungkin terlalu comel.geng dia si fikri,zul dengan zarif sebuk panggil aku jambu sebab bila aku pakai tudung,bentuk muka aku macam jambu air.jeles lah tu.masa sebelum pmr pun macam-macam benda jadi.black out lah,tragedi sorang lelaki suka ramai perempuanlah.bila outing,budak lelaki pesan pada budak perempuan takpun vice versa,then jumpa dekat anjung kasih.memang tempat berkasih.aku suka jugak tunggu mak bapak budak-budak junior ni datang sebab nanti mesti ada banyak makanan diorang bawak.mak bapak aku kan asyik pindah randah makin lama makin jauh,menumpang jela.

tak boleh lupa jugak kalau dekat asrama,hari sabtu ahad kena bangun awal pagi jugak sebab kena sembahyang subuh di musolla.kalau lelaki di suraulah kan.siapa lambat turun bila check,kena tawaf keliling surau,tu memang terbaik.semua pun dah hajah.aku sebab dulu skema,jadi takdelah nak fly fly ni.paling teruk pun aku buat alasan nak pergi hospital.padahal sampai bandar pekan tu,aku melencong sikit.pergi klinik sebab cepat,then boleh pergi tunas manja jalan-jalan.tu pun dah rasa macam 'wah,hebatnya aku'.sangatlah tak jahat.dapat demerit sebab tak datang kelas bahasa inggeris pun rasa bangga.tak boleh blah.siap laminate kertas demerit.

bila masuk form four dan form five,masing-masing dah kelas lain.bercampur dengan orang lain.aku dulu skema orangnya,jalan pun tunduk.biasalah,menjaga pandangan mata.cakap pun slow je macam tak berbutir.macam-macam perangai betul kawan-kawan aku.bergaduh lelaki perempuan masa prep malam.main tembak lampu sampai pecahlah.tu belum campur kerja main posmen-posmen surat ni.kelakar je.aku suka jugak bila time ada request.kiranya nanti setiap kelas dapat kertas kita nak request beli kek ke,coklat ke,bunga ke dan nak hantar pada siapa.agak-agak ada boyfriend atau girlfriend oklah jugak nak bagi.bagi yang tak ada *macam aku hantar je pada diri sendiri.siap tulis nama 'secret admire' konon-konon ada orang bagilah.nak sedapkan hati.

aku try carik gambar dolu-dolu kat sekolah tapi mana pergi dalam kotak sebab baru-baru ni aku konon-konon pindah kolej ke rumah.ada beberapa yang aku cilok dari facebook kawan-kawan.

ini masa aku form five,time lab biologi dengan cikgu haslina.apalah cerita cikgu agaknya

kalau tak silap,ini masa malam sejarah ke merdeka.entahlah,lupa.tapi masing-masing pun bawa kain batik

tak boleh lupa perhimpunan.nais!

bila dah besar,mulala buat reunion balik.this is one of our activity,main bowling

kalau cakap pasal iftar,memang best.tiap tahun pun akan buat iftar

ini quite latest jugak.time homecoming.konon-konon balik sekolah semula dan beri nasihat pada adik-adik form five tentang hala tuju lepas spm.*poyo :)

budak lelaki memang tak renggang dari main bola.walau macam mana pun,brotherhood diorang memang kuat.well done

then,mulala sorang-sorang kahwin.ramai lagi yang dah kahwin tapi aku letak beberapa jela.dan mana yang tak kahwin lagi kerjanya adalah pergi kenduri untuk makan free dan cari jodoh

kahwin lagi.muka yang lebih kurang sama je yang pergi kenduri.

again.boleh spot kan siapa yang kerap pergi kenduri kahwin?dah boleh buat geng kenduri ni.kuat makan free.nais.

nak lari pun,lari sama-sama jugak.dulu masa sekolah,cikgu suruh merentas desa,tak mahu.malas je nak lari.sekarang,pantang ada marathon,semua pun nak masuk sama-sama.inilah friendship.ewah.

ada masa lapang tu,pergi jumpa kawan-kawan sekolah jugak.dating pun dengan diorang.friendship dari sekolah memang kuat.

SHAHPEKAN!!!eh,tiba semangat.

well..happy annivessary kawan-kawan SHAHIAN batch 9903.dah 13 tahun kan.pejam celik pejam celik kejap je berlalu.keep contact.

kawan sampai bila-bila.

pssttt: ada lagi yang nak kahwin sesama budak sekolah???

No comments: